SESEGAR NAILOFAR (BAB 4)

Malam agak cerah. Bulan tersenyum di dada langit. Pungguk mulai segan untuk mengeluarkan suaranya. Yang dirindui sudah berada di depan mata. Tidak perlu di seru lagi.
Furqan memangkah angka tiga puluh satu di kalendar. Bulan Julai mulai berangkat. Semester musim panas sudah separuh berlalu. Bermakna tinggal beberapa minggu sahaja lagi baginya untuk bergelar mahasiswa Universiti Yarmouk. Awal September ini,dia akan menamatkan pengajiannnya peringkat ijazah pertama. Sesudah itu,dia harus melepaskan jawatannya yang ada sekarang dan bersiap-siap untuk berangkat pulang ke tanah air,meninggalkan segalanya di sini.
"Ya mungkin ini tugas terakhir untuk Furqan bersama PERMAI." Suara Aisya Safira yang lemak itu menerjah gegendangnya lagi. "Lepas ni kan nak takharruj.
Ya,mungkin ini yang terakhir. Misi mencari Mastura suatu tugas yang belum pernah dilakukannya untuk PERMAI sebelum ini. Mengesan orang yang hilang!
Selama empat tahun berada di bawah naungan PERMAI dia berasa cukup beruntung. Daripada menjadi ahli biasa sehinggalah bergelar Setiausaha Agung,dia dapat merasakan dirinya cukup intim dengan PERMAI yang banyak melatih dan mematangkan dirinya.Jatuh bangun PERMAI dirasai bersama. Dia terlalu sayangkan persatuan ini tanpa mengira berapa banyak keringat dan wang yang mengalir untuk kemajuan persatuan itu.
Ingatannya terhadap wajah Aiman yang murung dan tidak banyak bercakap sejak pulang dari Amman pagi tadi. Sewaktu makan malam,lelaki itu hanya menelan roti. Langsung tidak menjamah nasi. Apabila mereka berbicara tentang kemelut dunia Islam semasa,lelaki suku abad itu hanya mendengar tanpa mengulas panjang seperti selalu. Benar kata Amir,ada sesuatu yang tidak kena dengannya.
"Aku dah cuba sedaya upaya untuk bertanya kepadanya ketika kami berjalan ke masjid tadi."Iqbal menokok. "Dia tidak pernah moyok macam ni."
"Sebelum ni,kalau dia melihat orang Palestin kena belasah teruk dek Yahudi dalam TV pun,paling teruk dia sumpah seranah saja. Lepas tu okey balik."
"Elok kau selidiki dia. Aku risaulah. Cuba tanya pelan-pelan. Antara kita bertiga,kau yang paling rapat dengannya."

0 comments:

Design by Blogger Templates