SESEGAR NAILOFAR (BAB 1/2)

"Hoi Syam,zalim betul kau,matilah anak burung itu nanti!" jerit Furqan sebaik sahaja telingannya menangkap bunyi engsel pintu berkeriut.

"Anak burung mana?"
"Anak burung kenari di atas pintulah. Yang kau tekan lama-lama buat apa? Tahu tak,sakit telinga kami mendengar bunyi loceng kak tu." marah Iqy.


"Kesiannya.Maaflah...nanti aku beri dia air. Mungkin kenari kita ni haus." Amir sempat melawak sebelum kedengaran bunyi daun pintu bertaup semula.Furqan mahu tertawa.

 Di Darul Hawariyyin,loceng burung kenari itu mempunyai "peraturan" tersendiri yang sengaja dilekatkan di luar pintu dan mesti dipatuhi oleh tetamunya yang bertandang ke rumah ini.Ia hendaklah dibunyikan sebanyak dua kali sebagai isyarat bahawa yang datang itu siswa. Tiga kali dikhaskan untuk siswi.Empat kali untuk tetamu yang telah berkahwin. Dan cuma sekali untuk ahli rumah.

Mereka berdua melangkah ke ruang tamu. Sama-sama melabuhkan punggung di sebelah Furqan. Menghadap televisyen. Syamir menukar siaran. TV Syria 2 sedang menyiarkan berita dalam bahasa Perancis. Dia tidak faham sedikit pun terpaksa kembali semula ke siaran Jordan sekalipun pembaca beritanya begitu jelita.

"Bau apa yang sedap sangat ni?". Tanya Iqbal apabila melihat Syamir mulai leka membaca Arab el-Youm. 

0 comments:

Design by Blogger Templates