:: Aku Tidak Sempurna ::
Kemulian
wanita tidak terletak pada ketentuan seorang lelaki yang mendakwa diri
mereka sebagai pelindung sebaliknya kemulian wanita terletak pada teguh
peribadinya dalam memelihara diri daripada kepalsuan hidup dan fitnah
duniawi.
Kadang kadang membuat orang jatuh hati mungkin mudah tetapi membuat
orang menyintai setulus hati bukanlah perkara mudah. Oleh itu carilah
Cinta-Nya Yang Pertama, mudah mudahan akan terlahir cinta sejati insan
yang sentiasa dekat hatinya kepada Tuhan Yang Maha Pemberi. Insya'Allah
Aamiin ya Allah. Allah Maha Mengetahui.
Sudah biasa..
meredah sakit, melawan perit
menggilap sabar bukan sedikit
banyak luka dijahit-jahit
yang patah kembali bangkit
makin ringan memori sulit
Sudah biasa..
memasong diri kerana kasih
menagih rintih menjauh sisih
hanyutkan aib dibuai sedih
hingga diri tidak terpilih
pun kecewa tetap kan pulih
Sudah biasa..
dipekup tajam nista dan hina
tiap usaha serba tak kena
bagai wujud tiada guna
menular panjang rasa merana
namun yang busuk tidak kemana
Sudah biasa..
madu dikalung, racun dibalas
tanpa ehsan, tanpa belas
dendam dan iri tidak dibalas
nurani mulia dipegang kemas
hati tetap jelas, senyum masih ikhlas
Sudah biasa..
membiasakan hidup luar biasa..
meredah sakit, melawan perit
menggilap sabar bukan sedikit
banyak luka dijahit-jahit
yang patah kembali bangkit
makin ringan memori sulit
Sudah biasa..
memasong diri kerana kasih
menagih rintih menjauh sisih
hanyutkan aib dibuai sedih
hingga diri tidak terpilih
pun kecewa tetap kan pulih
Sudah biasa..
dipekup tajam nista dan hina
tiap usaha serba tak kena
bagai wujud tiada guna
menular panjang rasa merana
namun yang busuk tidak kemana
Sudah biasa..
madu dikalung, racun dibalas
tanpa ehsan, tanpa belas
dendam dan iri tidak dibalas
nurani mulia dipegang kemas
hati tetap jelas, senyum masih ikhlas
Sudah biasa..
membiasakan hidup luar biasa..
Saat
kita cemburu melihat orang yang kita suka bersama dengan orang lain,
melihat kejayaan orang lain melebihi diri kita, melihat orang bahagia
lebih dari kita, melihat kekayaan orang lain lebih dari diri kita,
INGATLAH satu perkara, Allah juga sedang mencemburui kita lebih dari
segala2nya .. Allah cemburu kerana kita tidak yakin dengan rezeki yang
Dia telah janjikan utk kita, Allah cemburu krn kita tidak yakin Dia akan
memberi kita pasangan yang jauh lebih baik, Allah cemburu krn kita
tidak yakin bahawa Dia lebih mengetahui segala2nya berbanding Kita...
Itulah Kerana Aku Tidak Sempurna...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment