SESEGAR NAILOFAR BAB 11/3

"Jalan cepat. Nanti makin ramai orang keluar dari masjid."
Furqan menyuruh Amjad berjalan di depannya. Mereka membelok ke kanan sebaik melepasi kedai runcit Abu Rafeeq yang berada di tepi simpang empat. Dia tidak memilih  laluan biasa. Lorong ini jarang dilalui orang pada waktu maghrib begini. Ini laluan kedua untuk sampai cepat ke Darul Hawariyyin yang cuma tiga ratus meter di depan.

"Malam semalam cawangan kami dieserbu. Tapi kami memang curiga dengan perhatian polis sehari dua ni.... sebelum diserbu,lebih dulu kami melarikan diri," jelas Amjad dalam nada berbisik.

"Kalian terlepas?"
Angguk."Tapi sekatan lalu lintas agak ketat.Aku hampi-hampir tertangkap di Jubeiha."
"Macam mana boleh sampai ke sini."
"Polis tak perasan?"
"Ada seorang tua menumpangkan aku dari Mafraq tadi. Mujur juga. Mungkin sebab dia dihormati,mereka tidak tahan keretanya."

Mereka sampai di Darul Hawariyyin dengan selamat.
Iqbal dan Amir masih belum pulang. Furqan membawa makanan ke ruang tamu berupa sedikit roti,hummus dan air masak. Dia melihat Amjad agak lahap menikmati rezeki pertamanya sejak semalam. Televisyen sengaja dibuka agak kuat. Kelihatan Al-Malik Abdullah sedang berucap dari Paris. Sekali-sekala wajah Presiden Chirac turut difokus oleh jurugambar.

Tujuh minit kemudian barulah Amir dan Syamir yang datang untuk meminjam nota-nota peperiksaan dan disusuli oleh Iqbal.

"Ada polis memerhatikan aku dengan curiga," adu Iqbal,gelisah.
"Di mana?"

Gambar Al-Malik Abdullah dan Permaisuri Ranieh sedang menyusuri Sungai Seine dipadam terus.

"Aku turun dari coaster di simpang,masa lalu di Bangunan Pelajar Fattani,ada kereta polis di belakang."
"Sekarang mereka di mana?"
"Mereka berhenti dekat simpang depan rumah siswi-siswi melayu yang selalu kalian pergi."
"Depan Bait Qatrunnada?"
"Ya,ya...di situ."

Tiba-tiba Furqan teringat sesuatu. Dia berlari ke dapur. Beberapa detik kemudian kembali semula ke kamar Iqbal. Dia menyorot semua wajah yang ada di situ. Matanya sedikit dikejipkan. Itu caranya meniup keyakinan kepada dirinya sendiri.

"Kenapa Fur?" Amir kehairanan.
"Kau dah dengar polis datang ke?" tanya Iqbal.
"Atau ada orang yang mengintip kita?" Amjad kaget.

Syamir hanya menyelingar.

Masing-masing tertanya-tanya dengan perlakukan Furqan yang sebegitu.
"Syyy...kita hanya ada satu jalan sahaja...
Tawakkal......"


0 comments:

Design by Blogger Templates