Puisi - Hasrat Hati.

Bismillahirahmanirahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pencinta Maha Mengasihi.


Yaa Akhi Yaa Murabbi !
Kepada-Nya kami bersaksi
kami sepakat seikhlas hati
tanpa sedikit pun berilusi
atau ingin mencuit hati
tanpa jua rasa dipaksai
jauh sekali rasa dibebani


Yaa Akhi yang Allah cintai !
Silalah Akhi tulus perhalusi
pada tiap patah bicara kami
kenapa Akhi yang kami yakini
untuk dibimbing jadi isteri mithali
bukan kemewahan yang kami cari
kerna sudah lama kami merasai
namun sakinah belum kami nikmati
bukan ketampanan yang kami ingini
kerna masa tetap tidak menyebelahi
melakar garisan usia tanpa terhenti
bukan tinggi darjat yang kami hajati
kerna ianya tidak akan meninggi
pabila kami sudah dikebumi


Yaa Akhi yang kami sayangi !
ini bukan gurauan untuk digusari
tapi ikhlas dari lubuk sanubari
sekian lama kami mencari
kini kami sejiwa akur perakui
redha-Nya yang kami kehendaki
biarlah dibenci insani seisi bumi
asalkan rahmat-Nya kekal menaungi
kesemuanya sudah lebih mencukupi
dari segala kemewahan seisi alam ini
rahmah mawaddah tak ingin kami gadai
tanpa terus leka menipu diri sendiri

Yaa Akhi yang kami kasihi !
usahlah Akhi kalut khuatiri
pada dugaan yang mendepani
biar bersama redah bersatu hati
dengan bahu saling menyentuhi
pasti akan dilimpahi nusrah Illahi
berlapang dada atas keputusan ini
yakin pada-Nya tetap kami dahului
sebelum menyulam kasih pada diri Akhi
pasti kami semua tetap akan dilindungi
tanpa redha-Nya ianya tak akan terjadi
pada Akhi ingin kami setia mengimami
jadi hamba-Nya mutaqqin hingga kemati.


Yaa Allah Yaa Wadud Yaa 'Aruf Rabul Izzati.

:: Tabahkan Hatimu ::

 Bismillahirahmanirahim...
{Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum W.B.T

 
♥ Tabahkan hati, kuatkan semangat untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan pelbagai ujian dan liku tersedia menanti. Kerana Allah takkan berhenti menguji setiap hambaNYA. Menguji sejauh mana kesabaran hambaNYA menerima setiap ujianNYA. Setiap insan telah ditetapkan bentuk dan keadaan ujian yang tersendiri. Sebagai hambaNYA yang lemah, teruskan melangkah dengan senyuman yang ikhlas walau seberat mana dugaan yang datang. ♥


1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.


 
5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

  
11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


:: Andai Lelaki Tahu ::

Bismillahirahmanirahim....
(Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum W.B.T
 
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian


:: Pesanan Dariku Untukmu ::

 Bismillahirahmanirahim...
(Dengan NAma Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha PEnyayang)
Assalamualaikum W.B.T

 
Perkongsian dari seorang yang bergelar sahabat...
Nasihat dituju khas untuk diri sendiri yang doif lagi hina ini =')

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Tips2 ni telah dikongsi oleh seorang sahabat yg amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama2 lah kita menjaga hati. :)

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah Al-Ahzab ayat 32:
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik.
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya.
Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?

3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."



4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja.
Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; "....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.."
Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.


Jaga diri, hiasi peribadi. jaga iman, tutup aurat (",)

Sinar Hidayah..

 Bismillahirahmanirahim...

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)
Ikuti kisah ini. Hayatilah ~

Kisah yang akan diceritakan selepas ini mungkin hanya cerita dongengan bagi sesetengah insan, namun bagi sesetengah insan lain yang ingin mencari Islam sebenar, kisah yang akan diceritakan selepas ini Insya’Allah akan memberi sedikit inspirasi kepada mereka untuk membentuk diri dan juga keluarga kita agar melaksanakan satu perintah besar daripada Al-Khaliq berkenaan penjagaan aurat khususnya untuk muslimah sekalian dengan sempurna.

Kisah ini diceritakan daripada seorang sahabat.
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya(bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,”Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Aliya kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Liya ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan Aliya dengan hukum-Mu”.
Pada satu hari, ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, “Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?”. Lalu saya menjawab sambil lewa, “Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri”.

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, bacaan Qur’annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan setelah saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Aliya: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!

Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Aliya : Tapi, mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?

Aliya : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Aliya, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti. Tudung adalah salah satu perlindungan untuk wanita!

Aliya : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Aliya : Apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Aliya : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Aliya, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Aliya, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua. Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis. Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Aliya, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.


Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu

“buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia”

Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam. ( SUMBER )

* * * * * * * * * * * * * * *

:: Tentang Rasa ::

Bismillahirahmanirahim...
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)

Tentang Rasa...
Aku tidak mampu meluahkan apa yang terbuku didalam kepada manusia,
Manusia juga HambaNYA,manusia membawa kebaikan namun manusia juga membawa kemusnahan,Bila dilanda tekanan dan dukacita….

Dialah tempat kita mengadu.

Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak akan dapat lari daripada bebanan dan ujian. Kerap kali kita dilanda ujian dengan rasa sedih dan dukacita, rasa lemah dan malas, rasa kedekut dan penakut, bebanan hutang dan tekanan daripada penindasan orang.

Siapakah yang akan bersedia menjadi ‘teman’ buat kita kongsikan dugaan dan ujian yang menguja empunya diri ini dari hari ke hari? Mungkin untuk tempoh yang panjang ?

Kesediaan manusia terbatas, kesabaran manusia terhad, kemurahan manusia bersempadan dan kita amat memerlukan bantuan yang berpanjangan serta mungkin di luar kemampuan manusia biasa.

Rasulullah saw mengajar kita agar sentiasa mendambakan diri hanya kepadaNya semata-mata. KepadaNya kita menghambakan diri dan kepadaNya jua kita memohon segala pertolongan.

الَّلهُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُÙˆْØ°ُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْÙ‡َÙ…ِّ ÙˆَالْØ­َزَÙ†ِ ، ÙˆَØ£َعُÙˆْØ°ُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ العَجْزِ ÙˆَالكَسَÙ„ِ ، ÙˆَØ£َعُÙˆْØ°ُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْجُبْÙ†ِ البُØ®ْÙ„ِ ، ÙˆَØ£َعُÙˆْØ°ُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ غَÙ„َبَØ©ِ الدَّينِ وقَ?ْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Kisahnya :

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”

Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن… (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”

(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

Ada baiknya kita beramal dengan doa ini pada setiap pagi atau petang agar terbina keakraban hubungan dengan Allah swt. Doa ini adalah sebahabian daripada ‘Al-Ma’thurat’, yang bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh.

Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa kita akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib: “Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya.”

Mari kita ingati akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,

” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” –

( Surah At-Talaq, 65: 2-3)



Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal…Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman…



" MANUSIA "

 Bismillahirahmanirahim...
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apa makna kita seorang manusia? Apa beza manusia berbanding dengan makhluk Tuhan yang lain?

Kenapa Tuhan lahirkan manusia di atas muka bumi ini? Manusia itu sedarkah apa maksud utama beliau berada di atas muka bumi ini? Saya rasa ramai manusia kabur dengan persoalan-persoalan ini. Jika manusia itu jelas, tidak mungkin punah ranah muka bumi dan segala isi perut bumi ini dikerjakan manusia.

Apa pun, Tuhan telah menegaskan bahawa manusia itu adalah sebaik-baik kejadianNya. Dalam kata lain manusia itu hebat. Manusia itu mampu lakukan apa saja berbanding dengan makhluk Tuhan yang lain di atas muka bumi ini. Hebatnya kemampuan manusia itu boleh digambarkan seperti video berikut. Mari kita renungi sebentar vidoe ini sebelum kita sambung cerita manusia ini.

Kehebatan manusia ini dijadikan Tuhan kerana ini merupakan anugerah Tuhan dalam menyediakan semua manusia menjadi pemimpin di alam ini. Seperti kelebihan-kelebihan yang kita terima dalam hidup ini. kuasa, kekayaan, kesihatan dan sebagainya, semua ini merupakan satu 'responsibility' dan 'accountability'. Bukan kita terima benda ini secara percuma untuk memenuhi kehendak nafsu kita. Tetapi bagi membantu kita membawa kesejahteraan kepada alam ini.

Tuhan menekankan bahawa untuk membawa kesejahteraan kepada alam ini, manusia perlu jelas mengenai satu konsep. Semua manusia itu merupakan pemimpin. Tugas pemimpin ini hanya memberi makna bila mereka memahami bahawa pada masa yang sama manusia itu juga merupakan hamba kepada Tuhan.

Bila manusia itu jelas mengenai peranan mereka sebagai Pemimpin dan Hamba, ini pasti membawa kepada keseimbangan dalam tindak tanduk seseoang manusia itu. Bayangkan jika tidak wujud keseimbangan ini, pemimpin itu mudah lupa diri lalu menyebabkan hancur lebur keadaan muka bumi seperti yang mula kita nampak di waktu ini.

Itu sebab mengapa sebelum memikul 'responsibility' dan 'accountability' itu, penting sangat seseorang manusia itu mengenali diri masing-masing. Ini perkara pokok. Ramai manusia ilmunya tinggi mengenai perkara-perkara yang ada dalam alam ini tetapi pelik binti ajaib, mengapa mereka tidak mengenali satu perkara yang cukup yang sangat dekat dengan mereka iaitu diri mereka sendiri?

Semua perkara ini ada dikongsi dalam Anda Dilahirkan Berjaya (ADB). Satu modul pembangunan diri yang lain dari yang lain. Ianya asas, mudah dan praktikal. Bukan saya yang cakap tetapi mereka yang dah pernah hadiri modul ini. Ayuh tuan puan, usahakan diri mendapat menafaat dari ilmu-ilmu dalam ADB ini! Saya pasti tuan puan akan menyesal kerana tidak hadiri ADB ini lebih awal.

Renungan: Apakah sumbangan saya untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik (peranan saya sebagai pemimpin). Dalam menyusuri hajat ini, adakah saya sentiasa menghubungkannya dengan maksud akhir hidup ini iaitu mendapat keredhaanNya? (peranan saya sebagai hamba Tuhan).

JOM LUANGKAN MASA UNTUK ISLAM, TAK SAMPAI 5MINIT PUN

JOM LUANGKAN MASA UNTUK ISLAM TAK SAMPAI 5MINIT PUN :)

"Apa itu TITIAN SIRAT ????!"

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

|Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakn mase 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mndatar dn 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melitasinya sprt kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dn brjaln kaki. ade yg tdk dpt memelpsinya dsebabkn api nrka sntiase mnrik kaki mrka, lalu mrka JATUH ke dlmnya|

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah~Melazimkan diri hadir ke masjid

Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

P/S: Sesungguhnya malaikat tidak pula rehat dan sentiasa menulis pahala setiap perbuatan mulia kita...

:: Mampukah Aku ::

 Bismillahirahmanirahim...
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum W.B.T

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..

:: Keimanan Cinta Yang BErtakhta ::

:: JANJIMU ::

"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." Surah Al-Ankabut ayat 40.

Kadangkala, Al-Quran sudah lama ajak kita muhasabah.
Kita?
Bila dah terhantuk, baru nak tergadah.
Walau AMARAN TSUNAMI telah DITARIK BALIK,namun TETAPKANLAH HATI DAN JIWAMU bahawa AMARAN DARI ALLAH ITU sentiasa MEMBELENGGU DIRIMU...

Allah hantar signal di Acheh, hampir satu dunia berdoa. Allah Swt hantar signal di Palestine, berbillion muslim berdoa. Kalau Allah tak hantar signal, kita mungkin dalam kealpaan sombong tidak berdoa kan? Dan ada juga yang masih tak sedar dgn signal...Allah Swt ingin mendengar hamba-hambanya berdoa kepadaNya..Janganlah ulangi DOSA-dosa dan MAKSIAT di MUKA BUMI,kerana BUMI sendiri Takut Allah melihat KEMAKSIATAN yang yang merebak UMPAMA BARAH di SINI...

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik (dari musibahku)." HR. Muslim 2/632.

"Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat yang dilakukan di atasnya.. Bumi gementar takut Allah melihatnya."

- Kaab bin Malik RA-

Ya Allah...
jadikan gempa di bumi kami sebagai penghakis kerak2 nafsu dihati2 kami sehingga cahaya hidayahMU dapat meneranginya....

Peliharalah rasa takut ini..
agar menjadi pendorong bg kami untuk bertaubat dan meninggalkan maksiat....

Ya Allah...
tetapkan iman kami untuk selalu mengAgungkanMu...
Ya Allah namaMu byk disebut Oleh semua bangsa manusia.....mrk lupa Nama artis, fesyen, jenama kereta,lupa status mereka, Ada tan Sri
Atau kuli, mrk lupa Nama parti politik mrk, mrk lupa Nama pertubuhan mrk.... Mrk ingat Allah sebab kabar mengancam nyawa disebut CNN
BBC, TV3, RTM.....Maha bijaksana Mu ya Allah..bro tgk jalan2 tepi laut kosong... Bro terpaksa pi Sebab insan tersayang Ibu masih d hospital......,rupa2nya manusia masih sayang diri mrk..... Para Anbiya dah lama bg amaran Bahaya API neraka.,..belum teruja lg seperti amaran tsunami menerujakan mereka. Ya Rabb Ampuni Kami.


~Muhasabah Diri~


:: Sejenak ::

Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia Melanda Malaysia pada 11 April 2012. Menurut sumber, satu gempa bumi 8.9 Scala Richter telah berlaku di wilayah Aceh Indonesia pada 11 April 2012. Sehubungan itu, beberapa negeri di Malaysia terutamanya di pantai barat merasai impak gegaran daripada fenomena tersebut.

Sumber: Gegaran Gempa Bumi Aceh Melanda Malaysia 11 April 2012 | melvister.com

dikhabarkan penduduk sekitar Lembah Klang Malaysia turut merasainya.betul?

****

betul atau tidak, persoalan kedua.. apa yang utama, ia satu peringatan untuk semua..

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. "
Al-Israa ayat 16

IKTIKAF

 


Dilautan hikmah kalamMU  
lirih hatiku bergetar mengeja alif-lam-mimMU
ditelaga bijak IqroMU
angin malas bergerak
malam-malam serasa berhenti

diluas langit malam MU
lukisan bulan melengkung sabit
goresan bintang menerjah
mengalunkan melodi harmoni
diantara kerlipan cahaya
tangan kecil ini menengadah hanya padaMU
disetiap minit yang berlalu

Ya Robbi
dada ringkih ini sesak
terguncang desah lantunan
bait-bait indah Asma MU

Ya ilahi
KAU lah yang kuasa
penuhi segala pinta
mengharap KAU sudi teteskan rahmatMU
disepertiga akhir waktu yang merambat
disisa-sisa perjalanan
melintasi bukit-bukit dan lereng kesemuan ini

Ya Allah
damai ini milik MU
resapkan perlahan Ya Allah
disetiap bilah hatiku

:: AmaranMU Kembali Lagi ::

Bismillahirahmanirahim...
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum W.B.T

"Astaghfirullahalazim,AmaranMU kembali lagi... Pertama Kali ku rasakan Saat-saat Mencemaskan Gegaran AmaranMU... Ya Allah,adakah KEJADIAN 6 tahun yang lalu akan KEMBALI..."monolog hatiku tika ini...
Sahabat-sahabat seperjuanganku yang berada jauh di nun UTARA lebih merasai gegarannya. Terlalu banyak KEMUNGKARAN di BUMI ALLAH berbanding KEBAIKKAN daripada hamba-hambaNYA...

Fikiranku kini melayang ke Pulau Pinang... Hatiku bimbang tentang 'seseorang'.. Ku hanya mampu berdoa moga 'dia' Allah lindiungi bersama-sama ahli keluarganya serta tidak lupa sahabat handainya.. Tika berita menerobos gegendang telingaku mengenai AMARAN ALLAH ini di sana,hati menjadi resah jiwa menjadi gundah..

Aku hanya mampu meminta pada PENUNAI JANJI yang SETIA.. Allah,Allah,Allah,Allah,Allah,Allah,Allah,Subhanallah,Allahuakbar...
Ku Memohon Hanya PadaMU ya ROBBI lindungi dan jagalah mereka..

(Keimanan Cinta Yang BErtakhta)

:: Kahwin Ke Belajar ::

Bismillahirahmanirahim
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum...

Cerita Soal Kahwin,mesti ramai yang suka bukan.... TETAPI ada bezanya antara KAHWIN dan NIKAH...
Berbezanya apa yang berlaku pada zaman ini,lebih RAMAI yang KAHWIN dahulu sebelum NIKAH... Jika diperhatikan tarikh-tarikh yang KERAMAT akan berlakunya "PERKAHWINAN" yang TIDAK HALAL... Kebanyakkan yang terlibat dalam soal ini adalah golongan REMAJA yang masih BERSEKOLAH dan mahasiswa/mahasiswi IPTA dan IPTS...

Persoalannya disini,NIKAH masa BELAJAR atau BELAJAR dahulu baru NIKAH... Namun hakikat sebenarnya kedua-duanya baik dan bagus jalannya dan semuanya BERGANTUNG pada dirinya sendiri..
Ukur baju di badan sendiri.. Terdapat Tiga Kunci untuk KAUM ADAM membina BAITUL MUSLIM,antaranya KUNCI RUMAH,KUNCI MOTOR atau KERETA dan KUNCI PEJABAT/KEWANGAN...

Berbicara Soal PERHUBUNGAN yang DIHALALKAN dalam ISLAM,sebaik-baik jalan adalah melalui PERNIKAHAN... Namun sebelum ke arah PERNIKAHAN ini,di sempadankan jalan dengan PERTUNANGAN...MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isteri. Sebelum urusan peminangan dilakukan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak menyalahi apa yang ditetapkan Islam dan memudahkan tercapai tujuannya....

Firman Allah dalam surah Al-Furqan(terjemahan) :
 (74) Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa....
 (75) Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, 
(76) Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja...

Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

  Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Kabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina...

 HIKMAH PERNIKAHAN

  • Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.
  • Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
  • Memelihara kesucian diri
  • Melaksanakan tuntutan syariat
  • Menjaga keturunan
  • Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
  • Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
  • Dapat mengeratkan silaturahim

Tidak salah berkahwin muda kerana ianya dapat mengelakkan maksiat namun dalam perkahwinan itu anda bagi pihak lelaki hendaklah mempunyai kewangan yang mencukupi!
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
“Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan mudamu sebelum tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan sakitmu, keadaan kaya sebelum fakirmu, keadaan lapangmu sebelum waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu.” – (Riwayat Hakim dan Baihaqi)
Sudah menjadi ketentuan bahawa ALLAH mencipta kaum Adam dan Hawa untuk saling sayang-menyayangi. Jika kita merasakan diri sudah bersedia dari segenap sudut dan takut terjatuh dalam lembah penzinaan, maka berkahwinlah dan wajib baginya.
Tetapi harus diingatkan, bawalah berbincang sebaik mungkin bersama ibu bapa anda agar segala kesulitan kelak dapat ditangani dengan bijaksana. InsyaAllah.. :)

:: MaafkanKU ::

Maafkan aku..
terlantang kata membawa padah
terguris dalaman tajamnya lidah
bukannya niat melukakan hati
hanya diri ini tidak pandai bermadah

Maafkan aku..
kadang kebenaran perlu diluahkan
kadang diri ini penuh emosi
Jangankan dakwah fardiyah yang ku lakukan
apa yang kuserukan semuanya tak menjadi

Maafkan aku..
bukanlah marah yg kuharapkan
hanya kebaikan yg kumahukan
bukan drastik yg kuminta
hanya momentum kesedaran hati

Perubahan bukanlah kepastian
tapi perubahan adalah keperluan
Redho Allah mahu digapai
pahit kebenaran perlu ditelan

Jadi maafkanlah aku..
utk kebaikkanmu aku menegur
takkan membiar kau tersungkur
maafkanlah keterlanjuran
maafkanlah teguran
maafkanlah aku...

La Tahzan... Sesungguhnya Allah ada BErsamamu...


 Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum...
~ La Tahzan Innallaha ma'ana ~
" Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

Kekadang bila kita merentas masa seketika untuk mempamerkan papan layar kisah sirah para sahabat bersama Rasulullah, terasa sangat cair hati ini. Airmata laju mengalir mengenangkan mereka yang telah dahulu merasai pahit maung dalam mengharungi jalan menuju cintaNya ini.

"Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad) sesungguhnya Allah telah membantunya iaitu ketika orang-orang kafir Quraisy mengusirnya (dari mekah).."

Terdapat satu peristiwa yang benar-benar membersihkan hati kita bahawa tidak langsung rugi bagi Allah SWT dan rasulNya jika kita lari dari jalan ini kerana Allah memang telah membantu Rasulullah dalam memenangkan Ad-Din Nya.

Tepuk dada dan bertanya diri kita sendiri. Sehingga bila kita ingin meletakkan langkah di atas jalan ini?

Dan ingatlah jawapan Rasulullah SAW ketika ditawarkan harta, wanita dan pangkat untuk meninggalkan dakwah ini.

" Sungguh, jika diletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku, tidak mungkin akan aku tinggalkan dakwah ini sehingga Allah memenangkannya atau aku mati kerananya.."

Ya Allah, tetapkanlah hatiku atas jalan ini..

AZAB BUAT WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT

 Renungan khususnya untuk para kaum hawa.... Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, ‘Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.’ Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. ‘Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka ‘ kata Nabi s.a.w. Fatimah Az-Zahra kemudian bertanya : ‘Mengapa mereka disiksa seperti itu?’ Rasulullah S.A.W menjawab, ‘ Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.’ Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Pesanan buat saudara-saudaraku yang disayangi (serta untuk diri ini juga): Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud: ‘Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangannya). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya) dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya - bentuk susuk tubuh badannya serta lengguk jalannya) kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajipannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s. w. t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31) Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud: ‘ Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras ‘ (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16) Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s. a. w. makin kita jauh dari amalan agama. Dalam ayat yang sama juga Allah s. w. t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s. w. t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Lihat lagi ayat di atas Allah s. w. t. berfirman ‘ Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman’ Allah s. w. t. dengan khusus gunakan perkataan ‘beriman’ dan bukannya ‘wahai manusia’kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja. Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s. w. t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s. w. t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. ‘Biar kamu tidak cantik dimata penduduk bumi tetapi cantik di sisi Allah dan penduduk di langit ‘. Wallahu'alam.

Duhai Bidadari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Duhai bidadari penghuni syurga,
Bersabarlah dengan segala kepayahan dunia. Bukan sahaja kepayahan untuk membina dirimu agar tegar sebagai bidadari penghuni syurga malah kepayahan untuk membina manusia lainnya agar tegar juga dengan senda gurau dunia.

Duhai bidadari penghuni syurga,
Sekali dirimu telah tersadung dalam kafilah tarbiyah ini maka janganlah sesekali kau berpatah balik ke belakang atau mengeluarkan dirimu dari gerabaknya. Beramallah dengan apa yang kau imani seikhlasnya. Walau seluruh manusia tidak mengiktiraf amalmu tetapi yakinlah Allah memandang segala keikhlasanmu.

Duhai bidadari penghuni syurga,
Bersyukurlah dengan segala apa yang akan dan telah Allah hidangkan kepadamu. Kerana redha Allah itu hanya akan kau rasai dan perolehi setelah dikau sendiri redha dahulu dengan segala yang Dia berikan kepadamu.

Duhai bidadari penghuni syurga,
Beruntunglah kerana kau boleh beramal dua kali ganda daripada sebelumnya. Bersangka baiklah sentiasa dengan anugerah Ilahi. Beruntunglah andai dirimu dapat menjadi Khadijah era ini. Bersyukurlah andai kau diuji seperti Asiah pemilik mahligai syurga Ilahi.

Duhai bidadari penghuni syurga,
Cinta itu dari Ilahi. Datangnya ia dari Allah dan hilangnya ia juga dengan izin Allah. Kuyakin, dikau yang penuh dengan cinta. Sebarkanlah bahagia melaluiNya. Kepada hanya yang berhak menerima setelah Allah dan RasulNya.

Ingatanku Padamu Wahai Sahabat

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Dikau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tidak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Dikau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari ALLAH.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tidak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

♥ LAPAN BUAH KEIKHLASAN ♥

1. Mendapatkan syafaat Nabi s.a.w : Sahabat Abu Hurairah r.a.pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan mendapatkan syafaatmu pada hari kiamat nanti?". Beliau menjawab: " Seserang yang mengucapkan Laa Ilaha Illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya". (HR. Al Bukhari).


Makna ikhlas di sini adalah dia mengucapkan Laa Ilaaha Illallah dengan setulus Hati, yakni dia harus benar-benar mempersembahkan amal ibadahnya kepada Allah s.w.t. dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Allah subhanahu s.w.t.berfirman: " Dan beribadahlah hanya kepada Allah dan jangan engkau menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun". (An Nisa ayat : 36) .

2. Dibukakan baginya pintu-pintu langit Hal ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: "Tidaklah seorang hamba mengucapkan Laa Ilaaha Illallah dengan ikhlas, kecuali pasti akan dibukakan baginya pintu-pintu langit, sampai dia dibawa ke Arsy selama dia menjauhi perbuatan dosa-dosa besar. (HR. At Tirmidzi)

3. Diharamkan baginya An Nar (Neraka) Sesungguhnya An Nar itu haram dimasuki oleh orang-orang yang ikhlas kepada Allah s.w.t. sebagaimana sabda Nabi s.a.w. " Sesungguhnya Allah s.w.t. menolong umat ini dengan adanya kaum yang lemah di antara mereka, dengan doa mereka, dengan solat mereka, dan dengan keikhlasan yang ada pada mereka.(HR. An Nasa'i)) .

4. Dilapangkan dari masalah yang sedang menghimpitnya Terkadang seorang muslim dihadapkan pada suatu masalah yang sangat pelik yang terkadang menjadikan dia berputus asa dalam mengatasinya. Tetapi, tahukah anda bahwa amalan-amalan yang dilakukan dengan ikhlas dapat dijadikan sebagai wasilah (perantara) dalam berdoa kepada Allah s.w.t. untuk dihilangkannya berbagai masalah yang sedang menghimpitnya? Hal ini pernah menimpa tiga orang pada zaman dahulu ketika mereka terperangkap di dalam sebuah gua. Kemudian Allah s.w.t. selamatkan mereka kerana doa yang mereka panjatkan disertai dengan penyebutan amalan-amalan shalih yang mereka lakukan ikhlas karena Allah subhanahu s.w.t. Kisah selengkapnya kita baca di kitab Riyadhush Shalihin hadits no. 12.

5. Husnul Khatimah Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan bahwa pada zaman dahulu ada seseorang yang telah membunuh 99 bahkan 100 orang. Kemudian orang tersebut hendak bertaubat kepada Allah s.w.t. tetapi akhirnya orang tersebut meninggal sebelum beramal kebajikan sedikitpun. Namun Allah s.w.t. terima taubatnya kerana keikhlasan dia untuk benar-benar bertaubat kepada Allah s.w.t. dan dia pun tergolong orang yang meninggal dalam keadaan husnul khatimah. Kisah selengkapnya juga bisa anda baca di kitab Riyadhush Shalihin hadits no. 20.

6. Benteng dari godaan syaitan dan bala tentaranya akan senantiasa menggoda umat manusia seluruhnya sampai hari kiamat. Namun hanya orang-orang yang ikhlaslah yang akan selamat dari godaan mereka ini. Hal ini diakui sendiri oleh pimpinan para setan yaitu iblis, sebagaimana Allah s.w.t. sebutkan pengakuannya itu dalam Al Quran : Iblis berkata: "Wahai Tuhanku, oleh sebab Engkau telah menyesatkanku, pasti aku akan menjadikan mereka (anak cucu Adam) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka".(Al Hijr: 39-40)

7. Selamat dari jurang kemaksiatan kepada Allah s.w.t. Tercatat dalam sejarah, bagaimana dahsyatnya godaan yang dialami Nabi Yusuf ? ketika diajak berzina oleh seorang istri pejabat negeri waktu itu. Namun Allah s.w.t. selamatkan dia dan Allah subhanahu s.w.t. palingkan dia dari perbuatan tersebut. Allah s.w.t. kisahkan peristiwa ini di dalam Al Quran (artinya): "Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. (Yusuf: 24).

Apa sebabnya? "Sesungguhnya dia (Yusuf) itu termasuk hamba-hamba Kami yang ikhlas. (Yusuf: 24).

8. Senantiasa di atas kebaikan Diriwayatkan oleh Ja'afar bin Hayyan dari Al Hasan, bahwa beliau berkata: "Senatiasa seorang hamba itu berada dalam kebaikan, jika berkata, (ikhlas) karena Allah s.w.t. dan jika beramal, (ikhlas) kerana Allah s.w.t."

Wallahu'alam.

WARKAH BUAT HAWA...

WARKAH BUAT HAWA...
utk renungan diri sndiri dan kaum hawa..

Assalamualaikum......

HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.......Peliharalah diri kita.....

Ketika Hatiku INgin BERHIJRAH

Apa yang telah berlaku, biarlah ia berlalu. apa yang telah pergi, biarlah ia binasa. jangan difikirkan apa yang telah berlalu kerana ia telah pergi dan lenyap. Aku mengharap Tuhan, agar diizinkan.Bila ada orang yang ditimpa dengan kesusahan.Terutamanya kawan-kawan seperjuanganku
Aku rasa bersalah tidak dapat memberi bantuan.Kalau ada orang yang miskin.Aku berdoa di dalam hatiku.Jangan Engkau bertindak ke atasku
Diatas kesusahan mereka...Kalau kawan-kawanku.Mendapat nikmat dariMu.Aku turut rasa gembira seolah aku mendapat nikmat itu...

Bila ada orang mencaciku
Ataupun menghina diriku
Bukan hati tidak sakit
Tapi aku buat tak tahu
Atau buat tak peduli
Atau dilupakan saja

Supaya sakit hatiku tidak berpanjangan
Kerana sakit hati itu fitrah semula jadi
Sekali sekala terutama selepas tahajud
Kudoakan kebaikan buat mereka

Jadi aku memaksa hatiku
Tak berdendam dengan mereka

Makin banyak ku mendengar orang menghina diriku
Kerja aku bertambah lagi
Menjadikan aku mendoakan mereka

Agar mereka dapat Petunjuk dari Tuhan
Untuk memujuk hatiku
Supaya aku tak sakit hati
Aku bermujahadah
Agar aku dapat mengikut sunnah nabi yang sentiasa
mendoakan musuh dapat petunjuk

Rasa Bertuhan

Bismillah...

"kadang-kadangku menangis tatkala diuji, tapi bila tangis itu terhenti, baruku sedari Allah sengaja sedarkan diri ini, mungkin aku teralpa dgn sesuatu. tapi kadang kala, aku kecundang lagi. Allah berikan aku teman, aku luahkan. tenang rasanya, tetapi. Allah mengujiku lagi.. aku menangis utk kali keberapa.. terasa ingin lari dari dunia.. namun, ia takkan kemana.. harus kuhadapi ia walaupun payah.."

kata Luqman Al-Hakim :"Wahai anakku ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam,bila kau ingin selamat dari karam, layarilah lautan ini dgn taqwa, isinya dgn iman dan layarnya tawakkal kepada Allah.."

~ sebenarnya ujian adlh merupakan tarbiyah bagi kita. kadangkala utk menyedarkan kita dan adakalanya utk menguji kesabaran kita.. di tahap mana kita bila ditimpa ujian..

Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya, lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya
Jika manusia mengenali Kehebatan
Keagungan Tuhannya, kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar, pendengaran
penglihatan dan pengetahuanNya

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia itu tawadhuk merendah diri
Di bumi Tuhannya

Jika manusia rasa berTuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa di hatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat

Aduh! kalau Tuhan sentiasa di hati
Perasaan berTuhan mencengkam di hati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangNya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabNya

Begitulah kalau seseorang hamba mengenali TuhanNya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya
Dunia dan nikmatNya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

KEPADA SAHABAT ....

tatkala mereka meLihat Q mati
menangis untuk Q dan berkabung daLam kedukaan
jangan percaya bahawa mayat ini yang engkau lihat adaLah diri Q
dengan nama ALLAH, aQ katakan padamu,
itu bukan aQ...

aQ roh, dan ini hampa, hanya daging
itu rumah dan pakaian Q untuk suatu waktu
aQ khazanah, azimat tersembunyi, digayakan oLeh debu
aQ mutiara, yang teLah meninggaLkan kuLitnya terbiar
aQ burung, dan tubuh ini sangkarnya
dari mana aQ terus terbang dan meninggaLkannya sebagai ingatan
puji-pujian kepada ALLAH yang membebaskan Q
dan menyediakan tempat Q di sana
sehingga kini aQ teLah mati, waLau hidup daLam kabusmu
kini aQ hidup daLam kebenaran, dengan kubur - baju dibuang

hari ini aQ berbicara dengan para AwLiya'
tanpa tabir antaranya, aQ Lihat Loh Mahfuz dan di situ aQ baca
apa saja yang teLah dan kini dan semua yang akan terjadi
biarkan rumah Q roboh menjadi runtuhan,
letakkan sangkar Q di tanah
buangkan segaLa, itu hanya ingatan
ketepikan jubah Q, itu hanya pakaian Luar Q
letakkan semua ke daLam kubur, Lupakan saja
aQ teLah meninggaLkan perjaLanan Q, dan engkau tinggaL di beLakang
tempat tinggaLmu bukan untuk rumah Q...


jangan fikir kematian itu kematian, BUKAN !
ituLah kehidupan....

kehidupan meLewati semua yang upaya kita impikan
sementara di dunia ini, di sini kita diberi tidur
kematian adaLah tidur yang akan bepanjangan

jangan takut apabiLa kehadiran maLam kematian
tidak lain ia perjaLanan ke rumah yang dirahmati
fikirkan keampunan dan kasih sayang Rabbmu
ucap syukur atas kurnia-Nya dan hadirLah tanpa takut

aQ kini, engkau juga akan begitu
kerana aQ tahu engkau juga akan seperti Q
roh semua manusia datangnya daripada ALLAH
semua tubuh dari sumber yang sama
kebaikkan dan kejahatan, sama-sama miLik kita
dan aQ sampaikan khabar gembira :

" moga menjadi miLikmu ketenangan dan kegembiraan daripada ALLAH"

Design by Blogger Templates