SESEGAR NAILOFAR (BAB 2/4)

"Maaf mengganggu ustaz,"tuturnya sebagai muqaddimah.
Furqan tersenyum mendengar sapaan itu. Lain sahaja nada Aisya Safira hari ini. Lafaz 'ustaz' itu memang digunakan secara meluas pelah pelajar Melayu untuk siswa. Dan 'ustazah' untuk siswi. Ia bukan sesuatu yang formal lagi. Dia juga sering dipanggil ustaz. Tetapi dengan beberapa siswi yang sudah biasa berkomunikasi dengannya,dia lebih senang memanggil nama sahaja. Lebih mesra,monolog hatinya.
"Tak mengapa. Er...Iqbal yang suruh saya datang ni." Furqan lebih selesa menggunakan ganti nama 'saya' walaupun kebanyakkan pelajar menggunakan 'ana' dalam perbualan. "Betul ustazah nak jumpa dengan saya?" Dia pula sengaja menggunakan perkataan 'ustazah'.
"Ya...bagaimana dengan kes Mastura.... PERMAI dah dapat kesan di mana dia?"
"Oh,Aisya pun tahu juga?"
"Ika yang beritahu. Tapi kes ini masih menjadi rahsiakan?"
"Itulah masalah besar dalam kepala saya sekarang.Ingatkan selepas seminar tempoh hari,bolehlah berehat sedikit. Rupanya manusia ni terlalu banyak ragamnya."
"Mana ada istilah rehat dalam perjuangan ustaz."
Kalimat itu terasa begitu lunak. Memang Aisya Safira sering mengungkapkan kata-kata yang mententeramkan atmanya. Sewaktu PERMAI menganjurkan Seminar Penulisan bulan lalu,gadis inilah yang menjadi timbalan pengarahnya. Sepanjang tempoh itu,mereka sering berurusan. Kemesraan mereka banyak berputik ketika itu. Dan dari situlah dia banyak mengenali sahsiah gadis ini.
"Ya saya tahu."
"Kalau dah tahu,mengapa masih merungut?"
"Bukan merungut. Cuma kesal sedikit,orang perempuan selalu menyusahkan lelaki."
Furqan sengaja memancing reaksi gadis yang berdiri di belakang pintu itu. "Cubalah berfikir dulu sebelum bertindak. Sekarang siapa yang susah?"
"Tak semua perempuan macam tu tau."
"Furqan yakin bahawa gadis itu'kepanasan' apabila disentuh soalan sedemikian. Sesabar mana pun seseorang perempuan itu,dia yakin akan merah padam wajahnya jika kaumnya di tuduh kurang berfikir,tidak matang dan menyusahkan lelaki.

0 comments:

Design by Blogger Templates