::::... Zinnirah ....::::
Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Setiap kali aku mendengar namanya,hatiku Kian Berdegup Kencang... Seolah-olah Semangat Seorang Hamba Yang Penuh Dengan Penderitaan dalam perjalanan Menuju Keredhaan Allah S.W.T... Mata Hatinya yang kuat Membawa diri dan hatinya ke jalan yang penuh dengan cahaya Keimanan akhirnya membawa dirinya menghayati sepenuhnya tentang ISLAM...
Kisah Zinnirah:
Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah
Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.
Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.
Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.
"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...
Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.
Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.
Bagaimana aku harus tafsirkan segala semangatnya disini???? Mampukah Aku menjadi seorang SRIKANDI ISLAM yang TERPILIH untuk SETIA BERJUANG DIJALAN YANG ALLAH REDHAI!!!! Walau aku bukan dilahirkan DI ZAMAN RASULLULAH,namun Aku Tetap BERUSAHA sebaik yang MUNGKIN untuk mencontohi ZINNIRAH....
Posted at 05:26 | | 0 Comments
::: Sungguh Ku Ikhlas :::
Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Tiada Tuhan Yang DiSembah Melainkan Allah...
Dalam Perjalanan Hidup yang Tidak Pernah Henti dengan Cubaan..
Keikhlasan Untuk Menghadapinya Sangat Sukar Diperolehi..
Namun Tetaplah Keyakinan Dalam Hatimu Bahawa Allah mengujimu kerana Allah Sayang..
Anugerah Yang Beerti Dari Allah itu tidak pernah kita sedari..
Sejak Hidup ini menjadi mimpi tika nestapa menyulami hati kecil ini...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Ikhlas Hati ini ikhlas untuk melangkah dijalan yang Allah Redhai...
Ikhlas dalm hati ini dengan pasrah diatas segala yang terjadi..
Tiada Lagi desakan dalam tangisan kerana diri ini tidka sendirian..
Sesungguhnya Allah itu tersangat dekat dengan hati dan dirimu...
Yakinlah dengan segala Yang Dirancang oleh Allah itulag yang terbaik untukmu..
Doa dengan Penuh Pengharapan semoga Segalanya dipermudahkan..
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Posted at 09:01 | | 0 Comments
::: Pejalanan Di Akhir Ramadhan :::
Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Iman memang boleh bertambah dan berkurang.
Ketika iman kita sedang menurun pertahankanlah
ibadah wajib, ketika iman kita kuat maka
perbanyakkanlah ibadah sunat (nawafil) inilah
antara pesan Imam As Syafie...
Tiada apa yang mampu menenangkan hati tika dilanda kegelisahan selain membasahkan bibir dengan zikir-zikir kasihMU disulami bersama ayat-ayat cintaMU... Indahnya menghayati zikir dalam bertawakal kepada Allah di atas segala aturanya... Al-Quran itu sumber PENAWAR terbaik bagiku... Kerana Ramadhan adalah desinasi cinta yang terindah buat mereka yang ingin memulakan penghijrahan... Dari awalnya sehingga penghujung waktunya,banyak nikmat yang tersedia untuk mereka yang berhati terbuka...
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertawaqallah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari esok(akhirat) dan bertawaqallah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan...
Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik...
Tidak sama para penghuni neraka,dengan para penghuni syurga itulah orang-orang yang memperolehi kemenangan...
Sekiranya,Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir...
Dialah Allah,tidak ada Tuhan selain Dia Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang... "
"Surah Al-Hasyr ayat 18-22"
Terasa diri sangat KERDIL tika diri dan hati tunduk bersujud kepadaMU Ya Robbi... Jalan Menuju ke SYURGA itu penuh dengan dugaan,untuk meraihnya pun susah,NAMUN jalan ke NERAKA hanya di tepian buat mereka yang sering alpa dengan dunia dan MERAIHNYA pun mudah.
Allah Lebih tahu apa sebenarnya yang ada dalam hatiku dan hatimu,namun Allah tetap memberikan kita PELUANG untuk merancang sesuai dengan kemampuan dan kehendak diri....Amal yang sangat bermakna itu adalah yang dilaksanakan secara berterusan... Alhamdullillah,moga hati dan diri tetap istiqmah dalam mencari rahmat dan redha di penghujung akhir Ramadhan yang penuh beraqah...Ya Allah,TeriMalah PUASA dan IBADAh kami di sepanjang Perjalanan Ramadhan ini.. Agar bila ianya Berangkat pergi,tidak akan kami sesali lagi... Semoga bertemu lagi sekali sampai penghujung nyawa nanti....
Posted at 18:29 | | 0 Comments
::: Untukmu Bakal Bidadari Syurga :::
Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Sebuah harapan yang tertulis dalam doa untuk menjadi seorang wanita yang memberikan ketenangan hati dan penyejuk mata kepada seorang yang bergelar suami... Itulah impian yang didambakan seorang wanita yang benar-benar mengharapkan cinta sampai ke syurga... Pemilik cinta dan hati setelah Allah dan RasulNya itulah pemimpin yang akan membawa diri ke syurga...
Seorang yang memiliki budi pekerti yang cantik,indah pada pandangan mata auratnya terpelihara akan sentiasa dilindungi Allah... Bukan kita pinta ditimpa musibah,namun Aurat kita penentu keselamatan kita juga...Berbahagialah wahai diri kerana dirimu dilahirkan sebagai seorang Muslimah... Tidak sia-sia Allah ciptakan kejadianmu kerana ada tugas yang dipertanggungjawabkan kepadamu.. Tunaikanlah kewajipan sebagai hambaNya dengan sebaik mungkin... Meletakkan ketaatan kepada ibu dan bapa,menjadi seorang kakak dan adik yang terbaik buat keluarga tersayang..Tetaplah hati dan dirimu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah KekasihNYA supaya langkahmu tidak tersasar....
Ringankan tulangmu dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah... Jagalah pandangan mata dari sebarang perkara yang mampu membuatkan diri dan hatimu menjadi alpa dan leka dengan dunia...Tahukah kamu betapa mulianya diri kita dilahirkan sebagai seorang muslimah!!!! Hargailah dirimu sebagaimana dirimu menghargai orang lain... Betapa indahnya auratmu terjaga dengan busana yang menutup rapi dirimu... Bekalkan dalam diri dan hatimu dengan kecukupan ilmu dari Allah... Ikhlaskan hatimu ketika menuntutnya serta tidak lokek untuk berkongsi tentangnya...
Betapa cantiknya dirimu dengan akhlak yang mulia,indah pada tutur katanya dan memudahkan urusan insan-insan disekelilingnya... Alhamdullillah,semoga Allah permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat... Doaku bukan hanya untuk diri ini malahan tersebar luas dengan perkongsian kebahagiaan dengan sahabat-sahabat tersayang... Tetap teguhkan keimananmu untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang serta pintalah dengan Pemilik hatimu yang sebenar supaya tetap dikuatkan hati untuk terus bermujahadah dan istiqamah dijalan yang diredahaiNYA...
"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, PUASA pada bulannya, TAAT pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah)
Subhanallah,cukup indah apabila seorang muslimah itu benar-benar meletakkan ketaatannya kepada Allah dan menjaga auratnya dgn sebaik yang mungkin... Allah akan sentiasa memelihara diri dan hatinya... Meletakkanketaatannya kepada seorang lelaki yang bergelar SUAMI,lalui suaminya itu Memimpinya ke jalan Syurga,itulah Baitul Muslim Yang terindah dan diidamkan.. Syukran Sahabtku Sayang atas peringatan dan perkongsianmu....InsyaAllah,mempersiapkan diri dengan sebaik yang mungkin kerana Allah dan untuk Si Dia....:::♥♥♥
Posted at 16:53 | | 0 Comments
:::... Sesuatu Yang Tidak Dijangka ...:::
Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
pasti lebih menenangkan hati walaupun tak pernah bersua
apatah lagi melihat wajahnya.
sekiranya kalau kita menangis sehingga titisan air mata darah
kerna tidak dapat menahan kerinduan itu lebih bermakna
terhadap insan yang paling mulia yakni Rasulullah S.A.W
Sollu Ala Nabiy ﷺ !!!
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
Posted at 08:29 | | 0 Comments
:::.. Malaikat Kecilku ...:::
Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Ku di sini masih menunggu dan tetap akan terus tunggu
Ketibaan detik itu..
Indahnya bunga yang ada di taman hati
Melihat telatah malaikat kecil ini
Dengan Gaya dan ragamnya tersendiri
Hidup tidak akan beerti
kerana kehadirannya disisi
Mengamit sejuta memori
Hilangkan segala duka lara di hati
Tika mata mulai terpejam
Tiada lain yang bisa dilihat
Hanya Malaikat kecil ini
Sentiasa dalam Ingatan
Dengan Senyuman yang mententeramkan
Dari dalam kandungan
Ibumu membawa
Dari kiri ke kanan
Tidak keruan dalam hatinya
Menhitung detik kelahiranmu di dunia
Walau tidak pernah ketemu
Namun aku amat menyayangi dan mengasihimu
Kita berjanji untuk berjumpa sekali
Bersama-sama membuai kemesraan
Dengan anak aunty juga yang tersayang
Lahirmu dinanti
Karenahmu mengujakan hati
Buah hati abah dan ibu yang mithali
Dirimu yang sentiasa bertakhta dihati
Kelak dewasa membanggakan Agama
Tiada apa yang mampu aunty ungkapkan
Kerana dirimu terlalu dirindukan
Buat si kecil yang di dambakan
Hafiy Hasril buatkan hati tidak keruan
Terimalah hadiah dari aunty amani untukmu sayang...
Posted at 22:32 | | 0 Comments
:::... Destinasi Cintamu Sahabatku ...:::
Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Ungkapan terindah daripada seorang sahabat yang ingin melihat perubahan daripada sahabatnya sebelum ajal kunjung tiba kini telah tercapai..Ku disini masih tidak percaya akan berita pemergiannya yang telah mengadap Allah Yang Maha Esa..Hampir Tiap Hari Berita Kematian ku perolehi...Subhanallah,Alhamdullillah aku masih disini... Meniti detik-detik
Ramadhan Terakhir disisi... “Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un”... Hanya
itu yang mampu ku ungkapkan buat sahabat yang sentiasa diingatan...
Allahurobbi,berat yang ku rasakan kini.. Baru semalam berbual-bual
denganmu kembali dan kini engkau telah pergi mengadap dan menyahut SERUAN
ILAHI... Masih terngiang-ngiang pesananmu untukku,"Amani,teruskan
Penghijrahan saya tahu awak mampu lakukan.. Impian awak ingin melakukan
perubahan stelah ayah awak pergi kni saya lihat dengan jelas dengan
ketulusan hati dan nurani awak... Jangan putus asa sahabat,lia tetap ada
dgn amani... Ingat itu,Allah pun ada dengan amani.. Tetap kuatkan hati
dan dirimu syg..."Itulah kalimat-kalimat terakhirmu untukku... Deraian
air mata kini kembali,moga Allah menguatkan hati,sekuntum Al-Fatihah
peneman buatmu disisi,Semoga "istirehat"mu kali ini memberikan
ketenangan yang abadi...AL-FATIHAH untuk Zalia Nadirah...
Ia,Zalia Nadirah binti Zulkefli sahabatku sejak dari kecil... Dialah tempat ku mengadu,dialah tempat kemanjaanku... Huhu... Dalam kalangan sahabat akulah yang paling manja dan Zalia yang banyak memanjakan diriku... Orang yang sentiasa menjadi pendorong yang hebat tatkala sahabat-sahabat mula tergugat dek kealpaan yang kian menyinggah untuk membawa kepada kegelisahan dengan perkara dunia semata-mata... Namun,dia tetap memautku dengan tulus kasih sayangnya agar tidak ku terjatuh dalam lembah kehinaan dunia yang penuh helah dan noda... Kekuatanmu sumber inspirasiku... Ku tidak pernah tahu apa yang kau alami sehingga semalam baru ku mengerti tiap bait-bait kalimat yang diberi agar aku terus mengerti dan meneruskan perjalanan ini tanpa henti dan menoleh ke belakang lagi...
Kau mahu ku teruskan penghijrahanku kerana itulah Impianmu untukku..
Sungguh mulia niat hatimu wahai sahabatku,deraian air mataku gugur
dengan senang hatinya apabila mendengar kau memberikan jawapan kepada
persoalanku selama ini... Kau menginginkan perubahanku kerana kau yakin
aku mampu lakukan kerana itu juga harapan ayahku dan kau begitu rapat
dengan ayahku sehingga pernah menimbulkan kecemburuanku.. Dek kerana
terlalu mengikut nafsu ku pernah memarahimu tanpa usul periksa ku
menuduhmu secara melulu namun kau hanya tersenyum kerana perangai anak
kecilku... Engkau yang banyak meberikan nasihat,engkau juga yang banyak
memberikanku peluang untuk meneruskan hidup dalam perjuangan.. Tidak
pernah semangatku kau patahkan,kerana kasih dan sayangmu kau setia
korbankan buat sahabatmu yang sentiasa dalam ingtan,..
Namun kini kau telah menemui destinasi cinta yang abadi... Tempat
istirehat yang selalu kau nanti-nanti.. Maafkan diri ini kerana tidak
sempat berada disisi saat kau memerlukan diri ini.. Tenang dan amanlah
engkau di sana... Ku tetap bersyukur kerana Pergi dalam keadaan bulan
yang mulia... Semoga rahmat dan baraqah ada denganmu buat mengadap
Pemilik Cintamu...Aku kini cuba menguatkan hati dan jiwa dengan
kenangan... Coretan demi coretan telah kau lakarkan untuk diriku yang
selalu kau ingatkan dalam ruangan hati dan juga kotak fikiran...
c
Posted at 15:18 | | 0 Comments




















