SWEET sangat...♥♥♥

Sebuah kisah yang mungkin agak sweet bagi ana,ana disini sebagai seorang penulis cerita ini Cuma mendoakan agar setiap mereka yang membaca kisah ini,dapat memahami diantara satu sama lain. Dan semoga pasangan dalam cerita ini berbahagia hingga kesyurga dan Semoga Allah memberkati kita semua . Aamiin .
Bismillah,dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang .
Aku sudahpun menikahi seorg lelaki yang aku tak pernah kenal sebelum ini,walaupun sudah setahun aku tak tahu bagai mana dengan sikap nya.. aku cemburu,tak paham ke dia ni ? tolong lah paham . please lah paham, berkali kali aku cakap pun tak kan paham punya lah. Seketika aku menoleh kearah suami ku,dia sdg ketawa bersama teman sepejabat nya yang dia terserempak diparcking kereta disebuah mall. Lelaki okay,bukan perempuan. Tapi skrg yang buat aku cemburu adalah seorang wanita yang dari tadi berada disebelah teman nya itu,pasti itu istri nya..cantik,seksi pulak tue. Telan air liur jelah aku... Aku jeless,kenapa lah laki aku ni.. jangan lah sembang lama lama , mesti dia usha bini org tue. Aku cemburuuu,nak jerit pun dia tak akan paham punya,aku nak cakap pun malu. Baru setahun aku dan dia bina mahligai yang indah ini . malang nya,aku kuat cemburu. Aku akui nya taw .
Sayang okay tak ni? Dari td abang sembang dgn kawan abang,syg asyik usha je dari dalam kete ni kenapa syg? Cuba cakap. Suami aku masih boleh gelak gelak lagi? Tak nampak ke muka aku yang tengah muncung je ni? Alaaaa,cepat laa pujuk . nak tak nak,aku hanya mengeleng. Suami aku hanya tersenyum melihat gelagat ku,masih sempat dia mencuit pipi ku. Org tengah marah ni, masih nak cuit-cuit. Taknak,aku merajuk . suami ku meneruskan memandu kereta seketika dia memandang ku,kejap kejap senyum . suka lah tue,tengok bini org tue,cantek lagi dr aku. Geram ni.. Grrr
Syg.. syg nak pergi mana mana tak ? lepas balik dr shopping ,syg nak g mana lagi? Jom,abang bawak nak ? suami ku seperti tahu aku sedang merajuk dgn nya. Aku hanya membatu tanpa sebarang respon. Okayy, taknak lah tu kan ? balik rumah terus k ? suami aku terus memandu laju.. aigoo,nak cakap mcm mana ni? Dia memang takpaham aku. Aku tensionnn , aku cemburu lahh .. aku tengah merajuk ni. Pujukk laa . namun harapan ku sia sia,suami aku masih seperti tdk dapat tahu yang aku
sedang merajuk . lampu isyarat merah ,kereta diberhentikan. Tiba tiba disebelah kanan suami ku sebuah kereta myvi,didalam nya seorang wanita yang agak cantik,bukan agak. Tapi memang cantik. Aduhh, ujiann lagi,addoi.. aku makin memuncung kerana suami aku tersenyum senyum sambil memegang jamggut nya yang tak seberapa panjang tu, senyum ? sakit nya hati. Suka lah tu? Perempuan cantik dekat sebelah dia.nak usha,usha je lah. Tak yah nak cover cover sgt . aku seperti hendak menangis,mana tak tension . semua hari ni perempaun cantik je yang dia jumpa . cemburu ! 

Seminggu sudah berlalu kejadian hari tu masih tak dapat aku lupa kan,hari ini suami aku nak keluar 40 hari (jemaah tabligh) . tinggal lah aku seorang diri kat rumah,apa lagi ujian time dia nak keluar nanti? Cemburu nya aku. Abang nak pergi dah ni,hati hati tinggal dekat rumah. Abang sayang kan cayang cngat cangat. Tomei nye cyg abang ni. Jgn lupa kat abg taw,jgn tengok laki lain. Abg cubit nanti,aku tersenyum melihat gelagat suami ku sempat dia mencium dahi ku sebelum pergi menaiki motor. Aku pun masuk lah bilik, rindu nya. Padahal tak sampai seminit dia pergi,rasa nak nangis.. tiba tiba tengah tengah baring,aku jumpa sepucuk surat. Aku pun tanpa melengah kan masa,aku baca lah ..yg pasti,surat ni dari laki aku. X mungkin posmen masuk sampai dalam rumah kot. surat nya berbunyi macam ni
“sayang oh sayang,abang nak cakap sikit. Sayang cemburu tu makna nya apa ? “ aku sempat menjawab “cintaa” aku meneruskan membaca surat tersebut..
“cinta kan syg?syg,syg igt tak? . Syg igt tak waktu abg tgh sembang dgn kawan abang ? abang usha syg taw, takut takut syg usha kawan abg ke kan? Mana lah tahu ,kawan abg kan hensem dari abg. .. sedihh, abang lagi ensem kan syg? Cepat jawab. Abg marah ni. Hehe gurau lah syg.. igt tak waktu dalam kereta dekat traffic light ? abg usha syg senyap senyap taw,syg tahu tak? Kereta dekat sebelah syg tu ada lelaki ensem,lama je dia usha syg.tahu lah istri abg ni cantik,nampak mata je pun dah tahu cntik sgt taw. Tension abg . abang cemburu gila . rasa nak keluar je kereta ,nak marah lelaki tu. Tapi abg sabar,abg pura pura senyum . nasib baik abg sabar taw syg. Byk lagi abg cemburu dgn syg,syg suke buat abg cemburu. Abg diaanugerah kan seorg istri yang cantikk sgt sgt sgt. Yang penting,abg syg kan syg sgt sgt sgt . syg lah anugerah terindah yang Allah titipkan buat abg .. abg taknak org len,abg Cuma nak syg tahu. Abg cemburu. Nak buat macam mana ni syg? Abg cemburu sbb abg apa ? C.I.N.T.A “ sampai situ je aku baca ,aku tak tahan aku terus nangis seketika aku ketawa sambil mengelap airmata ku. Aku terharuuu.. . sedihh :’( suami aku lagi cemburu gila gila dr aku cemburu kat dia. Aku sedihh ...
Sekarang aku tengah tunggu suami aku pulang,semoga dia selamat sampai. Sebab aku dah rindu kan dia sgt . Aku dapat msj dr dia,dia cakap “ abang balik ni,syg jgn bagi abg cemburu lagi taw” insyAllah abang.. satu je aku igt kata kata suami aku dari dulu sampai sekarang “ when we’re cemburu , we’re not gaduh gaduh but we’re in cinta sekali lagi ♥ “

:: KAULAH LILIN HATIKU ::

Kisah kehidupan seorang hamba Allah yang melupakannya.Bermulanya kisah hidupku apabila dilahirkan ke bumi ini oleh seorang yang ku gelar ibu.Aku dijaga dan diberi kasih sayang yang secukupnya tanpa ada sedikit pun kekurangannya dari adik-beradik ku yang lain. Ibu seorang yang tidak pernah jemu melayan kerenahku bahkan ayah juga tidak pernah kenal erti penat lelah dalam memberi sokongan kepadaku.

Teringat di saat kali terakhir ayah memeluk aku.Ketika itu aku baru mendapat keputusan Pencapaian Menengah Rendah (PMR).Ayah memelukku kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang.Lalu,dihadiahkannya sebuah motor untukku supaya aku mudah untuk berulang-alik ke sekolah dan disitulah bermula sebuah kehidupan yang gelap dan penuh berliku.

Sejak hari itu,aku mula pandai berjinak-jinak dengan cinta dan membuatkan aku sedikit demi sedikit melupakan diri dunia yang nyata. Aku juga mula bercampur dengan orang-orang yang tidak sepatutnya seperti geng underground dan berbagai-bagai lagi.Malah aku juga tidak terlepas terjerumus untuk menjadi seorang minah rempit.

Pada awalnya aku hanya mengikuti mereka tetapi lama-kelamaan jiwaku memberontak untuk mencuba bermacam-macam perkara.Bayangkan sudah dapat sekali selepas itu mahu mencuba berkali-kali.Perubahan diriku disedari ayah dan ibu.Ibu hanya mampu berpesan.Setiap hari ber'mandi'kan air mata kerana sikapku itu.Pesan ibu langsung tidak aku endahkan.Malah leteran ayah juga tidak ku pedulikan.Aku hanya memekakkan telinga dan terus melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati yang sudah mati.


Perkara tersebut berterusan sehingga aku tamat persekolahan tetapi keputusan peperiksaan aku amat mengecewakan.Ayah dan ibu hampa denganku tetapi mereka masih lagi memberi aku semangat untuk memajukan diri.Tetapi aku bentak dengan semuanya lalu mengambil keputusan untuk bekerja di Kuala Lumpur.

Aku tinggal di rumah bujang bersama rakan yang aku baru kenali menjadikan aku semakin buas disana.Lalu ditakdirkan aku mengenali seorang lelaki yang agak alim pada pandanganku.Kami menjalinkan hubungan bersama dari situlah aku belajar berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi orang yang berguna.Setahun perkenalan kami dan dua tahun menjalinkan hubungan cinta.Akhirnya rahsia segalanya terbongkar,aku di tipu hidup-hidup.Disebalik tingkah laku yang sopan rupanya tersembunyi kelakuan syaitan disebalik seri di wajahnya itu.Perpisahan kami membuatkan hidupku kembali memberontak untuk mencari ketenangan.

Apa yang aku lakukan bukanlah bersujud kepada Tuhan dan memohon untuk diberi ketenangan tetapi aku masih tetap melupakan-Nya.Malah terus membelakangkan ibu dan bapaku.Aku hanya mencari hiburan yang boleh membuatkan aku daripada mengingati dia. Aku telah pandai ke disko,meminum arak,membuat maksiat dan sebagainya asalkan dapat membuatkan pemikiran ku tidak berfikir tentang si dia.Segalanya berlarutan sehinggalah tiba hari lahirku yang ke-23 tahun.

Aku terkejut dengan hadiah yang ku terima.Dihadiahkan aku sepasang kasut berharga RM 245 dan seutas rantai emas dan loketnya tertulis nama ayah dan ibu.Disertakannya sehelai kertas yang tertulis:



"Ibu menghadiahkan kamu kasut itu adalah untuk kamu mudah kembali kejalan yang benar kerana kata orang jika mahu pulang ke jalan yang benar sememangnya jalan itu penuh duri dan liku.Gunakanlah ia dengan sebaik mungkin selagi ia masih mampu berkhidmat untukmu.Andai engkau kepenatan dan terasa mahu berputus asa jadi lihatlah nama ibu dan ayah mu dirantai itu kerana kami akan sentiasa menyokong dan membantu mu untuk 'pulang'."

Ku lihat air mata ibu mengalir ketika mengenakan rantai itu padaku dan aku tahu dari raut wajahnya terpampang rasa kecewanya terhadap sikapku.Walaupun tidak diluahkannya,aku tahu aku tidaklah seperti adik beradik yang lain yang mendengar nasihat ibu dan ayah serta berjaya dalam hidup tapi ibu dan ayah tidak pernah sesekali menyindir atau mengenepikan aku.Aku disayangi sama seperti yang lain.

Terbayang segala pengorbanan ibu dan ayah ketika itu.Antaranya ibu yang tak pernah kenal erti berputus asa dengan sikapku.Malah sanggup menjaga aku ketika aku sakit.Walaupun ibu tahu aku sebenarnya sendiri yang mencari penyakit namun ditatangnya aku dengan penuh kasih tanpa sebarang kecacatan.Ayah pula sering menunggu kepulangan ku diwaktu malam.Kadang-kadang sehingga terlelap ayah di kerusi ruang tamu ketika menungguku.Kepulanganku tidak di marahi tetapi hanya di tanya satu soalan "kemana tadi...???"Tetapi itu pun dengan nada yang lembut.Ayah juga tidak pernah penat menasihati aku.Banyak jasa mereka kepada ku yang bermain di fikiran ku ketika itu.



Selepas hari itu aku mula berubah sedikit demi sedikit kemana sahaja aku mahu pergi pasti kasut yang dihadiahi ibu dan ayah ku akan aku pakai.Andai aku mahu kembali ke jalan yang gelap pasti aku teringat akan ayah dan ibu.Lama-kelamaan aku telah berjumpa jalan yang terang untukku.Alhamdulilah sehingga kini aku masih lagi di jalan yang terang.Aku masih lagi sujud dan bersyukur ke atas Tuhan kerana telah memberikan aku kekuatan dan petunjuk untuk aku kembali ke jalan yang benar.Terima kasih aku ucapkan pada ayah dan ibu yang tidak pernah kenal erti putus asa terhadapku.Andai dipanjangkan umur pasti aku akan membalas jasamu.♥

:: Lewat Semesta ::

Satu kata yang telah mengerakkan jariku untuk menulis tentang cinta,

Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.

Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
[Ali 'Imran, 3:14]

Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku

Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir setahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama walaupun aku tidak pernah kenali siapa dia,tetapi ku yakin dengan aturanNYA. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.
Saat aku dan dia menjauh

Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku mengerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah ‘JARAK’ ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.
Jarak ini menjaga aku dan dia

Kini aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku. Tetapi ‘JARAK’ ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”
(Ar-Ra’d 13:28 )

Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia..InsyaAllah








 


:: Kiasan Kehidupan ::

Engkau lihat air itu tenang mengalir.. tapi sedarkah engkau apa yang telah ia harungi untuk terus mengalir... engkau menilainya di permukaan cuma.. cubalah engkau selami sedalamnya.. dan rasai gelombang yang bisa menolak bangkah batu besar.. terfikirkah engkau dari mana datangnya daya kekuatan itu..?

Hidup ini penuh ranjau dan duri... penuh tangis dan air mata... ada luka yang perlu di rawat segera.. dan kadang kala kita alpa pada sesama saudara.. hati dan perasaan tersembunyi di dalam membuatkan kita leka.. tanpa sedar kita telah menguris hati mereka.. sesiapa sahaja yang punyai jiwa... dan tiba saat hati kita di lukai pula.. tanpa mereka sedar...

Ada masa kita pertikai.. kita bertanya.. mengapa ini.. kenapa itu.. bukan sebab diri tidak redha atas apa yang berlaku... yang penting kita kembali kepada asalnya.. mengadu pada yang mengaturkan.. berdoa di ringankan beban. bukannya menyalahkan dan bersangka buruk.. bukannya mengalah dan berputus asa..

Kita ini adalah hambanya... dan sangat sangat memerlukan bantuannya.. syukur bila kita di timpa kesusahan.. kerana dengan musibah itu kita akan kembali padanya semula... mengejutkan kita dari lena.. memohon dan berharap... dan moga moga biarlah pengharapan itu berterusan.. tidak kira saat susah atau senang...

Benarlah manusia ini sering lupa... betullah iman kita seperti graf ekonomi dunia... ada kala naik.. ada ketika jatuh... tapi harap bila jatuh tidak la menjunam kedasar... haraplah terus melonjak semula... seperti sebiji bola yang di tekan ke dalam air.. semakin dalam semakin kuat daya tolakan.. akhirnya bola itu melantun ke permukaan semula.. biarlah senipis kulit bawang.. asalkan iman yang ada itu tidak hangus di makan oleh dosa silam.. biarlah seitis air mata.. asalkan nanti dapat di persembahkan di hadapanya sebagai saksi dan bukti..



siang yang kejam,
malamku penuh dendam,
dan di antara keduanya adalah ruang;
tempat aku untuk berehat
memohon maaf atas kesilapan
merenung dan berfikir sejenak
atas apa yang berlaku pada siangnya
juga apa yang terjadi pada malamnya
aku tangisi,
sehinggalah mentari pagi bersinar
mengeringkan semula titis air mata
membuatkan aku alpa semula
menelusuri denai denai kehidupan
mengalir dan terus mengalir
walau jasad di robek duri
walau tubuh di gasak batu
aku tak pernah berhenti
selagi jari jemari ini belum kaku
takkan aku lepaskan tali itu.


Bismillah
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ
كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ
عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ
تَہۡتَدُونَ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya
(Aali-’Imran:103)


:: Permata UntukMU Wahai Saudariku ::

Saya saaayang saudari-saudari, saudari sayang saya tak? :) Jika sayang, mari kita mencintai dengan saling berpesan-pesan ke arah kebaikan.

Saudariku,
Sungguh!! Hati ini bahagia melihat dirimu,
Dirimu yang sentiasa mencari peluang,
Untuk mensolehahkan diri.

Majlis ilmu kau jejaki,
Taddarus Al-Quran kau aluni,
Mathurat kau semati dalam diri,

Tiada apa yang tinggal lagi melainkan,
Istiqamah..
Biar sedkit tapi berterusan.

Saat temanmu beriang-ria di rumah,
Biarlah kau bersukacita 'ilmu ,
Tatkala hati dikau gersang,
Siramilah dengan muhasabah,
Kongsilah pada yang kau rasa thiqah.

Saudariku sayang,
Saat orang lain berdating dengan kekasih hati,
Dikau berdating cinta dengan rakan sejantina mu dalam majlis ilmu,
Menambah iman, cinta pada yang Esa,
Membaiki diri menjadi yang baik,
Juga menyeru pada yang lainnya.

Moga apa yang diusaha,
Diredhai Pencipta,
Moga ukhwah yang dibina,
Tautan mahabbah yang disemai,
Diberkati ALLAH..


RENUNGAN BUAT LELAKI…

Jangankan lelaki biasa,NABI sendiri terasa sunyi tanpa wanita di sisi.
Tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan resah.masih mencari walau ada segalanya.
Apa yg tiada dalam syurga?...
namun ADAM tetap sunyi merindui hawa..dijadikan wanita itu dri tulang rusuk yang bengkok untuk dluruskan oleh lelaki.
Tapi seandainya lelaki itu sendiri yang bengkok,bagaimanakah keadaanya?..
mana mungkin kayu yang bengkok bisa menghasilkan bayangan yg lurus..
luruskanlah wanita dgan jalan yang ditunjuk oleh ALLAH…
didiklah mereka dengan panduan darinya jangan cuba jinakan mereka dengan harta,,kerana harta itu mereka semakin derita.
kenalkan mereka kepada ALLAH kerana disitulah punca kekuatan dunia..
Hatinya serapuh kaca,kuatkanlah ia dengan iman..
Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak yg mulia..suburkan lah ia kerana dari situlah nantinya mereka melihat nilaian dan keadilan RABB..bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan mereka bukan satu kelemahan..
dia juga bukan diskriminasi ALLAH..wanita yang lupa hakikat kejadian mereka pasti nanti tidak akan terhibur dan tidak akan menghibur..tanpa iman,ilmu,akhlak..mereka tidak akn lurus..
bahkan mereka semakin bengkok,itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal RABBnya…
bila wanita menjadi derhaka pastinya dunia lelaki menjadi hura hara..
lelaki jganlah mengharapkan ketaatan semata2..
tetapilah binalah kepimpinanmu..
pastinya sebelum wanita menuju illahi pinpinlah mereka kepadanya..
jinakkan mereka kepda illahi..nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan mu..
JANGANLAH MEGHARAPKAN ISTERI SMULIA FATIMAH AZ ZAHRA…
SEANDAINYA DIRIMU TAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARAMULLAH HI WAJHAH…..

Aku Mencintai Mu Kerana Allah..
Sering aku mendengar kata ini “Cinta”, Bahkan mungkin sejak masih hingusan.
“Cinta kerana Allah” Aku baru mendengarnya saat menjangkau usia 20 an…
Apa “Cinta kerana Allah” itu?

Jika sekarang aku mengatakan, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu,
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk satu kebaikan.
Jika Allah yang mengizinkan untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
Apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap.....dan semoga hanya kerana Allah dan hubungan ini kekal dunia dan akhirat denga izinNya….
Amin...


:: Sayang Hafiy Hasril ::

Abg : Ummi nape adik nangsi....

Ummi : Adik lapar syg...

Abg : Tapiiiiiii,nape abg lapar abg tak nangis pun...

Ummi : Sebabbbbb,abg dah besar...(^_^)

Abg : Ummi,sejak ade adik ummi dan abi selalu lebihkan adik daripada abang..(@_@)

Ummi : Nape abang cakap mcm tu,ummi dan abi tak lebihkan sape-sape pun.. Dua-dua,abang dan adik anak ummi dan abi... Ummi Dan abi sayang kamu berdua sebbbb kamu berdua permata hati kami...(^_^)

Abang : Tapi semalam abi marah abang sebab kacau adik tiddooooo...(n_n)

Ummi : Alahai syg,abi bukan marah cuma tegur abang jewkan... Lagipun adikkan baru tido,kesian kat adik... Abang Tak sayangkan adik ke?????

Abang : Ehhhhhhmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ummi : Abangggg,meh sini duk atas riba ummi... Abang kene ingat taw,adik dengan abang tak boleh berpisah sebab kamu berdua adik-beradik dan kamu berdua darah daging ummi dan abi... Walau ape juga yang berlaku antara kamu berdua,tali persaudaraan kamu berdua tidak pernah akan putus.. Macam Air dicincang tidak akan putus... Abang suka main dengan airkan,cube abang potong air tu,putus tak?????

Abg : Urrrmmmm,ummi!!!!

Ummi : Iye syang....(^_^)

Abg : Abang sayangkan adikkkkkk... Abang nak jaga dan lindungi adik... Macam ummi dan abi jaga abang dan adik... 

Ummi : Alhamdullillah,ummi pun sayangkan abang dan adik.. Doa ummi sentiasa ada semoga Allah lindungi dan berkati Malaikat-Malaikat Kecil ummi berdua nie selalu...

p/s : Saya Sayang Adik....Sayang Ummi dan Abi jugaakkkk.(^_____^)
 

:: Tika Hatiku Berbisik ::

Tika mana hati berbisik tentang cinta
Aku terduduk memikirkannya,
Subhanallah,aku tak mampu menafikannya,
Apabila cintaku mula bertasbih,
Ayat-ayat cintaMU bermain-main difikiran,

Selembar Kitab Cintamu,
Umpama penawar dukaku,
Engkau memiliki hati ini,
Namun terkadang ku terjatuh dalam kedaifanku sendiri,

Atas nama cintaku,
Engkau selayaknya memiliki,
Engkau menghitung segala apa yang telah ku lakukan,
Mengharap belas kasih dan cahaya keredhaaMU,

Tidak dapat ku nafikan,
Biar hingga kini ku sangsi,
Dengan janji dan kata manis hambaMU,
Kerana helah keduniaan semata-mata,

Mahligai kasih impianku,
Engkau Mengetahui segala-galanya,
Jalinan Kasih yang terbina kini,
Berdasarkan sebuah pertemuan aturan dariMU,

Ya Robbi,
Jagalah Hati Kami,
Besarkanlah Jiwa kami,
Moga Pertemuan yang telah Diaturkan,
Menjalinkan Sebuah ikatan yang membawa Ke syurga ,

Ya Ilahi,
Aku memohon dengan penuh harapan,
Memohon petunjuk arah kembali,
Tuntunlah aku ke mana ku pergi,
Agar aku tidak tersesat lagi






Pesan Pada Imamku Juga Pesan Pada Diri

Nasihat ini untuk semuanya
Untuk mereka yang sudah memiliki arah
Untuk mereka yang belum memiliki arah
dan untuk mereka yang tidak memiliki arah
nasihat ini untuk semuanya
semua yang menginginkan kebaikan juga kebahagiaan

Nikah itu ibadah
Nikah itu suci
ingat tu
memang nikah itu boleh saja kerana harta
juga kerana kecantikan
atau kerana keturunan dan kerana agama
jangan kita jadikan harta,keturunan mahupun kecantikan sebagai alasan
kerana semua itu akan menyebabkan hilangnya bahagia
jadikan agama sebagai alasan
sebab kita akan mendapatkan kebahagiaan

Betul
keluarga terbentuk kerana cinta
namun
jika cinta kau jadikan sebagai landasan
keluargamu akan rapuh dan mudah hancur
Jadikanlah " ALLAH " sebagai landasan
kita akan selamat
tidak saja didunia
tetapi juga akhirat

jadikanlah redha ALLAH sebagai tujuan
mawaddah, sakinah dan rahmah akan tercapai

Buat Imamku
jangan kau menginginkan menjadi raja dalam "istanamu"
disambut isteri ketika datang dan dilayani segala keperluan
jika ini kau lakukan "istanamu" tidak akan kekal

Pesan Pada Diri
Jangan kau menginginkan menjadi ratu dalam "istanamu"
disayangi, dimanja dan dilayani suami
terpenuhi apa yang menjadi keinginanmu
jika itu kau lakukan, "istanamu" akan menja
Buat Imamku
jangan kau terlalu cinta pada isterimu
jangan terlalu menuruti isterimu
jika itu kau lakukan
kau tidak akan dapat melihat yang hitam dan yang putih
tidak akan dapat melihat yang benar dan yang salah

Buat Imamku
tegaslah terhadap isterimu
dengan cintamu, ajaklah dia taat kepada ALLAH
jangan biarkan dia dengan kehendaknya
didiklah isterimu
"jadikan dia Hajar yang setia pada Ibrahim
jadikan dia Maryam yang pandai menjaga kehormatan
jadikan dia Khadijah yang selalu mendampingi Rasulullah"
isterimu adalah tanggungjawabmu
jangan kau larang mereka taat kepada ALLAH
biarkan mereka menjadi wanita solehah
jangan kau belenggu mereka dengan egomu

Pesan Pada Diri
jika kau menjadi isteri
jangan kau paksa suamimu menurutimu
jangan kau paksa suamimu melanggar ALLAH
siapkan dirimu menjadi Hajar
siapkan dirimu menjadi Maryam
siapkan dirimu menjadi Khadijah
jangan kau usik suamimu dengan rengekanmu
jangan kau usik suamimu dengan tangismu
jika itu yang kau lakukan
cintanya terhadapmu akan memaksanya menjadi penderhaka
jangan.....

**Bahagia bukan pilihan namun mesti kita ciptakan
bahagia dan kesedihan hanya berbeza dengan cara kita berfikir saja
kusapa semua dengan senyum yang paling manis ^________^
hanya satu yang aku ingin
"semoga sepanjang hari bahagia menemani kamu sahabat"


:: Kanvas Kehidupan ::

Hidup ini ibarat selembar kanvas. Lukisan mana yang ingin kau lakar di atasnya? Pilihan di tanganmu… Dipilih dan memilih untuk…

Ijlis bina wa’ nu’min saah. Duduk sebentar dan beriman sejenak. Moga hati-hati milikNya masih terus segar berembun nikmat iman dan Islam.

Hidup ini memang tidak lari daripada membuat pilihan. Dari saat kelopak mata dicelikkan di pagi hari hinggalah ianya dipejamkanNya di malam hari. Kita sentiasa berperang dengan dua tarikan yang akhirnya akan menentukan di mana anggota harus mulakan langkahnya. Ada orang mudah saja jalannya. Hanya mengikut arah sudah sampai ke destinasi. Ada orang sukar jalannya. Terpaksa merentas ranjau duri untuk sampai ke tempatnya.

Namun, sunnatullah alam tak siapa mampu melawan. Yang susah pasti ada senang. Yang duka pasti ada suka. Yang pahit pasti ada manis.Yang derita pasti ada bahagia. Semuanya perlu ditempuh untuk melengkapkan pakej diri sebagai seorang insan yang bergelar hamba kepada Allah.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,” Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?” (Al-Ankabut:2)

Jika kita lihat hidup ini dari kaca mata sendiri, tidak dinafikan seluruh isi dunia ini cukup indah untuk dinikmati. Cukup pesona untuk dimiliki. Siapa yang tak inginkan kereta mewah, rumah banglo besar, pangkat yang tinggi, suami yang kacak, isteri yang jelita, anak-anak yang comel dan macam-macam lagi? Mungkin tak akan ada yang menolak jika disajikan dengan semua ini. Tak salah untuk memiliki apa yang diimpi tapi apakah cukup dengan semua ini untuk menghadap Ilahi? Bukankah kita yakin bahawa hidup ini cuma sementara ?

Marilah kita fikirkan kembali. Melihat hidup ini dari neraca Allah.

Adakah kita sedar dari manakah kita datang?

Kenapa kita dijadikan?

Ke manakah kita akan pergi?

Dan adakah kita hidup kembali?

Iman bukan sekadar percaya dan yakin. Tetapi iman lebih dari itu. Iman, apabila ia menjajah segenap hati, ia mampu merubah seseorang menjadi individu yang lain. Individu hebat yang memanifestasikan segala suruhan RabbNya dengan benar dan yakin. Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah.

Hidup ini adalah sebuah perkelanaan… Kita beruntung kerana dipilih olehNya untuk berada di muka bumi ini… Sedangkan jutaan yang lain tidak punya kesempatan… Kita bertuah dipilih olehNya untuk sedar akan hakikat Ad-Din ini… Sedangkan jutaan yang lain masih larut dalam kelalaian…
Sekarang, tugas kita adalah memilih… memilih untuk berada di jalan menuju syurgaNya atau jalan untuk ke nerakaNya.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

“Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba maka Allah memberinya kefahaman (faqih) tentang agama dan memberinya ilham kelurusan”. (HR Thabrani)

Ya Rabbi,

tetapkanlah aku, dia dan mereka di atas pilihan ini dijalanMu.
Cinta yang sebenar, cinta yang hakiki, adalah cinta kepada Allah semata-mata. Semoga kita termasuk dalam golongan yang dicintai-Nya selalu, dunia dan akhirat...

Semoga terus istiqamah.

:: Ketika Mana Hati Terkunci ::

Ketika mana hati tidak mampu mengunkapkan rasa,
Ketika mana kata terkunci dek rasa yang terluka.
Namun ku harus gagahkan juga,
Apabila sabar dan tawakal menjadi sandaran..sabar menjadi teman,ALLAH tempat bergantungan..Janji-Nya pasti ku genggami,Senyuman DIA kurniakan selepas mendung ku jalani..Pelangi Hikmah DIA hadiahkan..Syukurku,Sujudku,Hatiku,Diriku,DIA lebih mengetahui...DIA lebih mengenali....Bukan Si Hamba....
Biar nafsu sunyi tanpa godaan..Biar hati sunyi tanpa kemaksiatan..Akan tetapi jangan biarkan akal sunyi tanpa ilmu..Dan jangan biarkan hati sunyi tanpa cinta kepada Allah..

WANITA YANG SOLEHAH tidak akan mengalah hanya kerana CINTA SEORANG LELAKI yang BELUM PASTI MENJADI SUAMI..

Wahai sahabatku..lihatlah wajah AYAH DAN UMIMU dan lihatlah dengan MATA HATIMU, ISLAM..golongan sepertimu adalah yang PALING DISUKAI oleh MUSUH-MUSUH ISLAM..lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup TAKUTKAN SEMANGAT JIHAD yang ada pada kita, ORANG ISLAM..tapi, LIHATLAH JIHADMU sudah HAMPIR TERKULAI LAYU..kamu tidak akan mampu menentang mereka, sebab kamu sendiri TIDAK MAMPU MENENTANG JIHAD NAFSUMU dalam dirimu.
 
Ya Allah, aku malu dan kuatkanlah aku utk terus KUKUH DALAM MUJAHADAHKU ini... Engkau permudahkanlah juga untuk 'dia' teruskan MUJAHADAH dijalanM...

Biarlah tutur bicara ibarat penyembuh kesakitan dan ibarat senyuman penyejuk qalbu bukannya membuat kelukaan dan umpama semburan minyak yang menyalakan api kemarahan. Allah Maha Mengetahui...

SEKUAT mana seorang WANITA cuba menghadapi DUGAAN...SETABAH mana seorang wanita cuba melalui UJIAN...SETENANG mana seorang wanita cuba MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN..."
Adakalanya, AIR MATA akan tetap JATUH BERGUGURAN di pipi walau dalam SENYUMAN, lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN, mudah terguris dan terhiris, hati halusnya menguatkan SEMANGAT dalam diri dan hanya LELAKI SEJATI sahaja yang mampu menjadi PENAWAR buat dirinya...

Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta. Kadang-kadang Allah tak bagi sebab Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta. Tapi bukan Allah tak bagi terus. Allah ganti dengan yang sesuai. Kadang-kadang Allah tak bagi sebab Allah teringin (rindu) nak dengar kita duk merayu kat DIA. Kadang-kadang Allah tak bagi sebab Allah takut kita lupa diri. Tapi teruslah meminta sebab kita HAMBA-NYA.



:: Penantian Saat Itu ::

Dalam berumahtangga janganlah memilih atas dasar kesempurnaan pasangan kita. Jika kita memilihnya atas dasar kesempurnaan, kelak apabila kita hidup dengannya..hanya kekurangan pasangan terlihat di pandangan mata. Akibat dari menjangkakan kesempurnannya, keelak kita akan kecewa. Terimalah dia seadanya.. "kebaikannya kita syukuri, kekurangannya diredhai.."

Sekalipun seringkali kita berjauhan.. "Saat bertemu tiada jemu..bila berpisah tiada gelisah.." INSYAALLAH

"SEORANG ISTERI YANG BAIK ADALAH SEORANG ISTERI YANG TIDAK MENGHARAPKAN SUAMI YANG SEMPURNA"

Janganlah memandang isteri dengan pandangan mata yang kering..atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu.

Pandanglah isteri dengan pandangan hati.. Kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita..

"Tiada sesuatu yang paling berharga selepas nikmat Islam selain teman yang baik Bila kamu dapati kewujudan bibit kasih sayang padanya.. Maka pangillah ia dengan bersunguh-sungguh.."
~Umar al Khatab r.a~



Seseorαng yang hadir dαlαm hidup kitα hαnyα milik Allαh. Ianya hanyalah pinjaman & segαlαnyα hak Allαh. Jαdi bilα semuα ini hak Allαh, mαkα Diα berhαk buαt segαlα sesuαtu .Diα berhαk beri cintα dan kαsih sayang. Diα juga berhαk tαrik bαlik semuα itu.Selαlu jugα ingαt bαhαwα αpα yang kitα rαsα terbαik itu belum pαsti menjαnjikαn yang terbαik untuk kitα. Dαn αpα yg dirαsα αib & menyαkitkαn itu tidαk semestinyα pαhit di hujungnyα. Selαlu ingαt bαhαwα αpα yang Allαh buαt untuk kitα, αdαlαh yang terbαik untuk kitα. Dαri situ kitα αkαn mulα belαjαr erti redhα.

"Kitα tidαk mαmpu mengαwαl αrαh tiupαn αngin, kitα hαnyα mαmpu mengαwαl kemudi pelαyαrαn kitα".

"Allah SWT tidak menciptakan wanita dari kepala lelaki untuk dijadikan atasannya..
tidak juga Allah SWT menciptakan wanita dari kaki lelaki untuk djadikan bawahannya..
tetapi Allah menciptakan wanita dari tulung rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dlindunginya, & dekat dengan hatinya untuk dicintainya"

JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang..cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah..

Sebab apa?

Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan buatku, buat hidupku..tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri..buat apa terlalu memikirkan sangat.....kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak..BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup...
Belum dikatakan dia JODOH kita selagi ‘AKAD’ tidak TERTUNAI ..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi..



 

:: Mencari Ketenangan Jiwa ::



Wahai hati..
Renunglah sudah berapa lama engkau hidup senang lenang..
Renunglah asalmu hanya dari setitis mani..
Apakah dunia ini telah mengkhayal & mempesonakan mu..
Telah lupakah cinta & rindumu pada syurga..

Wahai hati..
Sampai satu masa jika tidak engkau tidak terbunuh..
Engkau pasti akan mati..

Dalam perjuangan seorang dai'e, mujahid.. tiada erti kegagalan. Tetapi kejayaan itu pasti menanti kita..samada kita perolehi kemenangan atau syahid di jalan Allah.

Kehidupan itu umpama pohon bunga mawar berduri dan seni adalah bunganya sedangkan duri itu cabarannya. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.


Sebaik-baik hari adalah hari yang memberikan tambahan kesabaran kepada kita, yang memberikan ilmu kepada kita, yang mencegah agar tidak semakin tenggelam dalam dosa, yang membukakan pemahaman dan yang memberikan tekad kuat dalam diri kita.


"Dunia itu 3hari...Kelmarin segalanya telah berlalu.. hari esok boleh jadi kamu tidak menjumpainya .Hari ini untukmu, maka isilah ia dengan amal..."~Sayidina Hasan r.a~

Kekuatan kita yang sebenar adalah bergantung kepada sejauh mana kita berhubung dengan Allah swt. Semakin kuat kita dengan Allah swt, semakin kuat pula bantuan dan keberkatan yang akan diberikan Allah swt kepada kita....


"Bukan semua yang mengembirakan hati kita baik untuk kita, kadang-kadang yang mengembirakan hati itu tersembunyi derita.."

Saat kita merasa lemah, tiada upaya..Saatnya kita merasa seakan hampir rebah, terduduk & menangis.. Saat itulah sebenarnya kita memerlukan seluruh kekuatan dari dalam diri.Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana..mungkin air mata tika itu hadir kerana Allah swt mahu kita menjahit kembali pakaian IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan....
Di dunia ini ada yang memburu kekayaan, kesenangan, kegembiraan, kebahagiaan,ketenangan dan kedamaian. Semua ini datang dari Allah, namun ia bukan mudah bagi kita untuk meraihnya kerana ia tersembunyi. kita perlu mencari & memburu bagi mendapatkannya. Bukan hanya cukup sekadar berdoa sepanjang masa, tanpa usaha & tindakan yang perlu dilaksanakan bagi mendapatkannya.

Berkawan dan dekatilah orang-orang yang boleh memimpin ke arah kebenaran,masukkan diri dalam situasi yang menyenangkan, hindarkan dari berada atau terperangkap dalam situasi yang akan hanyut dengan keseronokan sementara duniawi ni. Merenung keindahan alam ciptaan Tuhan, bertafakur akan kebesaranNya. Abadikan dengan jiwa,fikirkan berkaitan kejadian alam dan manusia dan segala makhluk yang diciptakanNya.

Bukan mudah untuk mencari kadamaian jiwa perlu pergorbanan masa dan kesabaran bagi mencapai apa yang diimpikan. Katakan pada diri, aku boleh lakukan dan mampu untuk menghadapinya. Dan yang lebih penting sentiasa berdoa pada Allah mengharapkan setiap detik rahmat dariNya dan keredhaanNya. Juga bawalah keikhlasan walau di mana berada,Ingatlah tanpa keikhlasan maka tiada keredhaanNya.

Bangunlah di sepertiga malam bertintakan air mata & tujukan segala isi hatimu beralamatkan Arasy Allah.. Semoga Dia mendengar keluhan & permudahkan segala urusan..DUNIA & AKHIRAT.. Insyaallah!

........Keutamaan Bulan Rejab.............


Rasulullah S.A.W. :

“ Rejab adalah bulan Allah , Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku”

Ahli isyarat mengatakan, “Rejab itu terdiri dari huruf ra, ertinya ialah rahmat. Kemudian jim, ertinya jurmu abdi (kesalahan hamba). Dan ba, ertinya birru Allah (kebaikan Allah). Maka seolah-olah Allah mengatakan,“Aku jadikan hamba-Ku di antara rahmat dan kebaikan-Ku.”

Dari Abu Hurairah r.a. , dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W.

“Siapa berpuasa dua puluh tujuh Rejab , maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan . Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibtil turun kepada Nabi S.A.W. di israk-mikrajkan.”

Baginda juga bersabda :

“ Rejab adalah bulan Allah . Siapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah , pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung.”


Dikatakan, “Allah menghias bulan-bulan itu dengan empat bulan; Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab “. Itulah empat bulan haram yang disebutkan dalam Al-Qur’an :

“ Di antara ada empat (bulan) yang mulia “

(Q.S. At-Taubat : 36)

Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca surah Al-Ikhlas di Baitul Maqdis setiap bulan Rejab sebanyak dua belas ribu kali. Dia memakai pakaian bulu di bulan Rejab. Kemudian dia jatuh sakit dan berwasiat kepada anaknya agar pakaian itu dikuburkan bersamanya. Namun ketika meninggal, dikafani dengan kafan yang elok. Maka si anak bermimpi melihat ibunya seraya berkata, “ Aku tidak redha kepada mu kerana kamu tidak melakukan wasiatku.” Si anak lalu terbangun dan terkejut. Kemudian anak itu mengambil pakaian ibunya di situ. Dia hairan. Kemudian ada suara memanggil, “Tidakkah kau tahu , bahawa orang taat kepada Ku di bulan Rejab, tidak akan Ku-biarkan dia bersendirian di liang lahad !”

Dirawikan bahawa ketika sepertiga malam dari hari Jumaat bulan Rejab, semua malaikat memohon diampunkan untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab.

Dari Anas ra. Dia berkata , Telah bersabda Rasulullah S.A.W. :

“Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram , dituliskan untuknya pahala ibadah sembilan ratus tahun,”Dan berkata Anas ra. “ Pekak sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari Nabi S.A.W.”

Bulan yang mulia itu ada empat. Malaikat terpilih juga empat. Kitab terutama yang diturunkan juga empat. Anggota wudhuk juga empat. Kalimah tasbih juga empat , iaitu , Subhana Allah , walhamdulillah , lailaha illa Allah , wa Allahu Akbar.” Pokok hitungan juga empat ; sa , puluh , ratus , ribu, waktu juga empat , jam , hari bulan , tahun. Musim juga empat ; bunga hujan , luruh , kemarau .Watak juga empat; panas , dingin , basah , kering . Penguasa badan juga empat ; kuning , hitam , darah dan dahak.Khulafa’ Ar Rashidin juga empat : Abu Bakar , Umar , Usman , Ali ra.

 Ad-Dailami meriwayatkan dari Aisyah ra., dia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Allah menyiramkan kebaikan pada empat malam : malam Adha , malam Fitri , malam nisfu Syaaban dan malam pertama bulan Rejab “

Ad-Dailami meriwayatkan dari Abi Umamah dari Rasulullah S.A.W., baginda bersabda:
“Ada tiga malam tidak akan doa tertolak; malam pertama bulan Rejab , malam nisfu Syaaban , malam Jumaat dan malam Aidil Fitri dan Aidil Adha“


Petikan dari terjemahan
Kitab Mukashafah Al Qulub – Imam Al Ghazali

 

JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMI-MU INI

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
Kau terimalah taubatku
Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
Aku mahu taubatku Kau terima dan semua manusia pun maafkan aku
Kerana niatku berhidup di bumi-Mu ini ingin berbuat baik dengan-Mu dan semua hamba-Mu
Tiada niat untuk berlaku zalim pada-Mu dan pada sekalian hamba-hamba-Mu

Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumi-Mu ini
Matikan aku dalam keadaan
bersujud pada-Mu
membaca Qalam-Mu
berzikir pada-Mu
berkata yang baik-baik
menulis yang ada nilaian di Sisi-Mu
berbuat kebaikan...bersangka baik dengan-Mu dan manusia



Ya Allah Tuhan Yang KuCinta
Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
Jika itulah yang dapat kulafazkan
Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
Akulah hamba-Mu yang bertuah
Kerna aku mahu mati dalam redha-Mu

Ya Allah aku hamba-Mu yang terlalu hina
Kerana amalan tak seberapa ingin masuk Syurga-Mu
Amalan tak setimpal dengan balasan Syurga-Mu
Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
Tapi semuanya kerana-Mu Ya Allah ...Pandangan-Mu yang kumahukan dan
jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan Syurga-Mu
Tapi semata kerana mendapat redha-Mu ...mendapat balasan cinta dari-Mu


Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redha-Mu
Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
untuk mendapat redha-Mu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka
yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaan-Mu ini

Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redha-Mu
Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumi-Mu ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin

:: Mehnah Perjuanganku ::

Aku sentiasa punya pilihan. Sama ada pilihan aku adalah untuk tidak memilih atau sebaliknya. Ianya tetap satu pilihan. Dan aku memilih untuk memilih dengan meletakkan tawakal dan tekad sebagai arah agar tidak tersasar. Juga mengharapkan agar sesal tidak menghambat di kemudian hari. Namun segalanya hanya DIA yang Maha Mengetahui.

Telah lama kucari kekuatan untuk meletakkan langkah setapak ke hadapan. Ternyata tidak senang untuk membuat kata putus apalagi menyimpulnya erat. Adakalanya yang biasa itu telah menjadi terlalu biasa seakan sebati dengan diri dan penghidupan.

Disebabkan yang biasa itu juga, aku sering memilih untuk tidak berubah, tetap dan setia pada yang sedia ada. Walaupun ada masa-masanya aku sendiri tidak pasti.. itukah yang dinamakan kesetiaan atau itukah yang digelar ketakutan?

Apa sekalipun, selagi aku bergelar manusia kita sentiasa punya pilihan. Memilih pada pekatnya hitam atau putihnya cahaya. Namun apa yang sering aku terlupa.. yang putih juga kadangkala mampu menyilaukan dan yang hitam itu tidak semuanya menyesakkan.

Apa yang nyata, dalam hidup ini setiap satunya ada baik dan buruknya. Pada akhirnya, segalanya terpulang pada diri dan hati kita sendiri kerana pandangan kita akan berbalik kepada diri sendiri.


Seputar Hidupku Berdakwah

Aku adalah penjunjung kebenaran
Memikul kalam Ilahi
Kuseru ke jalan Tuhanmu dengan hikmah
Dan nasihat-nasihat yang indah

Argh…aku khilaf
Aku menegur kesilapanmu
Namun kalamku setajam belati mengguris
Setiap sudut kalbumu

Semua dihadapanku, terpaku membisu
Kalamku melangit tinggi tidak membumi
Membanjiri bak tsunami

Tidak kutahu lautan hatimu
Kita berjanji engkau mungkiri
Adakah kau lupa Rasulullah pernah bersabda
3 ciri orang munafik: pabila berkata kau berdusta,bila berjanji kau mungkiri,bila diamanahkan dikhianati


Aku gagal lagi
Niatku suci namun… dicemari emosi
Nafsu amarah menguasai diri
Buatku jauh dari cahaya Ilahi

 

:: Lembutmu Bukan Penghalang ::

Hayunan pedang tangkas menghunus. Perang semakin sengit. Tentera Muslim berhadapan dengan tentera Rom yang ramai. Perindu-perindu syahid agak keletihan. Saat melamar bidadari syurga terasa kian hampir. Biar syahid, mengalah tidak sekali!

Keduk…keduk…keduk…

Seekor kuda perang meluncur gagah. Wajah si penunggang itu dilitupi kain. Berani. Debu-debu sahrawi berterbangan. Mata-mata terbeliak kagum. Teruja. Amuk si perwira menghayun tombak dengan garang. Musuh-musuh Allah jatuh. Allahuakhbar! Semangat tentera Muslim menyala-nyala. Musuh berasa gerun.


 “Adakah itu Khalid al-Walid?” Mereka tertanya-tanya.

Sememangnya nama besar Khalid al-Walid cukup menggentarkan mereka. Salah seorang ketua skuad Islam, Raafe bin Umaira berbisik kagum,

“Beliau bertempur seperti Khalid al-Walid, tapi saya yakin beliau bukan Khalid.”

Saat tersingkap tabir wajah, nyatalah sang perwira itu bukan seorang lelaki perkasa sebaliknya seorang srikandi yang berhati waja. Tatkala mengetahui tentera yang mengucar-ngacirkan musuh itu adalah Khawlah al-Azwar, Khalid al-Walid hampir terjatuh daripada kudanya. Takjub.

Membebaskan abang tersayang

Khawlah al-Azwar terdorong menggempur musuh, mencari syahid dalam peperangan itu sebaik sahaja beliau mendapat berita bahawa abangnya Zirar al-Azwar telah ditawan. Sangkar besi milik tentera Rom yang penuh dengan penyeksaan membuatkan Khawlah al-Azwar tidak mampu mendiamkan diri.

Peperangan beransur reda apabila barisan pertahanan pihak musuh berjaya dipecahkan. Khawlah tidak sabar-sabar menanti operasi seterusnya. Abangnya mesti dibebaskan. Tentera Muslim mengatur operasi serangan seterusnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin. Di situlah Zirar al-Azwar dipercayai terpenjara. Khawlah al-Azwar menghunus pedang, menyertai perang. Akhirnya, di situ abangnya yang tersayang berjaya dibebaskan.


Mahir berkuda dan bersenjata

Khawlah al-Azwar, namanya seindah peribadi. Dibesarkan pada zaman di mana Islam sering diancam dengan peperangan. Ayahnya sedia memperlengkapkan didikannya dengan ilmu mempertahankan diri. Sejak kecil lagi dia diajar untuk menunggang kuda dan bermain pedang. Segala teknik dan kemahiran juga diperturunkan kepadanya. Maka, mekarlah si mawar agama itu sebagai seorang srikandi yang perkasa. Mahir bersenjata dan berkuda.

Dalam Perang Yarmouk, beliau cukup berwibawa memimpin dan memelihara kaum wanita yang ikut serta dalam peperangan itu. Tidak lengkap pasukan tentera Islam tanpa kaum wanita sebagai sayap kiri perjuangan. Dan ketika itu, keberanian Khawlah terserlah sehinggakan dalam satu kejadian, kepalanya cedera mengalirkan darah. Pengorbanannya tidak sia-sia. Panji kemenangan Muslim berkibar dalam peperangan itu hingga membawa kepada pembukaan Syam. Bandar Damsyik bercahaya dengan sinar baru.

Terlepas dari kurungan

Dalam peperangan Sahura, Khawlah dan beberapa mujahidah Muslimah ditawan. Namun, sekali-kali tiada episod kekalahan dalam kamus hidupnya. Lawan tetap lawan. Mungkin begitu jeritan batin Khawlah. Beliau tidak mahu hanya terus menanti bantuan tanpa berusaha melakukan tindakan. Bertalu-talu hatinya menerima semangat yang menyuruhnya berlawan. Pengawal-pengawal yang mengurung mereka kelihatannya nampak gagah perkasa. Sekali pandang, untuk menemui kebebasan itu memang mustahil. Dia mungkin tidak berupaya jika melawan secara berseorangan. Lalu, dia berpidato untuk membakar semangat teman-temannya.

“ Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang kafir yang dilaknati? Adakah rela saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana? Di manakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Muslimah yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom.”


Mendengarkan bicaranya itu telah membangkitkan singa yang tidur dalam jiwa setiap mujahidah Islam tika itu. Sebelum memulakan misi serangan ke atas pengawal-pengawal yang garang itu, mereka berdoa, bertaubat dan bermunajat dengan bersungguh-sungguh dan seikhlas hati kerana selepas ini mereka mungkin terpilih dalam mendapat bantuan Allah ataupun dibawa menghadap Allah Yang Maha Kekal. Menang atau mati syahid, mengalah tidak sekali!

Khawlah al-Azwar berpidato lagi,

“Jangan sesekali saudari gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya-Allah pertolongan Allah sudah dekat.”

Allahuakhbar! Pasukan Muslimah itu bertempur dengan pengawal-pengawal durjana dan akhirnya mereka berjaya menumpaskan mereka. Lantas, mereka lari membebaskan diri daripada kurungan untuk terus berjihad, bergabung dengan tentera Muslimin.

Begitulah kentalnya episod hidup Khawlah al-Azwar. Hari ini Islam sering terancam. Adakah mungkin akan lahir lagi jiwa srikandi seperti Khawlah al-Azwar yang tegar membela Islam? Atau hanya mampu berpeluk tubuh menuding jari kepada orang lain melihat suasana yang semakin kucar-kacir?
 

Pelaksanaan amal

1. Nilai ikhlas penting dalam proses pembinaan jati diri sebagai seorang wanita muslimah kerana ia menuntut pengorbanan yang besar dalam mendidik mereka untuk memainkan peranan sebagai seorang hamba Allah, isteri, ibu dan ahli masyarakat dengan sebaiknya.
2. Meletakkan sifat malu yang bertempat. Dewasa ini, wanita muslimah diasak hebat dengan kelantangan golongan yang menuntut ideologi feminisme itu tertegak. Maka, kita sewajarnya mampu melahirkan pejuang sehebat Khaulah dalam menghadapi perang ideologi ini.
3. Muslimah yang jujur dalam keimanannya akan sentiasa beribadah kepada Allah dengan penuh pengharapan dan semangat yang tinggi kerana dia menyedari bahawa amanah untuk menegakkan syariat Allah itu wajib ke atas setiap muslim dan muslimah.
4. Darjat seorang wanita diangkat tinggi dalam Islam. Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan, kerana sebahagian kamu adalah sebahagian yang lain.” (Ali Imran:195)

Mereka juga orang yang tak pernah keciciran dari medan juang. Malah, sayap sang lelaki bakal longlai dan lesu tanpa pelengkap kekuatan dari sayap sang wanita. Mereka jugalah yang melengkapi kefanaan dunia dengan seindah perhiasan iaitu wanita solehah. Melontarkan persoalan kepada diri sendiri, adakah kita orangnya?
  

:: Indahnya Menjadi Yang Pertama ::

“Wahai Rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini.

Itulah kalimat agung yang menggambarkan hakikat tajarrud (penyerahan total) yang tinggi kepada perjuangan yang diimani.

Ungkapan yang menyebabkan Ruhul Amin bergetar lantas segera naik bertemu dengan Allah swt,

Jibril bertanya: Ya Allah, tidakkah Kau mendengar kata-kata itu?


Allah menjawab: Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga. Jibril, sampaikanlah salam Aku kepadanya.

Alangkah hebatnya insan ini hingga Allah sendiri mengirim salam sejahtera kepadanya .Siapakah dia dan apakah keistimewaannya hingga terpilih untuk mendapat kehormatan sebegini?

Beliaulah wanita pertama, bahkan insan pertama yang meyakinkan pembawa risalah akan kebenaran agama ini. Yang pertama menyatakan kesediaan untuk berkorban dan menyerah segala-galanya semata-mata mempertahankan kebangkitan ajaran suci ini. Beliaulah Khadijah binti Khuwailid, wanita tersohor di zamannya yang mendampingi pembawa risalah untuk umat akhir zaman ini.




Tujuan penulisan ini bukanlah sekadar untuk kita mengenang dan menangisi pemergian beliau, bukan juga hanya untuk menceritakan riwayat hidup beliau yang sememangnya sudah dihadam oleh kebanyakan kita, tetapi tujuan penulisan ini ditulis adalah untuk mengajak pembaca untuk menjadi yang pertama!

Mari menjadi yang pertama.

Kerana merupakan yang pertama berimanlah yang menjadikan beliau yang pertama menerima khabar gembira dijamin sebagai ahli syurga serta mendapat penghormatan dan gelaran ummul mukminin, di mana beliau adalah penghulu seluruh wanita di dunia ini dan di dalam jannatul firdaus nanti.

Diriwayatkan oleh al-Bazzaar dan at-Thabraani daripada Ammar bin Yasir, Rasullulah S.A.W bersabda,

Khadijah melebihi wanita-wanita umatku sebagaimana Maryam melebihi wanita-wanita seluruh dunia

Imam Bukhari juga meriwayatkan kata-kata Abu Hurairah bahawa pada satu ketika Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah S.A.W. Dia berkata,

Wahai Rasulullah, Khadijah sudah datang membawa makanan dan minuman. Kalau dia sudah tiba, sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan daripadaku, khabarkan kepadanya sebuah istana yang diperbuat daripada intan permata sudah disediakan untuknya.

Kerana yang pertama menyokong dan memberi kekuatan kepada Rasulullahlah Khadijah mendapat tempat yang utuh di dalam hati baginda Rasulullah saw hingga mendatangkan rasa cemburu dalam hati isteri-isteri baginda yang lain.


Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun isteri Rasulullah S.A.W seperti cemburuku kepada Khadijah. Dia memang sudah meninggal dunia sebelum baginda mengahwini aku. Tetapi aku cemburu kerana aku mendengar baginda menyebut-nyebutnya, dan baginda diperintahkan oleh Allah supaya memberinya khabar gembira bahawa dia mendapat sebuah istana di syurga, juga kalau baginda menyembelih kambing, baginda menghadiahkan dagingnya kepada teman-teman khadijah

Kerana menjadi yang pertama terlibat dalam perjuangan menegakkan Al-haq, kini Khadijah tenang di alam barzakh sana, dibawah bayangan nikmat-nikmat syurga, di dalam keadaan ganjaran pahala sentiasa mengalir sampai kepadanya kerana amalan-amalannya, pengorbannanya menjadi contoh ikutan oleh umat ini.
 

Diriwayatkan oleh Muslim:

Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun.
[Hadith sahih riwayat Muslim]


Indahnya menjadi yang pertama.

Tiada jual beli yang lebih menguntungkan melainkan kita bersama menjejaki dan mencontohi mereka yang telah berjaya melalui tempoh ujian dan dugaan dalam memperjuangkan Al-haq dan menumpaskan kebatilan .

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
(Az-Zumar:18)


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui. Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.
(As-Soff: 10-12)

Sejarah telah membuktikan, perjuangan ,pengorbanan ,kesusahan ,keperitan dan penderitaan yang dilakukan semata-mata untuk memenangkan agama ini,pasti tidak akan disia-siakan.Dan mereka yang terlibat di peringkat awal merupakan yang paling mendapat keberuntungan didalam perjuangan ini.



Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-hadid:10)

Mari menjadi Khadijah untuk umat ini. Mari menjadi yang pertama!

    

:: Kerinduanku ::

Di pagi yang hening aku duduk sendiri melihat keindahan alam yang Allah ciptakan..
Subhnallah,tidak terungkap dek kata-kata tentang kebijaksanaanMU ya Robbi mengaturkan alam semestaMU..
Aku juga telah Engkau ciptakan seiring dengan tanggungjawab yang telah Engkau amanahkan...
Aku bahagia dan aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan...
Allahuakhbar...
Sukar untuk menafikan kekuasaanMU kerana KecintaanMU kepadaku melebihi dari segala-galanya..
Engkau memberikan sesuatu yang tidak ternilai oleh harta dunia setelah Engkau mengambil sesuatu yang sangat bernilai bagiku..
Ya Allah...
Engkau Maha Mengetahui sejauh mana kekuatan jiwa dan hatiku...
Aku ingin memiliki jiwa yang besar yang mampu melindungi apa yang ku rasa...
Aku tidak ingin menampakkan kelemahan ku di hadapan insan-insan yang ku kasihi keranaMU...
Engkau Mengetahui segala apa yang tidak pernah aku ketahui Ya Allah...
Kerinduanku terhadap ibu dan adik-adikku membuak-buak tak terluah dek kata-kata pujangga...
Namun jauh di sudut hatiku..
Aku tersangat merindui ayahku..
Ayahku yang kini berada disisiMU...
Aku menangis..
Aku terluka...
Aku masih memerlukan dia disisiku..
Namun dia tetap ingin pergi kepadaMU...
Kerana dia telah menemui destinasi rehatnya...
Allahurobbi...
Aku ingin menjadi anak yang solehah untuk ayahku..
Aku amat mencintai keranaMU...
Aku ingin menyelamatkannya..
Dengan penghijrahanku ku niatkan hanya untukMU...
Kasih sayangnya yang mencurah kepadaku..
Walau dia sering terluka keranaku..
Namun dia tidak pernah sesekali meninggalkanku...
Dia seorang yang setia mengajarku erti kekuatan..
Pesanan dia kepadaku..
Teruskan mujahadahmu wahai anakku..

Ayah akan sentiasa disisimu...

:: Tangisanmu Wahai Anakku ::

Ummi tidak terluah kata
Tika mana Ummi merasakan kehadiranmu,
Ummi hanya mengucapkan syukur,
Begitu juga dengan Abimu,

Selama sembilan bulan,
Ummi membawamu bersama,
Ke Utara Mahupun Selatan,
Ke Timur Mahupun Barat,

Ummi tidak pernah lelah,
kerana dirmu juga gundah,
Untuk melihat dunia,
Yang tidak setia pada Penciptanya,

Ummi hanya melihat kaletahmu saat mana ummi ada bersamamu,
Abi melihatmu tika mana ummi melahirkanmu,
Tangisanmu melegakan Ummi,
Kerana Ummi yakin Engkau sudah hadir,

Namun tika mana dirimu ingin meneruskan langkah,
Engkau Di cuba,
Ummi dan Abi tiada di sisi,
Kerana Menyahut Seruan Ilahi,

Engkau masih sangat kecil,
Hanya Tangisanmu menjadi pelindung diri,
Moga Allah sentiasa merahmati,
Wahai Malaikat Kecil Ummi,

Andai Ummi mampu utk melindungimu sayang,akan Ummi lakukan apa sahaja asalkan kamu masih hidup dan meneruskan perjuangan demi membebaskan Tanah Air kita...
Tangisanmu menghambatkan segala Kegusaran di jiwa Ummi,kerana tangisanmu itu membuktikan Kamu Seorang Anak lelaki Ummi yang hebat...
Dengan Tangisanmu itu Engkau membuktikan kepada Ummi bahawa Mereka hanyalah Pengganas yang Rakus menawan KORBANNYA...
Ayuh bangkitlah wahai anakku,Ummi sentiasa BersamaMu.. Hentikan Tangisanmu kerana Allah itu sentiasa ada Untukmu....

:: Aku Tidak Sempurna ::

Kemulian wanita tidak terletak pada ketentuan seorang lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai pelindung sebaliknya kemulian wanita terletak pada teguh peribadinya dalam memelihara diri daripada kepalsuan hidup dan fitnah duniawi.

Kadang kadang membuat orang jatuh hati mungkin mudah tetapi membuat orang menyintai setulus hati bukanlah perkara mudah. Oleh itu carilah Cinta-Nya Yang Pertama, mudah mudahan akan terlahir cinta sejati insan yang sentiasa dekat hatinya kepada Tuhan Yang Maha Pemberi. Insya'Allah Aamiin ya Allah. Allah Maha Mengetahui.
Sudah biasa..
meredah sakit, melawan perit
menggilap sabar bukan sedikit
banyak luka dijahit-jahit
yang patah kembali bangkit
makin ringan memori sulit

Sudah biasa..
memasong diri kerana kasih
menagih rintih menjauh sisih
hanyutkan aib dibuai sedih
hingga diri tidak terpilih
pun kecewa tetap kan pulih

Sudah biasa..
dipekup tajam nista dan hina
tiap usaha serba tak kena
bagai wujud tiada guna
menular panjang rasa merana
namun yang busuk tidak kemana

Sudah biasa..
madu dikalung, racun dibalas
tanpa ehsan, tanpa belas
dendam dan iri tidak dibalas
nurani mulia dipegang kemas
hati tetap jelas, senyum masih ikhlas

Sudah biasa..
membiasakan hidup luar biasa..

Saat kita cemburu melihat orang yang kita suka bersama dengan orang lain, melihat kejayaan orang lain melebihi diri kita, melihat orang bahagia lebih dari kita, melihat kekayaan orang lain lebih dari diri kita, INGATLAH satu perkara, Allah juga sedang mencemburui kita lebih dari segala2nya .. Allah cemburu kerana kita tidak yakin dengan rezeki yang Dia telah janjikan utk kita, Allah cemburu krn kita tidak yakin Dia akan memberi kita pasangan yang jauh lebih baik, Allah cemburu krn kita tidak yakin bahawa Dia lebih mengetahui segala2nya berbanding Kita...
Itulah Kerana Aku Tidak Sempurna...

:: Andai Panggilan Allah itu BERTANDANG ::

Selamat tinggal pada semua,
Semoga Sejahtera ku di sana,
Doakan kedamaian dan ketenanganku disisi Sang Pencipta,
Aku tidak sempurna kerana aku hanya hamba yang biasa-biasa sahaja

Walau tikanya tabiatku jelik,
Mengundang amarah yang sang kerdil,
Aku tetap meneruskan langkah,
Mencari secebis cahaya pengharapan,

Aku bukan sempurna,
Bila mana satu ketika,
Aku membinasakan semuanya,
Dengan pelbagai musibah yang menimpa,

Namun DIA tidak kejam,
Satu Saat mendatangkan peluang,
Membawa hatiku kembali pada Yang Maha Esa,
Tatkala semua insan menghina,

Aku bersyukur,
Dalam ketidak sempurnaan ini,
DIA memandang wajahku dengan Rahmat kasih sayangNYA,
Allahuakbar,Engkau Maha Pengampun,

Penerima segala taubat hamba-hambaMU,
Tika cahaya Taubat itu menerkam,
Aku tidak mampu menahan lagi,
Kerana aku kini telah menginsafi,

Aku tidak sempurna,
Kerana aku buta,
Buta pada dunia,
Yang akhirnya membawa aku ke sana,

Ke alam yang Ketiga,
Bertemu Sang Pencipta,
Menentukan syurga atau neraka,
Tempatku akhirnya,

Andai panggilan Allah itu bertandang,
Aku perlukan Persiapan,
Persiapan untuk pulang,
Pulang kepada Tuhan

:: Anugerah Cinta Yang Terindah ::

WASIAT demi WASIAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T.

Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
 
Indahnya memiliki seorang anak itu kerana ianya merupakan anugerah Allah yang terindah...
Didiklah dia menjadi Mujahid dan mujahidah kebanggan yang membelamu dan Agamanya yang tercinta..
Fitrah si anak itu suci tika lahirnya,genggamanmu itu cengkaman terkuat pada hati dan akhlaknya...
 
Ku tunggu saat itu tiba memiliki permata hati serta malaikat kecil di hati ini...
anugerah Cinta terindah disulami dengan senyuman dan tawanya...
Membawa kebahagiaan hingga Allah pertemukan kembali di syurga...
 

:: Bila Hati Berbicara ::

Duhai Hati...
Orang yang mempersiapkan diri dengan peribadi muslim insyaALLAH akan di anugerahkan bait al-muslim. Cinta barakah akan terus bersemarak indah dalam ikatan nikah. Ia melengkapkan separuh agama. Namun andai tiada jodoh di dunia, cinta fitrah yang terpelihara akan terus mendapat barakah dengan meneguk lazatnya "REDHA" pada ketentuan NYA...

Tak mampu ku dustai rasa ini
cukuplah dengan pertautan hati
Belum masanya berhubung saban hari
awasi hati dan anggota takutkan Ilahi..

Aduh!!!!!!
Beratnya menggalas perasaan cinta
Tatkala pacaran menjadi budaya
Mujurlah wahyu menunjuk cara
Jangan diikut sebahagian besar manusia

Cintaku bukan cinta murahan
Jati diri benteng pertahanan
Cabaran komunikasi ku tundukkan
Mengawal hati formula kekuatan...

Aku berazam pada diri
kuingin mahligai kasihku berdiri
Tanpa kenangan cinta yang di cemari
Tanpa noda kemurkaan ilahi

Kuingin hadiahkan cinta suci
Buat insan yang ku nikahi
Dengan Allah sebagai juri
Bukan nilaian nafsu sendiri...

Design by Blogger Templates