:: Satu Harapan Tertulis Dalam Doa ::




Satu harapan yang tertulis dalam doaku yang mengharapkan kebahagiaan itu menjelma tika mana bersamamu. DIA menjagaku supaya terus bergantung harap kepada DIA walau hanya sekecik-kecil perkara. Begitu juga yang DIA ajarkan kepadamu. DIA adalah untukku  sama dengan DIA untukmu adalah DIA yang satu. Dalam pengharapan doaku yang tertulis di Lut Mahfuz sudah tersurat siapa pemilik hatiku setelah DIA dan KEKASIH DIA yang AGUNG. Cuma dalam doaku itu belum ku ungkapkan siapakah dirinya. DIA tidak mengizinkan tika itu untuk aku bertemu jelas denganmu persis kuntuman bunga yang berselerakkan berlegar-legar dialam maya. DIA mempertemukan dengan insan-insan yang bukan untukku,namun DIA kembali memaut hatiku tatkala hati ini kian menangis.

Satu harapan yang tertulis di dalam doa yang mengungkap sejuta bicara. Pertemuan kita tidak pernah ku jangka. Tetapi DIA telah merancangkannya untukku dan kamu. Kita hanya mampu tersenyum tatkala mengingati kembali detik pertemuan itu. Bulan Ramadhan yang mulia menjadi saksi buat pertama kalinya dirimu mulai menegurku. Aku mulai kaku tika itu,siapakah dirimu yang sebenar. Hanya kerana salah faham dirimu tentang diriku,membuat aku dan kamu makin dekat untuk mengenali. Namun kita punyai batasan hati dan diri. engkau menghormatiku sebagai sekuntum bunga di taman laranagan yang perlu kau sunting melalui pemiliknya yang hak sudah terjelas dan nyata.








Satu harapan yang tertulis di dalam doa melalui Pencipta cinta yang hakiki,subhanallah tidak ku pernah mengjangkakan detik itu. Sebelum ini diriku hanya mendengar ungkapan "Tunangan Orang". Namun kini,tidak perlu ku dengari lagi,kerana itu sudah terjadi, aku kini telah dikhitbah oleh seseorang yang DIA utuskan untuk menjaga diriku dan keluarga sebagai pengganti yang telah pergi untuk selamanya. Aku bersyukur dengan anugerah yang telah DIA berikan untukku. Kini aku tidak keseorangan untuk membantu ibu dan adik-adikku. Kehadiranmu memberikan sedikit kekuatan pada diriku yang selama ini di jaga dan dilindungi oleh ayahanda tercinta dengan izin DIA.

Satu harapan yang tertulis di dalam doa,ikatan pertunagan itu bukanlah tiket untuk memadu kasih dan asmara.Tetapi pertunagan itu adalah satu perjanjian dalam sesi taaruf menilai kesesuaian diri yang menekankan proses tanggungjawab yang lebih UTAMA. Kau mengajarkan aku erti kekuatan dalam diri supaya aku tetap kuat untuk melahirkan,membesarkan serta mendidik permata hati kita nanti. Pesananmu pada diriku,supaya sentiasa saling mengingati antara satu sama lain dengan kesabaran supaya kita tidak jatuh ke lembah kehinaan.




Satu Harapan yang tertulis di dalam doa,katamu lagi aku adalah satu tanggungjawab yang Allah  amanahkan untukmu. Moga diriku tetap terpelihara dalam naungan rahmat kasih DIA. Katamu lagi,anak itu anugerah DIA yang tidak ternilai,maka tanggungjawab kita bersama mencorakkan ISLAM dalam diri mereka. Tidak kira lelaki mahupun perempuan,moga kedua-dua mampu menjadi pembela AGAMA,menjadi mujahid dan mujahidah kebanggan kita. Dalam satu ikatan pernikahan yang mulia,moga lafaz itu menjadi kekuatan pada kita berdua untuk melayari bahtera cinta mahligai kasih dambaan syurga.

Satu harapan yang tertulis di dalam doa,moga hatimu dan hatiku tetap sentiasa terpelihara untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dalam sujud cinta,doa pun menyulam agar ikatan kasih yang terbina mekar hingga ke syurga dilengkapi malaikat-malaikat kecil yang menjadi perhiasan rumah tangga, Doaku untukmu,moga engkau mampu dan tetap kuat untuk membimbing diriku menjadi seorang zaujah dan ummi yang terbaik dalam kelurga kita, Limpahan bunga-bunga Mawaddah,lingkaran kasih Sakinah moga bertemu di Jabbal Rahmah.

:: Panduan Untukmu Wahai Bakal Pengantin ::

Berikut beberapa panduan penting untuk diikuti dalam mengadakan majlis perkahwinan agar ianya memenuhi kehendak syara' dan tidak tersasar dari matlamat asal yang menjadi ajaran Islam dalam perkara ini.,
MOGA BERMANFAAT~ ^_^

1) Bertujuan untuk melaksanakan ibadat kepada Allah swt.
Iaitu dengan niat mencari keredhaan Allah dan mengikut sunnah Rasulullah saw. Bukan untuk berbangga-bangga dan menunjuk-menunjukkan kemewahan dan kekayaan.


 2) Menghindari perbuatan syirik dan khurafat.
Di dalam masyarakat kita terdapat beberapa adat dan kebiasaan yang melibatkan penyekutuan terhadap Allah, na’uzubillah. Semua yang bertentangan dengan Syariah Islam hendaklah ditinggalkan. Hindarkan daripada bertemu dukun untuk menentu masa dan hari majlis perkahwinan, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ((Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang sihir, lalu ia membenarkan ucapannya, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad SAW)) [HR: Abu Daud].

3) Mengelak dari melakukan maksiat (penderhakaan terhadap perintah Allah dan Rasul).
Mewujudkan suasana yang yang boleh membawa ke arah berlakunya maksiat, adalah satu perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Hawa nafsu hendaklah dididik supaya tidak cenderung ke arah penderhakaan.


4) Mengundang golongan yang kurang berada.
Bukanlah satu sikap yang mulia apabila tetamu yang bakal hadir dipilh dari kalangan yang kaya dan ternama sahaja. Melupakan keluarga dan sahabat handai yang
miskin dan kurang berada melambangkan kerendahan akhlak dan peribadi. Rasulullah _ telah bersabda: Maksudnya: ((Seburuk-buruk makanan adalah makanan di satu walimah, (yang) diundang kepadanya orangorang kaya dan terhalang darinya orang-orang miskin.)) [Muslim dan Baihaqi]

5) Mengelakkan ikhtilat (percampuran di antara lelaki dan perempuan). Asingkan tempat untuk tetamu lelaki dan wanita. Ini adalah untuk menghindari maksiat seperti zina mata yang seterusnya membawa kepada zina hati.

Sabda Rasulullah saw: Maksudnya: ((Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya adalah pandangan (pada bukan mahram)) [HR Bukhari].


Firman Allah swt : maksudnya: {Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk} [Al-Isra’: 32]

Cara terbaik untuk menjauhi zina ialah dengan menyekat jalan-jalan yang boleh membawa ke arahnya. Al-Qur’an telah banyak menjelaskan hal ini.

6) Menghindarkan hiburan yang boleh merosakkan nilai ibadat.

Kegembiraan yang hakiki bukan terletak pada alunan muzik dan lagu-lagu perkahwinan. Ianya adalah ketenangan hati yang dikecapi apabila majlis itu benar-benar melambangakan kesyukuran pada Allah dan mengingatkan kita kepada kehidupan akhirat.


Kegembiraan palsu hanya dirasakan sementara waktu dan akan mendatangkan kesusahan apabila majlis walimah hilang keberkatannya.

7) Menghindarkan pembaziran, iaitu dengan mengadakan majlis yang melampaui kemampuan, sehingga sanggup berhutang semata-mata kerana terlalu berlebih-lebihan dan diluar kemampuan.

Mari kita renung majlis perkahwinan insan yang paling mulia di muka bumi ini, Rasulullah saw . Baginda telah menunjukkan sebaik-baik contoh dan ajaran. Adakalanya Baginda menyediakan tamar, adakalanya gandum dan adakalanya kambing. Ini semua berdasarkan kemampuan Baginda saw ketika itu.


Firman Allah swt :
Maksudnya : {….dan jangan kamu membazir, sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya} [Al-Isra’: 17]

8) Mengelakkan perhiasan yang melampau.
Sebahagian masyarakat amat gemar mengandam pengantin dan menghias rumah sehingga melampaui batas yang dibenarkan. Seringkali pengantin perempuan dijadikan barang tontonan dan dipamerkan di khalayak umum yang terdiri daripada kaum lelaki yang bukan mahramnya. Hal ini menggalakkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Apatah lagi jika jurusolek dan jurugambar yang digunakan adalah kaum lelaki (wanita jadian).


Kesederhanaan adalah tuntutan dalam semua keadaan. Mengabaikannya seringkali mengundang krisis di dalam kehidupan seperti permusuhan akibat dengki,memandang rendah dari satu pihak, keegoan dan sebagainya. Jadi janganlah kerana warna-warni, solekan atau kecantikan yang dibuat-buat, wujud pula kehambaran dalam rumah tangga pada masa mendatang.

9) Memberikan ucapan selamat serta mendoakan kedua mempelai serta keluarga mereka.


Para hadirin jarang sekali mendoakan keberkatan apabila melihat pengantin, bahkan tidak mengetahui pun doa tersebut. Ini suatu amalan penting, kerana doa yang ikhlas akan dimakbulkan, insya’Allah.
Cuba bayangkan seandainya semua hadirin mendoakan pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw , alangkah indah dan bahagianya, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan memperkenankan doa hamba-Nya. Marilah kita sama-sama mengamalkan ajaran Rasulullah saw ini.


Antara doa yang sering diucapkannya kepada para pengantin:

(( بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ ))

Maksudnya: ((Semoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan.)) [HR Ahmad & Ashabus Sunan kecuali An-Nasaiy].

Tidak lupa juga doa kepada keluarga pengantin seperti ucapan Rasulullah saw:
(( اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُم ))
Maksudnya: ((Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka)) [HR Muslim]
      

:: Allah sedang Mengajarmu ::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pertama-tamanya, marilah bersama-sama wahai jasad, wahai jiwa, wahai hati, untuk bersyukur kepada Allah SWT..untuk apa bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala?

Firman Allah dalam AlQuran :

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

yang bermaksud : " Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur" (surah an-Nahl, ayat 78)..

Wallahua'lam, Allah jua Yang Maha Mengetahui..Sesungguhnya segala-gala yang ada padamu wahai hatiku, padamu wahai jiwaku, padamu wahai jasadku, adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

Buat adik-adikku sekelian..
juga buat sahabatfillah yang mempunyai anak-anak remaja di rumah..

:: Waktu Mudamu, Ke manakah Kau Habiskan ? ::

Remaja adalah satu fasa umur yang paling berharga bagi setiap manusia. Fasa ini juga adalah penentu kepada pilihan remaja itu sendiri untuk mencorak kehidupan mereka sewaktu remaja ini untuk dibawa kepada fasa dewasa. Jika mereka lebih cenderung kepada ilmu agama, mereka akan terus istiqamah untuk mendalami ilmu agama hingga ke fasa dewasa atau seterusnya. Dan jika pula mereka lebih cenderung kepada dunia hiburan, mereka akan terus mencari-cari untuk terus berhibur sehingga tidak sedar mereka semakin meninggalkan alam keremajaan mereka.

perhatikan pesanan ini..

“hendaklah kamu mengambil keuntungan dan kesempatan kamu di dalam masa muda kamu, sebelum kamu menjadi seperti kami ini, dalam hal tua, daif dan lemah dari membanyakkan amal”.

Pesanan ini telah disampaikan oleh ulama'-ulama' salaf (ulama' yang terdahulu) sebagai nasihat kepada orang muda ketika itu untuk terus beribadat kepada Allah walaupun kita tahu bahawa ulama' tersebut telah menghabiskan seumur hidup mereka untuk mengabdikan diri kepada Allah hinggakan ke usia tua. Tetapi dengan sifat merendah diri ulama' ini, mereka tidak menunjukkan kealiman mereka dan terus mengabdikan diri kepada Allah SWT dari masa muda mereka sehinggalah ke masa tua mereka.

Hari ini kita melihat kebanyakan remaja sekarang tidak sepenuhnya menggunakan masa muda mereka untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah SWT. Mereka lebih memilih untuk menghabiskan masa muda mereka dengan aktiviti yang kurang bermanfaat daripada membersihkan diri mereka dengan pakaian iman dan akhlak dengan mendengar pesanan ulama'-ulama' yang kini hampir setiap hari menyampaikan risalah Nabi Muhammad SAW. 


Kini kita lihat hampir setiap kampung dan taman perumahan ada masjid atau surau yang mengadakan kuliah untuk mengembalikan aqidah dan akhlak umat Islam. Rasanya agak rugi jika tidak mengunakan peluang yang ada pada zaman sekarang, di mana-mana sahaja kita dapat menimba ilmu agama.

Jika dilihat daripada sejarah orang-orang alim terdahulu, mereka sanggup belayar di serata dunia untuk menuntut ilmu agama. Seperti seorang tokoh ulama Malaysia, Syeikh Mohd Idris Al Marbawi yang menuntut ilmu dari masa muda Al-marhum sehingga umur Al-marhum mencecah 80 tahun di mesir. Pada tahun 1 Muharram 1408 H, bersamaan 1987 M, beliau telah dijemput oleh kerajaan Malaysia pada masa itu untuk menerima Tokoh Maal Hijrah yang pertama. Tetapi Al-marhum menolak tawaran kerajaan Malaysia. Setelah dipujuk beberapa kali oleh kerajaan Malaysia, akhirnya Al-Marhum menerima tawaran tersebut.

Apabila Syeikh Idris diminta untuk berucap ketika menerima anugerah ini. Dia dengan rendah diri berkata: “sesungguhnya aku tidak mempunyai ilmu walaupun hanya sedikit”

Apabila mendengar ucapan Al-marhum Syeikh Idris, semua tetamu jemputan terdiam dan akhirnya Syeikh Idris meninggalkan majlis itu dan terus pulang ke tanah barakah Mesir. Di sini kita dapat lihat betapa juhud dan merendah dirinya ulama' ini walaupun kita tahu Al-marhum ulama' yang paling muktabar ketika itu dengan mendalami ilmu pengetahuan sepanjang hidup Al-marhum. Inilah janji Allah kepada hambaNya yang merendahkan diri mereka dan terus beribadah kepada Allah. Allah SWT akan angkat darjat mereka dan tiada sesiapa pun yang akan mampu untuk menjatuhkan mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya:
“ ada tujuh golongan orang yang Allah berikan naungan pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya, pemerintah yang adil, pemuda yang tumbuh berkembang dalam peribadatan kepada Robbnya...”.


Dan juga bagaimana Allah SWT juga kisahkan cerita tentang pemuda ashabul kahfi dan ashabul ukhud. Allah khabarkan kepada kita bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Robb mereka, sebagaimana firman Allah yang maksudnya :
“kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. Dan kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, “ Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia” (Al Kahfi :ayat 13-14)

Maka, di sini kita dapat simpulkan bahawa pemuda yang akan mendapat keredhaan Allah SWT ialah golongan pemuda yang telah memilih masa mudanya lagi telah mengabdikan diri kepada Allah. Hanya gerun dengan kalimah Allah dan tidak takut kepada makhluk lain. Apa yang mereka dapatkan dari waktu muda yang mereka habiskan dalam ketaatan kepada Allah? Dari Surah Al-Kahfi, dengan keberanian yang dimiliki oleh pemuda ini walaupun diperintah oleh raja yang zalim supaya menyembah berhala. Mereka mengatakan bahawa “Robb kami adalah Robb yang memiliki langit dan bumi, kami tidak akan beribadah kepada selainNya”.

Sampaikanlah walau sepotong ayat...
 

:: Fikir-fikirkan dengan Kesyukuran ::

Fikir-fikirkan...

Kalau kita hendak menasihati orang, tanyalah hati kita dahulu tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.

Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu...

Ingatlah, pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi seperti debu. Bukan pahala kita dapat tapi bencana..

Bersyukurlah Kerana Doa Kita Tidak Dikabulkan... Hayatilah hingga ke akhirnya
Kisah Teladan ~

Banyak orang yang terpuruk dalam kesedihan yang panjang kerana kegagalan,
kerana keinginan dan doa-doa tidak termakbul. Bahkan ada yang sehingga bunuh diri kerana kegagalan tersebut dirasakan sebagai kegagalan dalam hidup yang sudah tidak sanggup untuk dihadapi sehingga tergamak terjun dari bangunan yang tinggi, meminum racun dan mabuk alkohol.

Kita pernah sedih yang luar biasa kerana kita gagal menggapai impian?
Kita merasa doa-doa kita tidak dimakbulkan Allah?
Hakikatnya Allah SWT amat sayang dengan kita, hamba-hambaNya dan DIA mempunyai perancangan lain buat kita, yang kita tidak tahu sehingga kita ketahuinya...

Berikut Kisah Frank Slazak yang boleh diambil sebagai pengajaran...

Semuanya bermula dari impianku. Aku ingin menjadi astronout. Aku ingin terbang ke luar angkasa. Tetapi aku tidak memiliki sesuatu yang istimewa. Aku tidak memiliki gelaran atau pangkat. Dan aku bukan seorang pilot.

Namun pada suatu hari Tuhan seakan memberi harapan kepadaku. White House mengumunkan mencari warganegara biasa untuk ikut serta dalam penerbangan 51-L pesawat ulang alik Challager.

Aku warga biasa dan aku seorang guru. Hari itu juga aku mengirimkan surat permohonan ke Washington. Setiap hari aku berlari ke kotak pos. Akhirnya muncullah surat rasmi berloga NASA. Doaku dikabulkan. Aku lulus saringan pertama. Ini benar-benar terjadi padaku.

Selama beberapa minggu berikutnya, impianku semakin dekat. NASA mengadakan ujian fizikal dan mental. Setelah ujian selesai, aku menunggu dan berdoa lagi. Aku tahu aku semakin dekat pada impianku. Beberapa waktu kemudian, aku menerima panggilan untuk mengikuti program latihan astronaut khusus di Kennedy Space Centre. Dari 43,000 calon memohon kemudian 10,000 orang dan kini aku menjadi sebahagian dari 100 orang yang berkumpul untuk penilaian akhir. Ada simulator, uji klaustrofobi, latihan ketangkasan, ujian mabuk udara. Siapakah di antara kami yang dapat melepasi ujian akhir ini?

Aku sangat yakin bahawa akulah yang akan terpilih. "Tuhan, biarlah diriku yang terpilih kerana itu adalah impian yang terbesar dalam hidupku.. " begitu aku berdoa. Maka tibalah berita yang menghancurkan itu. NASA memilih orang lain iaitu Christina McAufliffe.

Aku kalah. Impian hidupku hancur. Aku mengalami kemurungan.
Rasa percaya diriku lenyap dan amarah menggantikan kebahagiaanku.
"Aku mempertanyakan semuanya."
"Kenapa Tuhan?"
"Kenapa bukan aku?"
"Bahagian diriku yang mana kurang?"
"Mengapa aku diperlakukan kejam?"

Aku mengadu pada ayahku. Dan katanya "Semuanya terjadi kerana suatu alasan"

Selasa, 28 Januari 1986, aku berkumpul bersama teman-teman untuk melihat pelancaran Challanger. Semasa pesawat itu melepasi menara pelancaran, aku menatap impianku untuk terakhir kali. "Tuhan, aku bersedia melakukan apa sahaja agar berada didalam pesawat itu. Kenapa bukan aku?" 73 detik kemudian, Tuhan menjawab semua pertanyaanku dan menghapus semua keraguanku saat Challager meletup.. Dan mengorbankan semua penumpang.
 
Saat itulah aku menangis dan perasaan kesal dan marah kepada Tuhan hilang.
Yang ada adalah perasaan yang sangat bahagia dan bersyukur... Bahawa Tuhan benar-benar sayang kepada diriku.

Aku teringat kata-kata ayahku: "Semua terjadi kerana suatu alasan"

Aku tidak terpilih dalam penerbangan itu, walaupun aku sangat menginginkannya kerana Tuhan memiliki alasan lain, untuk kehadiran aku di bumi ini. Aku memiliki "Tujuan lain dalam hidup"

Aku...Frank Slazak masih hidup untuk bersyukur pada Tuhan kerana tidak semua doaku dikabulkan.

~ Allah swt mengabulkan doa kita dengan 3 cara ~

1. Apabila Allah mengatakan ya. Maka kita akan mendapatkan apa yang kita pinta..
2. Apabila Allah mengatakan tidak. Maka mungkin kita akan mendapatkan yang lain yang lebih sesuai untuk kita.
3. Apabila Allah mengatakan tunggu. Maka mungkin kita akan mendapat yang terbaik sesuai dengan kehendakNya.

' Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi pula, kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak'
(QS 2.216)


   

:: Begini Caranya ::

"....Aku tak bisa menyatakan perkataan,kelu lidah bila bertemu kamu,aku percaya pada naluri hatiku,yang nyata sudah ada depan mata,tapi aku masih belum mengenalmu,untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta,aku tahu di mana nak cari cintamu,disini tak mengalah dengan apa yang mendatang,yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu yang indah jadikan kenangan yang duka perbetulkan....."

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai ADAM

Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Andainya kaw bisa menjwabnya.....

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,

Aduhai ADAM,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,

Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih,

Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
sentiasa,amin

:: Aku Terima Nikahnya ::


"Aku terima nikahnya Fatimah Az-Zahrah binti Mohamad Nasir dengan mas kahwin RM80.00 tunai".
Dengan sekali lafaz, aku kini sah bergelar isteri. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa-apa. Perasaanku bercampur baur. Pipiku terasa hangat dan basah. Aku tidak pasti mengapa air mataku jatuh sedangkan aku sepatutnya gembira dengan pernikahan ini.
Abdul Rahman bin Abdullah, itu lah nama jejaka yang kini telah sah menjadi suamiku. Dialah yang akan menjadi teraju masjid yang telah kami bina. Orangnya tinggi, kulitnya agak cerah, matanya bersinar, wajahnya seakan-akan bercahaya. Mukanya tidaklah persis Orlando Bloom yang dinobatkan menjadi "hot papa", mahupun Kim Hyun Joong yang menjadi kegilaan ramai gadis. Dia tidaklah terlalu kacak, tetapi sedap mata memandang.
Dirinya memang selalu menjadi buah mulut orang. Apakan tidak, sudahlah mukanya manis di pandang, di tambah pula dengan sikapnya yang zuhud. Ya, dia seorang yang taat kepada Maha Pencipta, Tuhan Sekalian Alam. Selepas sahaja dia melafazkan akad, dia terus lakukan sujud syukur. Sungguh. Dia memang menjadi idaman siapa sahaja yang melihatnya. Aku juga aneh kenapa dia memilih aku? Sedangkan dia begitu baik, begitu alim, begitu sempurna..
Hingga detik ini aku masih belum mendapat jawapannya. Kenapa aku yang dipilihnya? Aku bukanlah baik mana. Kalau diikutkan, di luar sana, masih ada berjuta wanita yang boleh dipilihnya. Masih ramai lagi yang lebih baik daripadaku. Tapi, kenapa aku? Pakai tudung pun masih tidak pecus lagi. Kerap kali pemakaian tudung ku masih tidak mengikut saranan agama.
"Alhamdulillah. Sekarang, kita sah menjadi suami isteri. Abang harap, dengan penyatuan kita, dapatlah kita sama-sama berjuang ke jalan Allah", ujar suamiku menghentikan lamunanku sebentar tadi.
Di pandangnya wajahku, kemudian di lapnya benih-benih jernih yang keluar dari kelopak mataku. Selepas disarungkan cincin ke jari manisku, kusalam tangannya. Dia kemudiannya mencium dahiku. Entah kenapa pada waktu itu aku terasa tenang. Aku dapat rasakan keselamatan yang selama ini tidak pernah kurasakan dengan mana-mana lelaki lain. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Air mataku tetap laju merembes keluar dari hujung pagar kelopakku.
"Alhamdulillah, anak mak sudah jadi isteri orang sekarang ni. Jadi isteri ni, tak mudah. Tapi, banyak ganjarannya. Lepas ni, kamu kena duduk dengan suami, jaga makan minum suami. Pesan mak jangan lupa, ya nak. Kata suami jangan ingkar", pesan ibuku sebelum aku pergi mengikut suamiku pulang ke rumah baru kami.

***
"Zahrah, dari tadi Abang tengok Zahrah diam je. Kenapa? Zahrah tak sedap badan ke?" tanya suamiku memecahkan kesunyian yang tercipta di antara kami.
Aku masih tidak mampu untuk berkata apa-apa. Ku gelengkan sahaja kepalaku menunjukkan kepadanya bahawa aku tidak apa-apa. Namun, dia terus ajukan soalan kepadaku,"Dah tu, kenapa Zahrah diam? Zahrah rindu mak ye?"
 Usikannya langsung tidak mendapat respon daripadaku. Aku masih duduk kaku di sofa ruang tamu rumah kami.
Alhamdulillah. Biarpun, rumah kami tidaklah besar mana tapi cukup dengan kelengkapan rumah. Set sofa, televisyen, peti sejuk, semuanya sudah lengkap tersedia. Suamiku memang benar-benar bijak merancang sebelum berkahwin. Dilengkapi dulu segalanya sebelum dia masuk merisik si gadis sunti.
Perlakuanku yang dari tadi diam membisu ibarat seorang anak kecil yang baru lepas dimarahi menyebabkan si dia mengambil keputusan untuk mendekatiku justeru terus mengatur langkah ke arahku dan mengambil posisi betul-betul di sebelahku. Di pegangnya pipiku, diusapnya kepalaku. Wajahnya begitu tenang menyebabkan aku turut tenang. Terus terdetik dalam hatiku 'Ah, untungnya badan.
Sudahlah kacak, baik pula tu' Ditenungnya mataku dalam-dalam sebelum dia bertanyakan semula padaku, "Zahrah, kalau awak tak selesa Abang faham. Ni kali pertama awak hidup tanpa parents kan. Abang faham Zahrah. Susah bagi awak nak terima semua ni. Tapi, dari tadi  Abang tak nampak pun Zahrah senyum. Kot ye pun, senyum lah sikit. Zahrah comel tau kalau senyum," dia cuba memujuk agar aku mengukir senyuman.
Entah kenapa, bibirku mula mengukir senyuman. Aneh. Kenapa aku akur dengan kata-kata dia? Ah! Aku tidak mahu lagi berada dalam kekeliruan. Aku perlu tahu kenapa dia beria-ia mahu menikahi aku. Gadis yang begitu banyak kelemahannya. Gadis yang tak pernah pun ambil peduli pasal dia malah aku tak pernah mengenalinya secara dekat sebelum ini. Oleh sebab itu aku perlu tahu. Aku ni sekadar pelengkap hidup dia yang sememangnya lengkap tu ke? Ye lah. Semuanya dia ada. Yang kurang, cuma isteri. Lagi-lagi umur dia yang dah masuk 30-an. Entah-entah aku ni pilihan dia yang terakhir.
"Hmm.... awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya?" ayat pertama yang keluar dari rongga mulutku setelah bergelar suami isteri.
"Laa.. Sebab tu je ke. Zahrah cuma nak tahu tu je? Tu yang Zahrah diam membisu dari tadi?", ujar sang suami diikuti ketawa kecil.
"Awak, saya tanya kenapa awak nak kahwin dengan saya?" tanyaku dengan nada yang lebih tegas.
"Hmm... Zahrah nak Abang jawab macam mana? Biar Abang jawab asalkan isteri Abang senyum," soalanya kembali dengan lemah lembut.
"Awak, saya tak main-main ni. Saya tanya sekali lagi. Kenapa awak kahwin dengan saya?" bentakku.
"Okay. Abang akan jawab. Tapi, sebelum tu boleh Abang tahu kenapa Zahrah kahwin dengan Abang?" Soalnya pula seakan ingin menjeratku kembali.
Terkaku kelu lidahku mendengar ungkapan balas darinya. Ya, kenapa aku mengahwininya? Kalau aku tidak mahu, boleh saja aku katakan tidak. Tapi, kenapa aku terima? Kenapa aku tidak membantah di saat ibu dan ayah menjodohkan aku dengan dirinya? Apa yang membuatkan aku tertarik dengan si dia? Sebab wajahnya kah? Atau sebab kebijaksanaan si teruna? Atau mungkin kerana keimanannya? Aku tidak tahu. Aku keliru.
"Kenapa Zahrah membisu?" tanya si suami membuatkan aku tersedar.
"Saya tanya awak dulu kan! Awak jawab je lah! Jangan nak ubah topik boleh tak?" Bentakku sudah hilang sabar kerana terasa seolah      sedang dipermainkan.
Dia agak terkejut dengan nada ku yang tinggi itu. Namun dia tidak marah. Yang menghairankan ku lagi, dia cuma tersenyum.
"Abang kahwin dengan Zahrah sebab Allah," ujarnya ringkas tetapi seakan penuh makna.
"Awak, dari dulu sampai sekarang itu je yang awak kata. I need your explanations! Please, I need to know the truth. Stop fooling around with God's name, boleh tak? Kalau awak nak menarik perhatian saya dengan jawapan awak tu, fine! You've made it! Saya tertarik bila dengar awak cakap macam tu. Tapi, sekarang please lah! Since, kita memang dah sah jadi husband and wife, I need to know why. And by saying that, I mean, explanation. saya tak nak hidup dalam kekeliruan. Hidup dalam sangkaan yang awak kahwin dengan saya sebab saya ni last choice. I'm tired of being the person who people i'll turn to bila diorang tengah lonely. Bila diorang dah tak ada tempat lain untuk mengadu, untuk berseronok, untuk bergelak tawa, baru diorang nak cari saya. Saya penat diperlakukan sebegitu. Awak faham?" jawabku panjang dan keras.
Ku palingkan mukaku darinya. Entah kenapa aku begitu takut untuk berkata kasar tepat pada wajahnya. Entah kenapa secara automatik aku berkata begitu tanpa ada sedikit pun keberanian memandang mukanya.
Sekali lagi, dia mengalihkan wajahku tepat memandang wajahnya. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Tiada langsung bara kemarahan yang dapat dilihat dalam irisnya.
"Abang kahwin dengan Zahrah cuma ada satu sebab. Tak lebih, cuma satu. Orang lain, mungkin ada banyak sebab tapi bagi Abang, cukuplah satu sebab Abang. Abang kahwin dengan Zahrah bukan sebab Zahrah cantik. Abang akui, Zahrah memang cantik. Tapi, jujur Abang katakan kalau Abang nak cari yang lebih cantik, Abang boleh. Tu langsung tak menjadi masalah. Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab Zahrah bijak. Buat apa Abang kahwin dengan orang yang bijak yang satu hari nanti berkemungkinan besar akan pijak kepala Abang? Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab kemewahan. Tidak Zahrah, tidak sama sekali. Kalau mahukan kemewahan, segalanya Abang dah ada. Rumah.. Kereta... Walaupun tidaklah sebagus dan semahal mana, tapi sekurang-kurangnya Abang ada," balasnya lembut penuh hikmah dengan makna yang amat mendalam.
Kata-katanya lagi sekali membuatkan flood gate ku mula penuh hanya menanti masa untuk dirembeskan. Aku benar-benar kaget mendengar ucapannya. Seketul organ yang aku bawa selama ini, yang aku jaga daripada dipermainkan oleh mana-mana insan yang bergelar lelaki bagaikan ditusuk dan dirobek-robek halus oleh kata-katanya. Sinis sungguh arjuna ini! Mentang-mentang aku sudah sah menjadi isteri, boleh pula dia suka-suka hati cakap macam tu kat aku. Indah khabar dari rupa sungguh! Mahu sahaja aku tampar mukanya. Namun, entah kenapa badanku terus diam kaku. Seakan-akan masih menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibirnya.
"Zahrah nak tahu kenapa Abang kahwin dengan Zahrah? Jawapan Abang memang takkan berubah, sayang. Tidak kiralah macam mana pun Zahrah tanya Abang, jawapan Abang tetap sama. Abang kahwin dengan Zahrah kerana Allah. Allah yang menentukan jodoh kita. Rusuk Abang, ada pada Zahrah. Jadi, siapa yang dapat melindungi hati Abang melainkan Zahrah? Mungkin Zahrah fikir kita tidak secocok. Tapi, ini semua perancangan-Nya, Zahrah. Kecantikan Zahrah, kebijaksanaan Zahrah, kemewahan Zahrah, itu semua tidak menarik Abang kepada Zahrah. Apa yang menarik Abang pada Zahrah adalah Allah. Segalanya telah Allah tentukan. Bila kita lahir, bila kita meninggal, siapa jodoh kita, berapa banyak rezeki kita, semua itu Allah telah tetapkan, sayang," tutur suamiku ikhlas.
Sekali lagi, kata-katanya menusuk kalbuku. Kali ini, air mataku tidak dapat dibendung lagi. Tersedu sedan aku menangis mendengar kata-katanya. Terus dipeluknya aku erat. Saat ini, aku terasa nyaman. Selamat sungguh aku rasa dalam pelukannya. Biarpun tangisan ku semakin menjadi-jadi, tapi hatiku seolah-olah mendapat satu ketenangan yang tidak dapat aku ungkapkan.
"Apa yang boleh Abang katakan, Abang tidak mungkin akan mengungkapkan kata-kata seperti orang lain. Bermanis mulut mengatakan isterinya begini begitu, menjawab persoalan mengapa dia mencintai isterinya dengan memberikan pelbagai perumpamaan. Abang tidak mampu melakukan semua itu. Tapi, kalau itu yang Zahrah mahu, Abang usahakan. Dengan izin-Nya, insya-Allah, Abang cuba. Tapi, tolong jangan terus menerus mempersoalkan ini dan itu. Ini semua kehendak Yang Maha Esa, sayang. Kita Muslim, kepercayaan kepada Allah adalah asas. Itu tonggak kebahagiaan kita dunia akhirat. Abang harap, Zahrah faham. Kita hidup atas dunia ni sementara," pujuknya tatkala melihat aku mulai menangis.
"Ta....tapi..... Abang tak kenal pun Zahrah... Abang tak pernah tahu pun hati budi Zahrah," aku cuba menduganya dalam sedu-sedan.
"Sekarang pun, kita boleh kenal antara satu sama lain kan? kita dah jadi suami isteri, lebih mudahlah Abang nak kenal isteri Abang, tak gitu?"
"Ta....tapi..... Abang tak tahu siapa Zahrah. Zahrah ni jahat. Abang baik. A..." aku masih ingin menduganya. Aku mahu dia tahu aku bukanlah sebaik dirinya. Aku tidak setaraf dengannya.
Dilekapkan jari telunjuknya ke bibirku. "Tiada siapa yang boleh menentukan kebaikan seseorang melainkan Allah, sayang. Tiada seorang pun. Hanya Allah yang selayaknya untuk memutuskan siapa yang baik, siapa yang tidak."
Kualihkan jari runcingnya dari bibirku, lantas ku pandang wajahnya. Memang benar kata orang, memang sejuk mata memandangnya. Dia masih kelihatan begitu tenang biarpun aku sudah mengasarinya. Hebat sungguh arjuna ini mengawal emosinya. Aku mengerti jika dia marah. Sudahlah baru sahaja selesai resepsi, penat masih belum hilang, tak semena-mena isterinya pula buat hal. Kagum sungguh aku dengan lelaki yang telah selamat menjadi suamiku.
"Abang, Zahrah minta maaf. Zahrah tak bermaksud nak berkasar dengan Abang. Tapi, bila ada yang mempersoalkan sebab kita berkahwin, Zahrah jadi keliru. Sungguh" ujarku terketar-ketar dalam tangisan.
Suamiku hanya mendiamkan diri. Dibelainya aku perlahan dengan harapan dapat menenangkan aku.
"Abang sendiri tahu, Zahrah tidaklah secantik mana, tidaklah sebijak mana. Mahu dibanding dengan gadis yang pernah Abang temui, mungkin Zahrah tidak langsung setaraf dengan mereka. Lagi-lagi kita tidak pernah keluar bersama. Alih-alih, kita nikah. Mestilah timbul curiga dalam hati orang" terangku satu persatu.
"Zahrah, sudahlah tu. Abang faham Zahrah inginkan penjelasan. Memang Zahrah berhak tahu kenapa abang berkahwin dengan Zahrah. Im marrying you because of Allah and the answer will remain the same forever. Zahrah percayakan Abang?" Soalnya ingin tahu isi hatiku.
Aku mengangguk tanda setuju.  Tidak ada lagi kalimah yang bisa kususun melainkan ucapan puji bagi Ilahi. Terima kasih, Ya Rabb kerana mempertemukan aku dengannya. Terima kasih, Azza wa Jalla kerana kau mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang bisa mendekatkanku dengan-Mu. Terima kasih, Ya Allah!

~♥~ Dariku Untuk Mu ~♥~

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. Hanya ini mintaku

:: MEMBELI DUNIA UNTUK AKHIRAT. ::

~BismillahirRahmaanirRahiim ~
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Wahai diriku dan sahabat saudaraku Fillah,
Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup, bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benarnya pengakuan bahawa Tiada Lain Yang Lebih Besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan bukannya harta benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup, bererti kita talah membesarkan dunia daripada Allah sendiri atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilah terpesongnya kebendaan.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta dan kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia….Subhanallah.

Sebaliknya amat rugi, mereka yang mempunyai wang ringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya, atau lebih dahsyat lagi jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan hiburan semata. Di akhirat kelak, akan ditanya Allah SWT ke mana wang ringgit kita belanjakan dengan begitu halus dan terperinci.

Luqman Al-Hakim ketika menasihatkan anaknya supaya tidak terlalu mementingkan dunia berkata: “Jual duniamu untuk membeli akhiratmu, nescaya engkau akan untung kedua-duanya sekali. Jangan sesekali engkau menjual akhiratmu semata-mata untuk membeli duniamu kerana itu menjadikanmu rugi kedua-duanya.”

Diriwayatkan, bahawa beliau berkata kepada anaknya: “Hai anakku! Aku akan memberikan rahsia padamu dengan dua perkara, apabila engkau berpegang dengan kedua-duanya engkau akan sentiasa dalam kebaikan: Setiap dirhammu (hartamu) untuk kehidupanmu (di atas dunia) dan agamamu untuk (bekalanmu) di hari akhirat.”

Di saat TIDAK ADA SEORANG PUN yang boleh kamu percaya untuk mendengar isi hatimu..

Di saat tidak ada yang mampu MENGHILANGKAN gelisah di hatimu..
Di saat bibirmu TIDAK MAMPU mengeluarkan kata-kata..

Maka, BERBICARALAH DALAM SUJUDMU..berceritalah padaNya, Allah yang akan menjadi PENDENGAR YANG SETIA untukmu..

Ya Allah berilah daku petunjukMu, jalan yang terbaik untuk hidupku, agamaku dan keluargaku serta masa depanku... Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamin..


SESIAPA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH, MAKA URUSANNYA AKAN MENJADI MUDAH. BAHAGIA YANG SEBENAR ADALAH DI SYURGA, BUKAN DI DUNIA SINI....

Wallahu’alam

Design by Blogger Templates