Rasa Bertuhan
Bismillah...
"kadang-kadangku menangis tatkala diuji, tapi bila tangis itu terhenti, baruku sedari Allah sengaja sedarkan diri ini, mungkin aku teralpa dgn sesuatu. tapi kadang kala, aku kecundang lagi. Allah berikan aku teman, aku luahkan. tenang rasanya, tetapi. Allah mengujiku lagi.. aku menangis utk kali keberapa.. terasa ingin lari dari dunia.. namun, ia takkan kemana.. harus kuhadapi ia walaupun payah.."
kata Luqman Al-Hakim :"Wahai anakku ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam,bila kau ingin selamat dari karam, layarilah lautan ini dgn taqwa, isinya dgn iman dan layarnya tawakkal kepada Allah.."
~ sebenarnya ujian adlh merupakan tarbiyah bagi kita. kadangkala utk menyedarkan kita dan adakalanya utk menguji kesabaran kita.. di tahap mana kita bila ditimpa ujian..
Hancur luluh hatinya, lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya
Jika manusia mengenali Kehebatan
Keagungan Tuhannya, kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar, pendengaran
penglihatan dan pengetahuanNya
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia itu tawadhuk merendah diri
Di bumi Tuhannya
Jika manusia rasa berTuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa di hatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat
Aduh! kalau Tuhan sentiasa di hati
Perasaan berTuhan mencengkam di hati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangNya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabNya
Begitulah kalau seseorang hamba mengenali TuhanNya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya
Dunia dan nikmatNya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya
Posted at 20:08 | | 0 Comments
KEPADA SAHABAT ....
tatkala mereka meLihat Q mati
menangis untuk Q dan berkabung daLam kedukaan
jangan percaya bahawa mayat ini yang engkau lihat adaLah diri Q
dengan nama ALLAH, aQ katakan padamu,
itu bukan aQ...
aQ roh, dan ini hampa, hanya daging
itu rumah dan pakaian Q untuk suatu waktu
aQ khazanah, azimat tersembunyi, digayakan oLeh debu
aQ mutiara, yang teLah meninggaLkan kuLitnya terbiar
aQ burung, dan tubuh ini sangkarnya
dari mana aQ terus terbang dan meninggaLkannya sebagai ingatan
puji-pujian kepada ALLAH yang membebaskan Q
dan menyediakan tempat Q di sana
sehingga kini aQ teLah mati, waLau hidup daLam kabusmu
kini aQ hidup daLam kebenaran, dengan kubur - baju dibuang
hari ini aQ berbicara dengan para AwLiya'
tanpa tabir antaranya, aQ Lihat Loh Mahfuz dan di situ aQ baca
apa saja yang teLah dan kini dan semua yang akan terjadi
biarkan rumah Q roboh menjadi runtuhan,
letakkan sangkar Q di tanah
buangkan segaLa, itu hanya ingatan
ketepikan jubah Q, itu hanya pakaian Luar Q
letakkan semua ke daLam kubur, Lupakan saja
aQ teLah meninggaLkan perjaLanan Q, dan engkau tinggaL di beLakang
tempat tinggaLmu bukan untuk rumah Q...
jangan fikir kematian itu kematian, BUKAN !
ituLah kehidupan....
kehidupan meLewati semua yang upaya kita impikan
sementara di dunia ini, di sini kita diberi tidur
kematian adaLah tidur yang akan bepanjangan
jangan takut apabiLa kehadiran maLam kematian
tidak lain ia perjaLanan ke rumah yang dirahmati
fikirkan keampunan dan kasih sayang Rabbmu
ucap syukur atas kurnia-Nya dan hadirLah tanpa takut
aQ kini, engkau juga akan begitu
kerana aQ tahu engkau juga akan seperti Q
roh semua manusia datangnya daripada ALLAH
semua tubuh dari sumber yang sama
kebaikkan dan kejahatan, sama-sama miLik kita
dan aQ sampaikan khabar gembira :
Posted at 16:46 | | 0 Comments
BINGKISAN HATI SEORANG ANAK...
“Selama 4 tahun aku tinggal dan dipelihara oleh ibuku yang tercinta bersama adik. Aku masih ingat pada tahun 2000,aku telah memiliki kasih sayang seorang ayah semula setelah empat tahun kehilangan rasa kasih itu. Namun bukan mudah bagiku untuk menerimanya hadir dalam hidup diantara ibu dan diriku. Pada minggu hampirnya pernikahan ibu dengan ayahku yang baru,aku bangkit memberontak kerana ketidakpuasan hatiku terhadap keputusan ibu. Pada ketika itu umur ku 10 tahun dan adik berusia 8 tahun. Ia,benar kami sama-sama masih kecil dan kami sangat memerlukan ibu……”
“Pada taggal 27/05/2000,ibu telah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya selama ini setelah 13 tahun mereka berpisah dan masing-masing pada ketika itu sudah memiliki keluarga sendiri. Aku kagum dengan ibu dan ayahku yang baru kerana ada jodoh yang masih kuat diantara mereka berdua. Pada mulanya susah untuk aku menerima kehadirannya dalam keluargaku,namun aku begitu kagum dengan kesungguhannya mengambil hatiku dan menyayangiku seperti anak kandungnya sendiri……..”
“Setelah sekian lama tidak memiliki adik kecil,al-maklumlah adik aku pada ketika ini sudah berusia 12 tahun. Dah besar panjang orangnya. Alhamdullilah,dengan izin Allah ibu dan ayah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada tanggal 10/10/2004. Aku dan adikku begitu gembira dengan kehadiran orang baru ini di dalam keluargaku. Ayah sentiasa berpesan kepada aku dan adik bahawa baby ini adalah adik kandungku dan aku mesti menyayangi dan menjaganya dengan sebaik yang mungkin…..”
“InsyaAllah,aku berjanji dengan ayah untuk menjaga dan menyayangi baby dengan sebaik yang mungkin. Dalam waktu ibu berpantang,aku menjalankan tanggungjawabku sebagai kakak dan anak yang sulung dengan sebaik yang mungkin. Seperti biasa aku mula belajar membasuh kain,memasak serba sedikit dan beberapa kerja rumah yang lain untuk meringankan kerja ibu. Alhamdullilah,aku mampu melakukannya dengan baik. Ayah aku tiada dirumah,dia hanya akan pulang pada hari khamis selepas habis waktu bekerja dan akan kembali semula ke Kuala Terengganu pada hari ahad pagi.
“Aku sangat bahagia menjalani kehidupan dengan ibu,ayah dan adik-adikku yang tersayang. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya. Aku tersangat bersyukur kerana memiliki seorang ayah yang amat penyayang terhadap anak-anaknya. Pada waktu ayah berada di rumah,memandangkan aku satu-satunya anak perempuan yang dimilikinya sudah pastilah waktu berada didapur saat-saat yang paling aku nantikan. Kerana pada saat inilah ayah akan mula menjadi guru memasakku. Alhamdullilah,dengan berkat dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh ayahku,aku sudah mampu memasak dengan baik sehingga kini. Terima kasih ayah….”
“Allah sentiasa menguji hamba-hambaNYA yang bertaqwa. Allah telah menguji kami sekeluarga dengan berita yang mengejutkan kami sekelurga bahwa ayahku disahkan menghidap barah hati peringkat keempat iaitu peringkat yang terakhir. Apa yang aku bias rasakan pada ketika itu umpama gelap hidupku. Adakah aku akan kehilangan ayahku yang tercinta untuk selama-lamanya??? Itulah persoalan yang menerjah ke dalam kotak fikiranku…..”
“Memandangkan pada waktu itu aku dan adikku yang kedua akan menghadapi peperiksaan yang besar dalam hidup kami iaitu STPM dan SPM. Aku cuba kuatkan hati dan diriku untuk teruskan perjuanganku dalam STPM dengan sebaik yang mungkin. Pada ketika itu aku dan adik masing-masing menetap diasrama untuk kemudahan kami. Kami hanya akan pulang dua minggu sekali dalam masa sebulan untuk melihat keadaan ayah….”
“Aku mengkagumi semangat yang dimiliki oleh ayah,dia tak nak anak-anaknya bersedih melihat keadaannya dia tetap menguatkan semangatnya untuk meneruskan hidup. Dia tahu bahawa isteri dan anak-anaknya amat memerlukannya. Dia masih menjalani hidup seperti biasa macam insan-insan yang lain. Aku sayangkan heroku ini…….”
“Selepas tamat peperiksaana,aku dan adik pulang semula ke rumah. Aku tidak seperti sahabat-sahabat yang lain selepas peperiksaan,masing-masing sibuk mencari peluang pekerjaan. Namun itu bukan bagiku. Ibu aku meminta tolongku untuk menjaga ayahku,dan dengan hati yang terbuka aku menerima tawaran itu tanpa sebarang bantahan. Tetapi adikku yang lelaki tetap bekerja di sebuah syarikat makanan segera di Bandar.Tinggallah aku dirumah memulakan khidmatku terhadap ayahku. Tanggungjawab yang diberikan tidak sedikit pun aku merungut tetapi aku melakukannya dengan penuh istiqamah. Aku tidak pernah minta balasan terhadap apa yang telah aku lakukan terhadap ayahku. Tiada bandingnya diatas apa yang telah dikorbankan oleh ayah untuk membesarkan aku dan adik-adik…..”
“Dek kerana aku tidak sanggup lagi melihat ayahku menderita menanggung kesakitannya,pernah dalam doaku aku bermohon kepada Allah(Jika dengan mengambilnya daripadaku akan menghilangkan segala deritanya Engkau ambillah dia daripadaku). Diatas permintaan ibuku,adikku telah berhenti bekerja untuk turut bersamaku demi menjaga ayah kami. Aku berbangga dengan adikku kerana dia menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki yang sulung dengan sebaik yang mungkin kepada ayahku……”
“Hari-hari yang ku nantikan kini telah pun tiba kerana keputusan peperiksaanku akan diumumkan pada hari ini yang bertarikh 25/02/2010. Sebelum ayah menghantarku ke sekolah,ayah masih sempat berseloroh dengan diriku,bahawa anak ayah akan Berjaya masuk ke university. Apa yang aku mampu lakukan pada waktu itu Cuma tersenyum dan menjawab ‘insyaAllah ayah,doakan akak’……..”
“Pada tanggal 26/02/2010,aku terkejut melihat perubahan yang berlaku pada ayahku. Dia dah sihat ke,kata hatiku. Jika benar,aku bersyukur sangat-sangat. Dia tidak memerlukan bantuanku untuk melakukan apa-apa lagi. Malahan boleh berasamku didapur untuk menyiapkan cucur sayur atas permintaannya aku membuatkan cucur itu untuknya. Dan saat-saat indah itu turut dihiasi dengan gelak tawa kami. Namun disangkakan panas hinggakan petang rupanya hujan ditengah hari. Sangkaanku makin meleset apabila menjelang waktu petang keadaan ayah semakin tidak sihat. Seperti kebiasaan ayah tidak akan mandi pada waktu pagi tetapi dia hanya akan mandi paad waktu petang sahaja ketika ibu sudah pulang dari kerja…..”
“Aku amat berbangga dengan ibuku kerana dia masih tetap setia kepada ayahku meskipun dia terlantar sakit. Ibu menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa terhadap suami tercinta dengan memandikannya pada waktu petang. Perangai ayahku pada ketika itu tidak ubah seperti anak kecil yang memerlukan perhatian. Seperti kebiasaan,ibu menyapu bedak dan memakai baju kepada ayah serta memyuapkan ayah makan dan minum. Keadaan ayah menjadi semakin teruk apabila setelah ayah minum air dan secara tiba-tiba dia tersedak seolah-olah sesak nafas…..”
“Pada waktu itu aku baru sahaja ingin menunaikan solat maghrib dan adikku belum pulang kerana menyelesaikan urusannya di luar. Ibuku terus memanggilku untuk melihat keadaan ayah tanpa belum sempat aku menunaikan solat maghrib pada ketika itu.,dan adikku telah pulang pula terkejut melihat keadaan ayahku. Hanya yang mampu aku lakukan pada ketika itu menangis dan memohon kekuatan dari Allah untuk kelurgaku menghadapi dugaan ini…..”
“Dengan kekuatan yang aku miliki,aku gagahkan juga diri untuk mengadap Sang Pencipta dan mengadu kepadanya. Setelah selesai melunaskan ibadat solatku,ibu mengajakku ke hospital untuk mengstabilkan keadaan ayah. Alhamdullilah,dengan bantuan daripada jiran-jiran yang terdekat dan ayah saudaraku ayah dapat juga dihantarkan ke hospital dengan kereta Ibuku…..”
“Aku begitu takut melihat keadaan ayah pada waktu itu. Betullah kata orang tua-tua,apabila sesorang itu hendak ‘pergi’pastinya akan ada petanda-petandanya. Kali ini aku redha seandainya benar ayah akan meninggalkan kami semua…..”
“Pada awal pagi jam 4.04 pagi tanggal 27/02/2010,Allah lebih menyayangi ayah daripada kami. Ayah telah kembali mengadap Allah. Sukar untuk aku menerima ini semua,kerana ianya berlaku dengan sekelip mata. Yang lebih merasakan kehilangan ayah adalah ibu. Dengan izin Allah,ibu saudaraku ada disisinya untuk memberikan kekuatan kepadanya. Manakala aku pula dipeluk oleh cik su…..”
“Namun aku tetap bersyukur kerana memberikan kepadaku dan adik-adikku peluang untuk berkhidmat kepada ayah sepanjang hayatnya di dunia yang fana ini. Kesyukuran semakin memuncak kerana allah mengumpulkan kami sekeluarga di saa-saat terakhir hayat ayah. Ayah telah kembali dengan keadaan yang tenang dan wajah yang bersih. Akhirnya hapuslah semua penderitaan yang ditanggung olehnya selama ini. Aku yang menyaksikan penderitaan mampu sedikit tersenyum kerana aku tidak perlu melihat ayahku menangis lagi dengan kesakitan yang dirasainya……”
Posted at 09:13 | | 0 Comments
WANITA DAN RAMA-RAMA....
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga.
Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.
Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita.
Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.
Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu.
Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.
Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka.
Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini.
Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan.
Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.
Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan.
Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda.
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Posted at 08:37 | | 0 Comments
:: MENANGISLAH DI DALAM SOLAT::
MENANGIS DALAM SOLAT
Adakah anda pernah menangis dalam solat? Mungkin sesetengah orang sekali atau tidak pernah langsung menangis ketika dalam solat. Tidak mengapa menangis dalam solat biarlah sekadar sahaja jangan tersekat-sekat bacaannya.
Menangis sewajarnya kerana rasa menyerah diri kepada Allah yang teramat sangat kerana takut azabNya, pohon rahmatNya, sedar akan diri yang dhaif di sisi Allah atau sebab-sebab lain. Jika menangis tentang perkara lain seperti kehilangan ayah atau ibu, kena marah dengan big boss, putus cinta dan sebagainya tak digalakkan kerana ia tak khusyuk dan jika terkeluar suara boleh batal solat tersebut.
Menangislah seperti Saidina Abu Bakar, yang hangus hatinya kerana takutkan Allah SWT sehingga terbau bau hatinya kepada makmum.
Jika menangis kerana sayangkan Allah SWT, jika bacaan surah tersekat-sekat kerana esakan, dibolehkan. Kalau rukun qauli (alfatihah, takbiratul ihram, tasayhud akhir, salawat dan sebagainya) tersekat-sekat sehingga mengubah makhraj dan mengganggu bacaan, wajib diulang. Jika surah tak ulang pun tidak mengapa.
Sebab-sebab menangis dalam solat.
1. Ada orang menangis ketika solat kerana takut seksaan Allah, bertaubat.
2. Ada orang menangis ketika solat kerana dalam kesusahan.
3. Ada orang menangis ketika solat kerana cintakan Allah.
Orang yang menangis ketika solat kerana takut akan seksaan Allah atau mengharap keampunan Allah, adalah orang yang meletakkan Allah sebagai Pemerintah Alam Yang Maha Berkuasa. Kita adalah hambaNya, Allah yang menentukan nasib kita.
Orang yang menangis ketika solat kerana dalam kesusahan atau kesedihan, adalah orang yang meletakkan dirinya dalam hina dan meletakkan Allah sebagai Yang Maha Pemurah, Maha Kaya. Orang ini tahu yang dia adalah hamba dan tidak punyai apa-apa pun. Macam dalam kisah Nabi Ayub a.s, Nabi Ayub a.s menangis, mengadu dan mohon kepada Allah tentang penyakit dirinya. Dia kehilangan orang rapat kerana penyakitnya, kehilangan harta kerana penyakitnya dan dibenci orang kerana penyakitnya. Tapi Nabi Ayub a.s tak pernah putus-putus berdoa kepada Allah.
Orang yang menangis ketika solat kerana cintakan Allah, adalah orang yang meletakkan Allah sebagai kekasihnya. Menangis ketika sembahyang itu maknanya jiwa seseorang itu dekat dengan Allah. Sentiasa bertawadhuk, malah hati yang sentiasa dengan Allah akan selalu menangis bila melihat kemungkaran. Hatta sesaat dia lupa dengan Tuhan dia akan merasa bersalah. Kita hendaklah selalu memohon kepada Allah agar hati kita tidak lalai dari mengingati Dia.
Bagi penulis, orang yang paling hebat adalah seorang yang bangun tengah malam lalu berwuduk dengan sempurna dan mengerjakan solat dua rakaat dan menitiskan setitik air mata sedangkan sesiapa pun tidak mengetahuinya.
Mari tengok klip video Imam Sheikh Mishary Rashid Alafasy menangis semasa mengimamkan solat di sebuah masjid di Kuwait. Bagi mereka yang berbangsa arab mesti menangis kerana tahu makna ayat dari surah tersebut yang barangkali menerangkan hal seksa api neraka dan balasan Allah di hari akhirat.
Bagi kita yang tidak faham makna ayat-ayat Al-Quran semasa imam membaca tetapi menangis juga dalam solat. Orang itu sangatlah istimewa disisi Allah SWT. Dimuliakan oleh Allah SWT, diampunkan dosa-dosanya serta mendapat ganjaran dari ibadahnya. InsyaAllah.
Posted at 08:34 | | 0 Comments
::Sayyidatina Khadijah Ratu Hatiku::
ayyidatina Khadijah Al-Kubra,
wanita hebat yang luar biasa, imannya kuat,
firasatnya tajam, akalnya cerdas, bijaknya sempurna, pandangannya luas,
azamnya tinggi, pilihannya tepat,
akhlaknya indah, jiwanya mantap,
tiada wanita yang dapat menandinginya,
dulu kini dan selamanya.
Wahai Sayyidatina Khadijah,
kerana akhlak yang ditunjukkan Nabi,
kerana amanahmu dijalankannya dengan terpuji ,
hatimu melihat Nabi saw umpama mutiara yang tersembunyi,
lantas engkau menempatkannya
di dalam hatimu yang paling dalam
dan di tempat yang paling tinggi.
Allaaah,
engkau dimuliakan Allah kerana dipilih berkongsi kehidupan dengan insan agung pilihan Tuhan.
Cinta, kasih & kejujuran yang engkau tunjukkan tiada tandingan,
khidmatmu penuh keikhlasan,
ketika senang engkau tunjukkan dengan kesyukuran,
ketika susah engkau warnai dengan kesabaran,
ketiadaanmu tidak pernah dilupakan,
ingatan Rasul saw kepadamu tidak dapat dilukiskan dalam apa jua gambaran,
dan tidak juga bisa dengan segala kata ucapan,
ia punya makna yang cukup dalam,
sukar untuk ditafsirkan. Allahu Allah.
Engkau wanita pertama yang menyaksikan Muhammad saw diutuskan sebagai
utusan agung Tuhan,
memberi sokongan kepada usaha dakwah Baginda saw dengan harta,
jiwa, nyawa dan seluruh kehidupan.
Sungguh tiada lagi wanita sepertimu di dunia ini untuk dimisalkan.
Dari rahimmu yang mulia lahirnya
Qasim, Abdullah,
Zainab, Ruqayyah,
Ummu Kalthum dan Fathimah,
zuriat keturunan hingga akhir zaman,
membawa rahmat di bumi Tuhan.
Peribadimu yang luhur,
ikhlas dan penuh kasih sayang,
menjadi ikutan
bagi insan yang mencari Tuhan,
bertemu denganmu menjadi impian,
semoga impian ini menjadi kenyataan,
Posted at 08:31 | | 0 Comments
.....47 KEISTIMEWAAN WANITA DALAM ISLAM....
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
29. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
30. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.
32. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
35. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
38. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
39. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
42. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
43. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
44. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
45. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
47. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
*so ucap kan ALHAMDULILLAH~~~~
Posted at 08:26 | | 0 Comments







