:: Aku Tidak Sempurna ::

Kemulian wanita tidak terletak pada ketentuan seorang lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai pelindung sebaliknya kemulian wanita terletak pada teguh peribadinya dalam memelihara diri daripada kepalsuan hidup dan fitnah duniawi.

Kadang kadang membuat orang jatuh hati mungkin mudah tetapi membuat orang menyintai setulus hati bukanlah perkara mudah. Oleh itu carilah Cinta-Nya Yang Pertama, mudah mudahan akan terlahir cinta sejati insan yang sentiasa dekat hatinya kepada Tuhan Yang Maha Pemberi. Insya'Allah Aamiin ya Allah. Allah Maha Mengetahui.
Sudah biasa..
meredah sakit, melawan perit
menggilap sabar bukan sedikit
banyak luka dijahit-jahit
yang patah kembali bangkit
makin ringan memori sulit

Sudah biasa..
memasong diri kerana kasih
menagih rintih menjauh sisih
hanyutkan aib dibuai sedih
hingga diri tidak terpilih
pun kecewa tetap kan pulih

Sudah biasa..
dipekup tajam nista dan hina
tiap usaha serba tak kena
bagai wujud tiada guna
menular panjang rasa merana
namun yang busuk tidak kemana

Sudah biasa..
madu dikalung, racun dibalas
tanpa ehsan, tanpa belas
dendam dan iri tidak dibalas
nurani mulia dipegang kemas
hati tetap jelas, senyum masih ikhlas

Sudah biasa..
membiasakan hidup luar biasa..

Saat kita cemburu melihat orang yang kita suka bersama dengan orang lain, melihat kejayaan orang lain melebihi diri kita, melihat orang bahagia lebih dari kita, melihat kekayaan orang lain lebih dari diri kita, INGATLAH satu perkara, Allah juga sedang mencemburui kita lebih dari segala2nya .. Allah cemburu kerana kita tidak yakin dengan rezeki yang Dia telah janjikan utk kita, Allah cemburu krn kita tidak yakin Dia akan memberi kita pasangan yang jauh lebih baik, Allah cemburu krn kita tidak yakin bahawa Dia lebih mengetahui segala2nya berbanding Kita...
Itulah Kerana Aku Tidak Sempurna...

0 comments:

Design by Blogger Templates