SESEGAR NAILOFAR (BAB 3/1)

Darah Furqan tersirap. Dia sendiri terlupa akan ulang tahun kelahirannya jatuh pada hari ini-31 Julai. Dia tidak menyangka ada orang lain yang akan mengingati tarikh itu. Benar-benar dia terharu.
Dia mengulangi baca tulisan yang bertinta ungu itu. Debar dalam dadanya masih belum surut.
Terima kasih Aisya,bisik hatinya. Bagaimana gadis itu boleh meneka kek kegemarannya sejak dulu? Mungkin kebetulan sahaja,fikirnya.
Seingatnya ini kali dia menerima hadiah daripada Aisya Safira. Kali pertama kira-kira setahun setengah yang lalu,semasa mereka dalam perjalanan dari Tanah Suci. Ya sejak itulah dia mula mengenali Aisya Safira.
Aisya Safira meminati aku? Dia teringat akan kata-kata temannya.
-Mustahil!
-Tidak percaya,kek ini buktinya.
-Tapi kad ini tidak tertulis namanya!
-Memanglahh! Masakan dia sanggup menulis namanya pula.

0 comments:

Design by Blogger Templates