SIRAH CINTAKU


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”
“SIRAH CINTA”
“Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu yang tersisa tatkala aku terlena. Aku tidak bertemankan sesiapa disepanjang perjalanan hidupku menyelusuri ombak yang berliku. Aku bingung ke arah yang mana harus ku tuju,dalam kesesatan yang nyata aku terjatuh ke lembah kegelapan tanpa sebarang penjelasan….”
“Liku-liku kehidupan yang telah aku lalui menyebabkan aku hampir berputus asa dengan Sang Pemilik yang sentiasa ada untuk hamba-hambaNYA. Tatkala aku berada di dalam kegelapan itu,Engkau bertamu dalam rindu membangkitkan kembali semangat mujahadahku. Engkau tidak mahu aku terus berada didalam kealpaan,maka dengan nilai kasih sayangMU yang mendalam terhadap seorang hamba yang benar-benar mengharapkan jalan pulang dariMU….”


“Di dalam Sirah Cintaku ini,aku menyaksikan apa yang telah Engkau aturkan dalam setiap langkah perjalananku. Engkau tidak kejam kepada hamba-hambaMU yang benar-benar mengharapkan keredhaan dariMU,kerana cinta yang lahir dari sanubari datang tanpa dipinta walaupun pahit untuk aku lalui demi menuju cintaMU….”
“Didalam Sirah Cinta ini aku menemukan erti sebuah pengorbanan untuk melalui denai-denai yang berduri dan menakutkan dalam hidupku. Pengorbanan masa,jiwa dan seluruh kehidupanku hanya untuk menemukan secebis keinsafan dalam aku keseorangan melalui segala resah hidupku yang ditimpa sesalan….”
“Umpama bumi gersang yang haus yang tidak disirami hujan,umpama itu juga rasa pedih hatiku kerana tidak memiliki sepenuhnya kasih dan cinta dariMU YA RAHMAN. Ya Allah.selama ini aku tidak menyedari tentang betapa hebatnya kasih dan cintaMU terhadap diriku dan biar aku diracuni oleh dunia sekalipun,aku tetap mendambakan redha dan kasihMU YA RAHIM….”
“Di dalam Sirah Cinta ini juga aku bersaksi bahawa Engkaulah selayaknya cinta yang aku curahkan. Begitu sedihnya dan rindu hatiku terhadapMU YA ROBB bila cintaMU tidak bersemi. Ya Allah tidak kusedari betapa selama ini cinta benar-benar menyepi dariMU,kasih sayangMU yang tiada bertepi dan hamba-hambaMU yang jauh dariMU juga tetap Engkau sayangi…..”
“Di dalam Sirah cintaku ini,biar pun banyak noda-noda dosa yang telah aku lalui,tapi Engkau tidak memungkiri rahsia taubat dari hamba-hambaMU yang benar-benar meminta. Maafkanlah daku,rehailah diriku.Aku bersaksi bahawa sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang agung tempatku bermohon dan berlindung dari kehinaan dan  kemusnahan…”

0 comments:

Design by Blogger Templates