Mahar Cnta Ramadhan....


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”
“PERKARA-PERKARA YANG MENDATANGKAN KEBAHAGIAAN”
“Doktor Dickmpakar kejiwaan terkenal berbangsa Amerika,berkata : ‘Untuk mencapai hidup yang bahagia hendaklah menerusi sepuluh formula:”
MAHAR CINTA 1: “Mengerjakan sesuatu yang disenangi. Jika dalam pelaksanaan ada  halangan , maka cubalah melakukan apa yang menjadi kesenangan anda pada waktu anda lapang atau ketika anda sibuk……”
MAHAR CINTA 2: “ Mengambil  berat dengan kesihatan kerana menjaga kesihatan itu sangat penting. Kesihatan merupakan kunci kebahagiaan itu sendiri. Cara-caranya banyak,antaranya menjaga keseimbangan pemakanan,bersukan dan menjauhi kebiasaan yang tidak sihat…….”
MAHAR CINTA 3: “ Mempunyai matlamat hidup yang jelas,kerana ia yang akan membuat seseorang itu bersemangat……”
MAHAR CINTA 4: “ Rela dan redha menerima kehidupan apa adanya , termasuk pahit maungnya hidup itu…….”
MAHAR CINTA 5: Menumpukan perhatian kepada hidup yang ada hari in,tidak menyesali yang telah lalu, dan tidak bersikap gelisah menghadapi hari esok yang belum tentu sampai…….”
MAHAR CINTA 6: “ Mampu berfikir dalam kerja dan berani mengambil keputusan. Tidak menyalahkan orang lain jika keputusan yang diambil salah…….”
MAHAR CINTA 7: Selalu memerhatikan orang yang lebih rendah ditinjau dari status ekonomi dan sebagainya……..”
MAHAR CINTA 8: “ Tidak kedekut memberikan senyuman dengan wajah yang berseri dan sentiasa berkawan dengan mereka yang optimis…….”
MAHAR CINTA 9: “Bersedia membantu orang lain supaya mereka bahagia,kerana dengan demikian juga akan mendapat tempias kebahagiaan itu……”
MAHAR CINTA 10: “ Mampu merebut peluang dan kesempatan berharga dan menjadikannya sebagai pusat kebahagiaan………”
“Jalanilah harimu dengan gembira dan berbuatlah dengan lebih bersungguh-sungguh. Dapatkanlah sesuatu yang dapat mencegah kesusahan sebelum ia menyerang anda kerana setiap waktu DIA dalam kesibukan…….”
"Amalkan secara terus menerus dibulan yang penuh baraqah ini.
Lakukanlah sesuatu amal jariah itu dengan hati yang ikhlas yang iringi dengan rahmat dan berkat dari Allah disertai juga dengan senyuman yang ikhlas yang dapat mengubati hati setiap insan"



0 comments:

Design by Blogger Templates