SESEGAR NAILOFAR (BAB 3/4)

"Tokoh pejuang?Siapa?" Mereka bertanya hampir serentak. Selama ini mentor mereka ini selalu bercerita tentang kisah-kisah perjuangan rakan-rakannya yang melata disegenap pelosok Arab menghadapi tekanan kuku besi pemerintah. Apakah hari ini salah seorang daripada mereka itu berada di sini?
Dr Abdul Settar hanya tertawa senang. Pandangannya menyorot wajah kedua-dua pelajar yang sering mendampinginya itu.
"Mari saya perkenalkan. Ini sauadar sejihad kamu,Aiman Muhammad Fayez yang merupakan pelajar baru di sini." Pensyarah yang memakai igal itu memegang bahu Aiman.
Lelaki itu mendongak.
"Aiman,ini Furqan dan ini Iqbal."
Lelaki itu mendakapnya sejurus selepas bersalaman. Begitu juga dengan Iqbal. Turut dipeluknya. Terasa ukhuwah menjalar meskipun baru pertama kali mereka bersua.
"Aiman amat memerlukan bantuan dan kesediaan kamu berdua,"ujar lelaki separuh kurun itu. Tanpa disangka,Dr.Abdul Settar meminta mereka berdua mengambil "tokoh pejuang" yang datang sebatang kara itu tinggal bersama mereka. Sejak itu,rumah di puncak bukit ini menerima seorang lagi ahli baru.
Aiman dari Ramallah berasal daripada keluarga yang sederhana. Ayahnya buta akibat terkena serpihan letupan bom tentera Israel. Adik-beradiknya agak ramai. Mujur dia memiliki dua orang abang yang dapat membela keluarga sepanjang pemusafirannya ke sini.
"Selamat datang ke Darul Huwariyyin,"ucap Iqbal sewaktu Aiman tiba di pintu rumah mereka buat kali pertama.
"Darul Huwariyyin?"
'Huwariyyin kan nama pengikut-pengikut setia Nabi Isa,golongan yang sentiasa memenangkan agama Allah."\
Furqan menjelaskan. "Kami sengaja pilih nama itu moga-moga ahli rumah ini pun seperti itu."
"Fur!"
Dia menoleh.Iqbal sudah berdiri di belakangnya. Furqan membuka paip dan air meluru masuk ke dalam periuk yang sudah berisi beras. Telinganya menangkap suara Munif Ahmad mengalunkan lagu "Meniti Mimpi". Amir cukup mengemari Hijjaz.
"Aku fikir kita mungkin kena menggunakan alternatif kedua untuk mencari Mastura."
'Maksud kau?"Furqan menadah air untuk basuhan kedua.
"Mungkin kita kena siapkan surat pekeliling dan iklan untuk difakskan ke seluruh persatuan universiti."
'Pasal apa?Kita kan sedang tunggu jawapan daripada semua persatuan pelajar kita di setiap mantiqah. Pagi esok mereka berjanji nak beri jawapan. Apa,ada perkembangan terkini?"
"tadi,Saffiya telefon aku masa kau tak ada. Katanya,semua rakan Mastura di Amman,Mafraq dan Mu'tah telah dihubungi dan mereka tidak tahu menahu mengenai kehilangan Mastura."
"Jadi?"
"Bermakna....mungkin kita akan mendapat jawapan yang sama daripada setiausaha setiap persatuan pelajar Melayu seluruh Jordan yang kita hubungi. Kesimpulannya,Mastura tak tinggal dengan pelajar Melayu. Malah menurut ahli rumahnya,Mastura juga ada kawan daripada kalangan Arab. Cuma mereka tak kenal dengan kawan-kawan Mastura ini."
Furqan terdiam.
"Payah juga ya kerja kita...ada-ada saja masalah siswi ni."Dia akhirnya merungut,melepaskan keresahan yang kadangkala melintas jiwa.
"Jangan cakap macam tu. Dengar dek Saffiya,melenting pula. Perempuan bukan punca fitnah. Tadi pun kau cuba nak 'sembur'dia. Tak patut betul kau,Fur. Mujurlah aku tahan.
"Dia takut sangat heboh,itu yang aku geram. Ingat siswi di Irbid ni sikit agaknya. Dah kes susah macam ni,kenalah dapatkan kerjasama daripada semua."
iqbal tertawa mendengar kejengkelan Furqan. Sudah maklum,dua orang pembantu karibnya dalam persatuan:Furqan dan Saffiya jarang sekepala. Ada sahaja yang masing-masing pertahankan. Mesyuarat exco sering panas dengan pertembungan hujah mereka berdua.
Kau nampak risau. Aisya cakap apa dengan kau tadi?"
"Tak ada apa-apa. Cuma katanya semoga panjang umur. Aku pun lupa hari ini hari lahir aku."
"Hayaaka-Allah,Fur. Allah berkati umur kau."
Iqbal spontan mendoakan dan memeluk lelaki itu dari belakang."Jadi,kek ini hadiah hari lahir?"
Furqan tersenyum penuh makna. Dia dapat mengagak apa yang terlintas dalam benak fikiran Iqbal.
"Aku harap kek ini sebagai muqadimah."
'Mungkin dia ikhlas."
"Yang lebih penting sekarang,keselamatan Mastura."
Furqan menghidupkan suis periuk nasi dan selanjutnya menyambung,"Dan juga saudara kita."
"Saudara kita?"
"Ya,saudara kita. Saudara sejihad kita."
"Aiman."

0 comments:

Design by Blogger Templates