:::... Kanvas Perjalanan Kehidupanku ....:::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Demi sebatang pena yang dilakarkan dalam nukilan mereka untukku... Sepanjang pertemuan tidak banyak memberikan kebencian malahan menyuburkan lagi kasih sayang. Tercatat di atas sebuah kanvas kehidupan,pelbagai warna dan corak yang indah terlihat... Tidak bertitik malahan tiada noktah,namun lakaran demi lakaran umpama warna pelangi menampakan wajah selepas hujan.


Pada mulanya mereka daripada latar belakang yang berbeza,namun aku berada bersama dengan mereka. Aku bukanlah insan sempurna kerana aku hanyalah sebatang payung yang memayungi insan lain yang berada di dalam kehujanan sedangkan aku di dalam kebasahan. Namun itu bukanlah alasan untukku menyerah kalah sedangkan Allah merencanakan kebaikan untukku. Benar,payung itu bukanlah penghalang dari berlakunya hujan turun tetapi payung mampu untuk melindungi dari kebasahan ketika hujan samaada berdiri ataupun duduk. Begitu jugalah dengan keyakinan.Keyakinan bukanlah jaminan yang menentukan kejayaan di dalam hidup kita tetapi dengan keyakinan kita mampu untuk mengharungi suka dan duka apabila keyakinan itu berpadu sepenuhnya kepada Allah Yang Satu.

Kalau Allah kata "YES" tiada siapa boleh kata "NO" kerana janji Allah itu pasti. Konsistensi sebuah perjuangan kerana diriku memerlukan seorang teman... Bukanlah mudah untuk membina sebuah hubungan yang halal,kerana sepanjang perjalanan itu terlalu banyak ujian dari Allah. Sesungguhnya syaitan akan bersedih apabila dua orang anak Adam bernikah.. Maka sudah pasti syaitan akan berusaha merosakkan samaada melalui cara mewujudkan perasaan ragu-ragu,perasaan lain terhadap orang lain,sifat pemarah,cemburu dan sebagainya. Kalaulah cinta kepada Allah itu yang diutamakan sudah pasti tiada yang kecewa kerana manusia..

Kadang-kadang kita minta pada Allah sesuatu, seseorang… yang kita rasa ‘inilah yang terbaik untuk aku'.
Tapi Allah beri kita yang sebaliknya. Allah tunjukkan melalui istikharah atau istisyarah, ‘…boleh jadi kau menyukai sesuatu tapi itu tidak baik untukmu…”Mulalah kita sedih, kecewa. Bertanya pada diri, bertanya pada Allah ‘mengapa?’. Mulalah kita rasa tidak yakin pada petunjukNya.Sabarlah. Ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepat, Allah pasti tunjukkan mengapa bukan dia, mengapa bukan itu, mengapa bukan ini…Allah pasti akan beri peluang untuk kita nampak sendiri mengapa itu tidak baik untuk kita. Pandanglah dengan mata hati. Allah itu baik, Allah tidak pernah leka. Yakinlah pada petunjukNya.Tidak pernah Dia menarik sesuatu tanpa memberikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganti.

Kita berjumpa hanya satu kebetulan..Kebetulan akhirnya berkekalan..Pelbagai kenangan telah dilukiskan..
Diwarnai dengan gurauan dan usikan..Dihiasi dengan gelak tawa dan senyuman..Kebetulan membawa kerinduan di saat berjauhan.. Namun, tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita berkawan kecuali ajal dan kematian..
Manisnya sebuah persahabatan itu terasa apabila kerinduan yang berpanjangan apabila berjauhan... Allah mencampakkan rasa kasih tanpa dipinta kerana Dia merancangkan apa yang terbaik di dalam setiap pertemuan ...Permulaannya apabila sebuah taklifan yang bakal digalas disitulah bermula sebuah kepercayaan yang kukuh dalam sebuah pertemuan yang bernama persahabatan.










:::..Dugaan dan Taklifan dari Allah ...:::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdullillah... Seronok untukku khabar disini bahawa betapa indahnya apabila berada di dalam ujian Allah.. Tiada siapa yang mampu dan kuat untuk menghadapi tatkala ujian itu datang bertalu-talu dan ibarat batu besar yang menghempap tepat ke atas diri. Mungkin pada manusia yang melihat itu sekadar lakonan mungkin juga ada yang menganggap sekadar gurauan murahan,namun Allah Perancang segala kebaikan. Kedudukan sebagai seorang kakak dan sahabat dua perkara yang berbeza namun itu yang dilakukan.

Permulaan hanya di dalam sebuah organisasi underground demi seorang adik yang menggalas taklifannya pada hari ini. Hanya kerana aku gadis berpurdah,pelbagai sentimen dan spekulasi daripada pelbagai pihak untukku.  Berada bersama-sama sahabat-sahabat yang berlainan latar belakang dan sejarah yang berbeza namun itu cukup membahagiakanku. Pengajaran dan pembelajaran tentang kehidupan ku perolehi walaupun kadang-kadang aku kurang mengerti.

Apabila pergerakkan itu berlangsung,disitu sebenarnya permulaan ukhuwah. Kerana dugaan,ikatan ukhuwah makin mantap... Kerana dugaan,yang kehilangan harapan mula menemui erti persahabatan... Kerana dugaan,Allah menguji dengan cubaan kemalangan... dan kerana dugaan kebergantunggan kepada Allah semakin mendalam. Namun itu bukanlah pengakhiran,tetapi itu adalah sebuah permulaan. Bukan kita menentukan hukuman sedangkan Allah membentangkan jua pintu pengampunan.

Dan kenapa yang dipilih adalah awak??? dan kenapa dan terus kenapa??? persoalan yang tiada penghujungnya,namun Allah Maha Mengetahui.. benar,manusia memilih awak . Namun Hakikatnya pilihan mereka melalui Allah... Allah yang memberikan taklifan itu pada kamu... Allah percayakan kamu... Allah tahu yang kamu mampu... Allah memberikan sesuatu itu mengikut kemampuan dan kesesuaian hamba-hambaNya yang beriman. Jika terasa jauh dari Allah kerana sebuah taklifan,maka didiklah diri terus dekat dengan Allah.

Niat hati yang ikhlas itu akan memperoleh pahala yang luar biasa,sebab itu Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi jika mati.Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu. Hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.dan diantara semua ini HATI adalah faktor yang Menentukan.

Andai hari ini aku terlalu gembira..sedarkanlah aku dengan amaran Allah..Andai ku bersedih tanpa kata..pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta...Andai ku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..Andai antara kita ada tembok yang memisahkan ajaklah aku meleraikan segera..Andai pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah..Andai esok ku lena tanpa terjaga...iringilah lenaku dengan kalungan doa n fatihah...berjanjilah SAHABAT.

Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi, ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya. Dasari hikmah-Nya. Renungi kalimah-Nya. Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan. Menyambungkan apa jika ada yang terpisah? Berpisah pun perit. Kehilangan itu amat sakit. Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita dengan-Nya. Itu adalah cinta teragung. The greatest love that we gain. =') What we need most.~ ♥

Ukhwah kita ukhwah fillah dan tiada penghujungnya ..
Insya'Allah ( ^___^ ) ♥♥



Design by Blogger Templates