SESEGAR NAILOFAR (BAB 1/3)

"Syam,perut aku dah lapar ni. Baca apa lagi ti?"

 Syamir mengaru-garu kepalanya,sebelum teringatkan sesuatu. "Alamak,terlupa masak nasi!"
"Tak habis-habis ghaflah. Kau ni macam Al-Britgh... dah nyayuk."rungut Amir.

Lelaki itu bingkas,terkernyih lalu bergegas ke dapur diikuti dengan keluhan Furqan dan Syamir. Perut masing-masing sudah minta diisi. Terpaksa bersabarlah. Syamir memang sudah dimaklumi sedikit pelupa.

"Oh ya Furqan,hampir aku terlupa. Abu Munzir cari kau tadi."

"Cari aku?"Furqan memandang wajah Iqbal.

"Permintaan kita untuk menganjurkan kelas Sirah Nabawiyyah nampaknya telah diterima.
"Abu Munzir bersetuju?"
Angguk. Ada cerita yang singgah di wajah Furqan. Albritgh sudah hilang di skrin kaca,diganti sedutan Puteri Basmah sedang menunggang unta di Ramtha. Anak raja itu kelihatan sedikit gementar,tetapi cuba berlagak selamba di depan khalayak dan kamera.

"Katanya minggu depan dah boleh mula. Waktu dan tempatnya diserahkan kepada kita."
"Aku fikir dimasjid saja. Luas dan selesa. Semua orang boleh datang. Setiap Rabu malam Khamis,lepas isyak.
"Kitabnya pun Abu Munzir dah setuju".
"Tahzib Sirah Ibn hisyam?" Furqan meminta kepastian.
Iqbal tidak mengeleng. Matanya tepat ke televisyen. Mulutnya terus menguyah roti.
"Lagi satu,jangan lupa maklumkan kepada pihak atasan. Susah kita,"sambung Iqbal lagi.
"Mereka pun mahukan laporan?"
Kening tebal Furqan bercantum. Sambil itu,jari hantun dan telunjuknya menekan-nekan lebam dibetis yang dilumur dengan minyak Habatussauda.

0 comments:

Design by Blogger Templates