::::... Bila Hati Berjuang Kerana Allah ....::::









Bila Hati berjuang kerana Allah,
Mencari cinta sejati itu tidak mudah, menggali
pertemuan dgn cinta Hakiki itu amat payah,
pengorbanan mesti disemai dgn mujahadah, dan
perjuanganlah yg akan mengajar kita erti penat dan
lelah,,kerana Matlamat Cinta Abadi hnya pada
ALLAH..
Indahnya cintaMU Ya ALLAH..
cinta ILAHI kekal
abadi..
Jangan khuatir tentang hidup..kerana selama mana
engkau berjalan engkau akan tetap menemui
Penciptamu..







Bila Hati berjuang kerana Allah,
Jangan gusar dalam melangkah, kerana sejauh
mana kamu melangkah engkau tetap akan tiba ke
destinasi walau bukan yang kamu inginkan..
Jangan bimbang dalam membuat keputusan
kerana andai engkau tersalah membuat pilihan,
engkau belajar daripada kesilapan..

Bila hati berjuang kerana Allah,
Jangan takut dalam menegakkan kebenaran kerana 
kepalsuan tidak akan pernah di agungkan..
Jangan pernah risau akan rintangan dan cabaran,
kerana sebanyak mana
rintangannya,sebanyak itulah kamu belajar
menikmati sebuah kehidupan....
 
 
 
 

 
Bila hati berjuang kerana Allah,
Kala hati penuh kesayuan jdkan Al-Quran sebagai
peneman..
Saat sukar membuat pilihan jadikan Allah tempat
minta jawapan
Tika jauh dari rahmat Tuhan, jangan di biar ia
berterusan
Andai berat menanggung dugaan, berdoalah
penuh keinsafan
Bila diri rasa di sisihkan, Allah adalah tempat sebaik-
baik pengharapan


 
 
Bila hati berjuang kerana Allah,
Waktu tersasar jauh di perjalanan,segera lah
pulang ke pengkalan
Kita hanya musafir di dunia,hanya persinggahan
yang sementara..
Hanya padaNya tempat meminta..Jangan terus
berputus asa..
Teruskan berdoa memohon padaNya,dikuatkan
IMAN hingga ke akhirnya..
InsyaAllah

 
Bila hati berjuang kerana Allah
Dugaan itu tempat bersinggah
Keperitan di telan sebagai juadah
Kejayaan di anggap satu mimpi indah
Andai di takdirkan rebah
Hati tetap redha kerana Allah..



 

 



::::... Indahnya Sebuah Perjalanan...::::

Bismillahirahmanirahim....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...






Andainya bisa ku raih semua masa yang ku perolehi tika bersama kalian,akan ku genggam dengan sebaiknya sepaya masa tidak lagi berputar untuk mengekoriku.... Namun suratan dari Allah itu harus ku terima,kerana masa itu sangat pantas berputar memenggal saat-saat keberadaan kita bersama...Tautan hati yang telah Allah beri membawa kepada satu jalinan yang suci antara kita selama ini...

Sesungguhnya Allah ciptakan dunia ini adalah sebagai ujian buat hamba-hambanya..yang mana dunia ini adalah tanah ladang untuk beramal. Maka jadikanlah kehidupan yang sementara ini kesempatan untuk kita berlumba mengerjakan amal yang soleh dengan semahunya. Kerana sesungguhnya kehidupan di akhirat itu adalah kekal & abadi. Setiap perbuatan di dunia akan menerima pembalasan yang
berlipat kaliganda di sana.
 
Seandainya buruk perbuatan kita di dunia..maka amat buruklah balasan di akhirat kelak. Dan jika baik amal yang kita kerjakan.. maka sesungguhnya nikmat balasan yang Allah swt kurniakan nanti adalah sesuatu yang tak terjangkau di akal fikiran kita kerana Dialah Tuhan Ar rahman Ar Rahim. Kurnia Nya adalah sebesar-besar kurnia.

Bersabarlah teman.. sesungguhnya kehidupan dunia yang singkat ini hanyalah senda gurau dan tipu daya..Tingkatkan iman & yakin kepada Allah, tambahkan kecintaan mu pada Rasulullah saw.. berkorbanlah diri,harta & masa kepada agama i jalan Allah swt. Semoga Allah swt terima amal kita di dunia ini..

"Sesungguhnya orang yang bertaqwa berada dalam syurga & kenikmatan. Mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan Tuhan mereka. dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab neraka.(dikatakan kpd mereka). Makan & minumlah dengan enak dari balasan apa yang kamu kerjakan. Mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari cantik bermata jeli"(ar Rahman 70-77)
 
Keimanan mendominasi hati ketika ringan untuk kita laksanakan amal kebaikan, manakala kefasikan mendominasi hati ketika ringan untuk kita lakukan perkara kemaksiatan.
 

:::... IBRAHKU DARI KEMBOJA...:::




 ..... Kemewahan itu Sentiasa HADIR MENgaburi hati dan mInda yang kian Sesak Dengan BAHAGIA DUNIA... Sejauh mana Kita Menghargai PINJAMAN dari ALLAH,hanya eka Kita dan Allah Yang Lebih Mengetahui... Jika Tidak Mampu untuk Memberikan KEMEWAHANmu kepada Yang MEMERLUKan SEkurang-KuraNgnya HARGAILAH Jasa Dan Pengorbanan Mereka Untukmu.... Mereka Tidak PERNAH MEMINTA untuk DIJULANG Hingga Menyerlah Dimata DUNIA,cukuplah Mendoakan Semoga Allah sentiasa Melindungi dan Menjaga Mereka.... Mereka cuba memahami apa yang cuba Engkau Sampaikan kepadanya walaupun kesukaran untuk menerima itu tetap ada,namun itu bukanlah penghalang untuk jalinan ikatan ukhuwah itu berpanjangan....

Selama 5 hari permusafiranku bersama sahabat-sahabat tersayang di Bumi Kemboja memberikan sejuta Makna yang tidak terbeli dengan Nilai Wang Ringgit semata-mata... Pengorbanan yang dilakukan tidak pulang ke desa untuk meraikan Aidiladaha kini Allah gantikan dengan Pengalaman yang cukup berharga bersama keluarga angkat di sana... Alhamdullillah,Alhamdullilah,Alhamdullillah.... Hanya itu yang mampu ku ungkapkan tatkala cuba untuk menghadam semua situasi ketika berada disana... Walau dengan Pelbagai Dugaan yang Allah berikan kepada kami ketika memulakan langkah pertama untuk menuju ke sini,namun kami tetap meneruskan langkah tanpa menoleh kebelakang lagi dengan hati yang sepenuhnya bergantung kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan olehNYA...

Pada 24hb jam 6.30 petang kami seramai 13 orang ahli rombonganyang terdiri daripada Mt dan Exco Kelab PERKIM UUM serta 3 Orang ahli luar berangkat ke Kuala Lumpur untuk penerbangan kami ke Phnom Penth,Kemboja pada jam 6.45 pagi waktu Malaysia bersamaan 5.45 pagi waktu disana... Tika dalam perjalanan menuju ke sana,kami diduga oleh Allah apabila salah seorang daripada sahabat kami kehilangan beg sandangnya yang mempunyai dompet,handphone,pasport dan Al-Quran... Keadaan waktu itu dalam bas sangat kelam kabut memikirkan soal sahabat ini... Apabila kami sudah berada didalam satu kumpulan,umpama sebuah keluarga yang tidak terputus ikatannya.. Jika salah seorang daripadanya berada didalam kesusahan,pastinya yang lain turut merasakan kesusahan tersebut... begitulah perasaan kami tika ini...

Tepat Jam 2.30am pada tarikh 25hb Oktober2012,kami telah selamat tiba di LCCT,Sepang.... Disana,kami telah disambut oleh ayah dan mama Ydp kami iaitu Saudara Mohammad Hafis Syafiq bin Mohammad Sopian.... Alhamdullillah,rezeki daripada Allah itu ada dimana-mana selagi niat dan bergantungan kita kepada Allah itu tetap kukuh...Tika ini kami bersahur bersempena puasa Sunat hari Arafah merangkap bersarapan di ruang legar LCCT... Makanan yang telah disediakn oleh mama Ydp cukup untuk kami merasakan keadaannya seperti berada di rumah sendiri walaupun pada hakikatnya tidak... Apabila detik makin hampir untuk kemi terbang ke Phnom Penth,hati makin berat dan sayu untuk meninggalkan bumi Malaysia tatkala memikirkan bahawa kesokkannya merupakan Aidiladha,dan untuk pertama kalinya diriku tidak pulang ke kampung untuk meraikannya bersama keluarga tercinta... Namun rancangan Allah itu lebih indah daripada jangkaanku kerana digantikan dengan pengalaman yang cukup berharga sehingga ke akhir nafasku nanti...




Kami sampai di lapangan Phom Penth tepat jam 7.45 pagi waktu Malaysia bersamaan 6.45 pagi waktu Kemboja... Alhamdullillah,setinggi-tinggi kesyukran kami panjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah melingdungi Perjalanan Kami.... Disana kami telah disambut oleh Perwakilan CIC(Cambodian Islamic Centre).... Kemudian setelah selesai segala urusan pengambilan barang,kami dibawa ke sebuah restoran HALAL dan mempunyai masakan seperti Malaysia untuk bersarapan... Pada pandanganku mulanya,adakah mungkin ada restoran HALAL ditengah-tengah bandar Phom Penth ini dengan kawasanya yang penuh dengan sesuatu yang tidak pernah aku terlihat di Malaysia,kini aku menyaksikannya di Kemboja... Namun rancangan Allah itu lebih hebat dan DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami... Alhamdullillah,kami telah dibawa ke sebuah restoran makanan HALAL yang menyediakan sepenuhnya masakan orang MELAYU seperti Nasi lemak,mee Mamak,Sup dan pelbagai makanan yang bersesuai dengan kami yang baru tiba di bumi ini...

Kemudian kami dibawa ke destinasi sebenar kami iaitu ke kampung Choy Manteri yang merupakan disitulah akan kami lakukan misi kami yang sebenar... MEMAHAMI ERTI PENGOBANAN,itulah slogan yang kami bawa ke sana sebagai wakil daripada seluruh warga UUM....Disinilah bakal berlangsungnya aktiviti Korban Lembu....Disini kami telah bertemu dengan Tuan Haji Asyaari yang merupakan tunggak utama untuk mempermudahkan segala urusan kami sepanjang berada disini.... Alhamdullillah,kami dapat beramah mesra dengan masyarakat kampung yang bagiku sangat unik dan baik... Kedatangan kami cukup-cukup diberikan penghargaan oleh mereka... Pada mulanya kami kekok untuk menerima layanan yang cukup "EKSKLUSIF" darpada mereka kerana tujuan kami berada diisini bukan sahaja untuk melakukan aktiviti Korban Lembu semata-mata malahan BAKTI SISWA disini... Tempat tinggal kami di bahagikan kepada dua buah rumah... Sebuah rumah untuk Muslimin dan Sebuah rumah lagi untuk Muslimat... Subhanallah,Alhamdullillah... tidak terungkap dek kata-kata betapa bersyukurnya kami dengan Kurniaan daripada Allah ini...

Sampai sahaja kami(muslimat) ke rumah yang telah disediakn untuk kami,disana ternyata rupa-rupanya kehadiran kami telah dinanti-nantikanoleh keluarga angkat kami... Kak Aminah dan suami serta anak-anaknya berada distu.... Walaupun kami mempunyai masalah komunikasi,namun itu bukanlah penghalang untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara kami....Disana juga kami dapat berkenalan dengan kak Syajarah yang merukan adik kepada Tuan Haji Asyaari... Kak Syajarah yang bertanggungjwab menjaga soal makan dan minum kami sepanjang kami berada disana.....Tika kami berada di Malaysia,ada yang menasihati kami supaya membawa bekalan makanan ke sini kerana dikhuatiri kami tidak mampu untuk menerima makanan yang ada disini... Tetapi,ianya bukan seperti yang dijangka malahan kami terpikat sepenuhnya dengan masakan yang telah disediakn untuk kami...

Pada 26hb oktober 2012,merupakan hari raya Aidiladha kami telah dibawa ke sebuah kampung di kawasan seberang untuk aktiviti korban lembu... Namun sebelum kami bertolak ke sana,kami telah dijamu oleh penduduk kampung di Choy Manteri dengan pelbagai juadah yang cukup enak dipagi raya... Walau rasa dihati merindui masakan ibu di rumah namun Allah menggantikan dengan pelbagai juadah yang tdiak kurang enaknya disini...Kemudian kami telah dibawa ke sebuah kampung dengan menaiki sebuah van... Perjalanan yang mengambil masa dalam masa 30 minit dari sini mebuatkan kami menjadi teruja untuk menjelajah kawasan kampung disini... Apabila tibanya kami disini,kami telah disambut oleh masyarakat kampung dengan sebuah senyuman yang cukup berharga... Walaupun komunikasi antara kami mepunyai masalah,namun Allah memudahkan segala urusan kami disini... Aku cukup kagum dengan ikatan ukhuwah yang terjalin antara mereka... Ikatan yang cukup kuat walaupun Islam yang kita lihat disini tidak sama tika aku berada di Malaysia... Setelah selesai segala aktiviti korban disini dan beramah mesra dengan masyarakat kampun disini,kami telah dibawa kesebuah rumah untuk makan tengah hari... Pada mulanya kami menjadi kekok untuk menerima,namun apabila melihat kesungguhnya mereka untuk menyambut kedatangan kami ke sini,kami menerima dengan hati yang terbuka dan sempena sambutan hari raya... Campuran juadah dari Kemboja dan Malaysia,merancakkan lagi makanan kami disini...Kemudian kami pulang ke Choy Manteri untuk aktiviti Korban Yang seterusnya disana...Pada Malamnya kami dikhabarkan oleh kak Syajarah bahawa pada malam ini kami akan dijamukan dengan satu sajian yang namanya bagiku snagat unik iaitu "LEMBU NAIK BUKIT"... Pada mulanya bagiku sangat kelakar,macam manalah agaknya rupa Lembu Naik Bukit..... Namun akhirnya aku memahami apa itu jaudahnya....

Pada 27hb Oktober 2012 pula aktiviti kami pada hari ini adalah melawat sekitar kampung Choy Manteri... Aktiviti kami di awal pagi adalah bergotong-royong membersihkan masjd dan surau yang berada di kawasan kampung ini.. Dari hujung kampung disini ke hujung kampung seberang kami menerjah masjid dan surau yang ada untuk dibersihkan... Kemudian kami berjalan-jalan disekitar kampung dan kami menemui satu makanan yang eksotik,apabila ada penduduk kampung disini memakan telur itik yang mempunyai anaknya... Pada mulanya kami sangat terkejut,namun apabila mendapat penerangan daripada salah seorang penduduk kampung disini,barulah kami cuba untuk memahami bahawa mereka sudah terbiasa dengan makanan sebegini.... lemah longlai diriku tidak dapat membayangkan apalah rasanya telur itu... Seterusnya perjalanan kami dilakukan selepas solat zohor dengan lawatan ke CIC(Cambodian Islamic Centre)... CIC merupakan sebuah sekolah yang dibangunkan untuk kemudahan pendidikan anak-anak disini....Berdasarkan Pemerhatianku disini,banyak bangunannya terbiar dan tidak mepunyai prasarana yang cukup untuk kemudahan pelajar-pelajar disini... Mereka hany mengunakan apa yang mereka ada... Satu yang membuatkan aku cukup kagum dengan mereka,ISLAM disini cukup kuat jika hendak dibandgingkan dengan diriku... Al-Quran tidak pernah lekang daripada diri dan hati mereka... Subhanallah,cukup Indah perjalanan ISLAM disini... Aku mersakan cukup TERTAMPAR sehingga membuatkan ku TERDAMPAR dengan rasa yang sangat pedih di dalam HATI melihat betapa tingginya kesungguhnya mereka untuk mendalami ilmu Al-Quran dan mengamalkan sebaiknya sunnah-sunnahn Rasullulah S.A.W....Pada waktu petangnya pula,kami diberikan peluang untuk menyelusuri Sungai Mekong dengan menaiki bot yang telah disediakn untuk kami disini...MasyaAllah,cukup indah Ciptaan Allah... Sangat Luas dan Bijaksana Allah dengan susun atur alam semestaNYA yang cukup unik...






Pada 28hb Oktober 2012,kami berpeluang untuk melihat anak-anak disini mempelajari Kalam Allah seawal jam 5.30 pagi waktu Kemboja bersamaan jam 6.30 pagi waktu Malasyia... Subhanallah,hanya itu yang mampu ku lafazkan tatkala melihat kesungguhan anak-anak ini menghafaz surah Yasin...Kekagumanku kepada ISLAM yang terdapat disini bukanlah persamaan ISLAM yang berada DIMALAYSIA... Apabila ISLAM itu telah tertulis di atas Kad Pengenalan bukanlah satu Jaminan bahawa ISLAM itu tetap SUBUR dalam Hati insan-insan yang benar-benar menghayatinya... ISLAM itu Ramai,namun MUSLIM itu sangat sedikit untuk dijumpai... Rasa rendah diri dan kerdilnya diriku dalam kalangan anak-anak ini,kekadang membuatkan air mataku mengalir... Aktiviti kami seterusnya adalah menjelajah ke bandar Phnom Penth... Di sana kami telah dibawa ke dua buah tempat bersejarah iaitu "KILLING FEEL"dan "TUOL SLENG".... Kedua-dua buah tempat ini merupakan yang cukup bersejarah buat seluruh penduduk Kemboja... Siri Peperangn yang meragut jutaan nyawa memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap kehidupan masyarakat disini... Kini mereka cuba bangkit kembali untuk membangunkan semula kehidupan mereka....









Hari terakhir keberadaan kami disini bertarikh 29hb Oktober 2012,merupakan detik yang cukup meruntun hati untuk berpisah dengan penduduk disini... Pada waktu yang sama seperi semalam jam 5.30 pagi kami turun ke kelas fardhu Ain yang dikelola oleh Ustaz Yaakob... Kami diberikan peluang untuk berada bersama-sama dengan anak-anak dalam kelas tersebut... Namun kelainan aku rasakan pada saat ini kerana kami akan berangkat kembali pulang ke Malaysia...Hatiku makin tersentuh apabila Ustaz Yaakob membuat permintaan untuk mengambil senarai nama ahli rombongan kami untuk dia doakan kebaikkan untuk kami ketika anak-anak ini diajari olehnya membaca Yasin... Subhanallah.....Kemudian kami kembali ke rumah penginapan masing-masing untuk mengambil barang-barang kami untuk keberangkatan pulang kami ke Malaysia.... Suasana sayu dan hiba mula menerjah dalam jiwa tatkala berpisah dengan Kak Aminah dan keluarga... Begitu juga rasanya dihati dengan semua penduduk disini... Lebih kurang jam 10.00 pagi waktu disana,kami mula bertolak ke bandar Phnom Phenth untuk menyelesaikan sedikit lagi tugasan kami disana... Alhamdullillah,semuanya telah diperudahkan oleh Allah.... Kemudian kami tiba di Lapangan Terbang Phnom Penth tepa jam 2.45 petang... Penerbagan kami ke Malaysia sekitar jam 4.45 petang waktu tempatan... Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar....












Alhamdullillah,Ibrah Dari Kemboja Membawa diri dan hatiku kembali dan terus-menerus bermuhasabah.... Islam Disana Cukup Kuat jika hendak dibandingkan apa yang Ada dalam diri dan hatiku... Melihat Gelagat Anak-anak yang ditarbiyyah dari Kecil dengan Sunnah-Sunnah Rasullullah,bagaikan SATU TAMPARAN YANG DASYAT sehingga membuatkanku TERDAMPAR dalam RASA PEDIH YANG SANGAT MENDALAM... Subhanallah,Cukup Indah Aturan Darimu YA Robbi... Pengorbanan tidak Bersama Keluarga Sempena Aidiladha,telah digantikan Dengan PENGALAMAN YANG CUKUP BERHARGA.... Semoga Allah Akan Terus mErahmati Bumi KEMBOJA... ISLAM PEMANGKIN UMMAT YANG TERBILANG....:Segala Misi kami disini,tidak semunya berjalan seperti yang kami harapkan.. Namun Allah memudahkan segala urusan kami setakat apa yang kami mampu lakukan... Seandainya Peluang itu diberikan lagi untuk kesana,InsyaAllah misi seterusnya tetap akan dijalankan demi masa depan anak-anak disana... Selamat tinggal Kemboja,Kami akan merindui kalian disana... Doakan kami,doa kami juga ada untuk kamu semua... Semoga Allah memberkati segala niat dihati....

::::... Zinnirah ....::::

Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Setiap kali aku mendengar namanya,hatiku Kian Berdegup Kencang... Seolah-olah Semangat Seorang Hamba Yang Penuh Dengan Penderitaan dalam perjalanan Menuju Keredhaan Allah S.W.T... Mata Hatinya yang kuat Membawa diri dan hatinya ke jalan yang penuh dengan cahaya Keimanan akhirnya membawa dirinya menghayati sepenuhnya tentang ISLAM...



Kisah Zinnirah:

Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Bagaimana aku harus tafsirkan segala semangatnya disini???? Mampukah Aku menjadi seorang SRIKANDI ISLAM yang TERPILIH untuk SETIA BERJUANG DIJALAN YANG ALLAH REDHAI!!!! Walau aku bukan dilahirkan DI ZAMAN RASULLULAH,namun Aku Tetap BERUSAHA sebaik yang MUNGKIN untuk mencontohi ZINNIRAH....

::: Sungguh Ku Ikhlas :::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...








Tiada Tuhan Yang DiSembah Melainkan Allah...
Dalam Perjalanan Hidup yang Tidak Pernah Henti dengan Cubaan..
Keikhlasan Untuk Menghadapinya Sangat Sukar Diperolehi..
Namun Tetaplah Keyakinan Dalam Hatimu Bahawa Allah mengujimu kerana Allah Sayang..
Anugerah Yang Beerti Dari Allah itu tidak pernah kita sedari..
Sejak Hidup ini menjadi mimpi tika nestapa menyulami hati kecil ini...


Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...






Ikhlas Hati ini ikhlas untuk melangkah dijalan yang Allah Redhai...
Ikhlas dalm hati ini dengan pasrah diatas segala yang terjadi..
Tiada Lagi desakan dalam tangisan kerana diri ini tidka sendirian..
Sesungguhnya Allah itu tersangat dekat dengan hati dan dirimu...
Yakinlah dengan segala Yang Dirancang oleh Allah itulag yang terbaik untukmu..
Doa dengan Penuh Pengharapan semoga Segalanya dipermudahkan..

Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...
Laillahailallah...



::: Pejalanan Di Akhir Ramadhan :::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...




Iman memang boleh bertambah dan berkurang.
Ketika iman kita sedang menurun pertahankanlah
ibadah wajib, ketika iman kita kuat maka
perbanyakkanlah ibadah sunat (nawafil) inilah
antara pesan Imam As Syafie...



Tiada apa yang mampu menenangkan hati tika dilanda kegelisahan selain membasahkan bibir dengan zikir-zikir kasihMU disulami bersama ayat-ayat cintaMU... Indahnya menghayati zikir dalam bertawakal kepada Allah di atas segala aturanya... Al-Quran itu sumber PENAWAR terbaik bagiku... Kerana Ramadhan adalah desinasi cinta yang terindah buat mereka yang ingin memulakan penghijrahan... Dari awalnya sehingga penghujung waktunya,banyak nikmat yang tersedia untuk mereka yang berhati terbuka...




"Wahai orang-orang yang beriman! Bertawaqallah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari esok(akhirat) dan bertawaqallah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan...
Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik...
Tidak sama para penghuni neraka,dengan para penghuni syurga itulah orang-orang yang memperolehi kemenangan...
Sekiranya,Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir...
Dialah Allah,tidak ada Tuhan selain Dia Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang... "
"Surah Al-Hasyr ayat 18-22"




Terasa diri sangat KERDIL tika diri dan hati tunduk bersujud kepadaMU Ya Robbi... Jalan Menuju ke SYURGA itu penuh dengan dugaan,untuk meraihnya pun susah,NAMUN jalan ke NERAKA hanya di tepian buat mereka yang sering alpa dengan dunia dan MERAIHNYA pun mudah.

Allah Lebih tahu apa sebenarnya yang ada dalam hatiku dan hatimu,namun Allah tetap memberikan kita PELUANG untuk merancang sesuai dengan kemampuan dan kehendak diri....Amal yang sangat bermakna itu adalah yang dilaksanakan secara berterusan... Alhamdullillah,moga hati dan diri tetap istiqmah dalam mencari rahmat dan redha di penghujung akhir Ramadhan yang penuh beraqah...Ya Allah,TeriMalah PUASA dan IBADAh kami di sepanjang Perjalanan Ramadhan ini.. Agar bila ianya Berangkat pergi,tidak akan kami sesali lagi... Semoga bertemu lagi sekali sampai penghujung nyawa nanti.... 



::: Untukmu Bakal Bidadari Syurga :::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...



Sebuah harapan yang tertulis dalam doa untuk menjadi seorang wanita yang memberikan ketenangan hati dan penyejuk mata kepada seorang yang bergelar suami... Itulah impian yang didambakan seorang wanita yang benar-benar mengharapkan cinta sampai ke syurga... Pemilik cinta dan hati setelah Allah dan RasulNya itulah pemimpin yang akan membawa diri ke syurga...

Seorang yang memiliki budi pekerti yang cantik,indah pada pandangan mata auratnya terpelihara akan sentiasa dilindungi Allah... Bukan kita pinta ditimpa musibah,namun Aurat kita penentu keselamatan kita juga...Berbahagialah wahai diri kerana dirimu dilahirkan sebagai seorang Muslimah... Tidak sia-sia Allah ciptakan kejadianmu kerana ada tugas yang dipertanggungjawabkan kepadamu.. Tunaikanlah kewajipan sebagai hambaNya dengan sebaik mungkin... Meletakkan ketaatan kepada ibu dan bapa,menjadi seorang kakak dan adik yang terbaik buat keluarga tersayang..Tetaplah hati dan dirimu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah KekasihNYA supaya langkahmu tidak tersasar....





Ringankan tulangmu dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah... Jagalah pandangan mata dari sebarang perkara yang mampu membuatkan diri dan hatimu menjadi alpa dan leka dengan dunia...Tahukah kamu betapa mulianya diri kita dilahirkan sebagai seorang muslimah!!!! Hargailah dirimu sebagaimana dirimu menghargai orang lain... Betapa indahnya auratmu terjaga dengan busana yang menutup rapi dirimu... Bekalkan dalam diri dan hatimu dengan kecukupan ilmu dari Allah... Ikhlaskan hatimu ketika menuntutnya serta tidak lokek untuk berkongsi tentangnya...

Betapa cantiknya dirimu dengan akhlak yang mulia,indah pada tutur katanya dan memudahkan urusan insan-insan disekelilingnya... Alhamdullillah,semoga Allah permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat... Doaku bukan hanya untuk diri ini malahan tersebar luas dengan perkongsian kebahagiaan dengan sahabat-sahabat tersayang... Tetap teguhkan keimananmu untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang serta pintalah dengan Pemilik hatimu yang sebenar supaya tetap dikuatkan hati untuk terus bermujahadah dan istiqamah dijalan yang diredahaiNYA...






"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, PUASA pada bulannya, TAAT pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah)

Subhanallah,cukup indah apabila seorang muslimah itu benar-benar meletakkan ketaatannya kepada Allah dan menjaga auratnya dgn sebaik yang mungkin... Allah akan sentiasa memelihara diri dan hatinya... Meletakkanketaatannya kepada seorang lelaki yang bergelar SUAMI,lalui suaminya itu Memimpinya ke jalan Syurga,itulah Baitul Muslim Yang terindah dan diidamkan.. Syukran Sahabtku Sayang atas peringatan dan perkongsianmu....InsyaAllah,mempersiapkan diri dengan sebaik yang mungkin kerana Allah dan untuk Si Dia....:::♥♥♥

Design by Blogger Templates