KIAS CINTA SEORANG HAMBA.....


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”

“KIAS CINTA SEORANG HAMBA”

Subhanallah…. Alhamdullilah… Astaghfirrullah…
Kias cintaku kini bermula dengan niat suciku untuk berada teguh dijalanMU,
Engkau telah ciptakan aku daripada tulang rusuk seorang adam yang aku sendiri tidak dimana keberadaannya kini,
Seribu mimpi sejuta sepi melanda hati dan jiwa tatkala aku jauh dariMU,
Langkah yang aku ciptakan sendiri kadang kala rapuh kerana aku tidak pernah setia menyintaiMU,

Subhanallah…. Alhamdullilah… Astaghfirrullah…
Kias cintaku kini bermula dengan niat suciku untuk berada teguh dijalanMU,
Setiap kali mendapat nikmat dan aku sedari itu adalah pemberianMU,
Terkadang aku terasa itu kerana segala usaha dan penat lelahku sahaja,

Subhanallah…. Alhamdullilah… Astaghfirrullah…
Kias cintaku kini bermula dengan niat suciku untuk berada teguh dijalanMU,
Setiap kali ditmpa musibah ku merenung dengan resah dan bertambah gelisah,
Hingga aku terlupa kepadaMU ALLAH tempat kembali segala masalah.

Subhanallah…. Alhamdullilah… Astaghfirrullah…
Kias cintaku kini bermula dengan niat suciku untuk berada teguh dijalanMU,
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang,
Leraikanlah hatiku dari sebarang keluh dan resah yang membelenggu jiwa dan fikiran ditambah dengan hasutan syaitan,

Subhanallah…. Alhamdullilah… Astaghfirrullah…
Kias cintaku kini bermula dengan niat suciku untuk berada teguh dijalanMU,
Engkau datang ketika aku dalam kedukaan,
Dan dalam kegelapan itu sinar bintang bercahaya telah menunjukkan kepadaku ke jalan syurga,

Subhanallah…. Alhamdullilah… Astaghfirrullah…
Kias cintaku kini bermula dengan niat suciku untuk berada teguh dijalanMU,
Kirimkan aku segala kekuatan dariMU Sang KHALID,
Serta pedoman dikala aku berada didalam kesesatan,

Subhanallah…. Alhamdullilah… Astaghfirrullah…
Kias cintaku kini bermula dengan niat suciku untuk berada teguh dijalanMU,
Aku tercari-cari kedamaian sebenar kerana aku sunyi dalam gembira,
Segala keperitan dan kepedihan yang ku tanggung dalam derita,

Subhanallah…. Alhamdullilah… Astaghfirrullah…
Kias cintaku kini bermula dengan niat suciku untuk berada teguh dijalanMU,
Sungguh aku bukan tergolong dalam Anbia,
Sungguh aku bukan seorang wali yang suci dari kehinaan dan kebencian diri,

Subhanallah…. Alhamdullilah… Astaghfirrullah…
Kias cintaku kini bermula dengan niat suciku untuk berada teguh dijalanMU,
Terlalu lama aku telah mencuba,terlalu banyak cinta yang aku dambakan selainMU YA ALLAH,
Namun,Engkau telah menyedarkan aku bahawa tiada cinta yang fana di dunia yang sementara ini,

Subhanallah…. Alhamdullilah… Astaghfirrullah…
Kias cintaku kini bermula dengan niat suciku untuk berada teguh dijalanMU,
Ku rebah dikala malam menjelma,
Memecahkan segala demdam yang telah lama diam,

Subhanallah…. Alhamdullilah… Astaghfirrullah…
Kias cintaku kini bermula dengan niat suciku untuk berada teguh dijalanMU,
Kini aku tanggalkan baju dunia,
Engkau dakaplah aku dengan selimut syurga,

Subhanallah…. Alhamdullilah… Astaghfirrullah…
Kias cintaku kini bermula dengan niat suciku untuk berada teguh dijalanMU,
Ya Tuhanku hanya padaMU tempat mengadu segala rindu,
Engkau hiasilah diriku dengan rahmat kasih sayangMU…….







0 comments:

Design by Blogger Templates