:: MEMBELI DUNIA UNTUK AKHIRAT. ::

~BismillahirRahmaanirRahiim ~
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Wahai diriku dan sahabat saudaraku Fillah,
Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup, bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benarnya pengakuan bahawa Tiada Lain Yang Lebih Besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan bukannya harta benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup, bererti kita talah membesarkan dunia daripada Allah sendiri atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilah terpesongnya kebendaan.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta dan kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia….Subhanallah.

Sebaliknya amat rugi, mereka yang mempunyai wang ringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya, atau lebih dahsyat lagi jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan hiburan semata. Di akhirat kelak, akan ditanya Allah SWT ke mana wang ringgit kita belanjakan dengan begitu halus dan terperinci.

Luqman Al-Hakim ketika menasihatkan anaknya supaya tidak terlalu mementingkan dunia berkata: “Jual duniamu untuk membeli akhiratmu, nescaya engkau akan untung kedua-duanya sekali. Jangan sesekali engkau menjual akhiratmu semata-mata untuk membeli duniamu kerana itu menjadikanmu rugi kedua-duanya.”

Diriwayatkan, bahawa beliau berkata kepada anaknya: “Hai anakku! Aku akan memberikan rahsia padamu dengan dua perkara, apabila engkau berpegang dengan kedua-duanya engkau akan sentiasa dalam kebaikan: Setiap dirhammu (hartamu) untuk kehidupanmu (di atas dunia) dan agamamu untuk (bekalanmu) di hari akhirat.”

Di saat TIDAK ADA SEORANG PUN yang boleh kamu percaya untuk mendengar isi hatimu..

Di saat tidak ada yang mampu MENGHILANGKAN gelisah di hatimu..
Di saat bibirmu TIDAK MAMPU mengeluarkan kata-kata..

Maka, BERBICARALAH DALAM SUJUDMU..berceritalah padaNya, Allah yang akan menjadi PENDENGAR YANG SETIA untukmu..

Ya Allah berilah daku petunjukMu, jalan yang terbaik untuk hidupku, agamaku dan keluargaku serta masa depanku... Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamin..


SESIAPA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH, MAKA URUSANNYA AKAN MENJADI MUDAH. BAHAGIA YANG SEBENAR ADALAH DI SYURGA, BUKAN DI DUNIA SINI....

Wallahu’alam

0 comments:

Design by Blogger Templates