:::... Destinasi Cintamu Sahabatku ...:::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Ungkapan terindah daripada seorang sahabat yang ingin melihat perubahan daripada sahabatnya sebelum ajal kunjung tiba kini telah tercapai..Ku disini masih tidak percaya akan berita pemergiannya yang telah mengadap Allah Yang Maha Esa..Hampir Tiap Hari Berita Kematian ku perolehi...Subhanallah,Alhamdullillah aku masih disini... Meniti detik-detik Ramadhan Terakhir disisi... “Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un”... Hanya itu yang mampu ku ungkapkan buat sahabat yang sentiasa diingatan... Allahurobbi,berat yang ku rasakan kini.. Baru semalam berbual-bual denganmu kembali dan kini engkau telah pergi mengadap dan menyahut SERUAN ILAHI... Masih terngiang-ngiang pesananmu untukku,"Amani,teruskan Penghijrahan saya tahu awak mampu lakukan.. Impian awak ingin melakukan perubahan stelah ayah awak pergi kni saya lihat dengan jelas dengan ketulusan hati dan nurani awak... Jangan putus asa sahabat,lia tetap ada dgn amani... Ingat itu,Allah pun ada dengan amani.. Tetap kuatkan hati dan dirimu syg..."Itulah kalimat-kalimat terakhirmu untukku... Deraian air mata kini kembali,moga Allah menguatkan hati,sekuntum Al-Fatihah peneman buatmu disisi,Semoga "istirehat"mu kali ini memberikan ketenangan yang abadi...AL-FATIHAH untuk Zalia Nadirah...

Ia,Zalia Nadirah binti Zulkefli sahabatku sejak dari kecil... Dialah tempat ku mengadu,dialah tempat kemanjaanku... Huhu... Dalam kalangan sahabat akulah yang paling manja dan Zalia yang banyak memanjakan diriku...  Orang yang sentiasa menjadi pendorong yang hebat tatkala sahabat-sahabat mula tergugat dek kealpaan yang kian menyinggah untuk membawa kepada kegelisahan dengan perkara dunia semata-mata... Namun,dia tetap memautku dengan tulus kasih sayangnya agar tidak ku terjatuh dalam lembah kehinaan dunia yang penuh helah dan noda... Kekuatanmu sumber inspirasiku... Ku tidak pernah tahu apa yang kau alami sehingga semalam baru ku mengerti tiap bait-bait kalimat yang diberi agar aku terus mengerti dan meneruskan perjalanan ini tanpa henti dan menoleh ke belakang lagi...

Kau mahu ku teruskan penghijrahanku kerana itulah Impianmu untukku.. Sungguh mulia niat hatimu wahai sahabatku,deraian air mataku gugur dengan senang hatinya apabila mendengar kau memberikan jawapan kepada persoalanku selama ini... Kau menginginkan perubahanku kerana kau yakin aku mampu lakukan kerana itu juga harapan ayahku dan kau begitu rapat dengan ayahku sehingga pernah menimbulkan kecemburuanku.. Dek kerana terlalu mengikut nafsu ku pernah memarahimu tanpa usul periksa ku menuduhmu secara melulu namun kau hanya tersenyum kerana perangai anak kecilku... Engkau yang banyak meberikan nasihat,engkau juga yang banyak memberikanku peluang untuk meneruskan hidup dalam perjuangan.. Tidak pernah semangatku kau patahkan,kerana kasih dan sayangmu kau setia korbankan buat sahabatmu yang sentiasa dalam ingtan,..


Namun kini kau telah menemui destinasi cinta yang abadi... Tempat istirehat yang selalu kau nanti-nanti.. Maafkan diri ini kerana tidak sempat berada disisi saat kau memerlukan diri ini.. Tenang dan amanlah engkau di sana... Ku tetap bersyukur kerana Pergi dalam keadaan bulan yang mulia... Semoga rahmat dan baraqah ada denganmu buat mengadap Pemilik Cintamu...Aku kini cuba menguatkan hati dan jiwa dengan kenangan... Coretan demi coretan telah kau lakarkan untuk diriku yang selalu kau ingatkan dalam ruangan hati dan juga kotak fikiran...


c

0 comments:

Design by Blogger Templates