SESEGAR NAILOFAR (BAB 2/1)

Kafeteria kian lenggang. Dua orang siswi Melayu berpurdah yang melintas di luar dipandang seimbas dan mereka terdiam seketika.
"Aku tak sanggup terima,kecuali dengan satu syarat."
"Bersyarat?"
Iqbal mengangguk."Syaratnya,kau juga kena bertanding pilihan raya untuk jadi setiausaha agung aku."
"Gila?"luahnya buat kali kedua.
"Ya Malizi...tak mahu keluarkah?"
Furqan mendongak.Seorang pelajar lelaki sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum lebar. Kuliah sudah usai. Pensyarah dan para pelajar telah lama keluar dan pulang. Dia segera bergegas ke pintu utama Kulliyyah Adab mendaaptkan Iqbal yang sedia menantinya. Kelihatan Saffiya dan Zulaikha berdiri kira-kira satu setengah meter di kiri lelaki itu.
"Maaf-maaf,aku terlambat tuan presiden,"ucap Furqan termengah-mengah. Kakinya yang sakit semalam pun masih terasa sengal hingga hari ini.
Iqbal mengangguk. Kedua-dua gadis itu hanya menyepi. Terbayang jelas wajah masing-masing riak bimbang.
"Kita ke sana sikit." Iqbal menyarankan, Mereka berempat menuruni anak tangga,menghala ke sebelah kiri,melangkah ke bawah pokok pain yang agak rendang. Mencari-cari tempat yang sesuai untuk berbincang.
"Boleh kami tahu,apa tindakan pihak siswi setakat malam tadi?" Iqbal selaku Presiden PERMAI bertanya memulakan perbincangan tidak rasmi.
"Setakat ini,kami masih mencarinya di rumah sahabat-sahabat yang rapat dengannya."
"Tak ada perkembangan terkini lagi?" Saffiya selaku Timbalan Presiden 2 merangkap Ketua Siswi membalas pertanyaan.
Geleng. Furqan merenung Iqbal,meminta lelaki itu sahaja yang menjawab.

0 comments:

Design by Blogger Templates