LA TAHZAN YA SAHABAT


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”
“BERLINDUNGLAH KEPADA ALLAH SUPAYA DIJAUHKAN DARI KESEDIHAN”
“Seandainya kaum wanita sebagaimana yang kita tahu,nescaya mereka lebih diutamakan berbanding kaum lelaki……”
“Alangkah peliknya jika ada seseorang yang waras tercampak ke lembah yang jauh dari kegembiraan dan cenderung PESIMISME dan keputusasaan. Ada masanya seseorang dikalahkan oleh hal-hal yang menekannya sehingga ketenangannya. Ketika berdepan dengan keadaan seperti ini orang itu hendaklah berpegang teguh kepada Allah supaya Allah akan menolongnya untuk menyelesaikan apa yang sedang dihadapi olehnya. Sesungguhnya sikap pasrah kepada gelombang kesedihan merupakan awal kegagalan yang pasti,lemah dan tidak berdaya…….”
“Sebab itulah Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada para sahabatnya untuk meminta bantuan Allah dalam menyelamatkan diri daripada penyakit-penyakit ini. Abu Said al-Khudri berkata’Rasullulah s.a.w pada suatu hari masuk ke sebuah masjid. Baginda menemukan seorang lelaki dari kaum Ansar yang bernama Abu Umamah. Rasulullah berkata:’wahai Abu Umamah,mengapa anada duduk di masjid di luar waktu sembahyang?’ Abu Umamah menjawab:’Aku sedang gelisah kerana banyak hutang,wahai Rasulullah’. Baginda berkata:’Mahukah anda aku ajarkan kalimat yang jika anda ucapkan,maka Allah akan menghilangkan kegelisahan anda dan akan melangsaikan hutang-hutangmu?’ Dia menjawab:’Baiklah,wahai Rasulullah’. Ucapkanlah pada waktu pagi dan pada waktu petang doa ini…….”
“Kemudian Abu Umamah berkata:’Aku telah pun mengamalkannya,maka Allah menghilangkan kegelisahanku dan melangsaikan hutang-hutangku…….”
“Sakit perut bukan berpunca dari apa yang anda makan,tetapi berpunca dari sesuatu yang telah memakan anda. Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu,maka dari Allahlah datangnya…….”
(Yajib an tabtasim indama tabki ya ukhti)


0 comments:

Design by Blogger Templates