SESEGAR NAILOFAR (BAB 5/2)


Masing-masing mengangguk,bersetuju memulakan mesyuarat tidak rasmi tanpa catatan minit. Selalunya segala perbincangan tidak formal dan ittifak awwal dalam pertemuan sebegini akan menjadi usul daripada pihak siswa dalam mesyuarat rasmi bersama barisan exco siswi.
Iqbal membuka majlis dengan surah al-Fatihah dan kemudian menutur muqadimah,seterusnyanya membuka perbincangan.
“Tujuan utama kita berhimpun di sini,seperti biasa membincangkan beberapa masalah. Yang utamanya,kes kehilangan seorang siswi kita.”
Kafetaria lenggang. Pelajar Arab lebih suka mengambil angin di bawah pokok zaitun dan pain yang melata di segenap kampus pada waktu begini. Walaupun cuaca panas,angin barat daya dari jhat Laut Maditerannean yang berhembus sekali-sekala menyamankan juga.
“Untuk makluman semua,kes ini telah merebak ke pengetahuan hampir semua siswi di Irbid. Yalah,kehilangan seorang gadis,bukanlah satu perkara remeh. Ia meletup,menjadi cerita paling sensasi seminggu dua ini dan nampaknya menjurus kepada perkara yang tidak menyenangkan kita.”
Masing-masing sabar menanti butiran kata daripada bibir Iqbal. Kafetaria yang Cuma dihuni oelh beberapa orang pelajar di sudut kanannya agak tenang. Barangkali sumber jualannya kurang setelah agak sesak dipenuhi pelajar pada sebelah pagi. Beberapa tenaga pekerjanya berehat di kaunter sambil berbual-bual. Tiada siapa yang tertarik dengan perbincangan mereka bertujuh.
“Pertama,cerita ini tersebar meluas hatta ada yang menuduh kehilangan ini berpunca daripada kawan-kawan serumah Mastura yang disifatkan tidak sebulu dan tidak pandai menjaga hati kawan. Menurut Saffiya,rumah ini berada dalam tekanan. Mereka dipersalahkan kerana kehilangan Mastura.
Diam.
“Keduanya,ia menjejaskan kredibiliti PERMAI sebagai persatuan yang diharapkan dapat menjaga kebajikan ahli. Sudah ada suara-suara sumbang yang menuduh kita tidak tahu memberi ihtimam kepada ahli.” Iqbal membetulkan kaca matanya yang sering melorot di hidung.”Lebih menyedihkan lagi,ada yang menuduh PERMAI tidak berusaha langsung mengesan di mana siswi itu berada.”
Furqan mengetap bibir. Kata-kata Iqbal itu memang telah mereka bincangkan di rumah.Namun kenyataan bahawa mereka tidak berikhtiar mencari Mastura cukup payah di telan. Sejak kelmarin lagi dia mendengar desas-desus ini. Itu pun Amir yang pulang memberitahu.
Sewaktu menunggu bermulanya imtihan awwal Tarikh al-Hadharah tadi,dia terserempak dengan Aisya Safira dan Saffiya yang kebetulan sedang menuju ke dewan kuliah sebelah. Ketua siswi yang kelihatan serius itu menjelingnya,manakala Aisya Safira Nampak tenang seperti biasa.
“Saya benar-benar kesal,saudara setiausaha agung,”luah Saffiya di depannya,agak formal. Dia sudah mengagak bunyinya semacam.
“Kesal apa?”
“Kes ini dah jadi buah mulut orang.”
“Biarlah orang tahu,”ujarnya perlahan. Nota yang diintai,disimpan di dalam buku. Segalanya sudah tidak masuk ke cepu kepalanya lagi tatkala peperiksaan semakin hampir.
“Biar orang tahu yang PERMAI tak tahu buat kerja?”
Furqan sedar kalimat itu ditujukan kepadanya. Saffiya menjeling ke lain. Barangkali rasa geram terlalu berbuku dihati. Aisya Safira dilihatnya menunduk ke lantai.

0 comments:

Design by Blogger Templates