:::.... Lalu Aku Harus Bagaimana ....:::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang...

"Ad-Dunya mata",Khoirul Mata' al mar"atus solihah"
Dunia adalah perhiasan,perhiasan dunia yang paling indah adalah wanita yang solehah.

Menjadi wanita yang faham bagaimana bersikap sederhana,profesional dan tidak berlebihan pada sisi yang satu dan meninggalkan sisi yang lainnya bukanlah satu perkara yang mudah dan tenang untuk istiqamah. Seorang muslimah yang tahu kedudukan dan peranannya sebagai muslimah tidak menuntut lebih dan tidak menolak tugasan yang diamanahkan. Seorang muslimah yang solehah,faham akan DIN atau AGAMA dan sentiasa berusaha mengamalkannya dalam kehidupan seharianya. Seorang muslimah yang kukuh benteng DINnya tidak akan cantk fizikal,tetapi juga cantik hatinya,mempersona akhlaknya dan tegar jiwanya menghadapi masalah dan dugaan hidup. Profesional juga menjadi satu perkara yang sangat penting.Ini kerana dengan sikap inilah kita akan rasa seimabang dalam menimbang segala hal.

Dengan kata lain kita tidak akan terjebak pada sebuah titik ekstrem yang melekakan. Kemampuan kita merungkaikan sebuah persoalan menjadi lebih tajam,Apakah persoalan yang kita hadapi bisa membuatkan kita menjadi lebih matang atau mebuat kita semakin gagal. Memilih yang lebih utama atau mengutamakan kepentingan Allah SWT adalah sebuah pilihan yang tepat.Berbekalkan profesionalisme inilah kita berharap mampu menjadi muslimah yang solehah. Muslimah yang akan menjadi cahaya yang bersinar terang. Bermanfaat bagi keluarganya,serta menerangi setiap hati yang berintereaksi dengannya. Menebarkan kemanfaatan untuk diri dan keluarganya serta berperanan melahirkan generasi dambaan, Melahirkan generasi yang sanggup berjuang untuk kejayaan ISLAM.

Lihatlah seorang figura yang bernama Siti Khadijah. Dia adalah figura isteri yang solehah yang memberikan ketenteraman batin,pendukung setia dan penguat semangat suami dalam berjuang dan beribadah kepada Allah SWT. Khadijah telah berkorban dengan harta,kedudukan dan diri beliau demi membela perjuangan Rasullulah SAW. Nama Khadijah banyak disebut-sebut oleh Rasullulah SAW walaupun selepas beliau meninggal dunia. Perkara itu adalah disebabkan oleh pengorbanan Khadijah itu amat besar dan sewajarnya menjadi contoh kepada seluruh muslimah yang ada pada hari ini. Khadijah sebaik-baik model untuk mereka yang mendambakan diri menjadi seorang muslimah sejati yang mampu meraih redha Allah SWT.

Tidak sewenang-wenangnya memandang lelaki dipinggir jalan dan dalam pada yang sama tidak pula memanjakan mata dengan memandang aurat orang lain yang diharamkan. Meskipun dia mengenakan tudung,bukan beerti dia boleh memandang dengan sewenang-wenangnya. ini kerana dengan memakai tudung berpeluang untuk memperhatikan orang lain dengan sorot mata yang tajam. Itu kata beberapa orang yang saya temui. Tetapi harapannya berita itu tidak benar.Pandanglah perkara-perkara yang berada di hadapan kita sekadar perlu sahaja. Tika dalam perjalanan melihat alam,bertadaburlah dengan alam juga. Memperhatikan alam ciptan Allah SWT itu lebih mendatangkan manfaat.

Muslimah sejati adalah dia yang sentiasa taat kepada perintah Allah SWT dan Rasul-Nya. Dia tidak memilih-memilih perintah. Semua perinta-perintah yang baik samada yang ringan ataupun yang berat selalu dia taati dengan sepenuh tenaga. Dia bukanlah jenis orang yang hanya mengerjakan perintah yang dianggap mudah dan ringan. Dia bukanlah jenis muslimah oportunis yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan. Dia muslimah yang sangat faham bagaimana harus menjalankan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya dengan penuh rasa keikhlasan.

Ada seorang akhawat yang rela diusir dari rumahnya kerana ingin mempertahankan hijabnya. baginya mentaati perintah Allah SWT lebih baik berbanding daripada dunia seisinya,  Dia pun rela disisihkan oleh keluarga kerana menolak pesta walimah yang penuh dengan kesyirikan.  Dia rela dihukum oleh datuk,nenek,ibi,bapa,mak cik.pak cik dan setiap orang yang mengecam akan sikapnya itu. Mentaati Allah SWT adalah harga mati,daripada hidup dengan penuh dosa dan kemaksiatan.

Berhiaslah dengan kepesonaan Islam yang luar biasa itu. Lantaran pesona Islam itu adalah sebaik-baik pesona yang bakal menyerlahkan peribadi seorang muslimah sejati. Pesona Islam itulah jua nanti yang akan mencungkil rahsia keindahan dan kecantikkan seorang muslimah,lantas menjadi daya penarik sebenar setiap sorot yang memandang. Lebih utama lagi,pesona Islam itulah kelak bakal membantu diri untuk meraih keredhaan Allah SWT,andai ia dititip dengan rasa keikhlasan yang hakiki.

Rasakan ketenangan yang tak terbanding oleh agama mana pun ini. Tampilkan segenap aturan dan pesona Islam,penuhi setiap kewajibannya dan tundukkan nafsumu dengan aturan-aturan Islam itu. Jangan dianggap ianya sebagai satu bebanan,kerana ini bukanlah sebuah keterpaksaan. Sebaliknya,itu adalah sebuah pedoman buat kita sebagai muslimah sejati yang mendambakan ketenangan hidup di dunia,jua kesejahteraan di akhirat kelak.





0 comments:

Design by Blogger Templates