Selamat Berjuang Sahabatku
Jikalau ada mata, lihatlah perkara-perkara yang baik, sebelum ia buta.
Jikalau ada lidah,tuturkanlah kata-kata yang baik, sebelum ia bisu.
Jikalau ada tangan, gunakanlah ia kearah kebaikan,sebelum ia kudung.
Jikalau ada kaki, gunakanlah ia untuk menuju kearah kebaikan, sebelum ia tempang.
Jikalau ada sahabat, kasihilah ia seperti mana kita mengasihi diri sendiri,sebelum ia pergi...♥`
Selamat Berjuang Buat Semua Sahabat...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,betapa Indahnya Perasaan Mempunyai Sahabat berjuang Di Dunia dan InsyaAllah Di Akhirat Jua...
Posted at 08:28 | | 0 Comments
Dakwahku Milik Allah
Jawab,= "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Kau bajet nak masuk belah mana?"
2. "Takyahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab,= "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab sekarang aku rasa aku macam sampah apabila nanti mahu berdepan dengan Allah S.W.T."
3. "Berdakwah konon."
Jawab,= "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."
4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab,= "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status jak pun. Biar poyo sekarang, jangan poyo depan Allah S.W.T. di akhirat depan."
5. "Aku block je la kau ni."
Jawab,= "Alhamdulillah, jika itu yang terbaik untuk iman kau."
P/S : Renung-renungkanlah...
Posted at 08:23 | | 0 Comments
Kembara Madinah
Posted at 08:22 | | 0 Comments
Tentang Dia
:: Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan PERANGSANG kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU.. ::
:: Seseorang yang sentiasa KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya. ::
:: Seseorang yang KETAWANYA menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya..::
p/s : Dia sentiasa cuba untuk BANGKIT, cuba untuk KUAT, cuba untuk KEMBALI, cuba untuk TABAH dan yang pasti dia MAMPU untuk kembali GEMBIRA DAN BAHAGIA seperti insan lain..♥♥
Posted at 08:19 | | 0 Comments
Satukan Kami Ditaman SyurgaMU
Posted at 08:16 | | 0 Comments
Allah Penilai Yang Maha Adil
p/s: Moga ALLAH merahmati kita..
Posted at 08:13 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR BAB 11/2
Furqan berhajat untuk singgah di kedai Abu Rafeeq membeli panadol. Kepalanya agak pening. Tubuhnya tidak berapa enak. Imtihan akhir dalam beberapa hari sahaja lagi. Kesihatannya sekarang tidak berapa menentu. Namun kesihatannya mesti stabil untuk murajaah. Pepatah Arab ada menyebut:Akal yang sihat pada tubuh yang sihat. Dia ingat itu. Tetapi beberapa meter dia melangkah berseorangan meninggalkan pintu gerbang masjid,dia terdengar namanya diseru dalam nada yang tertahan-tahan.
Apabila Furqan menoleh,dia ternampak Amjad berdiri di belakang sebatang pohon tin di tepi tembok masjid. Lelaki itu nampaknya cemas sekali. Kebetulan ada dua orang lelaki baru sahaja keluar dari kawasan masjid berada di belakangnya,lantas dia berpura-pura tertinggal sesuatu,berpaling sambil mengaru-garu kepala. Setelah dua lelaki di belakangnya berlalu,dia merapati tembok yang agak terlindung dengan kerendangan pohon tin yang sedang berbuah.
"Furqan.... tolong aku.... Tolong..... aku,aku diburu!"
"Hah?"
"Kau tahukan semua cawangan HAMAS di tutup?"
Furqan mengangguk. Sudah maklum. Malahan,isu ini asyik dibincangkan di Darul Hawariyyin sehari dua ini.
Iqbal ada juga meluahkan kebimbangannya tentang keselamatan Amjad yang terpaksa berpindah dari Sweileh.
Posted at 00:28 | | 0 Comments





