::: Sungguh Ku Ikhlas :::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...








Tiada Tuhan Yang DiSembah Melainkan Allah...
Dalam Perjalanan Hidup yang Tidak Pernah Henti dengan Cubaan..
Keikhlasan Untuk Menghadapinya Sangat Sukar Diperolehi..
Namun Tetaplah Keyakinan Dalam Hatimu Bahawa Allah mengujimu kerana Allah Sayang..
Anugerah Yang Beerti Dari Allah itu tidak pernah kita sedari..
Sejak Hidup ini menjadi mimpi tika nestapa menyulami hati kecil ini...


Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...






Ikhlas Hati ini ikhlas untuk melangkah dijalan yang Allah Redhai...
Ikhlas dalm hati ini dengan pasrah diatas segala yang terjadi..
Tiada Lagi desakan dalam tangisan kerana diri ini tidka sendirian..
Sesungguhnya Allah itu tersangat dekat dengan hati dan dirimu...
Yakinlah dengan segala Yang Dirancang oleh Allah itulag yang terbaik untukmu..
Doa dengan Penuh Pengharapan semoga Segalanya dipermudahkan..

Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...



::: Pejalanan Di Akhir Ramadhan :::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...




Iman memang boleh bertambah dan berkurang.
Ketika iman kita sedang menurun pertahankanlah
ibadah wajib, ketika iman kita kuat maka
perbanyakkanlah ibadah sunat (nawafil) inilah
antara pesan Imam As Syafie...



Tiada apa yang mampu menenangkan hati tika dilanda kegelisahan selain membasahkan bibir dengan zikir-zikir kasihMU disulami bersama ayat-ayat cintaMU... Indahnya menghayati zikir dalam bertawakal kepada Allah di atas segala aturanya... Al-Quran itu sumber PENAWAR terbaik bagiku... Kerana Ramadhan adalah desinasi cinta yang terindah buat mereka yang ingin memulakan penghijrahan... Dari awalnya sehingga penghujung waktunya,banyak nikmat yang tersedia untuk mereka yang berhati terbuka...




"Wahai orang-orang yang beriman! Bertawaqallah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari esok(akhirat) dan bertawaqallah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan...
Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik...
Tidak sama para penghuni neraka,dengan para penghuni syurga itulah orang-orang yang memperolehi kemenangan...
Sekiranya,Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir...
Dialah Allah,tidak ada Tuhan selain Dia Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang... "
"Surah Al-Hasyr ayat 18-22"




Terasa diri sangat KERDIL tika diri dan hati tunduk bersujud kepadaMU Ya Robbi... Jalan Menuju ke SYURGA itu penuh dengan dugaan,untuk meraihnya pun susah,NAMUN jalan ke NERAKA hanya di tepian buat mereka yang sering alpa dengan dunia dan MERAIHNYA pun mudah.

Allah Lebih tahu apa sebenarnya yang ada dalam hatiku dan hatimu,namun Allah tetap memberikan kita PELUANG untuk merancang sesuai dengan kemampuan dan kehendak diri....Amal yang sangat bermakna itu adalah yang dilaksanakan secara berterusan... Alhamdullillah,moga hati dan diri tetap istiqmah dalam mencari rahmat dan redha di penghujung akhir Ramadhan yang penuh beraqah...Ya Allah,TeriMalah PUASA dan IBADAh kami di sepanjang Perjalanan Ramadhan ini.. Agar bila ianya Berangkat pergi,tidak akan kami sesali lagi... Semoga bertemu lagi sekali sampai penghujung nyawa nanti.... 



::: Untukmu Bakal Bidadari Syurga :::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...



Sebuah harapan yang tertulis dalam doa untuk menjadi seorang wanita yang memberikan ketenangan hati dan penyejuk mata kepada seorang yang bergelar suami... Itulah impian yang didambakan seorang wanita yang benar-benar mengharapkan cinta sampai ke syurga... Pemilik cinta dan hati setelah Allah dan RasulNya itulah pemimpin yang akan membawa diri ke syurga...

Seorang yang memiliki budi pekerti yang cantik,indah pada pandangan mata auratnya terpelihara akan sentiasa dilindungi Allah... Bukan kita pinta ditimpa musibah,namun Aurat kita penentu keselamatan kita juga...Berbahagialah wahai diri kerana dirimu dilahirkan sebagai seorang Muslimah... Tidak sia-sia Allah ciptakan kejadianmu kerana ada tugas yang dipertanggungjawabkan kepadamu.. Tunaikanlah kewajipan sebagai hambaNya dengan sebaik mungkin... Meletakkan ketaatan kepada ibu dan bapa,menjadi seorang kakak dan adik yang terbaik buat keluarga tersayang..Tetaplah hati dan dirimu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah KekasihNYA supaya langkahmu tidak tersasar....





Ringankan tulangmu dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah... Jagalah pandangan mata dari sebarang perkara yang mampu membuatkan diri dan hatimu menjadi alpa dan leka dengan dunia...Tahukah kamu betapa mulianya diri kita dilahirkan sebagai seorang muslimah!!!! Hargailah dirimu sebagaimana dirimu menghargai orang lain... Betapa indahnya auratmu terjaga dengan busana yang menutup rapi dirimu... Bekalkan dalam diri dan hatimu dengan kecukupan ilmu dari Allah... Ikhlaskan hatimu ketika menuntutnya serta tidak lokek untuk berkongsi tentangnya...

Betapa cantiknya dirimu dengan akhlak yang mulia,indah pada tutur katanya dan memudahkan urusan insan-insan disekelilingnya... Alhamdullillah,semoga Allah permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat... Doaku bukan hanya untuk diri ini malahan tersebar luas dengan perkongsian kebahagiaan dengan sahabat-sahabat tersayang... Tetap teguhkan keimananmu untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang serta pintalah dengan Pemilik hatimu yang sebenar supaya tetap dikuatkan hati untuk terus bermujahadah dan istiqamah dijalan yang diredahaiNYA...






"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, PUASA pada bulannya, TAAT pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah)

Subhanallah,cukup indah apabila seorang muslimah itu benar-benar meletakkan ketaatannya kepada Allah dan menjaga auratnya dgn sebaik yang mungkin... Allah akan sentiasa memelihara diri dan hatinya... Meletakkanketaatannya kepada seorang lelaki yang bergelar SUAMI,lalui suaminya itu Memimpinya ke jalan Syurga,itulah Baitul Muslim Yang terindah dan diidamkan.. Syukran Sahabtku Sayang atas peringatan dan perkongsianmu....InsyaAllah,mempersiapkan diri dengan sebaik yang mungkin kerana Allah dan untuk Si Dia....:::♥♥♥

:::... Sesuatu Yang Tidak Dijangka ...:::

Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

 
 
Menyimpan perasaan cinta terhadap seseorang itu
pasti lebih menenangkan hati walaupun tak pernah bersua
apatah lagi melihat wajahnya.
sekiranya kalau kita menangis sehingga titisan air mata darah
kerna tidak dapat menahan kerinduan itu lebih bermakna
bagi orang yang sedang menjalinkan rasa cinta
terhadap insan yang paling mulia yakni Rasulullah S.A.W
Sollu Ala Nabiy ﷺ !!!

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
 
SEORANG WANITA IDAMAN .... Gadis itu wajahnya berona nur iman Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN Maruah diri dipagari dgn KESOPANAN Dialah puteri indah RUPAWAN Tika gadis lain sibuk menghiasi diri dia hias NUR ILAHI di wajahnya tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA Dia selesa bersama CINTANYA Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga Dia tekun dgn baik KATA TUHANNYA Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA Gadis itu seperti MAWAR BERDURI... Indah DIPANDANGAN namun sukar DIPEGANGAN.. mulianya kerana KETAQWAAN... cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA...


 

Aturan Allah itu sebaik-baik rancangan,kerana disitu terletaknya permulaan kepada sebuah pengakhiran...
Apapun yang terjadi berjalanlah tanpa henti.. Selagi diri dan hatimu Allah miliki,yakini segalanya dengan pasti... Moga tiada lagi keraguan di hati buat sang puteri yang sentiasa dilindungi oleh Ilahi...JIka hati dan nurani diletakkan semuanya dengan cinta Allah,sesuatu yang tidak pernah kau jangka pastinya akan terjadi..Itu janji Pemilik Cinta yang sejati..Dia tidak pernah mungkiri seperti mana hamba-hambanya yang berjanji tapi sering dimungkiri... Berdoalah dengan penuh pengharapan agar Allah memberikan jalan buat diri yang teguh ingin beristiqamah...

Selesaikanlah segala apa yang ada dalam relung hatimu agar ianya juga membantu... Dalam pencarianmu yang kian jauh menuju destinasi yang diimpi dengan harapan yang mengunung tinggi semoga Allah memberkati segala apa hajat dihati.. Allah itu Maha Pemurah,mengurniakan tanpa minta balas... Semoga kita sentiasa gagah untuk menerima sesuatu yang tidak dijangka dengan hati yang terbuka...




:::.. Malaikat Kecilku ...:::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Ku di sini masih menunggu dan tetap akan terus tunggu
Ketibaan detik itu..
Indahnya bunga yang ada di taman hati
Melihat telatah malaikat kecil ini
Dengan Gaya dan ragamnya tersendiri


Ku mengirakan tanpa si kecil ini
Hidup tidak akan beerti
kerana kehadirannya disisi
Mengamit sejuta memori
Hilangkan segala duka lara di hati 
Tika mata mulai terpejam
Tiada lain yang bisa dilihat
Hanya Malaikat kecil ini
Sentiasa dalam Ingatan
Dengan Senyuman yang mententeramkan

Dari dalam kandungan
Ibumu membawa
Dari kiri ke kanan
Tidak keruan dalam hatinya
Menhitung detik kelahiranmu di dunia

Walau tidak pernah ketemu
Namun aku amat menyayangi dan mengasihimu
Kita berjanji untuk berjumpa sekali
Bersama-sama membuai kemesraan
Dengan anak aunty juga yang tersayang

Lahirmu dinanti
Karenahmu mengujakan hati
Buah hati abah dan ibu yang mithali
Dirimu yang sentiasa bertakhta dihati
Kelak dewasa membanggakan Agama

Tiada apa yang mampu aunty ungkapkan
Kerana dirimu terlalu dirindukan
Buat si kecil yang di dambakan
Hafiy Hasril buatkan hati tidak keruan
Terimalah hadiah dari aunty amani untukmu sayang...


:::... Destinasi Cintamu Sahabatku ...:::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Ungkapan terindah daripada seorang sahabat yang ingin melihat perubahan daripada sahabatnya sebelum ajal kunjung tiba kini telah tercapai..Ku disini masih tidak percaya akan berita pemergiannya yang telah mengadap Allah Yang Maha Esa..Hampir Tiap Hari Berita Kematian ku perolehi...Subhanallah,Alhamdullillah aku masih disini... Meniti detik-detik Ramadhan Terakhir disisi... “Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un”... Hanya itu yang mampu ku ungkapkan buat sahabat yang sentiasa diingatan... Allahurobbi,berat yang ku rasakan kini.. Baru semalam berbual-bual denganmu kembali dan kini engkau telah pergi mengadap dan menyahut SERUAN ILAHI... Masih terngiang-ngiang pesananmu untukku,"Amani,teruskan Penghijrahan saya tahu awak mampu lakukan.. Impian awak ingin melakukan perubahan stelah ayah awak pergi kni saya lihat dengan jelas dengan ketulusan hati dan nurani awak... Jangan putus asa sahabat,lia tetap ada dgn amani... Ingat itu,Allah pun ada dengan amani.. Tetap kuatkan hati dan dirimu syg..."Itulah kalimat-kalimat terakhirmu untukku... Deraian air mata kini kembali,moga Allah menguatkan hati,sekuntum Al-Fatihah peneman buatmu disisi,Semoga "istirehat"mu kali ini memberikan ketenangan yang abadi...AL-FATIHAH untuk Zalia Nadirah...

Ia,Zalia Nadirah binti Zulkefli sahabatku sejak dari kecil... Dialah tempat ku mengadu,dialah tempat kemanjaanku... Huhu... Dalam kalangan sahabat akulah yang paling manja dan Zalia yang banyak memanjakan diriku...  Orang yang sentiasa menjadi pendorong yang hebat tatkala sahabat-sahabat mula tergugat dek kealpaan yang kian menyinggah untuk membawa kepada kegelisahan dengan perkara dunia semata-mata... Namun,dia tetap memautku dengan tulus kasih sayangnya agar tidak ku terjatuh dalam lembah kehinaan dunia yang penuh helah dan noda... Kekuatanmu sumber inspirasiku... Ku tidak pernah tahu apa yang kau alami sehingga semalam baru ku mengerti tiap bait-bait kalimat yang diberi agar aku terus mengerti dan meneruskan perjalanan ini tanpa henti dan menoleh ke belakang lagi...

Kau mahu ku teruskan penghijrahanku kerana itulah Impianmu untukku.. Sungguh mulia niat hatimu wahai sahabatku,deraian air mataku gugur dengan senang hatinya apabila mendengar kau memberikan jawapan kepada persoalanku selama ini... Kau menginginkan perubahanku kerana kau yakin aku mampu lakukan kerana itu juga harapan ayahku dan kau begitu rapat dengan ayahku sehingga pernah menimbulkan kecemburuanku.. Dek kerana terlalu mengikut nafsu ku pernah memarahimu tanpa usul periksa ku menuduhmu secara melulu namun kau hanya tersenyum kerana perangai anak kecilku... Engkau yang banyak meberikan nasihat,engkau juga yang banyak memberikanku peluang untuk meneruskan hidup dalam perjuangan.. Tidak pernah semangatku kau patahkan,kerana kasih dan sayangmu kau setia korbankan buat sahabatmu yang sentiasa dalam ingtan,..


Namun kini kau telah menemui destinasi cinta yang abadi... Tempat istirehat yang selalu kau nanti-nanti.. Maafkan diri ini kerana tidak sempat berada disisi saat kau memerlukan diri ini.. Tenang dan amanlah engkau di sana... Ku tetap bersyukur kerana Pergi dalam keadaan bulan yang mulia... Semoga rahmat dan baraqah ada denganmu buat mengadap Pemilik Cintamu...Aku kini cuba menguatkan hati dan jiwa dengan kenangan... Coretan demi coretan telah kau lakarkan untuk diriku yang selalu kau ingatkan dalam ruangan hati dan juga kotak fikiran...


c

::: BERUBAHLAH KERANA ALLAH :::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah...

Subhanallah,Alhamdullillah...
Bahagia diriku kini melihat kian ramai insan berubah ke arah kebaikkan..
Kau janjikan ku dengan ayat-ayat cintaMu...
Disana menanti syurga yang dijanji...
Tak terucap lafaz terima kasihku kepadaMU...

Kini hatiku kian bahagia bersama kedamaian yang mendatang..
Perubahan itu berlaku dengan izinMU Ya Robbi....
Hanya padaMu Oh Tuhanku..
Aku hidup dan ku akan kembali padaMU...
Luruskan niat hatiku...

Dalam menikmati segala kurniaanmu...
dalam relung hatiku kian berkocak...
NikmatMu begitu luas..
Namun tidak pernah ku lakukan sesuatu itu hanya KeranaMU..
Kini Kau mengujiku dengan CINTA DUNIA....

Acapkali duri berselindung di sebalik bunga…
lalu kita yang tercium keharumannya alpa akan tusukan bisa di sebaliknya...
Huluran tangan yang ikhlas dan lembut kekadang dikilas dalam diam dan dendam...
Sering juga baldu yang lembut dan halus dihamparkan tetapi di bawahnya ada belati tajam yang sedia menikam... 

Jangan dipatahkan semangatku untuk berubah...
Bukan keranamu ku berubah tapi kerana Allah...
Ku bukakan sedikit ruangan hatiku..
Untuk menerima Salam Kasih SayangNYA...
Agar ku tidak dilema menentukan kebaikan yang di damba...



::: ERTI SEHELAI TUDUNG :::

Bismillahirahmanirahim....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah....

Subhanallah,Alhamdullillah...
Kini setahun berlalu setelah langkah penghijrahan ku bermula...
Ia,semuanya berlaku dengan izin Allah Yang Maha Esa...
Niat telah lama dipendam terluah dek tekad yang mendalam di relung hatiku...
usaha dan tawakal seiring dengan sokongan keluarga dan sahabat
membuatku bertukar arah  BERFESYEN...

Mungkin satu anjakan paradigma yang drastik,
Namun melaluinya ketenangan mampu ku miliki...
Hanya dengan sehelai tudung
Merubahkan siapa diriku kini...
Keselamatan dan Keamanan sentiasa mengiringi setiap langkah perjalananku...

Begitu besar maknanya erti sehelai tudung itu bagiku...
Dari tidak menutup Rahsia diriku,
Kini mampu menutup hingga keseluruhan perhiasanku...
Maka kini tiada lagi mata-mata MIANG
Mengambil kesempatan menyucikan mata mereka lagi...

Niatku cuma satu menutup segala KEAIBAN diriku...
Tiada lagi Fitnah ditimpa ke atas kaum Adam..
Agar Allah melindungi aku dan mereka..
Dari terjebak sebagai eksploitasi dunia...
Menjadi bahan dagangan semata-mata...

Tiada larangan untuk BERGAYA...
Asalkan tidak membuka mata-mata yang DIGODA...
Doaku tulus dengan pengharapan yang satu...
Agar Allah tetap teguh dan istiqamah hatiku..
Untuk terus menjaga hati dan diriku...

Agar ku tidak lagi rapuh...
Dalam setiap langkahku menuju redha Ilahi..
Dambaan keberkatan dalam hidup sentiasa disisi...
Begitu beerti sehelai tudung itu bagi wanita solehah...
Kekalkanlah dirimu sebagai wanita yang penuh dengan penghormatan...

Wahai puteriku sayang...
Kekalkanlah kesolehan dalam diri dan hatimu...
Bukalah sedikit ruang hatimu..
Untuk menerima Salam Kasih sayang dari Penciptamu...




Design by Blogger Templates