Aku hanyalah Amani Az-Zahra

Teman,
Jangan bersedih, maafkan orang yang menyakitimu itu lebih baik. Harga hukuman sangatlah mahal dan itulah yang harus dibayarkan oleh seseorang pendendam dan pedengki, iaitu orang yang menderita kerana memelihara dendam dalam hatinya. Jika dia ingin membalas dendamnya dia harus mengorbankan hatinya, dagingnya darahnya perasaanya kedamaiannya, ketenteramanya dan kebahagiaanya.Akhirnya hanya kerugian yang akan diperolehinya. Dan sesungguhnya Allah swt telah mengkhabarkan kepada kita tentang ubat dan penyembuhan dari penyakit ini sebagaimana di dalam surah Ali-'Imran ayat 134:
" Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan orang-orang yang memaafkan keslahan orang. Dan Ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. "

Kau pandang wajahku yang pucat
kerana mencari kebenaran
dan kebenaran selalu menyertai orang yang tekun
ku bagi jasadku kepada banyak jasad
demi ku teguk kejernihan air kebaikan...

Ku Cari Damai Abadi

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
 
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
 
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Sesungguhnya aku bukanlah segigih siti hawa, bukan juga sesetia ainul mardhiah yang menanti kasih dipintu syurga.. Aku akui hakikat yang telah tertulis bahawa aku bukanlah semulia Siti Khadijah dan Siti Fatimah.. Aku jua bukan seperti Rabiatul Adawiyah yang menghamparkan seluruh hidupnya untuk yang maha Pencipta.. Tapi cukuplah hanya sekadar aku mencuba mencontohi bunga-bunga yang mekar sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga walau keinsafanku baru dipermulaan.. Moga diperteguhkan jiwa dan raga.. Amin.......


0 comments:

Design by Blogger Templates