SESEGAR NAILOFAR (BAB 5/2)
Posted at 08:34 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR (BAB 5/1)
Posted at 07:13 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR (BAB 5)
Di hadapan Bab al-Gharbie berdekatan Kulliyyah Iktisad agak sesak. Kenderaan tunda-menunda.Bunyi enjin yang bercampur dengan bunyi hon cukup membingitkan suasana. Gelak tawa kelompok pelajar sosial di hadapan Cottage Pizza Cafe dan beberapa buah kafe siber betul-betul di seberang pintu masuk itu tambah menyakitkan telinga.
Furqan keluar dari Orbit Internet Cafe. Suria tepat di atas kepala. Tanpa lengah,dia terus membelah jalan,menyelinap di celah-celah kenderaan yang bergerak perlahan-lahan sebelum tiba di pintu masuk jihat barat itu. Pelajar berpusu-pusu masuk sama banyak dengan berpusu-pusu keluar. Dia terpaksa berjeda seketika menanti pintu selebar satu meter itu lenggang. Sempat dia mengerling gambar Almarhum Raja Hussein dan Raja Abdullah yang terpampang pada bumbung pos pengawal pintu masuk. 'Aasya al-Malik(Hidup Tuanku).Begitu tulisan berwarna merah tertera di bawah gambar.
Kulliyyah Iktisad di sebelah kanan. Bangunan Syu'un Tholabah(Hal Ehwal Pelajar) di sebelah kiri. Hatinya berbelah bahagi. Mahu terus ke kafetaria atau singgah dahulu di pejabat pos? Janjinya dengan rakan-rakan exco lelaki jam 11.30. Ada lagi lima belas minit. Akhirnya dia menghala ke kiri. Keinginannya untuk mengintai isi peti surat yang hampir tiga minggu tidak dijenguknya lebih mendorong. Lazimnya Iqbal atau Amir yang selalu ke mari. Kaki terus melangkah. Lebih seratus meter di hadapan,Masjid Universiti Yarmouk berdiri gagah dan di sebelahnya terbina Perpustakaan Universiti setinggi empat tingkat.
Posted at 09:30 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR (BAB 4/3)
"Entahlah.Susah aku nak cakap."
"Cakaplah. Apa dia?" desak Furqan.
"Sebenarnya...."
Ah,sulitnya untuk memberitahu! Hati Aiman berdetak. Dia sudah terlalu banyak menyusahkan mereka. Malah mereka sudah terlalu kerap menghulurkan simpati. Biarlah perkara ini,walaupun agak menganggu,ditanggungnya sendiri. Tetapi mengingatkan hakikat yang harus dia terima,serta-merta dadanya digempur sebak.
Furqan terdiam memerhatikan,menantikan luahan selanjutnya.
Aiman cuba menahan air matanya dari berguguran di hadapan sahabatnya itu. Pandangannya dibuang ke dinding kosong.
"Sebenarnya apa?"
"Abang aku.... abang aku ditangkap oleh Yahudi. Lirih suara Aiman menuturkan.
Furqan menghala nafas. Hatinya berasa hiba melihat Aiman menggigit bibir mengekang air mata yang mahu merempuh keluar. Tidak sekali-kali dia benarkan air mata berharga itu mengalir di pipi. Pertama kali Aiman dilihatnya berkeadaan begini. Dia merapati teman serumah yang dianggap seperti saudara sendiri itu lalu memeluknya erat.
"Banyakkan bersabar sahabat. Pejuang tak boleh menangis.
"Aku tak menangis. Aku tak kan menangis."
Suasana dibiarkannya khali sementara Aiman mengawal perasaan.
"Rasanya mahu saja aku pulang untuk lawan Yahudi."
"Abang kau belum tentu sudah mati. Dia cuma ditahankan?"
"Ah,disumbat ke dalam Sijin Harbie...samalah seperti sudah mati.!"
Sijin Harbie?Furqan ternganga mendengar nama penjara yang paling ditakuti dimana-mana. Berpuluh ribu anggota IKHWANUL MUSLIMIN di Mesir pernah ditahan di penjara puaka bernama Sijin Harbie. As-Syahid Sayid Qutb juga.
"Medan kau sekarang di sini."
Aiman menunduk. Mukanya ditekup.
"Jangan lemah semangat. Kau dihantar keluarga untuk belajar. Ini juga jihad. Kami akan cuba membantu kau,percayalah."
Aiman menggeleng. Pelukan terlerai.
"Kalian sudah terlalu banyak menolong aku."
"Jangan fikirkan soal itu.Sekarang,kau kena lapangkan fikiran. Bersedia untuk imtihan lusa."
"Aku tak berapa yakin dengan keadaan aku begini!"
"Aiman,kau kan lelaki yang kuat." Furqan meniupkan semangat kembali kepada sahabatnya yang dari Palestin itu. Bahu lelaki itu ditepuknya dengan kuat. Seketika pandangan mereka bertentangan. Mata furqan menghulurkan sejumlah keyakinan. Dia menanti Aiman beroleh kekuatan.
"Aiwah...macam tulah. Sekarang kau mula mutalaah . Aku pun nak sambung membaca." Furqan bingkas berdiri dan melangkah ke pintu.
"Mengapa Furqan?" tanya Aiman ketika Furqan sudah hampir keluar.
"Mengapa apa?"
"Mengapa kalian begitu baik terhadap aku?"
"Aiman,umat Islam ibarat satu tubuh. Jika dicubit yang di atas,yang di bawah juga akan turut terasa sakitnya. Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Jihad kalian,jihad kami juga."
Posted at 07:52 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR (BAB 4/2)
"Silap tu."
Furqan mengerut keningnya. "Habis tu?"
"Tanpa angin masakan pokok bergoyang."
"Itu tamsil Melayu. Engkau ingat lagi ya?"
"Kau yang ajar aku dulu. Tapi aku rasa tamsil Arab lebih tepat."
"Sebabnya? Aku mahukan sebab."
"Sebab aku fikir tanpa angin pun pokok tetap akan bergoyang. Misalnya ada beruk atau orang di atasnya,masakan pokok tak kan bergoyang.
Mereka sama-sama tergelak.
"Ertinya,tanpa hububan sahara,masakan debu berterbangan yang lebih tepat?" tokok Aiman lagi.
"Meskipun tanpa angin,di negara padang pasir,muka terkena debu juga."
"Ah,terkena debu tak apa.... asalkan jangan terkena tahi unta sudah."
Tawa terpancut lagi. Masing-masing geli hati mengenangkan peristiwa Amir terpijak tahi unta basah semasa berkelah di Laut Mati. Sejak itu,Amir cukup sensitif apabila berbicara soal unta. Kenangan itu walaupun melucukan,agak pahit baginya.
"Kau jumpa siapa di Amman semalam?" Furqan kembali kepada tujuan asal. Dia perasan Aiman cuba mengheretnya jauh dari topik lain.
Aiman membisu seketika. Angin segar masuk terus menggosok tengkuknya.
'Sepupuku,Amjad."
"Dari Palestin?"
Angguk.
"Melarikan diri?" Furqan cuba mencungkil. Mungkin cara ini akan merangsang Aiman untuk bercerita.
"Menurutnya begitulah....sedang di buru. Ejen Mossad mencarinya di sana. Dia anggota HAMAS,dapat suaka politik di sini."
"Sekarang di mana?"
"Sweileh. Menumpang di rumah kawannya di situ sejak tiga hari yang lalu."
"Keluarga kau macam mana? Tentu Amjad bawa khabar tentang mereka."
"Alhamdullilah. Mereka semua berkirim salam."
Furqan menjawab salam dan berpusing lalu menjengah ke luar. Kembali dia membiarkan bayu malam merempuh pipi. Bulan di langit dilihatnya seperti tadi. Masih terpersil. Tiada gumpalan awan yang berarak.
"Jadi tak ada masalahnya?" Dia berpaling menghadap Aiman.
Posted at 00:36 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR (BAB 4/1)
Furqan menapak perlahan ke kamar Aiman,mengetuk beberapa kali sambil merenung gambar As-Syahid Yehia Eyash al-Muhandis yang tertampal di pintu. Terdengar suara Aiman menyuruhnya masuk.
Tombol pintu segera di pulas,daun pintu terkuak dan dia melangkah ke dalam.
"Kau belum tidur?" tanya Aiman dalam bahasa Arab yang fasih. Matanya masih sempat mengelih jam loceng di tepi bantal. Lagi suku jam dua belas.
Furqan menggeleng. Matanya mengitari kamar Aiman yang terlalu sederhana. Tanpa katil dan almari. Perabot yang ada hanyalah sebuah meja dan kerusi yang dihadiahkan oleh mereka bertiga tiga tahun lepas. Selain sebidang tilam span,tempat lelaki itu berbaring sekarang,terdapat sedikit buku mengisi ruang di sudut kanan kamar.
"Kau imtihan bila?"
"Lusa. Engkau?"
"Sama. Kau tak mutalaah lagi? Kau kan bakal khirrij semester ni."
"Aku sedang memikirkan seseorang."
Furqan mendekati jendela,berdiri sambil tubuhnya disandarkan ke dinding.
"Fikirkan siapa? Fasal budak perempuan yang hilang?"
Furqan tidak segera menjawab. Aiman sudah maklum akan kehilangan itu. Dia terdengar kata-kata Iqbal di meja makan tadi.
"Selama ini rekod kita baik. Kedutaan selalu puji. Tapi di akhir pemerintahan,mungkin Allah nak uji. Kehilangan Mastura tiba-tiba menduga tanggungjawab kita."
Dia hanya menyepi sambil menelan butiran nasi. Lauk kurma masakan Amir memang selalu menyelerakan ,apatah lagi jika digandingkan dengan selatah resipi ciptaan sendiri.
"Walaupun kehilangannya bersifat peribadi,tapi ini semacam menunjukkan kegagalan kita dalam mengambil berat masalah dan mengawal tindakan ahli."tokok Presiden PERMAI itu lagi.
"Maknanya kita kena cari juga sebelum berita ini sampai ke telinga pengawai kedutaan?"
Ya,memang kita akan ikhtiarkan sedaya upaya mencarinya,meskipun imtihan bertunda-tunda setiap minggu.
"Fikirkan Syahira?" tanya Aiman lagi.
Furqan tergelak kecil.Menggeleng. Di matanya lekas terbayang satu wajah. Khabar apakah dia?
"Kalau bukan dia,barangkali yang hadiahkan kek pisang tadi?"
Gelak lagi. Lelaki ini walaupun tampak muram.masih sempat menghulurkan jenaka. Inilah satu kelebihan Aiman yang jarang ada pada orang lain. Kecindaannya begitu spontan.
"Fikirkan engkaulah."
Aiman tersentak. Jari telunjuk menuding ke dadanya.
"Aku?"
"Kau lain benar sejak balik pagi tadi." Furqan berpaling membuka jendela. Angin malam musim panas menjerba masuk. Terasa segar.
"Tentu ada masalah. Aku pasti. Aiman,kita sudah mengaku saudara. Susah senang engkau,kami pun turut terasa. Kami kurang seronok melihat kau muram.
"Tak ada apa-apa Furqan." Aiman cuba berdalih. Terasa serba salah pula. Dia tidak pernah berdusta sebelum ini. Setiap yang terdetik dalam hatinya,itulah yang terluah di bibir. Dia telah diasuh oleh ummi supaya bercakap benar dan telus dalam setiap tindak-tanduknya. Tetapi,mengapa kali ini tidak?
'Tanpa hubunan sahara msakan debu akan berterbangan."
Furqan tersenyum sambil menyorot tampang Aiman. Dia yakin ada perkara yang cuba disembunyikan. Pengalaman selama tiga tahun tinggal bersama dengan pemuda kelahiran Beitunia di pinggir Ramallah ini yang memberitahu.
Posted at 16:36 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR (BAB 4)
Malam agak cerah. Bulan tersenyum di dada langit. Pungguk mulai segan untuk mengeluarkan suaranya. Yang dirindui sudah berada di depan mata. Tidak perlu di seru lagi.
Furqan memangkah angka tiga puluh satu di kalendar. Bulan Julai mulai berangkat. Semester musim panas sudah separuh berlalu. Bermakna tinggal beberapa minggu sahaja lagi baginya untuk bergelar mahasiswa Universiti Yarmouk. Awal September ini,dia akan menamatkan pengajiannnya peringkat ijazah pertama. Sesudah itu,dia harus melepaskan jawatannya yang ada sekarang dan bersiap-siap untuk berangkat pulang ke tanah air,meninggalkan segalanya di sini.
"Ya mungkin ini tugas terakhir untuk Furqan bersama PERMAI." Suara Aisya Safira yang lemak itu menerjah gegendangnya lagi. "Lepas ni kan nak takharruj.
Ya,mungkin ini yang terakhir. Misi mencari Mastura suatu tugas yang belum pernah dilakukannya untuk PERMAI sebelum ini. Mengesan orang yang hilang!
Selama empat tahun berada di bawah naungan PERMAI dia berasa cukup beruntung. Daripada menjadi ahli biasa sehinggalah bergelar Setiausaha Agung,dia dapat merasakan dirinya cukup intim dengan PERMAI yang banyak melatih dan mematangkan dirinya.Jatuh bangun PERMAI dirasai bersama. Dia terlalu sayangkan persatuan ini tanpa mengira berapa banyak keringat dan wang yang mengalir untuk kemajuan persatuan itu.
Ingatannya terhadap wajah Aiman yang murung dan tidak banyak bercakap sejak pulang dari Amman pagi tadi. Sewaktu makan malam,lelaki itu hanya menelan roti. Langsung tidak menjamah nasi. Apabila mereka berbicara tentang kemelut dunia Islam semasa,lelaki suku abad itu hanya mendengar tanpa mengulas panjang seperti selalu. Benar kata Amir,ada sesuatu yang tidak kena dengannya.
"Aku dah cuba sedaya upaya untuk bertanya kepadanya ketika kami berjalan ke masjid tadi."Iqbal menokok. "Dia tidak pernah moyok macam ni."
"Sebelum ni,kalau dia melihat orang Palestin kena belasah teruk dek Yahudi dalam TV pun,paling teruk dia sumpah seranah saja. Lepas tu okey balik."
"Elok kau selidiki dia. Aku risaulah. Cuba tanya pelan-pelan. Antara kita bertiga,kau yang paling rapat dengannya."
Posted at 15:43 | | 0 Comments
