::::... Andai Cinta Itu Hadir ....::::



Ketika cinta itu hadir
Aku tidak mampu untuk menafikannya lagi
Allah mengahdirkan dia dalam hidupku
Bukanlah satu perkara yang sia-sia
Walaupun aku bukanlah wanita yang sempurna

Namun fitrah cinta dalam hamparan hati
Membuatkan aku semakin yakin dengan segala aturan Ilahi
aku selalu menyatakan pada diriku
Bahawa aku bukanlah yang terbaik untuknya
Dia bisa mendapatkan yang lebih sempurna di dalam hidupnya...

Allah masih meminjamkan kepada diriku kasih dan cinta dariNYA
Di dalam hatiku
Betapa indahnya nikmat cinta dari Allah itu
Tiada satu yang tersembunyi
Semuanya di dalam pengetahuanNYA

Andai ketika cinta itu mulai bertasbih
Segala kata yang tersirat di hati
dapat dirungkaikan melalui satu kata cinta
Yang terungkap Indah melalui Ilahi...

Andai ku bisa mengulang segala waktu yang hilang dan terbuang
Mungkin aku mampu menjadikan diriku seorang wanita yang solehah untuk dirinya
Saat cinta itu hadir
Aku menjadi lemah
Lemah dengan segala keterangan yang tercoret di atas sekeping hati yang tipis...

Benar,Hanya Allah Yang mengetahui Dimana Letaknya
Segala Cintaku selama ini
Dia tidak mahu aku hanyut dengan segala cinta dunia
Dengan Segala Cinta dan KasihNYA
Kini aku bisa merasakan kembali pijaran cintaNYA...


::::.. Aku Yang Berdosa ...::::





Jalan Pulangku kini kembali ku temui Ya Robbi
Ku tunduk malu di hadapanmu
Kerna ku insan yang penuh dengan dosa
Ku ajukan segala sesalan dan keluhan kepadaMU
Apakah Kau akan menerima segalanya!!!!

Kesunyian ini mengajarkan tarbiyyah cintaMU kepadaku..
Pengembalian diri dan hatiku kepadaMU
Mungkinkah sampai satu saat nanti
Aku sanggup mati kerana ingin mengenali segala CintaMU
Tarbiyyah cinta darimu telah menyedarkan hati dan diriku 

Dalam teguran yang penuh dengan kelembutan dariMU
Membuatkan aku makin kuat ingin mengenali segala cintaMU
Menyedarkan diriku daripada terus hanyut dalam lena yang sementara
dengan segala kebahagiaan dan tipu daya dunia
Lantas  meleraikan segala benteng kekalutan duniawi.

Ku terus berpaling dan mengharapkan keredhaan menerpa kembali
ke dalam hati dan diriku
Suluhkan cahaya cintaMU dalam setiap langkahku.
Dalam kebimbangan yang kian menerjahkan dalam sanubari
mengenangkan apakah taubatku akan diterima

Namun keyakinanku kepadaMU kian menebal
Bersyukur kerana Kau masih memaut hati dan diriku
dengan segala kasih dan sayangMU
Betapa Aku ini Insan yang penuh Dosa
Aku menzalimmiMU,Mengkhiannati segala Cinta dariMU kepadaku

Jalan pulang kini ku temui
dalam sujud taubatku kepadaMU
Kau peganglah hatiku
Kerana Kau Pemilik hatiku yang Mutlak
sehingga masanya Engkau menyeru nyawaku.


::::... Mujahadah Hati dan Salam imtihan....:::::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

"Allah,Allah,Allah...
Arghhhhhhhh,Exam dah dekat.... Tak Study ape pun lagi nie....
Aduina,macam mana nie...Dengan Tugas dan amanah yang tergalas di bahu lagi!!! ya Allah,mampukah aku melakukan semua ini... "

Mungkin ini yang sedang bermain di dalam hati dan minda kita sekarang... Namun jika kita yakin dengan segala rancangan dari Allah,kita tidak akan berasa tertekan dengan segala situasi pada saat ini... Bila mana Allah itu tetap berada di dalam hati,kita tidak akan pernah keseorangan kerana keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepadaNYA... Berusaha dengan keyakinan yang terpatri dengan ALLAH akan memberikan hasil diluar jangkaan kita sebagai hamba-hambaNYA yang beriman....NIAT merupakan PINTU GERBANG KEIKHLASAN... NIAT itu berada di dalam KETAATAN... Tiada guna kaya kerana DUNIA,tetapi akan berguna jika KAYA BERINFAK di JALAN ALLAH... BERIKHLASLAH dengan seberapa BANYAK KEMAMPUAN yang DIMILIKI dalam HATIMU.....

Alhamdulillah...
Syukur kepada Allah swt dengan taufik dan hidayah Nya, maka hari ini kita masih lagi hidup di bawah Rahmat & kasih sayang Nya. Mesikpun hari ini kita berada dalam taat, namun penghujung kehidupan kita belum di ketahui kesudahannya. Maka sentiasalah bersyukur dan berdoa agar sentiasa berada dalam hidayah Nya dan di tetapkan iman di jalan Nya. Hidayah dari Allah swt tidaklah datang dengan bergolek begitu sahaja kepada seseorang. Ulama telah mengatakan bahawa dalam usaha untuk mendapatkan hidayah ini perlu ada 3 perkara..

1. Keinginan
2. Usaha
3. Doa (doa dari diri sendiri ataupun daripada orang lain)

Begitu juga perjuangan kita bersama demi kehidupan yang lebih baik... Perjuangan di jalan yang diredhai oleh Allah itu menjadi dambaan setiap insan...

Atas 3 perkara inilah yang menjadi asbab kepada hidayah yang Allah swt berikan kepada sayidina Umar r.a. Saat Umar datang ke rumah adiknya dengan penuh kemarahan apabila mengetahui adiknya telah memeluk Islam, Umar telah memukul dan membelasah adik dan adik iparnya. Tiba-tiba dengan kehendak Allah, maka pandangan Umar terarah kepada masyaf al Quran yang bertaburan di atas lantai ketika itu. Maka Umar timbul di hati Umar keniginan untuk mengetahui kandungan masyaf tersebut, namun ketika Umar hendak menyentuhnya, beliau telah ditegah adiknya kerana diri & tubuh Umar tidak suci pada ketika itu.

Jadi kata ulama di sini pertamanya timbul keinginan di dalam hati Umar untuk mengetahui kandungan masyaf al Quran tersebut, keduanya beliau telah berusaha dengan susah payah dalam keadaan tanah Kota Mekah yang kering dan gersang mendapatkan air untuk mandi dan membersihkan dirinya. Dan ketiganya beliau telah mendapat doa dari Rasulullah saw.

Dalam hal ini, Umar mempunyai kesemua tiga perkara yang di sebutkan di atas. Inilah yang membezakan dan menjadi asbab Allah swt memberikan hidayah kepada Umar, bukannya kepada Abu Jahal setelah sebelumnya, Rasulullah saw berdoa kepada Allah swt agar dipilih salah seorang dari mereka untuk menguatkan orang-orang Islam ketika itu.

Sememangnya hidayah itu adalah perkara yang paling berharga, namun ketahuilah usaha ke atas hidayah itu adalah lebih penting. Buat para dai'e dan pendakwah, di siang hari lakukanlah kerja berjumpa manusia dan menyeru manusia kepada Allah dan di malam hari, bangunlah di tangah kesunyian malam berdoa dan mengangis untuk marayu dan menarik hidayah Allah kepada manusia. Nafikanlah kerja dan usaha diri sendiri di siang hari..kerana Hidayah itu adalah hak mutlak Allah swt. Allah hanya memilih segelintir dari hamba-hambaNYa sebagai perantaraan usaha hidayah ke atas orang lain sedangkan Allah tidak berhajat ke atas sesuatu untuk mengadakan sesuatu. Namun Allah memilih sekelian manusia tertentu dari kalangan hamba Nya untuk memberi kemuliaan kepada hamba Nya melalui perantaran kerja dakwah yang mulia ini.



 
Hidayah dan petunjuk Allah akan sentiasa mengiringi setiap langkah dan jalan diterokai orang beriman dan bertakwa kepada-Nya dalam rangka untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.Apabila ilmu dimiliki,manfaatkan ilmu itu dengan sebaik yang mungkin... Jangan mudah sombong dan lupa diri apabila miliki ilmu yang tidak terpilih oleh insan lain... Teruskan berada bersama-sama dengan sahabat-sahabatmu kerana mereka cermin dan penbimbingmu menuju keredhaan dan rahmat Ilahi...Dan Jangan pernah lupakan Surat Cinta Dari Allah... Biarkan Al-Quran selalu menjadi teman akrab kita walaupun tika bersama-sama sahabat....Kalau tak nak diri kita rugi di akhirat kelak,baca Al-Quran selalu..Bacaan al-Qur'an Akan
Memberi Syafaat di Hari Akhirat..insyaAllah....




ALLAH swt berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (al-An’am:125).



 

Mohon maaf atas segalanya..
tiada kemaafan yang perlu amani terima..
kerana kalian tiada salah dengan amani..
Sungguh..
kemaafan bukan kerana imtihan.. 
bukan kerana terpaksaan..
tetapi...
terlalu banyak kesalahan dan kekhilafan..
Segalanya baik..
Mari Menjadi Hamba..
Taat bila setiap masa..Patuh arahan Tuhannya....
Salam Imtihan..Salam Perjuangan...
Moga Allah Redha kita menjadi pengemis Ilmu...






:::... Cerita Hatiku 061212,071212 dan 131212 ....:::

Bismillillahirahamnirahim..
Dengan Nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Subhanallah,Alhamdullillah...
Meeting terakhir yang berlangsung pada 06 Disember 2012,meninggalkan sejuta kenangan yang tidak mampu ku ungkapkan.. Permulaan untuk menyerah kuasa kini bermula.. Ketika diriku dilanda kesakitan yang amat sangat,aku tidak mampu untuk mengabaikan MEETING TERAKHIRku sebagai Timbalan Exco Kebajikan dan Kaunseling.Pada waktu itulah terasa sangat sayu dihatiku untuk meninggalkan PERKIM UUM dan terutama sekali buat adik-adik exco K & K tersayang... Selama Setahun memegang Exco bersama,banyak hal aku kenali tentang mereka. Mereka berdua yang pada mula tidak mengenali,namun kini tetap bersatu hati demi PERKIM.Ku fikirkan berakhirnya 07 Disember 2012 diriku di dalam Kelab PERKIM UUM,aku tidak akan bertemu kembali dengan adik-adikku Abdullah Zawawi Shuhaimi dan Zulaika Mohamad.. Namun sebaliknya hal yang terjadi.




Allah Maha Tahu apa yang ada di dalam hatiku. Diri dan hati yang sentiasa merindui kedua-dua adik ini terubat apabila Allah tidak pernah menjauhkan kami walau kami tidak berada dalam satu jemaah yang sama lagi.. Teringatku dengan kata-kata wawi,jika kita berukuwah kerana Allah,kita berpisah juga kerana Allah. Jika kita tetap berukhuwah di dunia,insyaAllah kita berukuwah juga sampai diakhirat kelak.Allahuarobbi,sungguh menyentuh hatiku dengan kata-katanya... tidak terkecuali dengan adikku Zulaika. Walaupun gerak gerinya dilihat sedikit kasar pada pandanganku,namun diri dan hatinya cukup baik.


Selama seminggu aku dikecam oleh wawi bahawa pada tarikh 131212,aku akan dicampak ke dalam tasik gutrie sempena hari lahirku. entah mengapa hatiku menjadi begitu berdebar dengan segala rancangan daripada wawi dan ika. Padahal,itu hanyalah satu gimik pada andaianku. Sampailah pada tarikh yang dinantikan,bukan mereka berdua yang "MEGERJAKAN" aku tapi sebaliknya sahabat-sahabat di blok tempat aku tinggal yang melakukannya. Habis basah dirku disirami dengan air sabun dan belon berisikan air.
Tak tidur aku dibuat oleh mereka. Kemudian,aku bangun pada keesokkannya mendapat panggilan daripada bonda serta adikku tercinta.. Sayu dihati menerima ucapan daripada insan yang bertakhta dihati. Alhamdullillah,usia ku sudah menginjak 22 tahun kini.


Pada petangnya aku mendapat mesej daripada seseorang untuk mengajakku bermain layang-layang. Aku menjadi hairan kerana cuaca pada tika itu mendung dan menunjukkan seperti mahu hujan. Namun aku bersangka baik untuk turun menyertai mereka dalam bermain layang-layang pada kali ini. Manusia hanya merancang,namun rancangan dari Allah itu yang terbaik. Aku memulakan perjalananku bersendirian ke pusat sukan untuk bermain layang-layang dengan berbekal dua gulung benang yang kecil,tetapi apabila aku sampai disana tiada yang kelihatan cuma bertemankan burung-burung yang berterbangan bebas diawanan. Aku tidak menyesal malahan aku tersenyum sendirian. Allahuakhbar,hanya Engkau tempat aku Mengharap.Selepas 30 minit berlalu,muncullah dua orang sahabatku yang membawa empat layang-layang untuk kami mainkan. Namun dek kerana angin lembap akibat hujan,layang-layang tidak dapat diterbangkan di langit biru.

Dari padang pusat sukan,rancangan ditukar untuk pergi makan ke MISC. Aku berjalan sambil ditemani dengan beberapa orang sahabat dari PERKIM juga... Alhamdullillah,we meet back... Sampai sahaja di MISC,rupa-rupanya adik-adikku Zulaika dan Fatin Syahiran sudah setia menunggu. Sambil kami menjamu selera,sambil itu juga kami berborak. Sedikit-sedikit aku mendengar rancangan mereka untukku pada malam ini. Subhanallah,hatiku kian rancak berdebar kembali. di tengah-tengah aku menjamu selera,tiba-tiba muncul adikku wawi. Aduina,rupa-rupanya dia sedang bermain bola disebelah padang dekat sahaja dengan kafe tempat kami menjamu selera. Aku terkejut dan aku menutup mukaku dengan tangan,dan tiba-tiba dia bertanya"Kak amani ke nie atau orang lain"sambil dia tersenyum...

Pada malamnya selepas isyak,aku dan fasihah bergerak menuju ke bilik PERKIM,bilik yang sangat aku rindui sejak bergelar mantan... huhu.... Sampai sahaja kami disana,sudah kelihatan Zawawi berada di situ.. Hatiku makin berdebar,amboiiiii bersungguh-sungguh budak ini nak kenakan aku... dush3x... Juga kelihatan di dalam bilik itu amanina dan fatin. Aku menyerahkan beg plastik yang berisikan dua kotak kek kepada fasihah dan aku mula melarikan diri. Aku sempat mendengar kata-kata daripada Wawi."Kak,saya dah pasang bom kat setiap pelusuk di uum nie,kak dop leh nok lari doh.".. aku cuma tersenyum mendengar kata-kata daripadanya. Aku fikir,aku mampu melarikan diri,namun sangkaanku meleset apabila fasihah mula mengejarku dan manarikku kembali ke bilik PERKIM. Dan mulalah aku menjadi tidak keruan berada didalam bilik itu bersama-sama dengan mereka.





Seperti yang dijanjikan,aku diraikan di dalam majlis yang sederhana namun cukup bermakna untukku.Kenangan yang diciptakan oleh 2 orang insan yang menjadi sebahagian kisah perjalanan hidupku  membuatkan hati dan diriku rasa benar-benar dihargai...Bantuan yang hebat dan mantap oleh kak Ainnur Quzaimah,Amanina Mohamad dan Fatin Syahirah Mat Salleh amat-amat memberikan kesan yang hebat dalam majlis yang dilangsungkan untukku.Kehadiran bersama kak Shida,kak Zawiah,Hafizzudin Ali,Faridzul mohd Yusof dan alang faridzul serta tidak dilupakan Nuriman Fahmi walaupun sekejap dan Safiah Aziz menambahkan keceriaan suasana.


Dalam keriangan mengadakan majlis ini,dihadiri bersama dengan Izzat,Syafiq,Zulfadly,telah mencetuskan suasana yang mengamatkan dan menyebabkan aku rasa tidak keruan melihat "AKSI YANG AGAK SOPAN" itu... Dengan lakonan yang cukup mantap daripada mereka..Kesian dekat kamu yerk Hannan "MANGSA LIGAN" sekali lagi dengan mereka...bantuan bersama daripada Nursam amat memberikan IMPAK yang mendalam...Seketika aku terfikir,sekarang siapa yang sambut hari lahir..Aku lagilah menjadi terGAMAM disitu dengan ape yg terjadi... Aku sempat  mendengar wawi tiba-tiba membaca bismillah mcm nak sembelih bintg dengan memegang sebiji kek cawan ditangan untuk dilumurkan ke muka hannan... rupa-rupanya ini cerita disebalik aku melihat wawi menyinsing lengan baju dia semalam.. bab mengenakan orang serahkan kepada wawi... Itulah,suka sangat buat khianat kat orang,akhirnya dia yang kena teruk sekali.... huhu... memang "TERSANGAT SOPAN" budak-budak ini..



 Tergamam,tertampar dan terdampar dengan "AKSI-AKSI SOPAN" daripada mereka ini... Allahuakhbar....
Subhanallah,Alhamdullillah.. trma kasih kpd semua pihak yg terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung... terbaiklah daipada kalian,insyaAllah sampai bila-bila akan dikenang... apa yang penting ada orang sekali lagi kena ligan.. alahai,kesiannya kamu Hannan.Kenangan Yang cukup indah semalam bagaikan aku tidak mampu untuk menangis lagi... Allah pertemukan kita bukan dengan rancangan DIA yang sia--sia... Sayang Kalian kerana Allah... Di medan JIhad PERKIM kita BErtemu,di jalan ISLAM kita BERJUANG...terima Kasih daun Keladi,insyaAllah tahun depan buat lagi... Heeee... 


Di medan PERKIM kita bertemu MATA,
Bertemakan lagu Bersatu HATI,
Terima kasih adkku Wawi dan Ika,
Nama si teady biru ini GAZUWI.

Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungi kalian dengan rahmat kasih sayangNYA. Jujur,sayang kalian kerana Allah. insyaAllah,kak amani akan kenangkan kalian sampai akhir nafas ini.. Semoga Kita dipertemukan lagi di lain waktu dan rancangan dariNYA.



::::... Bila Hati Berjuang Kerana Allah ....::::









Bila Hati berjuang kerana Allah,
Mencari cinta sejati itu tidak mudah, menggali
pertemuan dgn cinta Hakiki itu amat payah,
pengorbanan mesti disemai dgn mujahadah, dan
perjuanganlah yg akan mengajar kita erti penat dan
lelah,,kerana Matlamat Cinta Abadi hnya pada
ALLAH..
Indahnya cintaMU Ya ALLAH..
cinta ILAHI kekal
abadi..
Jangan khuatir tentang hidup..kerana selama mana
engkau berjalan engkau akan tetap menemui
Penciptamu..







Bila Hati berjuang kerana Allah,
Jangan gusar dalam melangkah, kerana sejauh
mana kamu melangkah engkau tetap akan tiba ke
destinasi walau bukan yang kamu inginkan..
Jangan bimbang dalam membuat keputusan
kerana andai engkau tersalah membuat pilihan,
engkau belajar daripada kesilapan..

Bila hati berjuang kerana Allah,
Jangan takut dalam menegakkan kebenaran kerana 
kepalsuan tidak akan pernah di agungkan..
Jangan pernah risau akan rintangan dan cabaran,
kerana sebanyak mana
rintangannya,sebanyak itulah kamu belajar
menikmati sebuah kehidupan....
 
 
 
 

 
Bila hati berjuang kerana Allah,
Kala hati penuh kesayuan jdkan Al-Quran sebagai
peneman..
Saat sukar membuat pilihan jadikan Allah tempat
minta jawapan
Tika jauh dari rahmat Tuhan, jangan di biar ia
berterusan
Andai berat menanggung dugaan, berdoalah
penuh keinsafan
Bila diri rasa di sisihkan, Allah adalah tempat sebaik-
baik pengharapan


 
 
Bila hati berjuang kerana Allah,
Waktu tersasar jauh di perjalanan,segera lah
pulang ke pengkalan
Kita hanya musafir di dunia,hanya persinggahan
yang sementara..
Hanya padaNya tempat meminta..Jangan terus
berputus asa..
Teruskan berdoa memohon padaNya,dikuatkan
IMAN hingga ke akhirnya..
InsyaAllah

 
Bila hati berjuang kerana Allah
Dugaan itu tempat bersinggah
Keperitan di telan sebagai juadah
Kejayaan di anggap satu mimpi indah
Andai di takdirkan rebah
Hati tetap redha kerana Allah..



 

 



::::... Indahnya Sebuah Perjalanan...::::

Bismillahirahmanirahim....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...






Andainya bisa ku raih semua masa yang ku perolehi tika bersama kalian,akan ku genggam dengan sebaiknya sepaya masa tidak lagi berputar untuk mengekoriku.... Namun suratan dari Allah itu harus ku terima,kerana masa itu sangat pantas berputar memenggal saat-saat keberadaan kita bersama...Tautan hati yang telah Allah beri membawa kepada satu jalinan yang suci antara kita selama ini...

Sesungguhnya Allah ciptakan dunia ini adalah sebagai ujian buat hamba-hambanya..yang mana dunia ini adalah tanah ladang untuk beramal. Maka jadikanlah kehidupan yang sementara ini kesempatan untuk kita berlumba mengerjakan amal yang soleh dengan semahunya. Kerana sesungguhnya kehidupan di akhirat itu adalah kekal & abadi. Setiap perbuatan di dunia akan menerima pembalasan yang
berlipat kaliganda di sana.
 
Seandainya buruk perbuatan kita di dunia..maka amat buruklah balasan di akhirat kelak. Dan jika baik amal yang kita kerjakan.. maka sesungguhnya nikmat balasan yang Allah swt kurniakan nanti adalah sesuatu yang tak terjangkau di akal fikiran kita kerana Dialah Tuhan Ar rahman Ar Rahim. Kurnia Nya adalah sebesar-besar kurnia.

Bersabarlah teman.. sesungguhnya kehidupan dunia yang singkat ini hanyalah senda gurau dan tipu daya..Tingkatkan iman & yakin kepada Allah, tambahkan kecintaan mu pada Rasulullah saw.. berkorbanlah diri,harta & masa kepada agama i jalan Allah swt. Semoga Allah swt terima amal kita di dunia ini..

"Sesungguhnya orang yang bertaqwa berada dalam syurga & kenikmatan. Mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan Tuhan mereka. dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab neraka.(dikatakan kpd mereka). Makan & minumlah dengan enak dari balasan apa yang kamu kerjakan. Mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari cantik bermata jeli"(ar Rahman 70-77)
 
Keimanan mendominasi hati ketika ringan untuk kita laksanakan amal kebaikan, manakala kefasikan mendominasi hati ketika ringan untuk kita lakukan perkara kemaksiatan.
 

:::... IBRAHKU DARI KEMBOJA...:::




 ..... Kemewahan itu Sentiasa HADIR MENgaburi hati dan mInda yang kian Sesak Dengan BAHAGIA DUNIA... Sejauh mana Kita Menghargai PINJAMAN dari ALLAH,hanya eka Kita dan Allah Yang Lebih Mengetahui... Jika Tidak Mampu untuk Memberikan KEMEWAHANmu kepada Yang MEMERLUKan SEkurang-KuraNgnya HARGAILAH Jasa Dan Pengorbanan Mereka Untukmu.... Mereka Tidak PERNAH MEMINTA untuk DIJULANG Hingga Menyerlah Dimata DUNIA,cukuplah Mendoakan Semoga Allah sentiasa Melindungi dan Menjaga Mereka.... Mereka cuba memahami apa yang cuba Engkau Sampaikan kepadanya walaupun kesukaran untuk menerima itu tetap ada,namun itu bukanlah penghalang untuk jalinan ikatan ukhuwah itu berpanjangan....

Selama 5 hari permusafiranku bersama sahabat-sahabat tersayang di Bumi Kemboja memberikan sejuta Makna yang tidak terbeli dengan Nilai Wang Ringgit semata-mata... Pengorbanan yang dilakukan tidak pulang ke desa untuk meraikan Aidiladaha kini Allah gantikan dengan Pengalaman yang cukup berharga bersama keluarga angkat di sana... Alhamdullillah,Alhamdullilah,Alhamdullillah.... Hanya itu yang mampu ku ungkapkan tatkala cuba untuk menghadam semua situasi ketika berada disana... Walau dengan Pelbagai Dugaan yang Allah berikan kepada kami ketika memulakan langkah pertama untuk menuju ke sini,namun kami tetap meneruskan langkah tanpa menoleh kebelakang lagi dengan hati yang sepenuhnya bergantung kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan olehNYA...

Pada 24hb jam 6.30 petang kami seramai 13 orang ahli rombonganyang terdiri daripada Mt dan Exco Kelab PERKIM UUM serta 3 Orang ahli luar berangkat ke Kuala Lumpur untuk penerbangan kami ke Phnom Penth,Kemboja pada jam 6.45 pagi waktu Malaysia bersamaan 5.45 pagi waktu disana... Tika dalam perjalanan menuju ke sana,kami diduga oleh Allah apabila salah seorang daripada sahabat kami kehilangan beg sandangnya yang mempunyai dompet,handphone,pasport dan Al-Quran... Keadaan waktu itu dalam bas sangat kelam kabut memikirkan soal sahabat ini... Apabila kami sudah berada didalam satu kumpulan,umpama sebuah keluarga yang tidak terputus ikatannya.. Jika salah seorang daripadanya berada didalam kesusahan,pastinya yang lain turut merasakan kesusahan tersebut... begitulah perasaan kami tika ini...

Tepat Jam 2.30am pada tarikh 25hb Oktober2012,kami telah selamat tiba di LCCT,Sepang.... Disana,kami telah disambut oleh ayah dan mama Ydp kami iaitu Saudara Mohammad Hafis Syafiq bin Mohammad Sopian.... Alhamdullillah,rezeki daripada Allah itu ada dimana-mana selagi niat dan bergantungan kita kepada Allah itu tetap kukuh...Tika ini kami bersahur bersempena puasa Sunat hari Arafah merangkap bersarapan di ruang legar LCCT... Makanan yang telah disediakn oleh mama Ydp cukup untuk kami merasakan keadaannya seperti berada di rumah sendiri walaupun pada hakikatnya tidak... Apabila detik makin hampir untuk kemi terbang ke Phnom Penth,hati makin berat dan sayu untuk meninggalkan bumi Malaysia tatkala memikirkan bahawa kesokkannya merupakan Aidiladha,dan untuk pertama kalinya diriku tidak pulang ke kampung untuk meraikannya bersama keluarga tercinta... Namun rancangan Allah itu lebih indah daripada jangkaanku kerana digantikan dengan pengalaman yang cukup berharga sehingga ke akhir nafasku nanti...




Kami sampai di lapangan Phom Penth tepat jam 7.45 pagi waktu Malaysia bersamaan 6.45 pagi waktu Kemboja... Alhamdullillah,setinggi-tinggi kesyukran kami panjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah melingdungi Perjalanan Kami.... Disana kami telah disambut oleh Perwakilan CIC(Cambodian Islamic Centre).... Kemudian setelah selesai segala urusan pengambilan barang,kami dibawa ke sebuah restoran HALAL dan mempunyai masakan seperti Malaysia untuk bersarapan... Pada pandanganku mulanya,adakah mungkin ada restoran HALAL ditengah-tengah bandar Phom Penth ini dengan kawasanya yang penuh dengan sesuatu yang tidak pernah aku terlihat di Malaysia,kini aku menyaksikannya di Kemboja... Namun rancangan Allah itu lebih hebat dan DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami... Alhamdullillah,kami telah dibawa ke sebuah restoran makanan HALAL yang menyediakan sepenuhnya masakan orang MELAYU seperti Nasi lemak,mee Mamak,Sup dan pelbagai makanan yang bersesuai dengan kami yang baru tiba di bumi ini...

Kemudian kami dibawa ke destinasi sebenar kami iaitu ke kampung Choy Manteri yang merupakan disitulah akan kami lakukan misi kami yang sebenar... MEMAHAMI ERTI PENGOBANAN,itulah slogan yang kami bawa ke sana sebagai wakil daripada seluruh warga UUM....Disinilah bakal berlangsungnya aktiviti Korban Lembu....Disini kami telah bertemu dengan Tuan Haji Asyaari yang merupakan tunggak utama untuk mempermudahkan segala urusan kami sepanjang berada disini.... Alhamdullillah,kami dapat beramah mesra dengan masyarakat kampung yang bagiku sangat unik dan baik... Kedatangan kami cukup-cukup diberikan penghargaan oleh mereka... Pada mulanya kami kekok untuk menerima layanan yang cukup "EKSKLUSIF" darpada mereka kerana tujuan kami berada diisini bukan sahaja untuk melakukan aktiviti Korban Lembu semata-mata malahan BAKTI SISWA disini... Tempat tinggal kami di bahagikan kepada dua buah rumah... Sebuah rumah untuk Muslimin dan Sebuah rumah lagi untuk Muslimat... Subhanallah,Alhamdullillah... tidak terungkap dek kata-kata betapa bersyukurnya kami dengan Kurniaan daripada Allah ini...

Sampai sahaja kami(muslimat) ke rumah yang telah disediakn untuk kami,disana ternyata rupa-rupanya kehadiran kami telah dinanti-nantikanoleh keluarga angkat kami... Kak Aminah dan suami serta anak-anaknya berada distu.... Walaupun kami mempunyai masalah komunikasi,namun itu bukanlah penghalang untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara kami....Disana juga kami dapat berkenalan dengan kak Syajarah yang merukan adik kepada Tuan Haji Asyaari... Kak Syajarah yang bertanggungjwab menjaga soal makan dan minum kami sepanjang kami berada disana.....Tika kami berada di Malaysia,ada yang menasihati kami supaya membawa bekalan makanan ke sini kerana dikhuatiri kami tidak mampu untuk menerima makanan yang ada disini... Tetapi,ianya bukan seperti yang dijangka malahan kami terpikat sepenuhnya dengan masakan yang telah disediakn untuk kami...

Pada 26hb oktober 2012,merupakan hari raya Aidiladha kami telah dibawa ke sebuah kampung di kawasan seberang untuk aktiviti korban lembu... Namun sebelum kami bertolak ke sana,kami telah dijamu oleh penduduk kampung di Choy Manteri dengan pelbagai juadah yang cukup enak dipagi raya... Walau rasa dihati merindui masakan ibu di rumah namun Allah menggantikan dengan pelbagai juadah yang tdiak kurang enaknya disini...Kemudian kami telah dibawa ke sebuah kampung dengan menaiki sebuah van... Perjalanan yang mengambil masa dalam masa 30 minit dari sini mebuatkan kami menjadi teruja untuk menjelajah kawasan kampung disini... Apabila tibanya kami disini,kami telah disambut oleh masyarakat kampung dengan sebuah senyuman yang cukup berharga... Walaupun komunikasi antara kami mepunyai masalah,namun Allah memudahkan segala urusan kami disini... Aku cukup kagum dengan ikatan ukhuwah yang terjalin antara mereka... Ikatan yang cukup kuat walaupun Islam yang kita lihat disini tidak sama tika aku berada di Malaysia... Setelah selesai segala aktiviti korban disini dan beramah mesra dengan masyarakat kampun disini,kami telah dibawa kesebuah rumah untuk makan tengah hari... Pada mulanya kami menjadi kekok untuk menerima,namun apabila melihat kesungguhnya mereka untuk menyambut kedatangan kami ke sini,kami menerima dengan hati yang terbuka dan sempena sambutan hari raya... Campuran juadah dari Kemboja dan Malaysia,merancakkan lagi makanan kami disini...Kemudian kami pulang ke Choy Manteri untuk aktiviti Korban Yang seterusnya disana...Pada Malamnya kami dikhabarkan oleh kak Syajarah bahawa pada malam ini kami akan dijamukan dengan satu sajian yang namanya bagiku snagat unik iaitu "LEMBU NAIK BUKIT"... Pada mulanya bagiku sangat kelakar,macam manalah agaknya rupa Lembu Naik Bukit..... Namun akhirnya aku memahami apa itu jaudahnya....

Pada 27hb Oktober 2012 pula aktiviti kami pada hari ini adalah melawat sekitar kampung Choy Manteri... Aktiviti kami di awal pagi adalah bergotong-royong membersihkan masjd dan surau yang berada di kawasan kampung ini.. Dari hujung kampung disini ke hujung kampung seberang kami menerjah masjid dan surau yang ada untuk dibersihkan... Kemudian kami berjalan-jalan disekitar kampung dan kami menemui satu makanan yang eksotik,apabila ada penduduk kampung disini memakan telur itik yang mempunyai anaknya... Pada mulanya kami sangat terkejut,namun apabila mendapat penerangan daripada salah seorang penduduk kampung disini,barulah kami cuba untuk memahami bahawa mereka sudah terbiasa dengan makanan sebegini.... lemah longlai diriku tidak dapat membayangkan apalah rasanya telur itu... Seterusnya perjalanan kami dilakukan selepas solat zohor dengan lawatan ke CIC(Cambodian Islamic Centre)... CIC merupakan sebuah sekolah yang dibangunkan untuk kemudahan pendidikan anak-anak disini....Berdasarkan Pemerhatianku disini,banyak bangunannya terbiar dan tidak mepunyai prasarana yang cukup untuk kemudahan pelajar-pelajar disini... Mereka hany mengunakan apa yang mereka ada... Satu yang membuatkan aku cukup kagum dengan mereka,ISLAM disini cukup kuat jika hendak dibandgingkan dengan diriku... Al-Quran tidak pernah lekang daripada diri dan hati mereka... Subhanallah,cukup Indah perjalanan ISLAM disini... Aku mersakan cukup TERTAMPAR sehingga membuatkan ku TERDAMPAR dengan rasa yang sangat pedih di dalam HATI melihat betapa tingginya kesungguhnya mereka untuk mendalami ilmu Al-Quran dan mengamalkan sebaiknya sunnah-sunnahn Rasullulah S.A.W....Pada waktu petangnya pula,kami diberikan peluang untuk menyelusuri Sungai Mekong dengan menaiki bot yang telah disediakn untuk kami disini...MasyaAllah,cukup indah Ciptaan Allah... Sangat Luas dan Bijaksana Allah dengan susun atur alam semestaNYA yang cukup unik...






Pada 28hb Oktober 2012,kami berpeluang untuk melihat anak-anak disini mempelajari Kalam Allah seawal jam 5.30 pagi waktu Kemboja bersamaan jam 6.30 pagi waktu Malasyia... Subhanallah,hanya itu yang mampu ku lafazkan tatkala melihat kesungguhan anak-anak ini menghafaz surah Yasin...Kekagumanku kepada ISLAM yang terdapat disini bukanlah persamaan ISLAM yang berada DIMALAYSIA... Apabila ISLAM itu telah tertulis di atas Kad Pengenalan bukanlah satu Jaminan bahawa ISLAM itu tetap SUBUR dalam Hati insan-insan yang benar-benar menghayatinya... ISLAM itu Ramai,namun MUSLIM itu sangat sedikit untuk dijumpai... Rasa rendah diri dan kerdilnya diriku dalam kalangan anak-anak ini,kekadang membuatkan air mataku mengalir... Aktiviti kami seterusnya adalah menjelajah ke bandar Phnom Penth... Di sana kami telah dibawa ke dua buah tempat bersejarah iaitu "KILLING FEEL"dan "TUOL SLENG".... Kedua-dua buah tempat ini merupakan yang cukup bersejarah buat seluruh penduduk Kemboja... Siri Peperangn yang meragut jutaan nyawa memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap kehidupan masyarakat disini... Kini mereka cuba bangkit kembali untuk membangunkan semula kehidupan mereka....









Hari terakhir keberadaan kami disini bertarikh 29hb Oktober 2012,merupakan detik yang cukup meruntun hati untuk berpisah dengan penduduk disini... Pada waktu yang sama seperi semalam jam 5.30 pagi kami turun ke kelas fardhu Ain yang dikelola oleh Ustaz Yaakob... Kami diberikan peluang untuk berada bersama-sama dengan anak-anak dalam kelas tersebut... Namun kelainan aku rasakan pada saat ini kerana kami akan berangkat kembali pulang ke Malaysia...Hatiku makin tersentuh apabila Ustaz Yaakob membuat permintaan untuk mengambil senarai nama ahli rombongan kami untuk dia doakan kebaikkan untuk kami ketika anak-anak ini diajari olehnya membaca Yasin... Subhanallah.....Kemudian kami kembali ke rumah penginapan masing-masing untuk mengambil barang-barang kami untuk keberangkatan pulang kami ke Malaysia.... Suasana sayu dan hiba mula menerjah dalam jiwa tatkala berpisah dengan Kak Aminah dan keluarga... Begitu juga rasanya dihati dengan semua penduduk disini... Lebih kurang jam 10.00 pagi waktu disana,kami mula bertolak ke bandar Phnom Phenth untuk menyelesaikan sedikit lagi tugasan kami disana... Alhamdullillah,semuanya telah diperudahkan oleh Allah.... Kemudian kami tiba di Lapangan Terbang Phnom Penth tepa jam 2.45 petang... Penerbagan kami ke Malaysia sekitar jam 4.45 petang waktu tempatan... Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar....












Alhamdullillah,Ibrah Dari Kemboja Membawa diri dan hatiku kembali dan terus-menerus bermuhasabah.... Islam Disana Cukup Kuat jika hendak dibandingkan apa yang Ada dalam diri dan hatiku... Melihat Gelagat Anak-anak yang ditarbiyyah dari Kecil dengan Sunnah-Sunnah Rasullullah,bagaikan SATU TAMPARAN YANG DASYAT sehingga membuatkanku TERDAMPAR dalam RASA PEDIH YANG SANGAT MENDALAM... Subhanallah,Cukup Indah Aturan Darimu YA Robbi... Pengorbanan tidak Bersama Keluarga Sempena Aidiladha,telah digantikan Dengan PENGALAMAN YANG CUKUP BERHARGA.... Semoga Allah Akan Terus mErahmati Bumi KEMBOJA... ISLAM PEMANGKIN UMMAT YANG TERBILANG....:Segala Misi kami disini,tidak semunya berjalan seperti yang kami harapkan.. Namun Allah memudahkan segala urusan kami setakat apa yang kami mampu lakukan... Seandainya Peluang itu diberikan lagi untuk kesana,InsyaAllah misi seterusnya tetap akan dijalankan demi masa depan anak-anak disana... Selamat tinggal Kemboja,Kami akan merindui kalian disana... Doakan kami,doa kami juga ada untuk kamu semua... Semoga Allah memberkati segala niat dihati....

::::... Zinnirah ....::::

Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Setiap kali aku mendengar namanya,hatiku Kian Berdegup Kencang... Seolah-olah Semangat Seorang Hamba Yang Penuh Dengan Penderitaan dalam perjalanan Menuju Keredhaan Allah S.W.T... Mata Hatinya yang kuat Membawa diri dan hatinya ke jalan yang penuh dengan cahaya Keimanan akhirnya membawa dirinya menghayati sepenuhnya tentang ISLAM...



Kisah Zinnirah:

Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Bagaimana aku harus tafsirkan segala semangatnya disini???? Mampukah Aku menjadi seorang SRIKANDI ISLAM yang TERPILIH untuk SETIA BERJUANG DIJALAN YANG ALLAH REDHAI!!!! Walau aku bukan dilahirkan DI ZAMAN RASULLULAH,namun Aku Tetap BERUSAHA sebaik yang MUNGKIN untuk mencontohi ZINNIRAH....

Design by Blogger Templates