:: ADA CINTA DIHATINYA :
TINTA AMANI AZ-ZAHRA
“Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
“Bersabarlah,jangan memaksakan diri.
Pandanglah Allah dengan hatimu,bukan dengan fikiranmu. Fikiran dapat
memahami,tetapi tidak dapat merasakan. Hanya hati yang merasakan sebuah
hubungan. Seperti seorang kekasih yang bergetar memandang insan yang
dikasihinya. Seperti hati yang bergetar melihat indahnya gunung-ganang yang
tinggi,laut yang membiru,ombak yang memecahkan karang,anak soleh dan solehah
yang suci. Hati yang dipenuhi dengan cinta akan bergetar. Dengan
cinta,berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu.
Saat itulah jiwa kita tidak akan merasakan kekeringan dan kekosongan lagi…….”
“Cinta yang mendalam terhadap Allah akan
membawa kita kepada satu jalan yang kita sendiri tidak mengetahui bahawa itu
adalah jalan yang terbaik untuk kita. Kita sering kali mendengar bahawa,(kalau ada jodoh,tidak akan lari gunung
dikejar). Namun sejauh manakah kita mempraktikkannya di dalam kehidupan
seharian. Setiap kali kita sering mendengar berita tentang kematian akibat
membunuh diri kerana putus cinta. Kita kalah dengan nafsu sendiri dan terpedaya
dengan pujuk rayu syaitan-syaitan yang dikutuk oleh Allah…….”
“Cinta membawa kebahagiaan jika dibawa ke arah
jalan yang benar,namun cinta juga mampu membawa kepada penderitaan jika terarah
ke jalan yang salah. Cinta kalau bertunjang kepada agama akan membuahkan
kebahagiaan meskipun pahit untuk ditelan hakikatnya yang sebenar di mata dunia.
Jika benar cinta itu telah ditakdirkan untuk kita,seseorang telah tercipta
untuk diri seorang insan yang kerdil ini sudah pastinya cinta itu hadir dengan
izin Allah(S.W.T) tanpa dipinta. Namun sukar untuk kita menerima seandainya
hati ini memerlukan insan yang lain dan kita tidak dapat memilikinya……”
“Bagaimanakah jika hal ini berlaku kepada
diri sendiri?????? Jawapanku Cuma satu,biarkanlah dia berlalu dan bebaskan dia
daripada hatimu. Jika dia benar untukmu,maka dengan izin Allah jua dia akan
kembali kepadamu tanpa engkau pinta. Jangan berputus asa dengan Allah,teruskan
permohonanmu kepada Pemilik Cinta yang Agung. Cinta Allah adalah cinta yang
paling Agung. Dengan meletakkan Allah sebagai pemilik cinta yang kekal
abadi,jadikanlah cinta kekasihNya yang sejati sebagai satu jalan mendekatkan
dirimu kepada Ya RobbulIzzati…….”
‘Aku tidak meminta untuk menjadi seperti
Rabiatul Adawiyah,seorang wanita yang meletakkan sepenuh cinta di dalam hatinya
kepada Khalidnya yang sejati. Tidak mencari cinta duniawi tetapi lebih
mendambakan cinta yang abadi di akhirat yang lebih dirindui.Aku menitiskan
airmata setiap kali ku membaca tentang keagungan cinta Rabiatul Adawiyah. Namun
layakkah aku untuk menjadi sepertinya??? Diri yang sentiasa digelomangi dengan
noda-noda dosa…..”
“Aku ingin menjadi seperti isteri kesayangan
Raja Firaun,walaupun Asiyah binti Muzahim dilayan begitu istimewa di dalam
istana Firaun yang mewah,tetapi ia sedar bahawa bukan itu yang ingin
lazat,tilam yang paling empuk,pakaian yang paling megah dan perhiasan yang
paling indah dan mahal harganya. Kemana pun Asiyah ingin berkelah,akan dilayani
serta diperkenankan. Selain itu,memang Firaun menyediakan taman-taman yang
ditumbuhi bebungaan dan pokok-pokok yang rending. Kenderaan yang terdiri
daripada kuda-kuda pilihan,unta dan keldai yang sihat serta kuat setiap saat
bersedia membawa Asiyah ke mana sahaja. Pendek kata seluruh kehidupan zahirnya
penuh dengan kenikmatan……”
“Meskipun begitu,Asiyah tetap menganggap
semua itu sebagai fenomena yang akan lenyap dengan mudah apabila di dalamnya ternampak
unsur-unsur kekufuran,kebongkakan,kezaliman dan permusuhan. Lantas kerana itu
Asiyah menghadapkan dirinya kepada Allahdan menyeru supaya diselamatkan
daripada angkara Firaun,supaya tidak hanyut di bawah pengaruh palsunya.
Kemudian,dia memohon agar ia terhindar daripada orang-orang yang zalim,yang
biasanya terdiri daripada pemimpin dan penyokongnya yang menghalalkan setiap
cara untuk mencapai suatu tujuan……”
“Berbeza pula yang berlaku di dalam kisah
hidup Maryam binti Imran,ujian besar yang datang kepada Maryam ialah menerima
kehamilan walaupun tidak mempunyai suami. Kejadian yang di luar kebiasaan ini
adalah mukjizat. Walaupun mukjizat itu diyakininya,tatapi orang-orang
disekelilingnya tidak. Bahkan mereka menuduhnya berzina. Penghinaan dan tuduhan
tersebut sangat berat untuk didengari olehnya,namun ia tetap tabah dan yakin
bahawa kebenaran akan terserlah juga…..”
“Iman dan akidah yang ditunjukkan oleh Maryam
binti Imran mampu menghindari segala tindakan yang membawa kepada keputusasaan.
Ia sedar bahawa Allah s.w.t sedang mencuba keimanannya. Oleh itu,ia
menghadapinya dengan iman dan menyerahkan segala persoalan kepada-Nya. Dia
sedikit pun tidak terniat untuk membantah ketentuan Allah ke atas dirinya.
Sebagai seorang yang sentiasa berzikir dan berdoa kepada Allah,hati dan jiwanya
tenang serta tenteram. Cubaan demi cubaan yang datang berupa tuduhan,celaan,dan
makian tidak membuatnya kesal dan ingin melakukan hal yang dilarang,bahkan
mulutnya lebih mengingati Allah. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:”Ketahuilah,bahawa
dengan meningati Allah dapat mententeramkan hati”…….”
“Maka sia-sialah orang-orang yang hanya
mengejar cinta duniawi semata-mata demi memiliki keseronokkan yang fana. Cinta
terbahagi kepada tiga bahagian,yang pertama cinta yang datangnya dari JI. Cinta
ini sering dikaitkan dengan alam-alam mistik seperti melibatkan hal-hal yang
bertentangan dengan AQIDAH ISLAM seperti perantaraan melalui bomoh,dukun dan
seangkatan dengannya yang hanya akan membawa kepada penderitaan. Cinta yang kedua
adalah cinta melalui SYAITAN,cinta yang melibatkan hawa nafsu dan godaan
syaitan ke arah kemaksiatan yang hanya akan membawa kepada perkara-perkara yang
sia-sia semata-mata. Manakala cinta yang terkahir datangnya daripada
Allah,apabila mata sudah bertentangan lalu jatuh ke hati dan membuatkan terus
teringat kepadanya dengan izin Allah itulah cinta yang paling indah dan
dikenali sebagai SYURGA CINTA……”
“Firman
Allah s.w.t di dalam Al-Quran,sesungguhnya orang yang datang menemui Tuhannya
dalam keadaan berdosa ,maka tempatnya adalah neraka Jahanam. Di dalamnya ia
tidak mati dan tidak hidup. Dan siapa datang menemui Tuhannya dalam keadaan
beriman dan beramal soleh,maka bagi mereka kedudukan yang tinggi,iaitu syurga
dan yang di bawahnya mengalir beberapa batang sungai:mereka kekal di dalamnya.
Dan demikian balasan bagi orang yang membersihkan dirinya daripada kekufuran
dan kemaksiatan…..”(Surah Taha: Ayat 74)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment