:::... Kanvas Perjalanan Kehidupanku ....:::
Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Demi sebatang pena yang dilakarkan dalam nukilan mereka untukku... Sepanjang pertemuan tidak banyak memberikan kebencian malahan menyuburkan lagi kasih sayang. Tercatat di atas sebuah kanvas kehidupan,pelbagai warna dan corak yang indah terlihat... Tidak bertitik malahan tiada noktah,namun lakaran demi lakaran umpama warna pelangi menampakan wajah selepas hujan.
Pada mulanya mereka daripada latar belakang yang berbeza,namun aku berada bersama dengan mereka. Aku bukanlah insan sempurna kerana aku hanyalah sebatang payung yang memayungi insan lain yang berada di dalam kehujanan sedangkan aku di dalam kebasahan. Namun itu bukanlah alasan untukku menyerah kalah sedangkan Allah merencanakan kebaikan untukku. Benar,payung itu bukanlah penghalang dari berlakunya hujan turun tetapi payung mampu untuk melindungi dari kebasahan ketika hujan samaada berdiri ataupun duduk. Begitu jugalah dengan keyakinan.Keyakinan bukanlah jaminan yang menentukan kejayaan di dalam hidup kita tetapi dengan keyakinan kita mampu untuk mengharungi suka dan duka apabila keyakinan itu berpadu sepenuhnya kepada Allah Yang Satu.
Kalau Allah kata "YES" tiada siapa boleh kata "NO" kerana janji Allah itu pasti. Konsistensi sebuah perjuangan kerana diriku memerlukan seorang teman... Bukanlah mudah untuk membina sebuah hubungan yang halal,kerana sepanjang perjalanan itu terlalu banyak ujian dari Allah. Sesungguhnya syaitan akan bersedih apabila dua orang anak Adam bernikah.. Maka sudah pasti syaitan akan berusaha merosakkan samaada melalui cara mewujudkan perasaan ragu-ragu,perasaan lain terhadap orang lain,sifat pemarah,cemburu dan sebagainya. Kalaulah cinta kepada Allah itu yang diutamakan sudah pasti tiada yang kecewa kerana manusia..
Tapi Allah beri kita yang sebaliknya. Allah tunjukkan melalui istikharah atau istisyarah, ‘…boleh jadi kau menyukai sesuatu tapi itu tidak baik untukmu…”Mulalah kita sedih, kecewa. Bertanya pada diri, bertanya pada Allah ‘mengapa?’. Mulalah kita rasa tidak yakin pada petunjukNya.Sabarlah. Ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepat, Allah pasti tunjukkan mengapa bukan dia, mengapa bukan itu, mengapa bukan ini…Allah pasti akan beri peluang untuk kita nampak sendiri mengapa itu tidak baik untuk kita. Pandanglah dengan mata hati. Allah itu baik, Allah tidak pernah leka. Yakinlah pada petunjukNya.Tidak pernah Dia menarik sesuatu tanpa memberikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganti.
Diwarnai dengan gurauan dan usikan..Dihiasi dengan gelak tawa dan senyuman..Kebetulan membawa kerinduan di saat berjauhan.. Namun, tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita berkawan kecuali ajal dan kematian..Manisnya sebuah persahabatan itu terasa apabila kerinduan yang berpanjangan apabila berjauhan... Allah mencampakkan rasa kasih tanpa dipinta kerana Dia merancangkan apa yang terbaik di dalam setiap pertemuan ...Permulaannya apabila sebuah taklifan yang bakal digalas disitulah bermula sebuah kepercayaan yang kukuh dalam sebuah pertemuan yang bernama persahabatan.
Posted at 01:12 | | 0 Comments
:::..Dugaan dan Taklifan dari Allah ...:::
Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Alhamdullillah... Seronok untukku khabar disini bahawa betapa indahnya apabila berada di dalam ujian Allah.. Tiada siapa yang mampu dan kuat untuk menghadapi tatkala ujian itu datang bertalu-talu dan ibarat batu besar yang menghempap tepat ke atas diri. Mungkin pada manusia yang melihat itu sekadar lakonan mungkin juga ada yang menganggap sekadar gurauan murahan,namun Allah Perancang segala kebaikan. Kedudukan sebagai seorang kakak dan sahabat dua perkara yang berbeza namun itu yang dilakukan.
Permulaan hanya di dalam sebuah organisasi underground demi seorang adik yang menggalas taklifannya pada hari ini. Hanya kerana aku gadis berpurdah,pelbagai sentimen dan spekulasi daripada pelbagai pihak untukku. Berada bersama-sama sahabat-sahabat yang berlainan latar belakang dan sejarah yang berbeza namun itu cukup membahagiakanku. Pengajaran dan pembelajaran tentang kehidupan ku perolehi walaupun kadang-kadang aku kurang mengerti.
Apabila pergerakkan itu berlangsung,disitu sebenarnya permulaan ukhuwah. Kerana dugaan,ikatan ukhuwah makin mantap... Kerana dugaan,yang kehilangan harapan mula menemui erti persahabatan... Kerana dugaan,Allah menguji dengan cubaan kemalangan... dan kerana dugaan kebergantunggan kepada Allah semakin mendalam. Namun itu bukanlah pengakhiran,tetapi itu adalah sebuah permulaan. Bukan kita menentukan hukuman sedangkan Allah membentangkan jua pintu pengampunan.
Dan kenapa yang dipilih adalah awak??? dan kenapa dan terus kenapa??? persoalan yang tiada penghujungnya,namun Allah Maha Mengetahui.. benar,manusia memilih awak . Namun Hakikatnya pilihan mereka melalui Allah... Allah yang memberikan taklifan itu pada kamu... Allah percayakan kamu... Allah tahu yang kamu mampu... Allah memberikan sesuatu itu mengikut kemampuan dan kesesuaian hamba-hambaNya yang beriman. Jika terasa jauh dari Allah kerana sebuah taklifan,maka didiklah diri terus dekat dengan Allah.
Andai hari ini aku terlalu gembira..sedarkanlah aku dengan amaran Allah..Andai ku bersedih tanpa kata..pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta...Andai ku lemah tak berdaya,ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..Andai antara kita ada tembok yang memisahkan ajaklah aku meleraikan segera..Andai pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah..Andai esok ku lena tanpa terjaga...iringilah lenaku dengan kalungan doa n fatihah...berjanjilah SAHABAT.
Apabila kita menjadi insan terpilih untuk berpisah dari kasih-kasih manusia yang kita sayangi, ingatlah bahawa Allah itu benar-benar ingin memberikan satu ganjaran yang hebat untuk hamba-Nya. Dasari hikmah-Nya. Renungi kalimah-Nya. Dia memisahkan adalah tanda untuk menyambungkan. Menyambungkan apa jika ada yang terpisah? Berpisah pun perit. Kehilangan itu amat sakit. Dia memisahkan kita dengan kasih manusia untuk menyambungkan cinta kita dengan-Nya. Itu adalah cinta teragung. The greatest love that we gain. =') What we need most.~ ♥
Ukhwah kita ukhwah fillah dan tiada penghujungnya ..
Insya'Allah ( ^___^ ) ♥♥
Posted at 08:33 | | 0 Comments
:::.. Bersyukurlah ...:::
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai diri merasa keletihan,
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai hatimu diterjah kekecewaan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai hatimu diamuk kesepian,
Iitu tandanya hamba perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai dirimu terasa sendirian mengharungi segala tanpa teman,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai kehilangan sebuah kekuatan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai jiwamu merintih untuk sebuah ketabahan,
Itu tandanya hamba perlukan tuhan...
Bersyukurlah atas segala keperitan dan kepayahan yang disalurkan,
Kerna di situ lahirnya jiwa rasa hidup berTUHAN!
DIA sedang mentarbiyyahmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Kerna kau menjadi pilihanNya!
Biar segunung ujian didatangkan,
Kentalkan jiwa dengan haruman ketaqwaan,
Moga ianyakan menjadi saksi di hari pertemuan!
Posted at 19:06 | | 0 Comments
:::.. Ramadhan ke 3 Tanpa Ayah...:::
Tanpa saya sedari ada yang hilang lagi
Tak best ke bazar ramadhan tanpa ayah
Berbuka pun terasa kurang
Ke masjid berterawih tanpa ada teman lagi
Balik terawih tiada lagi saat-saat manis
Yang selalu kita ukir bersama
Kita selalu singgah di kedai makan minum bersama kan ayah..
Gelak ketawa bersama
Anak ayah masih merindui kata-kata nasihatmu ayah
Sahur terasa kurang
Ya, kurang satu orang.
iaitu ayah.
Pertama kali ramadhan yang lalu
Saya dan ibu serta adik menyambut ramadhan tanpa ayah
Maafkan saya
Kerana dengan acap kali secara tidak sengaja
menunggu ayah datang dulu menjamah makanan untuk berbuka
sehinggalah ibu menegur saya,
Ibu tanya saya kenapa belum berbuka?
Saat itulah saya sedar yang saya lupa
Ayah sudah tiada...
Pernah juga dulu saya tunggu ayah di dalam kereta
untuk kita pergi solat subuh bersama
Saya lupa lagi..ayah dah tiada
Ibu mungkin faham apa yang terbuku dihati saya
Sebab itu ibu akan cepat-cepat berpaling wajahnya ke arah lain
Ibu sorokkan airmatanya dari saya..ayah
Saya tahu ibu amat terasa bila kehilangan ayah
Saya juga tahu ibu sangat rindukan ayah
Sebab itu sehingga hari ini ibu selalu
Guna tasbih ayah,
Guna al-Quran ayah yang selalu ayah guna
walaupun dah lusuh..mungkin kesan air mata isteri ayah yang tercinta itu,
yang merindui ayah dan baca serta doakan ayah selalu.
Ibu macam dulu...setianya,cinta dan kasihnya hanya untuk ayah.
Ibu juga kerap kali..
Bersihkan sejadah ayah,
Basuh kopiah ayah,
Basuh pakaian ayah,
Iron baju ayah..
Lipat kain-kain pelikat ayah..
Macamlah ayah nak pakai..kan ayah?
Ayah terlalu baik pada kami
Sehingga saat ini kami merasa ayah masih ada bersama kami
Kini saya sedar, ini Ramadhan ke 3 saya tanpa ayah
Ini Ramadhan kami tanpa ayah lagi..
Ayah, tahukah engkau?
Saat menulis sajak ini pun hampir tak sanggup saya bendung air mata. .
Ayah, tahukah engkau, bahawa saya sangat merinduimu?
Ayah, tahukah ayah bahawa saya ingin lagi ayah selalu mengunjungi mimpi saya, seperti saya mengunjungi pusaramu?
Tahukah engkau semua itu?
Tapi tenang Ayah. .
Saya dapat merasakan ayah sudah amat tenang di sana
Cinta Allah padamu lebih besar daripada cintaku padamu, dan aku harus mengerti itu
Tenanglah ayah
Anak ayah ini..
Makin memahami segala nasihat ayah..
Akan selalu sematkan nasihatmu dihati ini,insyaAllah.
Anak ayah dah tak nakal ni(^__^)
Posted at 19:01 | | 0 Comments
:::... NegatiVe ThinKIng Dengan ALLAH ... Please.. No WAy!!! ...:::
Bismillahirahmanirahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Negative Thinking With Allah... Please dear... No Way!!! Don't Be like that...
Allah SWT tidaklah memerlukan kita kerana Allah SWT Maha Kuasa atas segala hal di dunia mahupun di akhirat... Bahkan segala kesempurnaan yang menjadi milik zat Allah SWT itu menjadikan NYA langsung tidak memerlukan kepada kita. Tetapi sebaliknya kenyataan yang sebenar kitalah yang sangat memerlukan Allah. Kita memerlukan Allah untuk meminta pertolongan Allah SWT dalam setiap usaha yang telah kita lakukan. Sebagai hamba yang amat lemah,tiada yang terlepas daripada mengharapkan pertolongan Allah SWT untuk meneruskan hidup di dunia ini dan juga di akhirat kelak.
Merintis pekerjaan,memulakan usaha yang halal dan menanggung segedung masalah yang harus dipecahkan semuanya mengharapkan Pertolongan dan pergantungan dari Allah SWT. Kita sangat-sangat memerlukan Allah.. Keadaaan yang berlaku pada masa ini,rakyat di sana sedang berjuang bermati-matian untuk mempertahankan bumi Mesir di bawah kepimpinan Dr.Morsi. Kekuatan yang diperolehi oleh beliau selama ini adalah kerana beliau sentiasa bersangka baik kepada Allah dan tidak pernah walaupun sekali berputus asa dengan Allah.. Makin kuat ujian yang Allah berikan kepada beliau makin kuat keimananya kepada Allah. Makin Allah uji makin Allah mencintai dan mengasihi hamba-hambaNYA.
Ucapan Dr Morsi :
Sesungguhnya aku melalui jalan-jalan yang sukar
sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama
harapan rakyat
Keberadaaanku adalah
kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah
penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis
tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,sama ada hati,percakapan,ataupun perbuatan,itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan Islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi
jalan,semakin ramai yang
menganggur,jenayah dan maksiat,berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas
kelewatanku untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.
Maka, aku hanya mengharapkan Allah
yang satu,Untuk membantu
perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,Allahumma, bantulah aku Ya Allah,kerana aku membawa agamaMu, Allahumma, sentiasalah bersama-
samaku Allah, untuk memimpin negara
ini, Allahumma, kerana cukup
kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!
Kita perlukan Allah SWT saat kita menangis tersedu-sedu. Kita juga ingin dekat dengan Allah SWT saat hati kita galau. Gelisah memikirkan pelbagai cubaan dan dugaan hidup yang tidak mampu kita hadapi sendiri.Kita memerlukan pertolonngan Allah SWT,maka janganlah kita berburuk sangka kepada Allah SWT. Janganlah kita menimpa semua kesukaran hidup kepada orang lain. Telunjuk jari kita menjadi semakin mahir menuding terhadap orang lain di saat kita berbuat salah. "ini kerana kamu,kerana dia dan kerana mereka". Kita tidak pernah secara Berani mengaku salah. "Ini kerana aku." Otak hanya ligat berfikir dan sensitiviti kita makin bebal. Tidak pintar menguruskan hati dan perasaan hingga menjadikan diri kita sebahagiaan sesuatu yang sangat bermanfaat bagi orang lain.
Belajarlah untuk tidak mencari kambing hitam ini kerana mencari kambing hitam lebih mudah berbanding mengeksploitasi diri sendiri.Akan tetapi untuk melakukan eksploiyasi diri dan merenung ke dalam diri sendiri amat susah untuk kita temui kesilapan sendiri,apatah lagi jika hati kita dibalut rasa ego dan bangga diri. Mana mampu hati ini mengalah,kalau sudah biasa menang? Mana mungkin mahu hati ini merasa salah,kalau selama ini merasa selalu benar?
Justeru,berbaik sangkalah kepada Allah SWT. Itulah yang sewajibnya sama ada di saat diri sedang mencari secicip kebahagiaan mahupun tika diri dirundung dengan masalah,kita hendaklah sentiasa berbaik sangka terhadap allah SWT. Semakin baik persangkaan hambanya. Misalnya ketika kita dirundung banyak masalah,jangan dengan mudah lisan berbicara "Kenapa Allah SWT memberi aku cubaan bertubi-tubi sepeti ini? Apa salahku,apa dosaku? Kenapa Allah tidak adil?"
Teguhlah Mursi teguhlah.
Seperti Sayyidina Uthman dahulu.
Seperti Erdokan dan Erbakan kelmarin.
Air mata yang jatuh ini,
Roh dan darah.
Bersamamu,
Ya Misr.
Hidup adalah putaran kejadian. Adakala ujian mendatang dan tak menyisakan ruang untuk bernafas lega. Tapi ada juga episod bibir tersenyum indah tanda kebahagiaan yang datang itu cukup membahagiakan perasaan. Apakah saat kita bahagia kita ingat kepada Allah SWT? Apakah Allah SWT hanya diingati ketika sedih memulas rasa,jua ketika ujian menerpa. Kalau itu hakikatnya maka kita sudah berlaku tidak adil kepada Allah SWT. Allah SWT hanya tujukan kesalahan tatkala kita dihambat kesedihan. Allah SWT selalu menjadi pihak tertuduh tatkala hati dan jiwa kita tertunduk luluh dipalu kegetiran. Tetapi Allah SWT tidak pernah kita sebut atas kebahagiaan yang kita kecapi. Amatlah tidak adil jika kita bersikap demikian.
Posted at 21:54 | | 0 Comments
:::... Akhawat Sejati ....:::
Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Akhawat sejati bukanlah dilihat dari sisi wajahnya yang manis dan menawan,akan tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang disekelilingnya. Pantang baginya membuka aurat,dan memapamerkan kepada sesiapa pun yang bukan HAQnya. Dia senantiasa menguatkan iltizam dan azam dirinya dalam berghadul basyar dan menjaga kemulian diri,keluarga dan agamanya.
Akhawat sejati bukanlah dilihat dari sisi suaranya yang lembut dan lunak dalam tutur bicaranya,mempersobakan liuk lentoknya,tetapi lemubut dan tegas beiringan bersama dalam mengatakan kebenaran. Dia yang senantiasa menjaga lisan daripada ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yang memahami dan merasakan betul bahawa allah SWT senantiasa mengawasi segala tindak-tanduknya.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada liuk gemalai kala dia berjalan,tetapi daripada bijaknya dia memahami keadaan dan persoalan demi persoalan. Dia yang senantiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan sesiapapun,walaupun dimana dia berada. Tiada perbendeharaan kata "CEMBURU BUTA" dalam kamus kehidupannya. Dia senantiasa merasa cukup dengan apa yang Allah SWT anugerahkan untuknya,juga atas nafkah yang diberikan oleh suami kepadanya, Tak pernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan sang qowwam di tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar dari raut wajahnya. Sifat tawadhuk adalah pakaian yang senantiasa dia pakai sepanjang perjalanan kehidupannya dari zaman ke zaman.
akhawat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi orang-orang ditempat kerja mahupun tempat belajarnya,tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyayangi sesiapapun dan dimanapun tanpa memandang status yang disandang olehnya, Dia dilihat menyejukan mata dan meredupkan api kemarahan. Baiti jannati selalu berusaha dia ciptakan dalam alur kehidupan rumah tangga. Mendokong daripada segala aspek termasuklah menyokong dakwah suami dan menderma baktinya menguruskan generasi penerus jiwa Rabbani.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati kepadanya,akan tetapi dilihat daripada kesungguhanya dalam berbakti dan mencintai Allah SWT dan Rasullullah SAW. Dia selalu menghindari sesuatu yang syubhah terlebih hal-hal yang diharamkan olehNya. Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada pandainya merayu dan banyaknya air mata yang gugur,tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran kasih sayangnya meresap tajam daripada tiap tutur bicara yang keluar dari bibirnya. Dia berbuat ihsan kala tempat umum mahupun bersendirian.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al-Quran dan banyaknya hadis yang dihafal,tetapi daripada keteguhan dan kosistennya mengamalkan kandungan kedua-duanya. Dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum memahami Al-Quran dan As-Sunnah dijadikannya dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan.
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelaran yang disandang serta luasnya wawasan ataupun lincahnya di abergerak,tetapi ghairahnya untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan. Ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang dia pegang. menjadi akhawat sejati,nescaya akan membuat iri hati dan cemburu para bidadari,menjadi dambaan bagi mereka para insan yang berjiwa Rabbani,menjadi dambaan bagi mereka yang memiliki roh dakwah dan jihadiyyah di dalam diri dan jiwa mereka,serta para hamba Allah SWT yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang menipu.
Posted at 01:26 | | 0 Comments
:::.... Lalu Aku Harus Bagaimana ....:::
Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang...
"Ad-Dunya mata",Khoirul Mata' al mar"atus solihah"
Dunia adalah perhiasan,perhiasan dunia yang paling indah adalah wanita yang solehah.
Menjadi wanita yang faham bagaimana bersikap sederhana,profesional dan tidak berlebihan pada sisi yang satu dan meninggalkan sisi yang lainnya bukanlah satu perkara yang mudah dan tenang untuk istiqamah. Seorang muslimah yang tahu kedudukan dan peranannya sebagai muslimah tidak menuntut lebih dan tidak menolak tugasan yang diamanahkan. Seorang muslimah yang solehah,faham akan DIN atau AGAMA dan sentiasa berusaha mengamalkannya dalam kehidupan seharianya. Seorang muslimah yang kukuh benteng DINnya tidak akan cantk fizikal,tetapi juga cantik hatinya,mempersona akhlaknya dan tegar jiwanya menghadapi masalah dan dugaan hidup. Profesional juga menjadi satu perkara yang sangat penting.Ini kerana dengan sikap inilah kita akan rasa seimabang dalam menimbang segala hal.
Dengan kata lain kita tidak akan terjebak pada sebuah titik ekstrem yang melekakan. Kemampuan kita merungkaikan sebuah persoalan menjadi lebih tajam,Apakah persoalan yang kita hadapi bisa membuatkan kita menjadi lebih matang atau mebuat kita semakin gagal. Memilih yang lebih utama atau mengutamakan kepentingan Allah SWT adalah sebuah pilihan yang tepat.Berbekalkan profesionalisme inilah kita berharap mampu menjadi muslimah yang solehah. Muslimah yang akan menjadi cahaya yang bersinar terang. Bermanfaat bagi keluarganya,serta menerangi setiap hati yang berintereaksi dengannya. Menebarkan kemanfaatan untuk diri dan keluarganya serta berperanan melahirkan generasi dambaan, Melahirkan generasi yang sanggup berjuang untuk kejayaan ISLAM.
Tidak sewenang-wenangnya memandang lelaki dipinggir jalan dan dalam pada yang sama tidak pula memanjakan mata dengan memandang aurat orang lain yang diharamkan. Meskipun dia mengenakan tudung,bukan beerti dia boleh memandang dengan sewenang-wenangnya. ini kerana dengan memakai tudung berpeluang untuk memperhatikan orang lain dengan sorot mata yang tajam. Itu kata beberapa orang yang saya temui. Tetapi harapannya berita itu tidak benar.Pandanglah perkara-perkara yang berada di hadapan kita sekadar perlu sahaja. Tika dalam perjalanan melihat alam,bertadaburlah dengan alam juga. Memperhatikan alam ciptan Allah SWT itu lebih mendatangkan manfaat.
Muslimah sejati adalah dia yang sentiasa taat kepada perintah Allah SWT dan Rasul-Nya. Dia tidak memilih-memilih perintah. Semua perinta-perintah yang baik samada yang ringan ataupun yang berat selalu dia taati dengan sepenuh tenaga. Dia bukanlah jenis orang yang hanya mengerjakan perintah yang dianggap mudah dan ringan. Dia bukanlah jenis muslimah oportunis yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan. Dia muslimah yang sangat faham bagaimana harus menjalankan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya dengan penuh rasa keikhlasan.
Ada seorang akhawat yang rela diusir dari rumahnya kerana ingin mempertahankan hijabnya. baginya mentaati perintah Allah SWT lebih baik berbanding daripada dunia seisinya, Dia pun rela disisihkan oleh keluarga kerana menolak pesta walimah yang penuh dengan kesyirikan. Dia rela dihukum oleh datuk,nenek,ibi,bapa,mak cik.pak cik dan setiap orang yang mengecam akan sikapnya itu. Mentaati Allah SWT adalah harga mati,daripada hidup dengan penuh dosa dan kemaksiatan.
Berhiaslah dengan kepesonaan Islam yang luar biasa itu. Lantaran pesona Islam itu adalah sebaik-baik pesona yang bakal menyerlahkan peribadi seorang muslimah sejati. Pesona Islam itulah jua nanti yang akan mencungkil rahsia keindahan dan kecantikkan seorang muslimah,lantas menjadi daya penarik sebenar setiap sorot yang memandang. Lebih utama lagi,pesona Islam itulah kelak bakal membantu diri untuk meraih keredhaan Allah SWT,andai ia dititip dengan rasa keikhlasan yang hakiki.
Rasakan ketenangan yang tak terbanding oleh agama mana pun ini. Tampilkan segenap aturan dan pesona Islam,penuhi setiap kewajibannya dan tundukkan nafsumu dengan aturan-aturan Islam itu. Jangan dianggap ianya sebagai satu bebanan,kerana ini bukanlah sebuah keterpaksaan. Sebaliknya,itu adalah sebuah pedoman buat kita sebagai muslimah sejati yang mendambakan ketenangan hidup di dunia,jua kesejahteraan di akhirat kelak.
Posted at 00:54 | | 0 Comments
:::... Kau Coretkan Lukisan Hidupku ...:::
Kau hiaskan di taman cinta biar menjadi tanda
Tanda kepada sebuah ikatan pernikahan yang suci
Yang diiringi dengan Baraqah dan Rahmat dari Ilahi
Kau Coretkan lukisan hidupku dengan warna-warna kerinduan
Kau hiaskan ditaman cinta biar menjadi tanda
Tanda bahawa dirimu sudah sepenuh bersedia
Memikul tanggungjawab dan amanah yang telah tersedia
Di Loh Mahfuz asal kejadiannya
Amanah yang diberikan oleh Allah dan Rasulmu
Untk Menjaga sebuti permata perhiasan ayahanda dan bonda yang tercinta
Kau coretkan lukisan hidupku dengan ayat-ayat cinta cahaya Al-Quranmu
Kau hiaskan di taman cinta menjadi tanda maharmu untukku
Maharmu untukku kau serahkan
Kepada diriku satu insan yang kau pilih
dengan cahaya restu dari Allah dan kedua orang tuamu
Akhirnya kita bersatu dalam payungan rahmat Allah selalu
Cinta itu datangnya dari Allah
kerana Cinta itu subjektif
Akhirnya kepadaku insan yang kau pilih
Menjadi suri hidupmu....
Posted at 11:11 | | 0 Comments
::::... Andai Cinta Itu Hadir ....::::
Aku tidak mampu untuk menafikannya lagi
Allah mengahdirkan dia dalam hidupku
Bukanlah satu perkara yang sia-sia
Walaupun aku bukanlah wanita yang sempurna
Namun fitrah cinta dalam hamparan hati
Membuatkan aku semakin yakin dengan segala aturan Ilahi
aku selalu menyatakan pada diriku
Bahawa aku bukanlah yang terbaik untuknya
Dia bisa mendapatkan yang lebih sempurna di dalam hidupnya...
Allah masih meminjamkan kepada diriku kasih dan cinta dariNYA
Di dalam hatiku
Betapa indahnya nikmat cinta dari Allah itu
Tiada satu yang tersembunyi
Semuanya di dalam pengetahuanNYA
Andai ketika cinta itu mulai bertasbih
Segala kata yang tersirat di hati
dapat dirungkaikan melalui satu kata cinta
Yang terungkap Indah melalui Ilahi...
Andai ku bisa mengulang segala waktu yang hilang dan terbuang
Mungkin aku mampu menjadikan diriku seorang wanita yang solehah untuk dirinya
Saat cinta itu hadir
Aku menjadi lemah
Lemah dengan segala keterangan yang tercoret di atas sekeping hati yang tipis...
Benar,Hanya Allah Yang mengetahui Dimana Letaknya
Segala Cintaku selama ini
Dia tidak mahu aku hanyut dengan segala cinta dunia
Dengan Segala Cinta dan KasihNYA
Kini aku bisa merasakan kembali pijaran cintaNYA...
Posted at 02:42 | | 0 Comments
::::.. Aku Yang Berdosa ...::::
Ku tunduk malu di hadapanmu
Kerna ku insan yang penuh dengan dosa
Ku ajukan segala sesalan dan keluhan kepadaMU
Apakah Kau akan menerima segalanya!!!!
Kesunyian ini mengajarkan tarbiyyah cintaMU kepadaku..
Pengembalian diri dan hatiku kepadaMU
Mungkinkah sampai satu saat nanti
Aku sanggup mati kerana ingin mengenali segala CintaMU
Tarbiyyah cinta darimu telah menyedarkan hati dan diriku
Dalam teguran yang penuh dengan kelembutan dariMU
Membuatkan aku makin kuat ingin mengenali segala cintaMU
Menyedarkan diriku daripada terus hanyut dalam lena yang sementara
dengan segala kebahagiaan dan tipu daya dunia
Lantas meleraikan segala benteng kekalutan duniawi.
Ku terus berpaling dan mengharapkan keredhaan menerpa kembali
ke dalam hati dan diriku
Suluhkan cahaya cintaMU dalam setiap langkahku.
Dalam kebimbangan yang kian menerjahkan dalam sanubari
mengenangkan apakah taubatku akan diterima
Namun keyakinanku kepadaMU kian menebal
Bersyukur kerana Kau masih memaut hati dan diriku
dengan segala kasih dan sayangMU
Betapa Aku ini Insan yang penuh Dosa
Aku menzalimmiMU,Mengkhiannati segala Cinta dariMU kepadaku
Jalan pulang kini ku temui
dalam sujud taubatku kepadaMU
Kau peganglah hatiku
Kerana Kau Pemilik hatiku yang Mutlak
sehingga masanya Engkau menyeru nyawaku.
Posted at 23:00 | | 0 Comments
::::... Mujahadah Hati dan Salam imtihan....:::::
Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
"Allah,Allah,Allah...
Arghhhhhhhh,Exam dah dekat.... Tak Study ape pun lagi nie....
Aduina,macam mana nie...Dengan Tugas dan amanah yang tergalas di bahu lagi!!! ya Allah,mampukah aku melakukan semua ini... "
Mungkin ini yang sedang bermain di dalam hati dan minda kita sekarang... Namun jika kita yakin dengan segala rancangan dari Allah,kita tidak akan berasa tertekan dengan segala situasi pada saat ini... Bila mana Allah itu tetap berada di dalam hati,kita tidak akan pernah keseorangan kerana keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepadaNYA... Berusaha dengan keyakinan yang terpatri dengan ALLAH akan memberikan hasil diluar jangkaan kita sebagai hamba-hambaNYA yang beriman....NIAT
merupakan PINTU GERBANG KEIKHLASAN... NIAT itu berada di dalam
KETAATAN... Tiada guna kaya kerana DUNIA,tetapi akan berguna jika KAYA
BERINFAK di JALAN ALLAH... BERIKHLASLAH dengan seberapa BANYAK KEMAMPUAN
yang DIMILIKI dalam HATIMU.....
1. Keinginan
2. Usaha
3. Doa (doa dari diri sendiri ataupun daripada orang lain)
Begitu juga perjuangan kita bersama demi kehidupan yang lebih baik... Perjuangan di jalan yang diredhai oleh Allah itu menjadi dambaan setiap insan...
Atas 3 perkara inilah yang menjadi asbab kepada hidayah yang Allah swt berikan kepada sayidina Umar r.a. Saat Umar datang ke rumah adiknya dengan penuh kemarahan apabila mengetahui adiknya telah memeluk Islam, Umar telah memukul dan membelasah adik dan adik iparnya. Tiba-tiba dengan kehendak Allah, maka pandangan Umar terarah kepada masyaf al Quran yang bertaburan di atas lantai ketika itu. Maka Umar timbul di hati Umar keniginan untuk mengetahui kandungan masyaf tersebut, namun ketika Umar hendak menyentuhnya, beliau telah ditegah adiknya kerana diri & tubuh Umar tidak suci pada ketika itu.
Jadi kata ulama di sini pertamanya timbul keinginan di dalam hati Umar untuk mengetahui kandungan masyaf al Quran tersebut, keduanya beliau telah berusaha dengan susah payah dalam keadaan tanah Kota Mekah yang kering dan gersang mendapatkan air untuk mandi dan membersihkan dirinya. Dan ketiganya beliau telah mendapat doa dari Rasulullah saw.
Dalam hal ini, Umar mempunyai kesemua tiga perkara yang di sebutkan di atas. Inilah yang membezakan dan menjadi asbab Allah swt memberikan hidayah kepada Umar, bukannya kepada Abu Jahal setelah sebelumnya, Rasulullah saw berdoa kepada Allah swt agar dipilih salah seorang dari mereka untuk menguatkan orang-orang Islam ketika itu.
Sememangnya hidayah itu adalah perkara yang paling berharga, namun ketahuilah usaha ke atas hidayah itu adalah lebih penting. Buat para dai'e dan pendakwah, di siang hari lakukanlah kerja berjumpa manusia dan menyeru manusia kepada Allah dan di malam hari, bangunlah di tangah kesunyian malam berdoa dan mengangis untuk marayu dan menarik hidayah Allah kepada manusia. Nafikanlah kerja dan usaha diri sendiri di siang hari..kerana Hidayah itu adalah hak mutlak Allah swt. Allah hanya memilih segelintir dari hamba-hambaNYa sebagai perantaraan usaha hidayah ke atas orang lain sedangkan Allah tidak berhajat ke atas sesuatu untuk mengadakan sesuatu. Namun Allah memilih sekelian manusia tertentu dari kalangan hamba Nya untuk memberi kemuliaan kepada hamba Nya melalui perantaran kerja dakwah yang mulia ini.
Hidayah dan petunjuk Allah akan sentiasa mengiringi setiap langkah dan jalan diterokai orang beriman dan bertakwa kepada-Nya dalam rangka untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.Apabila ilmu dimiliki,manfaatkan ilmu itu dengan sebaik yang mungkin... Jangan mudah sombong dan lupa diri apabila miliki ilmu yang tidak terpilih oleh insan lain... Teruskan berada bersama-sama dengan sahabat-sahabatmu kerana mereka cermin dan penbimbingmu menuju keredhaan dan rahmat Ilahi...Dan Jangan pernah lupakan Surat Cinta Dari Allah... Biarkan Al-Quran selalu menjadi teman akrab kita walaupun tika bersama-sama sahabat....Kalau tak nak diri kita rugi di akhirat kelak,baca Al-Quran selalu..Bacaan al-Qur'an Akan
ALLAH swt berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (al-An’am:125).
tiada kemaafan yang perlu amani terima..
kerana kalian tiada salah dengan amani..
Sungguh..
kemaafan bukan kerana imtihan..
bukan kerana terpaksaan..
tetapi...
terlalu banyak kesalahan dan kekhilafan..
Segalanya baik..
Mari Menjadi Hamba..
Taat bila setiap masa..Patuh arahan Tuhannya....
Salam Imtihan..Salam Perjuangan...
Moga Allah Redha kita menjadi pengemis Ilmu...
Posted at 06:28 | | 0 Comments
:::... Cerita Hatiku 061212,071212 dan 131212 ....:::
Dengan Nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Subhanallah,Alhamdullillah...
Meeting terakhir yang berlangsung pada 06 Disember 2012,meninggalkan sejuta kenangan yang tidak mampu ku ungkapkan.. Permulaan untuk menyerah kuasa kini bermula.. Ketika diriku dilanda kesakitan yang amat sangat,aku tidak mampu untuk mengabaikan MEETING TERAKHIRku sebagai Timbalan Exco Kebajikan dan Kaunseling.Pada waktu itulah terasa sangat sayu dihatiku untuk meninggalkan PERKIM UUM dan terutama sekali buat adik-adik exco K & K tersayang... Selama Setahun memegang Exco bersama,banyak hal aku kenali tentang mereka. Mereka berdua yang pada mula tidak mengenali,namun kini tetap bersatu hati demi PERKIM.Ku fikirkan berakhirnya 07 Disember 2012 diriku di dalam Kelab PERKIM UUM,aku tidak akan bertemu kembali dengan adik-adikku Abdullah Zawawi Shuhaimi dan Zulaika Mohamad.. Namun sebaliknya hal yang terjadi.
Selama seminggu aku dikecam oleh wawi bahawa pada tarikh 131212,aku akan dicampak ke dalam tasik gutrie sempena hari lahirku. entah mengapa hatiku menjadi begitu berdebar dengan segala rancangan daripada wawi dan ika. Padahal,itu hanyalah satu gimik pada andaianku. Sampailah pada tarikh yang dinantikan,bukan mereka berdua yang "MEGERJAKAN" aku tapi sebaliknya sahabat-sahabat di blok tempat aku tinggal yang melakukannya. Habis basah dirku disirami dengan air sabun dan belon berisikan air.
Tak tidur aku dibuat oleh mereka. Kemudian,aku bangun pada keesokkannya mendapat panggilan daripada bonda serta adikku tercinta.. Sayu dihati menerima ucapan daripada insan yang bertakhta dihati. Alhamdullillah,usia ku sudah menginjak 22 tahun kini.
Pada petangnya aku mendapat mesej daripada seseorang untuk mengajakku bermain layang-layang. Aku menjadi hairan kerana cuaca pada tika itu mendung dan menunjukkan seperti mahu hujan. Namun aku bersangka baik untuk turun menyertai mereka dalam bermain layang-layang pada kali ini. Manusia hanya merancang,namun rancangan dari Allah itu yang terbaik. Aku memulakan perjalananku bersendirian ke pusat sukan untuk bermain layang-layang dengan berbekal dua gulung benang yang kecil,tetapi apabila aku sampai disana tiada yang kelihatan cuma bertemankan burung-burung yang berterbangan bebas diawanan. Aku tidak menyesal malahan aku tersenyum sendirian. Allahuakhbar,hanya Engkau tempat aku Mengharap.Selepas 30 minit berlalu,muncullah dua orang sahabatku yang membawa empat layang-layang untuk kami mainkan. Namun dek kerana angin lembap akibat hujan,layang-layang tidak dapat diterbangkan di langit biru.
Dari padang pusat sukan,rancangan ditukar untuk pergi makan ke MISC. Aku berjalan sambil ditemani dengan beberapa orang sahabat dari PERKIM juga... Alhamdullillah,we meet back... Sampai sahaja di MISC,rupa-rupanya adik-adikku Zulaika dan Fatin Syahiran sudah setia menunggu. Sambil kami menjamu selera,sambil itu juga kami berborak. Sedikit-sedikit aku mendengar rancangan mereka untukku pada malam ini. Subhanallah,hatiku kian rancak berdebar kembali. di tengah-tengah aku menjamu selera,tiba-tiba muncul adikku wawi. Aduina,rupa-rupanya dia sedang bermain bola disebelah padang dekat sahaja dengan kafe tempat kami menjamu selera. Aku terkejut dan aku menutup mukaku dengan tangan,dan tiba-tiba dia bertanya"Kak amani ke nie atau orang lain"sambil dia tersenyum...
Pada malamnya selepas isyak,aku dan fasihah bergerak menuju ke bilik PERKIM,bilik yang sangat aku rindui sejak bergelar mantan... huhu.... Sampai sahaja kami disana,sudah kelihatan Zawawi berada di situ.. Hatiku makin berdebar,amboiiiii bersungguh-sungguh budak ini nak kenakan aku... dush3x... Juga kelihatan di dalam bilik itu amanina dan fatin. Aku menyerahkan beg plastik yang berisikan dua kotak kek kepada fasihah dan aku mula melarikan diri. Aku sempat mendengar kata-kata daripada Wawi."Kak,saya dah pasang bom kat setiap pelusuk di uum nie,kak dop leh nok lari doh.".. aku cuma tersenyum mendengar kata-kata daripadanya. Aku fikir,aku mampu melarikan diri,namun sangkaanku meleset apabila fasihah mula mengejarku dan manarikku kembali ke bilik PERKIM. Dan mulalah aku menjadi tidak keruan berada didalam bilik itu bersama-sama dengan mereka.
Seperti yang dijanjikan,aku diraikan di dalam majlis yang sederhana namun cukup bermakna untukku.Kenangan yang diciptakan oleh 2 orang insan yang menjadi sebahagian kisah perjalanan hidupku membuatkan hati dan diriku rasa benar-benar dihargai...Bantuan yang hebat dan mantap oleh kak Ainnur Quzaimah,Amanina Mohamad dan Fatin Syahirah Mat Salleh amat-amat memberikan kesan yang hebat dalam majlis yang dilangsungkan untukku.Kehadiran bersama kak Shida,kak Zawiah,Hafizzudin Ali,Faridzul mohd Yusof dan alang faridzul serta tidak dilupakan Nuriman Fahmi walaupun sekejap dan Safiah Aziz menambahkan keceriaan suasana.
Dalam keriangan mengadakan majlis ini,dihadiri bersama dengan Izzat,Syafiq,Zulfadly,telah mencetuskan suasana yang mengamatkan dan menyebabkan aku rasa tidak keruan melihat "AKSI YANG AGAK SOPAN" itu... Dengan lakonan yang cukup mantap daripada mereka..Kesian dekat kamu yerk Hannan "MANGSA LIGAN" sekali lagi dengan mereka...bantuan bersama daripada Nursam amat memberikan IMPAK yang mendalam...Seketika aku terfikir,sekarang siapa yang sambut hari lahir..Aku lagilah menjadi terGAMAM disitu dengan ape yg terjadi... Aku sempat mendengar wawi tiba-tiba membaca bismillah mcm nak sembelih bintg dengan memegang sebiji kek cawan ditangan untuk dilumurkan ke muka hannan... rupa-rupanya ini cerita disebalik aku melihat wawi menyinsing lengan baju dia semalam.. bab mengenakan orang serahkan kepada wawi... Itulah,suka sangat buat khianat kat orang,akhirnya dia yang kena teruk sekali.... huhu... memang "TERSANGAT SOPAN" budak-budak ini..
Tergamam,tertampar dan terdampar dengan "AKSI-AKSI SOPAN" daripada mereka ini... Allahuakhbar....
Subhanallah,Alhamdullillah.. trma kasih kpd semua pihak yg terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung... terbaiklah daipada kalian,insyaAllah sampai bila-bila akan dikenang... apa yang penting ada orang sekali lagi kena ligan.. alahai,kesiannya kamu Hannan.Kenangan Yang cukup indah semalam bagaikan aku tidak mampu untuk menangis lagi... Allah pertemukan kita bukan dengan rancangan DIA yang sia--sia... Sayang Kalian kerana Allah... Di medan JIhad PERKIM kita BErtemu,di jalan ISLAM kita BERJUANG...terima Kasih daun Keladi,insyaAllah tahun depan buat lagi... Heeee...
Di medan PERKIM kita bertemu MATA,
Bertemakan lagu Bersatu HATI,
Terima kasih adkku Wawi dan Ika,
Nama si teady biru ini GAZUWI.
Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungi kalian dengan rahmat kasih sayangNYA. Jujur,sayang kalian kerana Allah. insyaAllah,kak amani akan kenangkan kalian sampai akhir nafas ini.. Semoga Kita dipertemukan lagi di lain waktu dan rancangan dariNYA.
Posted at 23:50 | | 0 Comments
















































