Dakwahku Milik Allah

1. "Bajet ah kau ni post Islamik kat Facebook".
Jawab,= "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Kau bajet nak masuk belah mana?"

2. "Takyahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab,= "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab sekarang aku rasa aku macam sampah apabila nanti mahu berdepan dengan Allah S.W.T."

3. "Berdakwah konon."
Jawab,= "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."

4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab,= "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status jak pun. Biar poyo sekarang, jangan poyo depan Allah S.W.T. di akhirat depan."

5. "Aku block je la kau ni."
Jawab,= "Alhamdulillah, jika itu yang terbaik untuk iman kau."

P/S : Renung-renungkanlah...

Kembara Madinah

"Ya Allah,sesungguhnya aku amat merindui tempatMU ini... Iznkanlah diri dan hatiku utk menjejakkan kaki ke BUMI SUCIMU ini..."

Tentang Dia

:: Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG di hadapanmu, ketahuilah dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian.. ::

:: Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan PERANGSANG kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU.. ::

:: Seseorang yang sentiasa KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya. ::

:: Seseorang yang KETAWANYA menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya..::

p/s : Dia sentiasa cuba untuk BANGKIT, cuba untuk KUAT, cuba untuk KEMBALI, cuba untuk TABAH dan yang pasti dia MAMPU untuk kembali GEMBIRA DAN BAHAGIA seperti insan lain..♥♥

Satukan Kami Ditaman SyurgaMU

"Jujur,malam yg penuh dengan Kesyahduan... Aku benar-benar merindui ibu dan arwah ayah.. Ya Allah,kuatkan hati dan diriku demi ibu dan adik-adikku... Satukanlah hati kami sepanjang ketiadaan ibu di Malaysia...Engkau PErmudahkanlah Urusan Ibuku Di Tanah SuciMU... Sesungguhnya aku benar-benar MENCINTAI mereka Ya Allah... Satukanlah kami Di Taman SyurgaMU..."

Allah Penilai Yang Maha Adil

...Janganlah kita menghina seseorang itu..Kerana kita semua..ditahap yang sama..Hanya ALLAH Yang Tahu..Siapa yang lebih bertaqwa..ALLAH memandang hambaNya..Bukanlah pada hartanya...Rupanya..Jumlah ibadatnya..Tapi pada keikhlasannya beribadat pada ALLAH..Ketaqwaannya..Dan Keimanannya pada ALLAH S.W.T..Kerana segala yang ada didunia adalah milik ALLAH..Hanya iman dan Taqwalah yang menentukan darjat kita disisi Ilahi..Manusia memandang pada luaran..ALLAH memandang pada hati tiap hambaNya...

p/s: Moga ALLAH merahmati kita..

SESEGAR NAILOFAR BAB 11/2

Furqan berhajat untuk singgah di kedai Abu Rafeeq membeli panadol. Kepalanya agak pening. Tubuhnya tidak berapa enak. Imtihan akhir dalam beberapa hari sahaja lagi. Kesihatannya sekarang tidak berapa menentu. Namun kesihatannya mesti stabil untuk murajaah. Pepatah Arab ada menyebut:Akal yang sihat pada tubuh yang sihat. Dia ingat itu. Tetapi beberapa meter dia melangkah berseorangan meninggalkan pintu gerbang masjid,dia terdengar namanya diseru dalam nada yang tertahan-tahan.
Apabila Furqan menoleh,dia ternampak Amjad berdiri di belakang sebatang pohon tin di tepi tembok masjid. Lelaki itu nampaknya cemas sekali. Kebetulan ada dua orang lelaki baru sahaja keluar dari kawasan masjid berada di belakangnya,lantas dia berpura-pura tertinggal sesuatu,berpaling sambil mengaru-garu kepala. Setelah dua lelaki di belakangnya berlalu,dia merapati tembok yang agak terlindung dengan kerendangan pohon tin yang sedang berbuah.
"Furqan.... tolong aku.... Tolong..... aku,aku diburu!"
"Hah?"
"Kau tahukan semua cawangan HAMAS di tutup?"
Furqan mengangguk. Sudah maklum. Malahan,isu ini asyik dibincangkan di Darul Hawariyyin sehari dua ini.
Iqbal ada juga meluahkan kebimbangannya tentang keselamatan Amjad yang terpaksa berpindah dari Sweileh.

SESEGAR NAILOFAR BAB 11/1

Dan ketika itu Amerika lekas pula menuduh HAMAS fundanmentalis,pengganas dan pengancam kepada proses damai yang termaterai pada 1994 antara,ISRAEL,JORDAN dan PALESTIN. Malah sesetengah media Barat menyamakan gerakan istisyad di PALESTIN oleh HAMAS dengan kamikaze pasukan pejuang udara JEPUN pada Perang Dunia Kedua.
"Samakah istisyad dengan kamikaze?" soal Dr.Ali Hamad di kelas tadi.
"Tidak!" Bergema jawapan itu di dalam dewan kuliah yang boleh diisi dengan seratus orang pelajar itu. Momentumnya turut terkesan ke dewan sebelah.
Patutlah Dr.Ali Hamad begitu bersemangat berceramah tentang BAITULMAQDIS pagi tadi. Pada anggapannya,sudah tentu orang tua telah terlebih dahulu membaca berita ini.
"Istisyad di PALESTIN adalah suci. Pejuang meletupkan dirinya bersama-sama musuh demi agama dan ummahnya adalah berbeza dengan pejuang yang meletupkan dirinya semata-mata kerana dirinya dan bangsanya. Ini fatwa Dr.Yusof al-Qardhawi dan jumhur ulama mutakhir. Apabila seseorang itu membela agamanya,maka dia sebenarnya menjual dirinya kepada Allah. Sebagaimana firmaNYA dalam Surah Al-Baqarah ayat 207 yang bermaksud:
"Dan antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah itu Maha Penyantun kepada hamba-hambaNYA."
Sebentar kemudian,Aiman dan Amir pula serentak wajah mereka kepenatan dan pakaian yang lencuh dengan peluh. Bungkusan-bungkusan yang dijinjit tidak sempat dihantar ke dapur. Mereka terlebih dahulu mencari sofa untuk melepas lelah. Iqbal yang hampir terlelap terjaga kembali. Terganggu dengan kepulangan mereka.
"Kamu berdua ke mana?" tanya Furqan.
"Wasatul Balad. Cari lauk."
"Yang nampak letih sangat ni kenapa?"
"Mana tak penatnya,kena berjalan kaki." Amir menrungut. "Jalan sesak. Teksi dan coaster tak boleh lalu.Haru kami dibuatnya.
"Fasal apa?"
Telefon berdering dan Iqbal bingkas menyambut.
"Ikhwanul Muslimin dan pelarian PALESTIN di Mukhayyam buat rapat umum. Beratus-ratus  orang berarak menghantar memorandum ke kediaman wakil rakyat," terang Aiman sambil meraup mukanya yang merah dibakar matahari.
Furqan ternganga.
"Aiman,panggilan daripada Amjad." Iqbal melepaskan gagang.
Aiman bangkit menuju ke telefon. Berbicara seminit sebelum ganggangnya diletakkan semula.
"Apa dia kata?" Furqan tampak kurang sabar.
"Tiga orang anggota HAMAS ditahan disempadan semasa memasuki JORDAN. Amjad berasa tak selamat. Dia mungkin terpaksa pindah dari Sweileh." Semua melopong.
**********************************************************************************
Amjad memandang ke lantai. Menguis-nguis ambal keras di ruang tamu dengan kaki. Kemudian matanya agak terperosok ke dalam itu beralih ke wajah Aiman,Amir,syuib dan akhir sekali Furqan.
Sunyi seketika. Masing-masing kehilangan kata. Sesekali kedengaran suara Celine Dion mendendangkan lagu My Heart Will Be Go On dari rumah jiran sebelah. Rupa-rupanya demam Titanic belum berakhir.
"Polis akan sampai bila-bila masa sahaja. Mukhabarat di mana-mana. Kita mesti menolong Amjad,Fur."
Suara Amir itu berbau desakan.
"Aku tahu. Tapi bagaimana....bagaimana caranya?"
Furqan mengelih wajah sahabat yang muda setahun daripadanya itu. Memang itulah hasratnya,mahu menolong Amjad. Tetapi dia sendiri kematian akal.Pening memikirkan apakah yang harus dia dan sahabat-sahabat perlu lakukan untuk membantu Amjad.
Buntu.
Ya Allah,berikan kami jalan!
Jam dikelih sekilas. Pukul lapan suku malam. Iqbal yang ke Amman,masih belum pulang. Hati Furqan merintih. Ke mana kau sahabat? Cepatlah pulang,bantu kami untuk menolong pejuang Islam ini!
Pandangannya kembali kepada wajah Amjad. Pulang daripada berjemaah maghrib di masjid sebentar tadi,dia berseorangan. Aiman sejak asar di perpustakaan lalu solat sendirian di rumah,semnetara Amir ke Duwar Jami'ah dan mungkin berjemaah di Masjid Universiti.

Design by Blogger Templates