SESEGAR NAILOFAR (BAB 1/5)

"Baiklah kita sama-sama tengok,sampai bila kau sanggup bertahan. Tapi yang ini tak payah tunggu. Dia sendiri mahu kau jumpa dia besok."
"Bila?"
"Lepas asar. Di Bait Qatrunnada. Nampaknya macam ada benda yang penting."
Furqan termenung,cuba mengingat kalau-kalau ada program lain yang menghalangnya esok. Rasanya tiada. Apa pula perkara penting yang mahu diberitahu? Barangkali seperti biasa,urusan persatuan,dia cuba meneka.
"Apa agaknya yang penting itu?"
"Aku fikir dia nak meluahkan perasaannya kepada engkaulah."
Iqbal ketawa.Furqan hanya mencebikkan mukanya kepada Iqbal. Lelaki ini tidak pernah puas mengusiknya dan dalam masa yang sama cuba melaga-lagakan mereka.
Anak kenari di atas pintu tiba-tiba menjerit lagi mengejutkan mereka. Tiga kali berturut. Mereka saling toleh-menoleh diantara satu sama lain.
"Siswi?"
Syamir yang berada di dapur yang pertama sekali bergegas ke pintu. Kemudian Iqbal mengekorinya dari belakang. Furqan yang payah untuk bangkit menunggu sahaja. Berita sukan tempatan yang sedang ditayangkan tidak menarik tumpuannya.
Pelik. Jarang sekali ada pelajar perempaun yang sanggup ke rumah ini,apa lagi pada waktu malam. Darul Hawariyyin terletak agak tinggi di Duwar Nasiem. Agak jauh terpisah sedikit  dari kelompok rumah pelajar Melayu yang lain. Tidak ramai yang sanggup mendaki ke sini lebih-lebih lagi siswi. Bagaimanapun,jaraknya ke kampus Universiti Yarmouk masih dikira dekat. Jika berjalan kaki tidak sampai lima belas minit.
Sisiwi mana pula yang datang berurusan maghrib-maghrib begini? Furqan bermonolog di dalam hatinya. Furqan teringat pernah sekali dia meleteri sisiwi-siswi  yang bersiar-siar menjelang waktu senja. Sejak itu tiada siapa lagi yang berani ke mari.
Sebentar kemudian Iqbal kembali dengan riak yang cemas. Belum sempat Furqan bertanya apa-apa,syamir yang berada di belakang lelaki itu terlebih dahulu memberitahu.
"Fur,seorang siswi kita hilang!"

0 comments:

Design by Blogger Templates