SESEGAR NAILOFAR (BAB 2/3)

Lima meter dari tempat mereka berdiri,sepasang kekasih sedang membenam janji.
"Bagaimana Mastura boleh hilang?"
Dia terkejut mendengarnya malam tadi,lantas mematikan televisyen serta-merta.
"Entahlah. Katanya,budak itu lari dari rumah sewanya selepas bertengkar dengan teman serumahnya."
"Oh...lari dari rumah. Aku ingatkan dilarikan orang.Mujur." Furqan menarik nafas lega. "Itu saja sebabnya? Tak kanlah sampai lari dari rumah?"
Iqbal dan Syamir serentak duduk. Terlupa tentang perut yang lapar tadi. Azan isyak berkumandang dari menara masjid.
Saffiya dan Zulaikha yang datang tadi beritahu ada kemungkinan dia lari sebab kecewa dan tertekan. Kekasihnya di Malaysia meninggal secara mengejut. Ditambah dengan rakan-rakan serumah yang tidak mengambil berat dan menunjukkan simpati,dan berlaku sedikit pertengkaran.Akhirnya dia menghilangkan diri."Iqbal menjelaskan.
"Er...dah hubungi kedutaan?" tanya Zulaikha memecahkan keheningan antara mereka..
"Kami fikir biar dulu. Kita ikhtiarkan seberapa daya."Iqbal yang berpeluk tubuh memandang sahabatnya.
"Lagi malu kita jika pihak kedutaan tahu tentang hal ini."
"Setakat ini,saya dah hubungi setiausaha setiap persatuan pelajar kita di seleruh Jordan. Mereka berjanji akan memberi maklum balas esok,"tambah Furqan.
"Mengapa lama sangat?"
"Kenalah bersabar. Fikir pelajar Malaysia di sini seorang dua?"
Furqan tersenyum sendiri. Fikirannya berkomentar,agaknya perempuan ini jarang cuba belajar sabar.
Sering kali emosi yang didahulukan.
'Jadi apa usaha kita sekarang/'
"Kita tunggu sehari dua lagi. Kalau tiada sebarang maklumat juga,kita mungkin terpaksa keluarkan pekeliling dan mita bantuan semua persatuan universiti secara menyeluruh. Campur tangan Kedutaan Malaysia dan polis ialah pilihan yang terakhir."
"Oleh itu,rasa malu dan takut heboh perlulah dibuang jauh-jauh,kalau masalah ini selesai,kalau mahu Mastura dijumpai. Kita tidak tahu apa yang berlaku. Tak begitu Saffiya?"
Furqan sengaja mengubah nadanya pada ayat yang terakhir. Iqbal yang perasan konotasi ayat sahabatnya itu segera mencuit lengannya di kanan itu tanpa disedari oleh kedua-dua gadis di depan itu. Dia bimbang jika Furqan menyerang gadis itu dengan lebih teruk.
'Ya,kita tak tahu apa yang bakal berlaku."
Saffiya dan Zulaikha hanya menadahkan telinga mereka. Membiarkan dua orang lelaki itu bergilir-gilir bersuara.
"Berdoalah. Banyakkan mengingati Allah. Buatlah solat hajat. Biarkan kami kaum Adam ni cari dia sampai dapat."

..........***********************************************************************...............
Seusai fardhu asar ditunaikan,Furqan bergegas ke Bait Qatrunnada. Sebelum memasuki pintu pagar rumah yang dimiliki oleh seorang doktor itu,dia berselisih dengan beberapa orang siswi. Mereka semua menunduk,merendahkan pandangan mereka apabila melihatnya. Hormat atau malu barangkali.
Bait Qatrunnada terletak di bahagian belakang rumah tiga tingkat ini. Kebanyakkan orang Arab di sini membina rumah agak besar. Mereka tinggal di bahagian depan. Di bahagian belakang atau biasanya disediakan sebuah rumah untuk disewakan,bersambungan dengan rumah tuan rumah. Ada juga yang dibina di bahagian bawah,separuh di dalam bumi,separuh lagi di atas tanah. seperti Darul Huwariyyin.
Sampai di hadapan pintu besi berwarna hitam,Furqan menekan loceng. Sebentar kemudian kedengaran suara perempuan melaung dari dalam."Nak cari siapa ?"
"Aisya Safira ada?"
"Sekejap ya."
Tiga minit menanti,terdengar suara halus memberikan salam dari dalam. Pintu besi itu terbuka tetapi orang didalamnya tidak kelihatan dan pastinya gadis itu berada di belakang pintu. Dia cam suara Aisya Safira. Dia menunggu gadis itu berbicara. Biasanya,semacam satu kemestian yang dipengaruhi oleh budaya tempatan. Pelajar  yang berlainan jantina akan bercakap dari belakang pintu jika bertemu di rumah. Tetapi jika bertemu di luar rumah,mereka akan berbicara seperti biasa tanpa sebarang hijab..

0 comments:

Design by Blogger Templates