MUQQADIMAH CINTA....


Bismillahirahmanirahim
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

“Kebahagiaan ilmu pengetahuan itu bersifat tetap,keagungannya kekal,namanya selalu dikenang,sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap,keagungannya akan hilang dan namanya segera dilupakan”
“Jangan memikul bola dunia di atas kepalamu. Jangan berfikir bahawa orang lain akan memerhatikan seluruh urusanmu. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya setiap orang memiliki urusannya sendiri sehingga tidak sempat memerhatikan urusan orang lain”
“Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih daripada apa engkau rasakan pada saat ini,supaya engkau tidak akan kehilangan apa yang engkau miliki pada saat ini. Dan janganlah pula menunggu datangnya musibah ke atas dirimu kerana dengan demikian beerti engkau mempercepatkan datangnya kesedihan dan kesusahan”
“Seorang Muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata,apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletakkan di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri. Apabila dibekalkan ilmu didada akan menjadi cendekiawan yang bistari. Seoarang Muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka,menjadi ibu kepada puteri dan putera dan menjadi pertiwi sang buana.”

HANYA ALLAH.....


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”
“HANYA ALLAH SATU-SATUNYA YANG TIDAK DAPAT DITUKAR GANTINYA
Jika serigala menyalak,aku mampu bertahan.
Dan jika manusia meraung,aku terasa hendak melayang.
“Di luar waktu sembahyang kelihatan ada seorang anak muda masuk ke dalam masjid. Lalu ia melihat anak yang berusia sepuluh tahun sedang mengerjakan sembahyang dengan khusyuknya. Ia menunggu sehingga anak kecil itu menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. Ia menghampiri anak itu dan bertanya : ‘Siapakah anda?’. Ia mengeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata di pipinya. Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata : ‘Saya anak yatim piatu,tuan.’. hati lelaki itu tersentuh mendengarnya dan berkata : ‘Apakah anda mahu menjadi anakku?’. Ia berkata : ‘Adakah jika aku lapar anda mahu memberiku makan?’………”
“Lelaki terdiam sebentar,kemudian menjawab,’Ya’. Anak itu bertanya lagi,’Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian,anda akan memberikan aku pakaian?’. Orang itu menangguk sambil mengatakan,’Ya’. Anak itu bertanya lagi  : ‘Apakah anda akan menyembuhkan aku jika aku sakit?’. Orang itu menjawab,’Itu aku tidak sanggup nak’. Ia bertanya lagi,’Adakah anda akan menghidupkanku bila aku mati?’. Orang itu mengeleng-gelengkan kepalanya,’Ini pun aku tidak sanggup’………”
“Kalau begitu,biarkan aku pak cik bergantung sepenuhnya kepada Zat yang menciptakanku. Dialah yang memberikan aku petunjuk.yang memberikan aku makan dan minum. Jika aku sakit,Dialah yang menyembuhkanku. Yang mengampuni segala kesalahanku di hari berhisab kelak,kata anak kecil itu……..”
“Setelah mendengar kata-kata anak kecil itu,sesuatu yang tidak dijangkanya berkata demikian,lelaki itu pun terdiam dan tidak tahu hendak berkata dan berbuat apa. Dari bibirnya terdengar suara lirih,’Aku beriman kepada Allah, Siapa yang bertawakal kepada Allah,maka Dia akan member kecukupan buatnya’……..”
“Sekuat mana pun ikatan rambutmu,kesedihan dan kedukaan anda biarkan bergayut dilehermu,namun sedikit pun anda tidak akan mampu mengembalikan masa lalu…….”
“……….dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu………..”


WARKAH CINTA UNTUKMU....


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”
“PESANAN KEPADA PARA WANITA YANG MULIA”
“SERING KALI ANDA BERUSAHA MENGHINDARI BANYAK PERKARA,PADAHAL DI SEBALIKNYA TERDAPAT PERKARA-PERKARA YANG ANDA INGINKAN”
“Anda wahai wanita muslimah yang jujur dan taat,contohilah pohon kurma yang jarang membusuk dan berpenyakit. Ketika dibaling dengan batu,malah ia mengugurkan buahnya. Pokok kurma sentiasa berbuah tidak mengira musim,di musim panas mahupun di musim sejuk,dan ia mengandungi pelbagai khasiat……”
“”Hiduplah di tempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna,yang mampu menjaga kehidupan dari hal yang dapat mengaburi rasa malu. Ucapanmu adalah zikir,cara memandangmu adalah mengambil iktibar dan diammu adalah berfikir. Di mana pu keberadaanmu,engkau sentiasa mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan. Sentiasa di terima dimana-mana pun engkau berada. Pujian yang baik dan doa yang jujur dari semua makhluk sentiasa mengalir untuk dirimu. Allah sentiasa menghilangkan mendung kelabu yang menghimpt anda . Melenyapkan rasa takut dan menghilangkan segala kesedihan…..”
“Rebahkanlah tubuhmu ketika doa orang-orang mukmin ditujukan untukmu dan bangunlah seiring dengan pujian para malaikat untukmu. Bagaimanapun,anda mengetahui bahawa kebahagiaan bukan terletak pada harta,namun ketika anda mentaati Zat Yang Terpuji. Bukanlah pula pada pakaian yang baru,layanan  seorang hamba,namun ketika anda mentaati yang Maha Agung……”

“Sesekali jangan berputus asa. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu,pasti ada penghalang ke arah cita-cita itu. Justeru jangan sesekali mengaku kalah dengannya.”
“Bermohonlah kepada-Ku,nescaya Aku akan memperkenankan permohonanmu”



SELAGI HAYATKU DISINI.....


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”

"Alhamdullilah,Allah masih lagi memberikan ruang dan peluang kepada amani untuk terus menulis di dalam TINTA AMANI Az-ZAHRA ini... Dengan izin Allah juga amani mendapat ilham untuk tajuk yang seterusnya... Terimalah persembahan dariku,SELAGI HAYATKU DISINI..."
                               
                                     "SELAGI HAYATKU DISINI"
" Selagi hayatku disini,aku masih menanti dengan pasti kehadiranmu akan aku temui. Aku menanti hari demi hari untuk aku bertemu dan meluahkan segala rasaku kepadaMU. Inikah suratan dan takdir yang menerkam dijiwaku tatkala aku benar-benar mendambakan kehadiranmu kini."
 " Selagi hayatku disini aku masih menanti dengan pasti kehadiranmu akan aku temui,namun ini bukan alasan untukku memendamkan segala duka dihati. Engkau umpama purnama yang menyinari hati-hati yang benar tawadhuk mendambakan kasih KHALIDnya. Engkau memberikan cahaya kepada hamba-hambaNYA yang ingin kembali kepada Sang Pemilik yang sejati...."
 "Selagi hayatku disini aku masih menanti dengan pasti  kehadiranmu akan aku temui,Engkau hadir pada satu purnama dimana gerhana tidak dimamah oleh usiamu yang sentiasa hadir pada tiap-tiap pengakhirannya..."
 "Selagi hayatku disini aku masih menanti dengan pasti kehadiranmu akan aku temui dengan izin Allah aku merinduimu tatkala disepanjang perjalananku pada purnama-purnama yang penuh dengan ganjarannya. Namun aku tetap menunggukan kehadiranmu..."
"Selagi hayatku disini aku masih menanti dengan pasti kehadiranmu akan aku temui,tatkala mereka sedang asyik meluahkan kegembiraan mereka untuk bersuka ria. Aku menitiskan air mata kerana kehadiranmu kini semakin hampir denganku. Ya Allah,izinkanlah aku untuk bertemu dengannya..."
"Selagi hayatku disini aku masih menanti dengan pasti kehadiranmu akan aku temui,walaupun jauh disudut hatiku menyatakan adakah akan aku akan menemuimu ??? Air mataku menitis lagi seandainya hayatku hanya disini tidak sempat aku bertemu denganmu,mungkinkah ini adalah yang terakhir untukku..."
" Selagi hayatku disini aku menanti dengan pasti kehadiranmu akan aku temui,biarpun dicengkam derita aku tetap berpegang kepada janji Allah kepada hamba-hambaNYA yang benar-benar mengharapkan pertemuan denganmu. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Engkau adalah pemilik seribu bulan. Engkau tempat pengaduan hamba yang benar-benar meminta..."

LA TAHZAN YA SAHABAT


TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri. Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu. Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”
“BERLINDUNGLAH KEPADA ALLAH SUPAYA DIJAUHKAN DARI KESEDIHAN”
“Seandainya kaum wanita sebagaimana yang kita tahu,nescaya mereka lebih diutamakan berbanding kaum lelaki……”
“Alangkah peliknya jika ada seseorang yang waras tercampak ke lembah yang jauh dari kegembiraan dan cenderung PESIMISME dan keputusasaan. Ada masanya seseorang dikalahkan oleh hal-hal yang menekannya sehingga ketenangannya. Ketika berdepan dengan keadaan seperti ini orang itu hendaklah berpegang teguh kepada Allah supaya Allah akan menolongnya untuk menyelesaikan apa yang sedang dihadapi olehnya. Sesungguhnya sikap pasrah kepada gelombang kesedihan merupakan awal kegagalan yang pasti,lemah dan tidak berdaya…….”
“Sebab itulah Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada para sahabatnya untuk meminta bantuan Allah dalam menyelamatkan diri daripada penyakit-penyakit ini. Abu Said al-Khudri berkata’Rasullulah s.a.w pada suatu hari masuk ke sebuah masjid. Baginda menemukan seorang lelaki dari kaum Ansar yang bernama Abu Umamah. Rasulullah berkata:’wahai Abu Umamah,mengapa anada duduk di masjid di luar waktu sembahyang?’ Abu Umamah menjawab:’Aku sedang gelisah kerana banyak hutang,wahai Rasulullah’. Baginda berkata:’Mahukah anda aku ajarkan kalimat yang jika anda ucapkan,maka Allah akan menghilangkan kegelisahan anda dan akan melangsaikan hutang-hutangmu?’ Dia menjawab:’Baiklah,wahai Rasulullah’. Ucapkanlah pada waktu pagi dan pada waktu petang doa ini…….”
“Kemudian Abu Umamah berkata:’Aku telah pun mengamalkannya,maka Allah menghilangkan kegelisahanku dan melangsaikan hutang-hutangku…….”
“Sakit perut bukan berpunca dari apa yang anda makan,tetapi berpunca dari sesuatu yang telah memakan anda. Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu,maka dari Allahlah datangnya…….”
(Yajib an tabtasim indama tabki ya ukhti)


Design by Blogger Templates