:: Andai Panggilan Allah itu BERTANDANG ::

Selamat tinggal pada semua,
Semoga Sejahtera ku di sana,
Doakan kedamaian dan ketenanganku disisi Sang Pencipta,
Aku tidak sempurna kerana aku hanya hamba yang biasa-biasa sahaja

Walau tikanya tabiatku jelik,
Mengundang amarah yang sang kerdil,
Aku tetap meneruskan langkah,
Mencari secebis cahaya pengharapan,

Aku bukan sempurna,
Bila mana satu ketika,
Aku membinasakan semuanya,
Dengan pelbagai musibah yang menimpa,

Namun DIA tidak kejam,
Satu Saat mendatangkan peluang,
Membawa hatiku kembali pada Yang Maha Esa,
Tatkala semua insan menghina,

Aku bersyukur,
Dalam ketidak sempurnaan ini,
DIA memandang wajahku dengan Rahmat kasih sayangNYA,
Allahuakbar,Engkau Maha Pengampun,

Penerima segala taubat hamba-hambaMU,
Tika cahaya Taubat itu menerkam,
Aku tidak mampu menahan lagi,
Kerana aku kini telah menginsafi,

Aku tidak sempurna,
Kerana aku buta,
Buta pada dunia,
Yang akhirnya membawa aku ke sana,

Ke alam yang Ketiga,
Bertemu Sang Pencipta,
Menentukan syurga atau neraka,
Tempatku akhirnya,

Andai panggilan Allah itu bertandang,
Aku perlukan Persiapan,
Persiapan untuk pulang,
Pulang kepada Tuhan

0 comments:

Design by Blogger Templates