10 SEBAB KENAPA KITA MESTI BERILMU ?


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”

1. Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ; “Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan”

2. Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia.

Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana”

3. Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya.

Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

4. Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh. 


5. Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

“Tuntutlah ilmu mulai dari buaian hingga liang lahat” (HR. Bukhori)

6. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana (Surah An-Nisaa'Ayat 170).

7. Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.

Tokoh2 islam yg terkenal dgn ilmunya : Jabir Bin Hayyan atau yang dikenal di Eropah dengan nama Geber. Dalam bidang ilmu tumbuh-tumbuhan, ad-Dinawari di mana karyanya telah diterjemahkan menjadi Encyclopaedia Botanica sebanyak enam jilid. Tokoh-tokoh lain dalam bidang botani seperti Al-Biruni, Rasyidin bin as-Suri dan buku-buku sistematik tumbuh-tumbuhan yang berada di Sepanyol dan Afrika Utara adalah hasil karya Abu Jaffar al-Qurtubi.


Dalam bidang kedoktoran, nama-nama saperti Ar-Razi dan Ibnu Sina sudah tidak asing lagi di kalangan muslim dan orang-orang barat. Sehingga sekarang hasil-hasil karya mereka digunakan sebagai satu rujukan di universiti-universiti ternama di Eropah. Dua karya utama Ibnu Sina, Shifa dan Qanun menjadikannya master tanpa tanding dalam bidang kedoktoran.

8. Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu sahajalah yang dapat membeza antara yang hak dan yang batil.

9. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya ”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Riwayat al-Bazzar)

10. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.”
 

0 comments:

Design by Blogger Templates