SESEGAR NAILOFAR (BAB 3/2)

Ah,mengapa harus meragui keikhlasan orang lain terhadap kita?
Furqan menggeleng lalu menyimpan kad itu di daalm laci sebelum menatang bungkusan kek pisang itu ke dapur. Syamir yang sedang membasuh epal di singki terperanjat besar melihat kek yang masih berbungkus itu.
"Wow,Aisya bagi kek!"
Furqan menguntum senyuman melihat mulut lelaki kelahiran negeri Melaka itu melopong seperti tidak percaya. cermin mata di atas hidung hampir sahaja melorot jatuh,namun sempat dibetulkan semula.
"Dah rezeki Darul Huwariyyin hari ni. Tak kan nak tolak?"
"Sempena apa ni?" Tanpa memberi peluang Furqan menjawab,Iqbal terlebih dahulu menambah. "Kan aku dah kata,dia memang sukakan kau. Aduhai,bertuahnya badan."
"Usah banyak cakap. Ambil pisau,kita potong kek ini."
Furqan menukar topik. Dia sendiri tidak mahu memikirkan mengapa kek itu dihadiahkan kepadanya.Bagi pemberian yang ikhlas tidak wajar dipersoalkan. Selama ini pun Aisya Safira telah lama baik dengannya. Adakah wajar dibalas dengan prasangka?
Iqbal akur lalu mengambil sebilah pisau di dalam laci,lalu memotong kek itu,meletakkannya di dalam pinggan dan di bawa ke ruang tamu. Furqan turut ke hadapan. Aiman sudah tiada. Hanya Amir yang sedang menonton di situ.
"Siapa pula yang bernazar bagi kita kek pisang ni?" Ternganga Amir,tapi tanpa lengah dia terus mencapai kek sepotong itu. Kemudian dia memakannya dengan perlahan-lahan.
"Entah,siapa bagi Fur?" Iqbal pura-pura bertanya.
"Nanti,biar aku teka,"sahut Amir. "Sulastri?"
"Salah,"balas Iqbal.
"Kartika?"
"Salah,engkau ingat budak seberang saja yang sukakan Furqan? Budak Malaysia pun ramai tau?"
"Sedap betul kek ni!" Amir sempat memuji. "Kalau bukan Kartika,tentu Aisya Safira yang bagikan,betul tak?"
"Tepat sekali!"
"Hei,jangan nak buat lawak ya! Kek itu dari Qatrunnada,"sangkal Furqan.
"Memanglah dari Qatrunnada,tapi daripada siapa?"
"Mir,aku dah cakap tadi tapi Fur tak percaya. Aisya memang sukakan dia."
Furqan memandang skrin televisyen,buat-buat tidak mendengar apa-apa. Kedua-dua sahabatnya tertawa dengan mulut yang penuh dengan kek.


0 comments:

Design by Blogger Templates