:::.. Bersyukurlah ...:::
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai diri merasa keletihan,
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai hatimu diterjah kekecewaan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai hatimu diamuk kesepian,
Iitu tandanya hamba perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai dirimu terasa sendirian mengharungi segala tanpa teman,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai kehilangan sebuah kekuatan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai jiwamu merintih untuk sebuah ketabahan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...
Bersyukurlah atas segala keperitan dan kepayahan yang disalurkan,
Kerna di situ lahirnya jiwa rasa hidup berTUHAN!
DIA sedang mentarbiyyahmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Kerna kau menjadi pilihanNya!
Biar segunung ujian didatangkan,
Kentalkan jiwa dengan haruman ketaqwaan,
Moga ianyakan menjadi saksi di hari pertemuan!
Posted at 19:06 | | 0 Comments
:::.. Ramadhan ke 3 Tanpa Ayah...:::
Tanpa saya sedari ada yang hilang lagi
Tak best ke bazar ramadhan tanpa ayah
Berbuka pun terasa kurang
Ke masjid berterawih tanpa ada teman lagi
Balik terawih tiada lagi saat-saat manis
Yang selalu kita ukir bersama
Kita selalu singgah di kedai makan minum bersama kan ayah..
Gelak ketawa bersama
Anak ayah masih merindui kata-kata nasihatmu ayah
Sahur terasa kurang
Ya, kurang satu orang.
iaitu ayah.
Pertama kali ramadhan yang lalu
Saya dan ibu serta adik menyambut ramadhan tanpa ayah
Maafkan saya
Kerana dengan acap kali secara tidak sengaja
menunggu ayah datang dulu menjamah makanan untuk berbuka
sehinggalah ibu menegur saya,
Ibu tanya saya kenapa belum berbuka?
Saat itulah saya sedar yang saya lupa
Ayah sudah tiada...
Pernah juga dulu saya tunggu ayah di dalam kereta
untuk kita pergi solat subuh bersama
Saya lupa lagi..ayah dah tiada
Ibu mungkin faham apa yang terbuku dihati saya
Sebab itu ibu akan cepat-cepat berpaling wajahnya ke arah lain
Ibu sorokkan airmatanya dari saya..ayah
Saya tahu ibu amat terasa bila kehilangan ayah
Saya juga tahu ibu sangat rindukan ayah
Sebab itu sehingga hari ini ibu selalu
Guna tasbih ayah,
Guna al-Quran ayah yang selalu ayah guna
walaupun dah lusuh..mungkin kesan air mata isteri ayah yang tercinta itu,
yang merindui ayah dan baca serta doakan ayah selalu.
Ibu macam dulu...setianya,cinta dan kasihnya hanya untuk ayah.
Ibu juga kerap kali..
Bersihkan sejadah ayah,
Basuh kopiah ayah,
Basuh pakaian ayah,
Iron baju ayah..
Lipat kain-kain pelikat ayah..
Macamlah ayah nak pakai..kan ayah?
Ayah terlalu baik pada kami
Sehingga saat ini kami merasa ayah masih ada bersama kami
Kini saya sedar, ini Ramadhan ke 3 saya tanpa ayah
Ini Ramadhan kami tanpa ayah lagi..
Ayah, tahukah engkau?
Saat menulis sajak ini pun hampir tak sanggup saya bendung air mata. .
Ayah, tahukah engkau, bahawa saya sangat merinduimu?
Ayah, tahukah ayah bahawa saya ingin lagi ayah selalu mengunjungi mimpi saya, seperti saya mengunjungi pusaramu?
Tahukah engkau semua itu?
Tapi tenang Ayah. .
Saya dapat merasakan ayah sudah amat tenang di sana
Cinta Allah padamu lebih besar daripada cintaku padamu, dan aku harus mengerti itu
Tenanglah ayah
Anak ayah ini..
Makin memahami segala nasihat ayah..
Akan selalu sematkan nasihatmu dihati ini,insyaAllah.
Anak ayah dah tak nakal ni(^__^)
Posted at 19:01 | | 0 Comments
:::... NegatiVe ThinKIng Dengan ALLAH ... Please.. No WAy!!! ...:::
Bismillahirahmanirahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Negative Thinking With Allah... Please dear... No Way!!! Don't Be like that...
Allah SWT tidaklah memerlukan kita kerana Allah SWT Maha Kuasa atas segala hal di dunia mahupun di akhirat... Bahkan segala kesempurnaan yang menjadi milik zat Allah SWT itu menjadikan NYA langsung tidak memerlukan kepada kita. Tetapi sebaliknya kenyataan yang sebenar kitalah yang sangat memerlukan Allah. Kita memerlukan Allah untuk meminta pertolongan Allah SWT dalam setiap usaha yang telah kita lakukan. Sebagai hamba yang amat lemah,tiada yang terlepas daripada mengharapkan pertolongan Allah SWT untuk meneruskan hidup di dunia ini dan juga di akhirat kelak.
Merintis pekerjaan,memulakan usaha yang halal dan menanggung segedung masalah yang harus dipecahkan semuanya mengharapkan Pertolongan dan pergantungan dari Allah SWT. Kita sangat-sangat memerlukan Allah.. Keadaaan yang berlaku pada masa ini,rakyat di sana sedang berjuang bermati-matian untuk mempertahankan bumi Mesir di bawah kepimpinan Dr.Morsi. Kekuatan yang diperolehi oleh beliau selama ini adalah kerana beliau sentiasa bersangka baik kepada Allah dan tidak pernah walaupun sekali berputus asa dengan Allah.. Makin kuat ujian yang Allah berikan kepada beliau makin kuat keimananya kepada Allah. Makin Allah uji makin Allah mencintai dan mengasihi hamba-hambaNYA.
Ucapan Dr Morsi :
Sesungguhnya aku melalui jalan-jalan yang sukar
sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama
harapan rakyat
Keberadaaanku adalah
kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah
penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis
tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,sama ada hati,percakapan,ataupun perbuatan,itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan Islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi
jalan,semakin ramai yang
menganggur,jenayah dan maksiat,berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas
kelewatanku untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.
Maka, aku hanya mengharapkan Allah
yang satu,Untuk membantu
perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,Allahumma, bantulah aku Ya Allah,kerana aku membawa agamaMu, Allahumma, sentiasalah bersama-
samaku Allah, untuk memimpin negara
ini, Allahumma, kerana cukup
kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!
Kita perlukan Allah SWT saat kita menangis tersedu-sedu. Kita juga ingin dekat dengan Allah SWT saat hati kita galau. Gelisah memikirkan pelbagai cubaan dan dugaan hidup yang tidak mampu kita hadapi sendiri.Kita memerlukan pertolonngan Allah SWT,maka janganlah kita berburuk sangka kepada Allah SWT. Janganlah kita menimpa semua kesukaran hidup kepada orang lain. Telunjuk jari kita menjadi semakin mahir menuding terhadap orang lain di saat kita berbuat salah. "ini kerana kamu,kerana dia dan kerana mereka". Kita tidak pernah secara Berani mengaku salah. "Ini kerana aku." Otak hanya ligat berfikir dan sensitiviti kita makin bebal. Tidak pintar menguruskan hati dan perasaan hingga menjadikan diri kita sebahagiaan sesuatu yang sangat bermanfaat bagi orang lain.
Belajarlah untuk tidak mencari kambing hitam ini kerana mencari kambing hitam lebih mudah berbanding mengeksploitasi diri sendiri.Akan tetapi untuk melakukan eksploiyasi diri dan merenung ke dalam diri sendiri amat susah untuk kita temui kesilapan sendiri,apatah lagi jika hati kita dibalut rasa ego dan bangga diri. Mana mampu hati ini mengalah,kalau sudah biasa menang? Mana mungkin mahu hati ini merasa salah,kalau selama ini merasa selalu benar?
Justeru,berbaik sangkalah kepada Allah SWT. Itulah yang sewajibnya sama ada di saat diri sedang mencari secicip kebahagiaan mahupun tika diri dirundung dengan masalah,kita hendaklah sentiasa berbaik sangka terhadap allah SWT. Semakin baik persangkaan hambanya. Misalnya ketika kita dirundung banyak masalah,jangan dengan mudah lisan berbicara "Kenapa Allah SWT memberi aku cubaan bertubi-tubi sepeti ini? Apa salahku,apa dosaku? Kenapa Allah tidak adil?"
Teguhlah Mursi teguhlah.
Seperti Sayyidina Uthman dahulu.
Seperti Erdokan dan Erbakan kelmarin.
Air mata yang jatuh ini,
Roh dan darah.
Bersamamu,
Ya Misr.
Hidup adalah putaran kejadian. Adakala ujian mendatang dan tak menyisakan ruang untuk bernafas lega. Tapi ada juga episod bibir tersenyum indah tanda kebahagiaan yang datang itu cukup membahagiakan perasaan. Apakah saat kita bahagia kita ingat kepada Allah SWT? Apakah Allah SWT hanya diingati ketika sedih memulas rasa,jua ketika ujian menerpa. Kalau itu hakikatnya maka kita sudah berlaku tidak adil kepada Allah SWT. Allah SWT hanya tujukan kesalahan tatkala kita dihambat kesedihan. Allah SWT selalu menjadi pihak tertuduh tatkala hati dan jiwa kita tertunduk luluh dipalu kegetiran. Tetapi Allah SWT tidak pernah kita sebut atas kebahagiaan yang kita kecapi. Amatlah tidak adil jika kita bersikap demikian.
Posted at 21:54 | | 0 Comments