SESEGAR NAILOFAR (BAB 1/4)

"Itulah yang lecehnya. Kedutaan tak ada masalah. Tapi yang dalam negara ini yang bermusykilah. Terlalu berprotokol dan prejudis. Semuanya mereka nak tahu.
"Ingat kata Aiman,dunia sekarang sentiasa berwasangka,hatta hendak masuk tandas pun mesti disoal siasat."
Tawa terpancut sekalipun dalam hati masing-masing terselit rasa kesal dengan fenomena sebegini. Ya,sekarang zaman prejudis dan diskriminasi. Aiman selalu mengungkapkan persepsi tersendiri,malah kadang-kadang mengulas sesuatu isu dengan penuh ironi. Dan Furqan baru menyedari pemuda Arab itu belum ditemui sejak pagi tadi.
"Ke mana Aiman?"
"Entahlah,katanya mahu ke Amman.."
"Malam buta begini?" Besokkan dia ada kuliah jam lapan."
"Atas urusan ummah,katanya. Aku yakin,dia takkan ke sana kecuali ada perkara yang penting.."

"Furqan terdiam. Hairan. Hampir tiga tahun tinggal bersama,cukup mudah untuk mengenali perangai Aiman. Selalunya lelaki itu akan memberitahunya sebelum ke mana-mana. Tetapi tidak untuk kali ini. Barangkali ada sesuatu yang mustahak. Tadi,dia hanya memerhatiakn dari jauh kelibat Aiman menuju ke pejabat pos semasa melintas simpang empat di hadapan Kuliyyah Tarbiah dalam perjalanan menuju ke Masjid Universiti menunaikan solat zohor."

"Ada surat dalam peti surat kita hari ni?"
"Ada dua pucuk surat tadi. Satu cek kembara untuk Syamir. dan satu lagi...." Iqbal sengaja menggantungkan kata-kata di situ.
"Untuk aku?"Furqan sedikit tidak sabar.
Geleng Iqbal mengelihkan dahi Furqan yang berkerut sebelum menguntumkan senyuman dan diikuti gelak-gelak kecil.
"Apa yang lucu sangat?" tanya Furqan,geram. Kerut bertambah. daripada seratus menjadi seribu.
"Lupakan saja yang jauh. yang dekat-dekat sini lebih elok ditengok."
"Aku tak fahamlah apa yang kau cuba nak katakan ni Iqy?"
"Fur,kita kadang-kadang terlalu dungu meneka perasaan kita. tak cukup kuatkah lagi bukti-bukti yang aku nyatakan bahawa dia terlalu meminati dan menyukai engkau?"
Ketawa Furqan pula yang beranak-pinak. Lekas menangkap ke mana hala tuju percakapan sahabatnya itu.Dia tahu siapa yang Iqbal maksudkan.
"Kalau nak diikutkan ,dan kalau kau nak tahu,aku pun sukakan dia."
"Hah,kalau dah suka.... nyatakanlah. Takkanlah dia pula yang perlu zahirkannya?"
"Suka tak beerti menerima." Geleng. "Iqy,kau tahukan cerita aku?
Bagi aku kalau boleh biarlah yang pertama itulah yang terakhir.Sejauhmana kesetiaannya... nantazir wa nara,kita tggu dan lihat."
Walaupun dah lebih tiga bulan tanpa sepucuk surat?"
Furqan mengangguk.Tangannya mencapai botolair mineral dan disuakan ke mulut.Berita antarabangsa pantas digantikan dengan laporan bursa saham Amman. Bunyi Syamir memecahkan ketulan ais di dapur jelas kedengaran.
"Setahun pun aku sanggup tunggu."

0 comments:

Design by Blogger Templates