JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMI-MU INI

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
Kau terimalah taubatku
Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
Aku mahu taubatku Kau terima dan semua manusia pun maafkan aku
Kerana niatku berhidup di bumi-Mu ini ingin berbuat baik dengan-Mu dan semua hamba-Mu
Tiada niat untuk berlaku zalim pada-Mu dan pada sekalian hamba-hamba-Mu

Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumi-Mu ini
Matikan aku dalam keadaan
bersujud pada-Mu
membaca Qalam-Mu
berzikir pada-Mu
berkata yang baik-baik
menulis yang ada nilaian di Sisi-Mu
berbuat kebaikan...bersangka baik dengan-Mu dan manusia



Ya Allah Tuhan Yang KuCinta
Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
Jika itulah yang dapat kulafazkan
Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
Akulah hamba-Mu yang bertuah
Kerna aku mahu mati dalam redha-Mu

Ya Allah aku hamba-Mu yang terlalu hina
Kerana amalan tak seberapa ingin masuk Syurga-Mu
Amalan tak setimpal dengan balasan Syurga-Mu
Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
Tapi semuanya kerana-Mu Ya Allah ...Pandangan-Mu yang kumahukan dan
jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan Syurga-Mu
Tapi semata kerana mendapat redha-Mu ...mendapat balasan cinta dari-Mu


Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redha-Mu
Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
untuk mendapat redha-Mu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka
yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaan-Mu ini

Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redha-Mu
Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumi-Mu ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin

0 comments:

Design by Blogger Templates