SESEGAR NAILOFAR (BAB 2/0)

Siang begitu panas. matahari seakan menyengat segala makhluk di bumi. Perit dan berkeringat seluruh tubuh menahan teriknya. 33 darjah Celcius. Masih dikira suhu yang agak sederhana pada musim panas begini.
Meskipun pendingin hawa tidak berfungsi,namun pensyarah di hadapan bagaikan tidak terkesan kehangatan di luar. Kuliah Syair Andalusie wa Maghribie berjalan seperti biasa. Profesor Farez Al-Razi terus leka menikmati bait-bait syair Ibn Zaidun itu yang dialunkan oleh seorang pelajar muslimah. Asyik. Tenggelam dalam penghayatannya yang tersendiri.
"Bagaimana Fur?"
Menggeleng."Gila!"
"Apa yang gilanya?"Tiada yang mustahil dalam dunia ini."
"Kau sajaalh yang bertanding,Iqy."
Dia menyeluruti tampang Iqbal."Aku.....aku rasa tak mampu."
"Tak mampu atau tak mahu Fur?"
"Dua-dua. Aku belum gila."
Kafeteria Kuliyyah Adab semakin lenggang. Para pelajar sudah ramai beransur-ansur pulang. Iqbal memegang lengannya.
"Aku tak akan masuk bertanding jika kau tak masuk sama.Percayalah.... Lebih dua pertiga barisan exco PERMAI(Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid) sesi ini menuding ke arah engkau untuk mengetuai barisan baru. Malah hasil tinjauan Husna dan Nabila,majoriti siswi mahukan engkau sebagai presiden."
Dia terbatuk,disusuli hingut-hingut ketawa,seolah-olah terasa amat lucu pula.
"Aku serius ni."
"Kau fikir aku main-main?Iqy,aku tak ada pengalaman. Terus-terang aku katakan,aku tak mahu jadi ketua. Itu bukan tugas yang mudah.."
"Kau lupa,Saidina Abu Bakar as-Siddiq juga tak pernah mencadangkan dirinya menjadi khalifah. Tapi Saidina Umar yang mencadangkan dan mula-mula memberi bai'ah,kemudian diikuti oleh seluruh umat muslimin."
Dia memutik senyuman."Aku ingat."
"Nah,inilah masanya kita belajar daripada 'INI SEJARAH KITA' dan mengulangi amalan para sahabat terdahulu,meletakkan tanggungjawab kepimpinan kepada orang yang benar-benar layak!"tegas Iqbal.
"Semuanya aku tahu. Masalahnya,aku bukan Abu Bakar."
Kali ini dia pula yang menyentuh lengan sahabatnya itu."Dan aku rasa engkau tentu ingat,Abu Bakar sendiri lebih dahulu mencadangkan Umar sebagai khalifah yang pertama,tapi Umar menolak. Sebab apa? Sebab dia rasa ada orang yang lebih layak."
Iqbal kematian kata-kata. Jarang menang apabila dia berhujah dengan lelaki ini. Ada-ada saja helahnya!
"Dan sekarang Iqy,aku mahu menjadi Umar,mahu menjadi orang yang meletakkan teraju utama kepimpinan di tempat yang hak,mahu jadi orang yang mula-mula membai'ah engkau sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid sesi akan datang."
Dia mengenggam tangan Iqbal seerat mungkin. Mata mereka bertentangan. Dia berasa sudah menang apabila melihat Iqbal terkedu terus.

0 comments:

Design by Blogger Templates