SESEGAR NAILOFAR BAB 11
"Aku yakin Aiman masih belum mengetahui tentang berita ini."Iqbal mencampak akhbar perdana itu ke atas sofa lembut tetapi lusuh. Dia mengunyah anggur segar sambil matanya tepat memandang ke skrin televisyen.
Furqan mengangguk bersetuju,malahan matanya tidak puas menatap tajuk utama akhbar itu.
PEJABAT-PAJABAT CAWANGAN HAMAS SELURUH JORDAN DITUTUP......
Furqan ulang membaca akhbar As-Sabeel itu lagi. Lidah Ikhwanul Muslimin. Juga tidak berbeza. Mewartakan khabar yang sama. Cuma As-Sabeel yang berhaluan kiri ada menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan drastik kerajaan. Tanpa sebarang tekanan atau amaran sebelumnya tiba-tiba sahaja bertindak menutup seluruh cawangan HAMAS yang ada di negara ini.
Tekanan sebenar adalah dari Washington!
Dakwaan berani Ketua Pengarang As-Sabeel itu masuk akal juga. Beliau mengaitkan kedatangan Albright yang terlalu kerap ke Asia Barat adalah untuk mencari kelemahan Arab,khususnya Jordan,sebelum menjadikannya senjata untk menyerang HAMAS yang amat ditakuti oleh ISRAEL.
Ya,setelah Arafat dan PLO menjadi barang permainan,HAMAS satu-satunya gerakan yang digeruni oleh YAHUDI selain JIHAD ISLAMI. Hari demi hari,berjalan tanpa henti gerakan jihad itu kian bertambah. Mereka mempunyai semangat intifadhah yang kuat dan sekumpulan perancang strategi yang bijak dan licik berbanding JIHAD ISLAMI yang seolah-olah kehilangan taringnya selepas pemimipin unggul mereka,As-Syahid Dr. Fathi Syiqaqi terbunuh dalam satu serangan pengganas di Malta.HAMAS sentiasa mempunyai generasi pelapis yang setanding dan tidak takut mati.
Seingatnya pada awal 1996,HAMAS telah kehilangan Yehia Eyash,(gambarnya kini tertampal di pintu kamar bilik Aiman)merupakan pakar letupan mereka yang digelar"Sang Jurutera". Kematian Yehia yang amat dikehendaki oleh Rejim Tel Aviv itu ketika itu cukup mengerikan. Beliau terpaksa menyamar dan sentiasa melarikan diri bagi mengelak daripada dikesan perisik MOSSAD. Namun ajalnya tetap memburu. As-Syahid akhirnya terbunuh apabila telefon bimbit yang sedang digunakan meletup. Akibatnya,enam puluh orang YAHUDI mati dalam serangan berani mati HAMAS yang menuntut bela atas kematian perancang strategi mereka.Namun itu masih sedikit berbanding pembunuhan di Sabra dan Syatila pada tahun 1982,di MASJIDIL AQSA,di Masjid Hebron,di Ramallah,di GAZA,di seluruh PALESTIN sejak 1948.
Posted at 23:10 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR BAB 10/4
Kelas pecah kecoh seketika. Bising,masing-masing cuba membuat kesimpulan. Di depan,pensyarah mithali itu mulai sebak.
"Maknanya apa? Maknanya,kalian semua umat Islam,pemuda mesti menjaga solat. Solat tiang agama. Solatlah yang akan menghalang kalian daripada melakukan perkara mungkar." NAda lelaki awal 60-an itu kian lirih."YAHUDI tidak takut dengan umat Islam yang memegang senjata,tapi....tapi mereka amat gentar dengan umat Islam yang taat beragama,lebih-lebih lagi yang berada dalam satu saf perjuangan."
Seisi kelas melihat Dr,Ali Hamad menyeka air mata dengan jari telunjuk kanannya. Kemudian dia menyudahi ceramahnya dengan ayat ke-82 Surah al-Maidah yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu dapati golongan yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman,iaitu orang-orang YAHUDI dan orang-orang musyrik....."
Dalam perjalanan pulang,dia singgah di Kulliyyah Syariah,menjenguk papan kenyataan yang disediakan khas oleh Dekan Kulliyyah Syariah untuk PERMAI. Sebarang notis,pekeliling mahupun iklan yang berkaitan pelajar Melayu terlekat di situ.
Tiada sebarang iklan terbaru ditampal. MAsih seperti minggu lepas,kecuali beberapa tips untuk menghadapi peperiksaan yang ditampal oleh Biro Ilmiah. Dia yakin inisiatif daripada Aisya Safira. Gadis itu ada memaklumkan perkara itu dalam mensyuarat exco PERMAI baru-baru ini.
Sewaktu melangkah keluar dari Kulliyyah Syariah,Furqan terpandang Faroq sedang berbicara dengan Aisya Safira di bawah pohon delima,betul-betul di hadapan tangga utama. Dia ingin menegur mereka,tetapi hasrat dibatalkan. Degupan dalam dadanya tidak semena-mena kencang. Langkah diatur ke Bab al-Janubi.
Kalimat Amir tempoh hari lekas sahaja menerjah gegendang. Furqan menoleh semula mengelih ke belakang. Mereka telah tiada di situ. Yang ada,beberapa orang pelajar Arab yang turun naik tangga.
Betulkah Aisya Safira dan Faroq yang berdiri di situ tadi? Atau sekadar ilusi?
Furqan menggeleng-gelengkan sebelum menggaru kepalanya digaru. Dia berpaling sekali lagi.
"Hoi!" Jerkah satu suara.
Furqan tersentak.Matanya menangkap muka Iqbal yang terseringai,tiga depa daripadanya. Lelaki itu bersandar di tiang lampu jalan yang redup dilindungi pohon pain yang agak rimbun,lebih kurang empat ,meter dari tempat letak kereta pensyarah Kulliyyah Syariah.
Matanya terbeliak."Budak bertuah,terperanjat aku!"
Iqbal ketawa sedikit melihat gelagat Furqan.
"Kau tengok siapa Fur?" Tanya Iqbal."Asyik tertoleh-toleh."
Furqan terdiam. Geram. Dadanya semakin kencang berdebar apabila disergah begitu. Rasa marahnya segera terhalau selepas berselawat beberapa kali.
"Aku di sini pun kau tak perasan."
"Tadi nampak macam Faroq di situ." Jelas Furqan.
"Faroq ke Aisya?"
Furqan sedar dia terperangkap. Lelaki ini nampak segalanya?
Mereka mula melangkah,melalui kaki lima,menuju ke pintu jihat selatan.
"Tak baik menipu diri-sendiri."
"Siapa yang menipu?" Furqan sengaja buat-buat tidak faham. Kepalanya berputar ligat mencari mauduk lain.
"Engkaulah!" Iqbal meninju bahunya."Kau dengan Aisya ni.. er sebenarnya macam mana?"
"Macam yang kau lihat."
"Apa yang aku lihat...kau menoleh sebanyak dua kali tadi."
"Kau ingat ni filem Hindustan?" Furqan tertawa."Kan aku dah kata,nampak macam Faroq ada di situ."
"Macam-macam alasan. Agaknya kau cemburu nampak Faroq berbual-bual dengan Aisya."Gelak Furqan semakin kuat. Kaki terus melangkah. Beberapa pelajar lelaki Arab berlari-lari memotong mereka,barangkali mahu mengejar bas. Pintu jihat selatan seratus meter di hadapan.
"Hebatkah Ira,sampai kau langsung tak terpikat kepada Aisya Safira?"
"Ya,dia belum dapat mengatasi Ira."
"Fur,kita dah lama rapat,susah senang duka gembira kau,aku turut terasa sama."
"Kau dan Asma' bagaimana?" Furqan memusing tajuk.
"Ok,dia sanggup lepaskan aku ke London bulan depan.."
"Tak rindu ke?" duga Furqan.
"Alah,bukannya lama. Belum berkahwin,jangan nak mengada-ngada. Berjiwa besarlah sikit. Eh,Fur...jom kita pergi sekali.."
"Aku nak balik. Adik-beradik aku dah lama tunngu."
"Balik bila-bila masa pun boleh. Peluang ke negara orang bukannya selalu."
"Kau bolehlah,bapak kau ada perniagaan sendiri.Aku? Harapkan biasiswa kerajaan nak hidup di sini.
"Duit simpanan kau kan banyak lagi. Nak buat apa? Nak buat hantaran Ira?" Iqbal ketawa besar. Furqan tidak menyahut. Bedenah lelaki ini,gerutunya di dalam hati.
Sebaik menyeberangi jalan di hadapan Bab al-Janubie,Furqan masuk ke Kedai Abu Sarah di tepi jalan raya. Iqbal menunggu di luar. Furqan keluar dengan senaskhah akhbar di tangan. Sambil melangkah keluar dari kedai,sempat dia menjeling berita utama muka depan akhbar.
Matanya gesit sekali berlari-lari di perenggan demi perenggan berita itu.
Mulutnya Furqan ternganga. Kepalanya digelengkan,kesal..
"Kenapa?" Tanya Iqbal.
Posted at 18:16 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR BAB 10/3
"Kalian biarkan darah itu mengalir lagi dalam Perang enam hari pada 1967.Kalian biarkan mereka menceroboh biarkan mereka menceroboh Semenanjung Sinai pada 1973.Kalian biarkan beribu pelarian mati percuma di Sabra dan Syatila pada 1982. Kalian biarkan segala-gala mereka lakukan!"
Ceramah Dr.Ali Hamad dirasakan sarat dengan fakta.Furqan sempat juga menyalin beberapa maklumat baru yang dianggapnya penting. Tetapi dia lebih ralit mendengar pensyarah mithalinya itu menaikkan semangat anak didiknya dengan ketajaman kalamnya.
Justeru Furqan paling tertarik dengan amanat terakhir yang diberikan Dr.Ali Hamad sebelum menamatkan ceramahnya. Beliau bertanya khusus kepada pelajar lelaki yang ada.
"Siapa dalam kalangan kamu yang menyayangi BAITULMAQDIS?"
Semua pelajar lelaki menyahut."Kami!"
"Berapa ramai yang solat subuh pagi tadi?"
Ramai yang mengangkat tangan,tetapi tidak semua.
"Berapa ramai yang berjemaah di masjid subuh tadi?"
Tidak sampai lima orang yang mengangkat tangan.
"Inikah golongan yang mahu melawan YAHUDI? Mengangkat selimut pada musim panas begini untuk untuk menunaikan solat fardhu pun kalian sudah tidak mampu,bercita-cita pula mahu menentang YAHUDI dan membebaskan BAITULMAQDIS?"
Tembakan kalimat Dr.Ali Hamad begitu berbisa. Tepat,padu dan menusuk. Tiada pelajar lelaki yang mampu mengangkat muka untuk menengadah memandang ke hadapan.
"Aku bertanya ini bukan untuk memperlekehkan kamu semua. Tapi berdasarkan pengalaman,aku mahu jadikan ia satu peringatan. Aku pernah melalui sempadan JORDAN-ISRAEL dan ditahan oleh tentera YAHUDI disana. Tahukah kamu semua apa yang mereka tanya?"
Dewan kuliah menikus.
"Mereka bertanya kepadaku:Ramaikah pemuda Islam di Jordan yang bersolat subuh? Aku kata ya. Mereka kelihatan muram dan tidak puas hati. Lantas mereka bertanya lagi:Ramaikah pemuda ISlam disana yang berjemaah subuh di masjid? Aku kata tidak. Serta -merta aku melihat mereka kelihatan begitu gembira.
Posted at 08:55 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR BAB 10/2
"Kita seolah-olah tiad langsung rasa cinta terhadap Tanah Suci Baitulmaqdis sebagaimana kita mencintai Tanah Suci Makkah dan Madinah. Tahukah kita bahawa Baitulmaqdis dan kawasan-kawasan yang meliputi Dataran Syam ini ialah bumi yang diberkati oleh Allah? Sedarkah kita?
Lantas Dr.Ali Hamad membaca ayat pertama Surah al-Isra' yang menjelaskan tentang kebenaran kata-katanya tadi. Jelas dan keras bacaannya. Semua pelajar terpaku. Kemudian dengan tangan kosong,dia menyatakan sejarah Baitulmaqdis secara kronologis yang dipetik daripada masdar-masdar tarikh.
Menurutnya,Baitulmaqdis menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam,Yahudi,dan Kristian kerana masing-masing mendakwa itulah tanah suci mereka.Walhal hanya umat yang taat dan menjalankan suruhan Allah yang sebenar-benarnya,iaitu umat Islam yang berhak ke atas Masjidil Aqsa dan Baitulmaqdis. Sesungguhnya kota itu telah berkali-kali bertukar tampuk pemerintahan yang terdiri daripada penganut ketiga-tiga agama samawi itu. Jelas,sesiapa yang menguasai Baitulmaqdis,maka merekalah yang akan menguasai dunia seluruhnya.
Ini telah terbukti sekarang,bisik Furqan dalam hati. Yahudi sedang bermaharajalela di BAitulmaqdis,dalam pada itu juga mengawal dunia melalui Amerika yang telah dikuasai bangsa mereka.
Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman kemerosotan apabila dijajah empayar asing. Seterusnya bangkit semula sebagai kota kebanggaan orang Islam pada zaman Nabi Sulaiman. Pada saat itulah terbina Haikal yang mahu dibina semula oleh orang-orang Yahudi sekarang. Namun kota itu sebenarnya pernah musnah teruk dua kali dalam sejarahnya. Pertama di tangan Bukhtanassar dari Babylon pad 587 SM,dan kali kedua di tangan Titus yang memerintah Rom pada &70 M. Begitulah ia,sekarang bertukar ganti pemerintahan dan kekal menjadi rebutan.
Apabila Rasullulah dibangkitkan menjadi nabi,Baitulmaqdis berada di bawah pengaruh orang Kristian yang berpusat di Rom. Namun Amirul Mukminin Umar al-Khattab yang bercita-cita tinggi menobatkan Islam telah berjaya merampas kota itu dan membukanya buat julung-julung kalinya dalam sejarah Islam. Malangnya kelemahan umat Islam menyebabkan Baitulmaqdis jatuh ke tangan Empayar Rom yang beragama Kristian sebelum Salahuddin al-Ayubi muncul memberikan harapan kepada umat Islam untuk kembali menguasai Tanah Suci itu.
"Malangnya perjuangan al-Ayubi itu tidak di kenang oleh umat selepasnya. Baitulmaqdis terlepas lagi. Kali ini ke tangan Yahudi pada tahun 1948! Arab dan muslim semuanya sedar. Tapi apa yang kalian buat?"
Suara Dr.Ali Hamad mengejutkan lagi. Pelajar yang mengantuk terpinga-pinga.
Posted at 09:04 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR BAB 10/1
Silibus sebetulnya sudah selesai. Namun Dr.Ali Hamad tetap berceramah. topiknya pagi ini amat luar biasa. Sesuatu yang tidak pernah dibicarakan secara lantang di daalm kelas. Dia mengisi kuliah terakhir dengan cerita tanah airnya. Cerita PALESTIN yang semakin tertindas.
Furqan mulai seronok menadah telinga. Sehari dua ni pendengarannya sentiasa ditusuk dengan isu-isu ini. Kelmarin,pertemuannya dengan amjad bukan sahaj menambahkan maklumatnya tentang Baitulmaqdis yang juga dikenali dengan nama Al-Quds atau Jeruselam,dan ancaman Zionis,tetapi turut mengakrabkan dirinya dengan cerita-cerita jihad.
"Sesungguhnya beberapa dekad telah berlalu,tetapi Baitulmaqdis tetap kekal begitu.Dijajah dan dihina musuh Allah. Dimanakah letak maruah kita sebagai umat Islam yang membiarkan Tanah Sucinya yang ketiga dijajah?Dimana? Mengapa kita boleh berehat,bersukaria dan terus-terusan tidur?" Kelantangan suara Dr.Ali Hamad mengejutkan beberapa orang pelajar Arab yang tersenguk-senguk mengantuk.
Posted at 09:10 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR BAB 10
Sabtu. Hari ini merupakan hari terakhir pengajian untuk semester ini. Minggu depan peperiksaan akhir akan bermula. Tidak ramai pelajar yang hadir ke kampus pada minggu mengulang kaji begini. Pensyarah pun tidak lagi mengajar seperti biasa. Silibus sudah habis dikhatam. Mereka cuma datang untuk memberi amanat yang terakhir bagaimana menghadapi soalan-soalan peperiksaan atau membuka ruang kepada para pelajar untuk bertanya tentang sebarang permasalahan..
Furqan menghadiri kuliah seperti biasa. Kuliah Nahu 5 oleh Dr.Ali Hamad masih ada walaupun dua kuliah subjek lain telah dibatalkan. Belum pernah dia ponteng sepanjang semester ini. tidak tergamak rasanya meninggalkan kuliah terakhir sekalipun rekod kedatangan tidak diambil. mungkin ini yang terakhir sepanjanag tempoh menjadi pelajar ijazah sarjana muda.
Dr.Ali Hamad masuk seperti biasa tepat jam *. Tampangnya seperti selalu,tenang.Memang dia terkenal sebagai pensyarah yang berhemah tinggi dan tidak pernah menzahirkan reaksi marah. Segala kesilapan pelajar ditegur dengan penuh berhikmah. Lantaran itu tidak gharib jika lelaki Palestin ini amat disayangi. malah pernah digelar Dr.Mithali!
Posted at 18:56 | | 0 Comments
SESEGAR NAILOFAR BAB 9/1
Furqan,
Imtihan Niha'ie semakin hampir.
Aku kini membilang hari.
-NAILOFAR-
Siapkah engkau?
Furqan menelan air liur.Matanya masih tepat masih tepat ke monitor. Hatinya kian geram. Sudah dua kali dia membaca perutusan yang disalinnya dari kantung e-melnya semasa ke kafe siber untuk dibaca menerusi komputernya di rumah.Isinya ringkas cukup untuk menerangkan bahawa nailofar seorang yang mengambil berat mengenai dirinya.
Walaupun sudah beberapa kali e-mel Nailofar bertandang,belum sekli pun Furqan membalasnya.dia sekadar membiarkan,tetapi gadis itu tidak pernah jemu-jemu.
"Aduhai,siapa engkau hai Nailofar?"bisik Furqan sendiri.
Furqan menyebut nama aneh itu beberapa kali.
Dia tidak menafikan. Memang ia suatu nama yang nian indah. Bagaimana agaknya gerangan tuan yang memiliki nama nan klasik ini. Adakah secantik gadis impiannya?
Semalam,tanpa disangka,semasa ralit mengulang kaji dia menemui nama itu lagi. Rupanya nama itu sering disebut dalam puisi-puisi Andalusia yang sedang dipelajarinya. Tetapi maknanya secara tepat,tidak pula dapat dia pastikan.Dia tidak dapat mengagak.Apatah lagi puisi-puisi Andalusia lebih payah difahami berbanding puisi Arab biasa mahupun yang klasik seperti puisi zaman Jahiliyyah,Umaiyyah dan Abbasiyyah.
Adakah itu nama seorang perempuan terkenal dan rupawan pada zaman kegemilangan Islam di Sepanyol atau nama sejenis tumbuhan?
Didorong perasaan ingin tahu yang membara itu,Furqan terus mencapai Lisanul Arab,kamus bahasa Arab yang paling akbar yang pernah dihasilkan. Dia mencari-cari maksus Nailofar. Malangnya tiada.
Furqan terdiam sejenak. Berfikir.
Bilakah Lisanul Arab dihasilkan? Adakah sebelum atau selepas pembukaan Andalus? Jikalau Ibn Manzur menyusun kamus ini sebelum Thariq bin Ziad menyeberangi Selat Gibraltar mengempurkan Kristian Sepanyol bermakna perkataan "NAILOFAR" pasti tidak akan ada dalam kamus yang agung ini.
Dia lau mencapai beberapa buah kamus yang lain yang lebih mutakhir.Dan tekaannya tidak meleset. Dia menemukan makna perkataan NAILOFAR.
Nailofar memang berasal daripada bahasa Andalus,tetapi telah diarabkan.Ia nama kepada spesies bunga yang habitatnya di dalam air. spesies yang hampir sama dengan lili dan teratai.
Furqan terkelip-kelip,cuba memikirkan dimanakah logiknya seseorang boleh menyukai nailofar. Apakah simboliknya?
Bunga spesies ini setahunya tidaklah seharum mawar,tetapi hidupnya hanya di dalam air menjadikannya sentiasa segar dan lambat layu.Barangkali kerana kesegaran itulah gadis itu menyenangi bunga ini.Tidak mawar,dahlia,telukis,kemboja,anggerik dan sebagainya,tetapi nailofar.
Lantas dipilih nama Nailofar,Furqan beranalogi. Tetapi maujudkah gadis Melayu yang menyukai bunga nailofar?
Belum pernah didengar!'
Furqan mematikan komputer sebelum menghempaskan dirnya ke atas katil. Menerawang. Bunyi daun-daun zaitun berguguran dilanggar angin Mediterranean berhampiran jendela kamarnya berdesir-desir. Sekarang masa untuk tidur,tetapi matanya belum mengantuk.
Telinganya menangkap irama sebuah nasyid daripada album Balada Makkatul Mukarramah oleh Nada Murni. Amir belum tidur rupanya...
Posted at 18:18 | | 0 Comments
