SELIMUT CINTA ILAHI


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”

 “Selimut Cinta Allah”
”“Aku bersyukur kerana kni aku masih mampu untuk bernafas di dunia yang fana ini. Namun aku juga tidak mengetahui sampai bila akan aku nikmati peluang yang amat berharga ini… Nikmat  yang dikurniakan oleh Sang KHALID amatlah luas.. Tidak terhitung oleh luasnya laut,tingginya gunung dan seluruh alam tadbiranNYA
“Suatu saat nanti aku akan kembali sebelum tiba detik nyawaku diambil,Dalam Mihrab cintaku berdoa semoga suatu hari nanti akan Engkau mengerti.kerana CintaMU Ya Robb aku ikhlaskan segala apa yang telah Engkau tetapkan untukku sebagai hambaMU…
“Kini telahku bertemu akan arahnya. Engakau bersamaku tatkala apa juga keadaanya.. Engkau tempat aku bergantung sepenuhnya disepanjang perjalanan musafirku dibumiMU yang Fana ini… Aku tidak berputus asa dari rahmat dan berkatMu kerana aku makin yakin dengan segala janjiMU…”
“Aku memohon perlindungan dan kekuatan dariMU untuk aku terus teguh berada dijalan yang telah Engkau pandukan untukku terus dekat kepadaMU Ya Robb. Wahai Penilai hati yang setia,Engkau lihatlah diriku dengan penuh kasih sayang serta kecintaaMU kepadaku sebagai seorang hamba yang mengharapkan perlindungan sepenuhnya dari KHALIDnya…”
“Berjalan aku jauh dari kesesatan dengan izinMU kini aku bertaut dalam se;imut cintaMu,Tiada teman sepanjang perjalananku menuju ke arahMU kerana ditimpa sesalan… Aku mendambakan cinta yang sejati dengan redhaMU akan aku harungi juga…”
“Tahajjud Cintaku... Cinta itu luas maknanya…Namun cinta yang utama adalah kepada Allah.. Allah sentiasa ada dengan hamba-hambaNYa yang memerlukan.. Namun  cinta manusia itu hanyalah sementara.. Cinta itu menjadikan seseorg itu bahagia.. Cinta juga mampu mambuatkan kita menderita... Namun tahajjud cinta Allah sentiasa berterusan melalui berbicara tentang cinta denganNya…Sejauh mana kita letakkan cinta itu hanya kita yg tahu.. “
“Dia adalah penilai hati yang setia kita serta pemegang tali cinta kita yang abadi,Dia adalah pemilik hati kita yang utama… Selepas Dia adalah kekasihNYA yang sejati dan selepas itu adalah siapa yang telah Allah tetapkan… Allah adalah penilai hati yang setia dengan hamba-hambaNYA yang ikhlas untuk teguh berada dijalan yang diredhai olehNYA. Semoga penilai hati yang setia ini akan terus memandang kita sebagai hambaNYA dengan anugerah SELIMUT CINTA yang penuh baraqah dariNYa….”

0 comments:

Design by Blogger Templates