:: Fikir-fikirkan dengan Kesyukuran ::

Fikir-fikirkan...

Kalau kita hendak menasihati orang, tanyalah hati kita dahulu tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.

Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu...

Ingatlah, pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi seperti debu. Bukan pahala kita dapat tapi bencana..

Bersyukurlah Kerana Doa Kita Tidak Dikabulkan... Hayatilah hingga ke akhirnya
Kisah Teladan ~

Banyak orang yang terpuruk dalam kesedihan yang panjang kerana kegagalan,
kerana keinginan dan doa-doa tidak termakbul. Bahkan ada yang sehingga bunuh diri kerana kegagalan tersebut dirasakan sebagai kegagalan dalam hidup yang sudah tidak sanggup untuk dihadapi sehingga tergamak terjun dari bangunan yang tinggi, meminum racun dan mabuk alkohol.

Kita pernah sedih yang luar biasa kerana kita gagal menggapai impian?
Kita merasa doa-doa kita tidak dimakbulkan Allah?
Hakikatnya Allah SWT amat sayang dengan kita, hamba-hambaNya dan DIA mempunyai perancangan lain buat kita, yang kita tidak tahu sehingga kita ketahuinya...

Berikut Kisah Frank Slazak yang boleh diambil sebagai pengajaran...

Semuanya bermula dari impianku. Aku ingin menjadi astronout. Aku ingin terbang ke luar angkasa. Tetapi aku tidak memiliki sesuatu yang istimewa. Aku tidak memiliki gelaran atau pangkat. Dan aku bukan seorang pilot.

Namun pada suatu hari Tuhan seakan memberi harapan kepadaku. White House mengumunkan mencari warganegara biasa untuk ikut serta dalam penerbangan 51-L pesawat ulang alik Challager.

Aku warga biasa dan aku seorang guru. Hari itu juga aku mengirimkan surat permohonan ke Washington. Setiap hari aku berlari ke kotak pos. Akhirnya muncullah surat rasmi berloga NASA. Doaku dikabulkan. Aku lulus saringan pertama. Ini benar-benar terjadi padaku.

Selama beberapa minggu berikutnya, impianku semakin dekat. NASA mengadakan ujian fizikal dan mental. Setelah ujian selesai, aku menunggu dan berdoa lagi. Aku tahu aku semakin dekat pada impianku. Beberapa waktu kemudian, aku menerima panggilan untuk mengikuti program latihan astronaut khusus di Kennedy Space Centre. Dari 43,000 calon memohon kemudian 10,000 orang dan kini aku menjadi sebahagian dari 100 orang yang berkumpul untuk penilaian akhir. Ada simulator, uji klaustrofobi, latihan ketangkasan, ujian mabuk udara. Siapakah di antara kami yang dapat melepasi ujian akhir ini?

Aku sangat yakin bahawa akulah yang akan terpilih. "Tuhan, biarlah diriku yang terpilih kerana itu adalah impian yang terbesar dalam hidupku.. " begitu aku berdoa. Maka tibalah berita yang menghancurkan itu. NASA memilih orang lain iaitu Christina McAufliffe.

Aku kalah. Impian hidupku hancur. Aku mengalami kemurungan.
Rasa percaya diriku lenyap dan amarah menggantikan kebahagiaanku.
"Aku mempertanyakan semuanya."
"Kenapa Tuhan?"
"Kenapa bukan aku?"
"Bahagian diriku yang mana kurang?"
"Mengapa aku diperlakukan kejam?"

Aku mengadu pada ayahku. Dan katanya "Semuanya terjadi kerana suatu alasan"

Selasa, 28 Januari 1986, aku berkumpul bersama teman-teman untuk melihat pelancaran Challanger. Semasa pesawat itu melepasi menara pelancaran, aku menatap impianku untuk terakhir kali. "Tuhan, aku bersedia melakukan apa sahaja agar berada didalam pesawat itu. Kenapa bukan aku?" 73 detik kemudian, Tuhan menjawab semua pertanyaanku dan menghapus semua keraguanku saat Challager meletup.. Dan mengorbankan semua penumpang.
 
Saat itulah aku menangis dan perasaan kesal dan marah kepada Tuhan hilang.
Yang ada adalah perasaan yang sangat bahagia dan bersyukur... Bahawa Tuhan benar-benar sayang kepada diriku.

Aku teringat kata-kata ayahku: "Semua terjadi kerana suatu alasan"

Aku tidak terpilih dalam penerbangan itu, walaupun aku sangat menginginkannya kerana Tuhan memiliki alasan lain, untuk kehadiran aku di bumi ini. Aku memiliki "Tujuan lain dalam hidup"

Aku...Frank Slazak masih hidup untuk bersyukur pada Tuhan kerana tidak semua doaku dikabulkan.

~ Allah swt mengabulkan doa kita dengan 3 cara ~

1. Apabila Allah mengatakan ya. Maka kita akan mendapatkan apa yang kita pinta..
2. Apabila Allah mengatakan tidak. Maka mungkin kita akan mendapatkan yang lain yang lebih sesuai untuk kita.
3. Apabila Allah mengatakan tunggu. Maka mungkin kita akan mendapat yang terbaik sesuai dengan kehendakNya.

' Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi pula, kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak'
(QS 2.216)


   

0 comments:

Design by Blogger Templates