SESEGAR NAILOFAR (BAB 2/2)

"Kami dah usahakan. Malam tadi setiap exco lelaki telah ditugaskan untuk ke setiap rumah siswi bagi memastikan bahawa dia benar-benar hilang,"terang Iqbal.
"Semua exco?"Saffiya seolah-olah terperanjat.
"Kalian gunakan exco?"
"Ada beberapa rumah pelajar muslimah kita dalam Irbid ni? Manalah kami mampu berdua nak jenguk semua. Kenapa?"
"Kalau boleh,kami tak nak kes ini tersebar secara meluas kepada pengetahuan umum."
"Memang itulah yang kami harapkan. Tapi kalau dah tak jumpa juga,kita terpaksa mengerahkan tenaga semua jentera dan saluran yang ada."
"Bayangkan kalau heboh nanti,malu."
"Sekarang bukan soal malu,Saudari Saffiya. Soalnya dah berapa lama Mastura hilang. Entah ke mana lesapnya budak itu. Dah nak masuk empat hari baru nak beritahu kepada kami. Bila dah menggelabah,baru nak minta tolong kami." Furqan mencelah,melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya sejak malam semalam. Pandangannya ditundukkan sahaja. Tapak kasutnya mengirik dedaun kering pokok pain yang berselerakkan. Dia kadang-kadang geram dengan Saffiya. dalam keadaan begini,masih sempat memikirkan persoalan yang remeh-temeh.
"Tapi..."
"Ini bukan masanya untuk bertegang leher saudarai Furqan dan saudari Saffiya. Sekarang,kita kena lapangkan dada dan tenangkan minda. Fikirkan cara bagaimana untuk mencari Mastura,"potong Iqbal dengan laju.
"Mereka terdiam seketika apabila Presiden menegur kelakuan mereka berdua itu gaya seperti anak kecil yang sedang berebut mainan. Masing-masing cuba memikirkan langkah seterusnya.
Furqan memandang  para pelajar yang lalu lalang keluar dan masuk di pintu utama bangunan empat tingkat itu. di atas pintu itu,terpampang besar tulisan Falculty of Arts dan dibawahnya tertera pula dua perkataan yang di tulis dalam bahasa Arab:Kulliyyah Adab. Di bangunan Kulliyyah inilah selama hampir empat tahun,dia memperhambakan dirinya dengan ilmu.

0 comments:

Design by Blogger Templates