SESEGAR NAILOFAR (BAB 2/5)

"Mungkin,"balas Furqan tidak mahu menyerang lebih lanjut. Gadis initerllau baik baginya untuk diajar bertengkar persoalan yang berbau  feminisme. Bukan seperti Saffiya  yang tegas dan jarang mahu mengalah.
"Ya,mungkin ini tugas terakhir Furqan bersama PERMAI." Nada suara Aisya Safira merendah. "Lepas ni kan nak takharruj.
"InsyaALLAH,doakanlah saya lulus semua maddah .Biar cepat sikit balik. Orang-orang di Malaysia pun sudah lama menunggu."
"Oh ada yang menunggu ustaz di sana?"
"Ya.... famili saya,sanak saudara."
"Ana doakan."
Furqan mengerling kepada jam berada di tangannya. Tiba-tiba dia teringat bahawa gilirannya pada petang ini untuk memasak. Walaupun tugas persatuan masih belum selesai,rutin harian selaku ahli rumah kekal berjalan seperti biasa . Hati sahabat perlu dijaga.
"Er... Ustazah Aisya kata ada hal nak cakap. Boleh saya tahu apa halnya?"Furqan tidak mahu membuang masa.Cadangnya selepas ini dia mahu ke Duwar Iskan mencari barang dapur.Dia tidak mahu memasak terlalu lewat sampai ke waktu mahgrib,kelak luput pula kesempatannya untuk berjemaah di masjid.
"Sebenarnya,bukanlah perkara yang besar sangat." Aisya Safira terdiam sejenak.
"Cuma... cuma ana nak ucapkan alfu mubarak kepada Ustaz Furqan.
Furqan terkesima."Alfu mubarak untuk apa pula?"
Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Ini sedikit hadiah daripada ahli rumah kami."
Sebuah bungkusan berwarna merah jambu dihulurkan dari celah pintu."Ambillah."
"Hadiah apa pula ni?"
"Ikhlas daripada kami."
"Ikhlas dari kami?Maksdunya daripada Bait Qatrunnada untuk Darul Huwariyyin? Er... Ini untuk Furqan,Iqbal,Syamir,Amir atau Aiman?" tanya Furqan dengan lebih lanjut.
"Siapa-siapalah ustaz. Ambillah."
Furqan tidak berkata apa-apa lagi. Menerima salah,menolak pun tidak wajar baginya. Orang sudah memberi,terima sahajalah.Akhirnya,tangannya menyambut hadiah itu sekalipun kepalanya sarat memikirkan apa yang sedang berlaku sebenarnya pada hari ini. Matanya menjeling sekilas wajah gadis di belakang pintu itu.
"Syukran,"bisiknya perlahan sebelum memberi salam.
"Afwan.Semoga panjang umur,"ucap Aisya Safira sebelum dia melangkah.
Dia meninggalkan Bait Qatrunnada dengan seribu satu persoalan yang hanya mampu dijawabnya apabila sampai di rumah kelak. Jasa apa pula kali ini? Barangkali rezeki,detik hatinya. Langkahnya kian laju.

0 comments:

Design by Blogger Templates