:::... Kanvas Perjalanan Kehidupanku ....:::

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Demi sebatang pena yang dilakarkan dalam nukilan mereka untukku... Sepanjang pertemuan tidak banyak memberikan kebencian malahan menyuburkan lagi kasih sayang. Tercatat di atas sebuah kanvas kehidupan,pelbagai warna dan corak yang indah terlihat... Tidak bertitik malahan tiada noktah,namun lakaran demi lakaran umpama warna pelangi menampakan wajah selepas hujan.


Pada mulanya mereka daripada latar belakang yang berbeza,namun aku berada bersama dengan mereka. Aku bukanlah insan sempurna kerana aku hanyalah sebatang payung yang memayungi insan lain yang berada di dalam kehujanan sedangkan aku di dalam kebasahan. Namun itu bukanlah alasan untukku menyerah kalah sedangkan Allah merencanakan kebaikan untukku. Benar,payung itu bukanlah penghalang dari berlakunya hujan turun tetapi payung mampu untuk melindungi dari kebasahan ketika hujan samaada berdiri ataupun duduk. Begitu jugalah dengan keyakinan.Keyakinan bukanlah jaminan yang menentukan kejayaan di dalam hidup kita tetapi dengan keyakinan kita mampu untuk mengharungi suka dan duka apabila keyakinan itu berpadu sepenuhnya kepada Allah Yang Satu.

Kalau Allah kata "YES" tiada siapa boleh kata "NO" kerana janji Allah itu pasti. Konsistensi sebuah perjuangan kerana diriku memerlukan seorang teman... Bukanlah mudah untuk membina sebuah hubungan yang halal,kerana sepanjang perjalanan itu terlalu banyak ujian dari Allah. Sesungguhnya syaitan akan bersedih apabila dua orang anak Adam bernikah.. Maka sudah pasti syaitan akan berusaha merosakkan samaada melalui cara mewujudkan perasaan ragu-ragu,perasaan lain terhadap orang lain,sifat pemarah,cemburu dan sebagainya. Kalaulah cinta kepada Allah itu yang diutamakan sudah pasti tiada yang kecewa kerana manusia..

Kadang-kadang kita minta pada Allah sesuatu, seseorang… yang kita rasa ‘inilah yang terbaik untuk aku'.
Tapi Allah beri kita yang sebaliknya. Allah tunjukkan melalui istikharah atau istisyarah, ‘…boleh jadi kau menyukai sesuatu tapi itu tidak baik untukmu…”Mulalah kita sedih, kecewa. Bertanya pada diri, bertanya pada Allah ‘mengapa?’. Mulalah kita rasa tidak yakin pada petunjukNya.Sabarlah. Ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepat, Allah pasti tunjukkan mengapa bukan dia, mengapa bukan itu, mengapa bukan ini…Allah pasti akan beri peluang untuk kita nampak sendiri mengapa itu tidak baik untuk kita. Pandanglah dengan mata hati. Allah itu baik, Allah tidak pernah leka. Yakinlah pada petunjukNya.Tidak pernah Dia menarik sesuatu tanpa memberikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganti.

Kita berjumpa hanya satu kebetulan..Kebetulan akhirnya berkekalan..Pelbagai kenangan telah dilukiskan..
Diwarnai dengan gurauan dan usikan..Dihiasi dengan gelak tawa dan senyuman..Kebetulan membawa kerinduan di saat berjauhan.. Namun, tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita berkawan kecuali ajal dan kematian..
Manisnya sebuah persahabatan itu terasa apabila kerinduan yang berpanjangan apabila berjauhan... Allah mencampakkan rasa kasih tanpa dipinta kerana Dia merancangkan apa yang terbaik di dalam setiap pertemuan ...Permulaannya apabila sebuah taklifan yang bakal digalas disitulah bermula sebuah kepercayaan yang kukuh dalam sebuah pertemuan yang bernama persahabatan.










0 comments:

Design by Blogger Templates