:::... Akhawat Sejati ....:::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Akhawat sejati bukanlah dilihat dari sisi wajahnya yang manis dan menawan,akan tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang disekelilingnya. Pantang baginya membuka aurat,dan memapamerkan kepada sesiapa pun yang bukan HAQnya. Dia senantiasa menguatkan iltizam dan azam dirinya dalam berghadul basyar dan menjaga kemulian diri,keluarga dan agamanya.

Akhawat sejati bukanlah dilihat dari sisi suaranya yang lembut dan lunak dalam tutur bicaranya,mempersobakan liuk lentoknya,tetapi lemubut dan tegas beiringan bersama dalam mengatakan kebenaran. Dia yang senantiasa menjaga lisan daripada ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yang memahami dan merasakan betul bahawa allah SWT senantiasa mengawasi segala tindak-tanduknya.





Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada liuk gemalai kala dia berjalan,tetapi daripada bijaknya dia memahami keadaan dan persoalan demi persoalan. Dia yang senantiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan sesiapapun,walaupun dimana dia berada. Tiada perbendeharaan kata "CEMBURU BUTA" dalam kamus kehidupannya. Dia senantiasa merasa cukup dengan apa yang Allah SWT anugerahkan untuknya,juga atas nafkah yang diberikan oleh suami kepadanya, Tak pernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan sang qowwam di tengah keluarga.  Sabar adalah aura yang terpancar dari raut wajahnya. Sifat tawadhuk adalah pakaian yang senantiasa dia pakai sepanjang perjalanan kehidupannya dari zaman ke zaman.

akhawat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi orang-orang ditempat kerja mahupun tempat belajarnya,tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyayangi sesiapapun dan dimanapun tanpa memandang status yang disandang olehnya, Dia dilihat menyejukan mata dan meredupkan api kemarahan. Baiti jannati selalu berusaha dia ciptakan dalam alur kehidupan rumah tangga. Mendokong daripada segala aspek termasuklah menyokong dakwah suami dan menderma baktinya menguruskan generasi penerus jiwa Rabbani.





Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati kepadanya,akan tetapi dilihat daripada kesungguhanya dalam berbakti dan mencintai Allah SWT dan Rasullullah SAW. Dia selalu menghindari sesuatu yang syubhah terlebih hal-hal yang diharamkan olehNya. Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada pandainya merayu dan banyaknya air mata yang gugur,tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran kasih sayangnya meresap tajam daripada tiap tutur bicara yang keluar dari bibirnya. Dia berbuat ihsan kala tempat umum mahupun bersendirian.

Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al-Quran dan banyaknya hadis yang dihafal,tetapi daripada keteguhan dan kosistennya mengamalkan kandungan kedua-duanya. Dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum memahami Al-Quran dan As-Sunnah dijadikannya dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan.





Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelaran yang disandang serta luasnya wawasan ataupun lincahnya di abergerak,tetapi ghairahnya untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan. Ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang dia pegang. menjadi akhawat sejati,nescaya akan membuat iri hati dan cemburu para bidadari,menjadi dambaan bagi mereka para insan yang berjiwa Rabbani,menjadi dambaan bagi mereka yang memiliki roh dakwah dan jihadiyyah di dalam diri dan jiwa mereka,serta para hamba Allah SWT yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang menipu.

0 comments:

Design by Blogger Templates